10 Tanda Anda Kekurangan Vitamin C

Ramai yang tak sedar bahawa mereka sebenarnya tak cukup kadar vitamin C dalam badan. Sangka mereka, Vitamin C yang dah diambil melalui pemakanan harian, dah cukup untuk menampung keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh badan. Padahal, mereka tak sdar bahwa pemakanan harian mereka adalah sangat tidak sihat.

Banyak makan makan segera, makanan yang dah terproses, makanan yang dah tersimpan lama, makanan yang dimasak secara berlebihan (overcooked), makanan tak seimbang dan sebagainya menyumbang kepada kurangnya nilai nutrisi yang boleh diserap oleh badan.

Ada 10 cara, bagaimana untuk kita boleh mengesan adakah Vitamin C yang ada dalam badan, mencukupi ataupun tidak.

1. Rambut Tak Sihat

Rambut yang tidak sihat (mudah rapuh, gugur dan menipis), mungkin merupakan salah satu petanda kurangnya Vitamin C dalam badan. Ini disebabkan oleh Vitamin C sangat diperlukan untuk menguatkan akar rambut, menyihatkan kulit dan juga kuku. Jadi jika anda turut mengalami kuku yang mudah pecah, maka itu juga petanda bahawa anda sememangnya mengalami masalah kekurangan Vitamin C.

2. Kulit Kering

Menurut Pakar Pemakanan Cassie Berger, satu cara terbaik untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering terutama pada musim sejuk, adalah dengan mengambil Vitamin C dengan cukup. Vitamin C membantu dalam poenghasilan sebum, iaitu menyediakan lapisan minyak pelindung kepada kulit kita.

3. Kulit Kasar & Benjolan Kecil

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kulit kasar terjadi disertai dengan benjolan kecil. Ini adalah keadaan yang dikenali sebagai keratosis pilaris dan kadang-kadang dipanggil kulit ayam.

4. Gusi Sakit & Berdarah

Perhatikan sekiranya anda kerap mengalami gusi berdarah, itu juga menjadi petanda anda kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting untuk pembentukan gusi yang sihat. Vitamin C juga menjadi satu keperluan utama bagi penghasilan collagen, yang penting untuk pertumbuhan tisu dan organ badan.

5. Mudah Lebam

Memandangkan Vitamin C terlibat dengan pengeluaran collagen, maka ianya membabitkan komponen saluran darah. Sekiranya tiada sintesis collagen yang mencukupi disebabkan oleh kekurangan Vitamin C, maka ianya akan memberi kesan kepada saluran darah dan akan meningkatkan risiko kepada berlakunya lebam pada bahagian kulit.

6. Luka Lambat Sembuh

Kekurangan Vitamin C boleh memberi kesan kepada kadar penyembuhan luka. Tahap Vitamin C yang rendah akan melambatkan proses penyembuhan luka.

7. Keradangan

Biasanya kita dengar Omega 3 yang membantu mengatasi keradangan. Keradangan boleh menyebabkan kesakitan pada sendi badan. Namun, Vitamin C juga sebagai antioksidan, membantu untuk mengatasi keradangan.

8. Anemia

Zat besi sangat diperlukan oleh badan kita. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan berlakunya Anemia. Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi secara optimum oleh badan. Jika tak cukup Vitamin C, badan tak dapat serap zat besi dengan sempurna, seterusnya boleh mengakibatkan berlakunya anemia.

9. Keletihan Melampau & Mudah Marah

Jika anda merasakan diri anda cepat letih, mood mudah swing; maka itu juga menjadi ukuran badan anda tidak mendapat Vitamin C dengan cukup.

10. Skurvi

Pernah dengar tentang penyakit Skurvi? Bila skurvi berlaku, ianya adalah petunjuk bahawa tahap Vitamin C anda adalah berada pada kadar yang sangat kronik.  Walaupun jarang berlