Risau Dengan Berat Anak Yang Tak Naik? Cuba Cara Ini….

Ini perkongsian daripada diri saya sendiri…
Mungkin dapat membantu ibu-ibu yang punyai masalah anak yang susah nak naik berat badan..

Mungkin anda pernah dengar tentang Mealshakes..

Mealshakes merupakan sejenis multivitamin yang berbentuk serbuk, yang terkenal di kalangan ibu-ibu untuk diberikan kepada anak-anak.

Namun, saya sebenarnya, tak pernah bagi Mealshakes lagi kat Affaf (anak ke 4 saya yang sekarang berusia 1 tahun 10 bulan).. Sebabnya, dia memang fully breastfeed.. Dan biasanya, saya akan bancuh Mealshakes bersama susu formula untuk bagi kat anak.. Padahal boleh je pun sebenarnya nak bancuh Mealshakes je macam tu.. Tapi tu lah, memang tak pernah try bagi…

Lagipun, memandangkan Affaf ni sangat addicted dengan OmegaGuard dan Chew C, maka saya rasa takpelah tak payah dah tambah Mealshakes.. Cukup dah dengan 2 vitamin tu.. Tambah-tambah, umi malas nak bancuh membancuh ni ahahaha…

Affaf ni lain daripada adik beradik dia. Adik beradik dia chubby masa kecik, tapi dia tak. Masa umur 1 tahun 8 bulan, beratnya cuma 9kg sahaja. Walaupun masih dalam range normal, tapi menghampiri garisan bawah, bukan garisan atas.. Kecik halus ringan je Affaf ni..

Bulan lepas, Affaf demam + pneumonia, sehingga 6 hari warded.. Berat susut mendadak, turun sehingga 8.5kg¬†ūüė™.. Dia yang dah sememangnya kecik, bertambah halus¬†ūüė≠¬†Sedih sangat tau bila tengok keadaan dia.. Makan minum taknak, lepas tu bila batuk muntah pulak.. Berbotol-botol jugaklah kena drip masa tu..


Masa nak discharge hospital tu, doktor ada bagitau jugaklah berkenaan berat badan dia tu. Graf Affaf walaupun masih lagi normal, namun seakan-akan menurun perkembangannya..¬† Dari segi berat, juga dari segi ketinggian… Risaunyaaa hati saya huhuhu…

So, pada awal bulan ni, saya decide untuk bagi dia Mealshakes.. Dan Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu berat Affaf naik lebih daripada berat sebelum demam..

Pagi tadi timbang berat dia dah 9.2kgūüėćūüė欆Yeayyyyy…

Makan berselera..
Sembelit tiada..
Dan moga sentiasa sihat lah hendaknya..
Aminnnn..

Manfaat Mealshakes Shaklee

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‚ÄėTrace Mineral‚Äô.Kekurangan ‚Äėtrace mineral‚Äô akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
 
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Testimoni Pengguna Mealshakes

 

 

 

Jika anda nak dapatkan Mealshakes ini sebagai suplemen untuk anak-anak anda, boleh  terus klik pada butang di bawah.

 

 

Sawan Semasa Demam: Perlukah Anda Bimbang?

Panik!

Saya pasti setiap ibu bapa yang melalui saat-saat anak mengalami sawan akan panik. Rasa macam nak berhenti jantung. Debaran tak usah cakap, hampir menggigil.

Apa Itu Sawan?

Sawan semasa demam, ataupun lebih dikenali sebagai febrile fit ini biasanya akan berlaku apabila suhu badan sangat tinggi. Biasanya badan anak akan mengeras, mata akan terbeliak ke atas, dan anak gagal memberikan respons pada masa kejadian. Mungkin juga akan berlaku perubahan pada warna kulit anak iaitu akan menjadi kebiru-biruan. Ada juga beberapa kes sehingga menyebabkan anak akan terbuang air kecil mahupun besar.

Menurut Dr Alya Hamzah menerusi Malaysian Medical Gazette, sawan demam ini boleh dialami oleh anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun. Walaubagaimanapun, ia lebih kerap terjadi kepada anak kecil dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.

Jangan panik!
Seperti yang diterangkan oleh doktor, sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada¬†epilepsi.¬†Maka, ia¬†tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak.¬†Sebaliknya ia adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40¬įC.

5 Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Semasa Kejadian.

1. JANGAN TERLALU PANIK

Ya, kita memang panik, tapi jangan biarkan diri terlalu panik. Lazimnya tempoh sawan ini tidak lama. Hanya beberapa minit sahaja.

2. POSISI MENGIRING KE KIRI

Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai‚Äėrecovery position‚Äô¬†kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding¬†paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya.

Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.

3. JANGAN MASUKKAN SEBARANG OBJEK KE DALAM MULUTNYA

Jangan masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak.

Jangan paksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada  melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari mulut anak jika ada.

4. PERHATIKAN KEADAAN ANAK

Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan demam. Segala butiran penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yang tepat dalam menentukan keadaan kesihatan anak anda.

Jika ia berterusan sehingga 5 minit,  bawa anak ke hospital serta-merta.

5. BAWA ANAK UNTUK PEMERIKSAAN

Setelah anak tersedar, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya anak akan kelihatan mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Namun selepas itu, mereka akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.

Jika ini kali pertama anak anda diserang sawan, mungkin mereka akan ditahan wad untukpantauan doktor. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit seperti meningitis mahupun hypoglycaemia (paras gula rendah).

Sementara itu, anda boleh membantu memberikan keselesaan dan meredakan demam panas dengan membasahkan badan mereka menggunakan span atau kain lembab.

BOLEH BERULANG!

Sawan ini boleh berulang lagi pada masa akan datang.

Jadi, sila pastikan sebaiknya setiap kali anak alami demam, sentiasa pantau suhu badan anak.

Berikan PCM dan jerlum sentiasa badan anak sebagai usaha untuk kawal suhu daripada melonjak tinggi.

Simple Febrile Seizures ini tidak begitu merbahaya, dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk pada perkembangan otak anak.

Tingkatkan imun tubuh anak-anak, supaya anak lebih kuat melawan serangan virus ataupun bakteria yang boleh mengakibatkan demam.


Berminat untuk dapatkan Set Imuniti Kanak-Kanak?

Klik pada butang di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...