Kekal Cergas Semasa Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Melepek je semasa hamil. Loya muntah morning sickness tu satu hal dah, takde tenaga pun sama. Ye lah, bila dah asyik muntah-muntah ni, tenaga pun boleh hilang. Makan dahla tak selera, mana la tenaga nak datang kan. Penyudahnya, melepek jelah kat katil pagi petang siang malam. Trauma betul bila hamil ni…

Ada member saya lagi lah… Asal pregnant je memang kena masuk wad.. Drip air berbotol-botol.. Adakalanya sampai lagi banyak kat hospital berbanding rumah, semasa hamil. Huhuhu kesian sangat…

Tapi tu la kan.. Setiap orang memang tak sama.. Ada yang rezekinya memang tak alahan langsung semasa hamil.. Hamil ke tak hamil ke sama je, takde beza.. Ada yang memang melepek terus umpama kain buruk.. Apa-apa pun, kita syukur je la kan.. Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan suami isteri.. Maka, kita harungilah dengan sebaiknya…

Set Hamil Shaklee Untuk Kecergasan Semasa Hamil

Set Hamil Shaklee dapat membantu mengembalikan kecergasan kepada ibu hamil. Sekurang-kurangnya, apabila ibu tiada selera untuk makan, namun Set Hamil Shaklee dapat membantu mengisi nutrisi-nutrisi yang diperlukan badan, yang sangat penting sebenarnya bagi proses pembentukan bayi dalam kandungan.

Apa yang ada dalam Set Hamil Shaklee?


🍇 B-Complex
Lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik yang membantu proses pembentukan saraf tunjang bayi. Asid folik sangat penting untuk diambil SEBELUM ibu hamil lagi. Kehadiran asid folik yang cukup dalam badan ibu, dapat membantu mengurangkan risiko daripada terjadinya kecacatan pada bayi. Contohnya – Spina Bifida dan Anencephaly 

🍇 Vitalea
Merupakan multivitamin lengkap yang mengandungi berpuluh jenis vitamin dan mineral penting untuk badan. Ini termasuklah zat besi yang penting untuk proses hemoglobin darah. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan paras hemoglobin menjadi rendah, dan boleh membahayakan nyawa ibu dan anak.

🍇 Vitamin C
Vitamin C sangat terkenal sebagai antioksida yang membantu menguatkan kadar imun tubuh. Dalam konteks ibu hamil, antibodi si ibu akan menjadi kuat supaya senang melawan jangkitan penyakit. Selain itu, Vitamin C juga membantu untuk mengoptimumkan proses penyerapan zat besi dalam badan. Sebab itulah, kita dinasihatkan untuk mengambil zat besi dan vitamin C secara serentak, bagi mengoptimakan kadar penyerapan dalam badan.

🍇 Ostematrix
Ostematrix merupakan sumber kalsium yang lengkap dengan Magnesium dan beberapa jenis mineral lain seperti Vitamin D, Boron, Mangan, Copper dan Zinc. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah berfungsi untuk mengoptimakan kadar serapan kalsium dalam badan. Kehadiran magnesium dalam Ostematrix ini juga dapat mengurangkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil, kerana magnesium berfungsi untuk melembutkan najis. Selain itu, Ostematrix juga dapat membantu mengurangkan masalah kejang kaki ataupun cramp yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil.

🍇 ESP
Merupakan sumber protein daripada kacang soya yang membantu memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. ESP mempunyai kadar Glycemix Index (GI) yang rendah, maka ianya dibebaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh. Memandangkan ianya rendah GI, maka ianya juga sangat sesuai untuk diambil oleh ibu yang mempunyai masalah GDM (Gestational Diabetes Melitus), kerana pengambilan ESP tidak akan menyebabkan kadar gula dalam darah naik mencanak.

🍇 OmegaGuard
Mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi, termasuklah EPA dan DHA yang penting untuk merangsang perkembangan otak bayi. OmegaGuard juga dapat membantu mengawal tekanan darah ibu hamil.

Dapatkan Set Hamil Shaklee sekarang, dan nikmatilah proses kehamilan anda dengan indah.

Hubungi dengan cara menekan pada mana-mana butang di bawah.

Set Hamil Shaklee -Vitamin Yang Patut Diamalkan Oleh Setiap Ibu Mengandung

Kebiasaannya, apabila kita hamil, klinik akan membekalkan kita dengan beberapa jenis vitamin. Antaranya adalah obimin, asid folik, vitamin C dan juga pil kalsium…

Betul tak?
Samada klinik berbayar mahupun klinik kerajaan, inilah senarai vitamin yang biasanya mereka bekalkan kepada setiap ibu hamil.

Penting Ke Makan Vitamin Semasa Hamil?

Apa perlunya kesemua pil untuk ibu hamil?
Perlu ke makan banyak-banyak jenis vitamin ni?

Ada yang beranngapan, makan vitamin ni boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar. Maka ramai yang menolak untuk makan vitamin. Bukan  menolak secara terang-terangan, sebab risau kena marah dengan nurse hehehehe. Mereka tetap mengambil vitamin-vitamin tersebut pulang ke rumah, tapi diorang tak makan. Last-last, ke tong sampah jua vitamin-vitamin tersebut. Sangat menyedihkan. Membazir..

Jangan begitu.
Vitamin sangat penting untuk diambil oleh setiap ibu hamil.
Jangan merisikokan bayi anda, semata-mata anda percayakan mitos bahawa makan vitamin boleh menyebabkan bayi besar.
Makan vitamin bayi tak besar dari sepatutnya ya. Bayi boleh besar dari yang sepatutnya sekiranya ibu mengamalkan makanan yang tak seimbang semasa hamil, seperti makanan terproses dan juga makanan yang sangat tinggi kalori tapi nutrisinya kurang seperti aiskrim, coklat, kek dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahukah anda, ibu yang mempunyai GDM (kencing manis semasa hamil) juga berisiko untuk melahirkan bayi yang besar?

Sebenarnya, suplemen semasa hamil ini, selain untuk memberikan nutrisi kepada ibu, ianya juga adalah untuk bayi dalam kandungan..
Ini kerana, bayi dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrisi yang dibekalkan oleh ibu melalui tali pusat….

Namun.. Tidak semua ibu hamil mengambil nutrisi secukupnya sepanjang tempoh 9bulan ini…
Sebab itulah doktor biasanya akan membekalkan pil-pil ini kepada ibu agar bayi dalam kandungan tidak menghadapi masalah kekurangan nutrisi sepanjang berada di dalam rahim ibunya..
Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan bayi menghadapi masalah bukan sahaja ketika masih dalam kandungan, malah selepas dilahirkan juga..
Sudah tentu ibu-ibu tidak mahu bayi anda menghadapi sebarang masalah, kan? 😉

Set Hamil Shaklee

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Shaklee juga mempunyai supplemen yang boleh membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi dalam kandungan…

🥝 Vitalea : multivitamin yang mempunyai 28jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh orang dewasa. Juga mengandungi IRON (zat besi) yang sangat diperlukan oleh sel darah merah
🍒 B Complex : selain lengkap dengan kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, ia juga mengandungi ASID FOLIK yang boleh membantu mencegah masalah KECACATAN SARAF TUNJANG DAN OTAK bayi
🍋 Vitamin C : menyokong pembentukan SEL DARAH MERAH, mengelakkan masalah alergik kepada bayi, serta membantu menguatkan sistem imunisasi ibu dan bayi
🥦 Ostematrix : pil KALSIUM yang turut dilengkapi dengan MAGNESIUM, BORON, VITAMIN D, ZINK dan sebagainya..membantu ibu dari menghadapi masalah sakit gigi, kejang kaki dan sembelit sepanjang kehamilan
🐟 OmegaGuard : minyak ikan yang mengandungi OMEGA 3, EPA dan DHA. Bagus untuk merangsang perkembangan otak bayi.
🥔 ESP : sumber PROTEIN terbaik daripada kacang soya. Dapat memberikan ibu tenaga untuk mengatasi hari-hari meletihkan sepanjang kehamilan.

Beza Set Hamil Shaklee berbanding dengan vitamin-vitamin jenama lain, Shaklee merupakan vitamin yang berasaskan bahan-bahan semulajadi, juga diproses secara semulajadi demi menghasillkan vitamin yang terbaik dan berkesan untuk kita. Ianya dikaji dan diuji oleh barisan saintis yang terkemuka, dan hasil kajian ini sememangnya disokong secara saintifik.

Maka, ternyata set hamil Shaklee ini merupakan pilihan TERBAIK untuk ibu dan bayi, malah ianya juga boleh diambil ketika dalam pantang..
Ditambah pula dengan promosi sepanjang bulan SEPTEMBER ini, sememangnya BERBALOI-BALOI….
Jom dapatkan set hamil Shaklee ini dan dapatkn beg “Why I Love Shaklee” secara PERCUMA!

Klik sahaja pada butang di bawah untuk membuat tempahan.


 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...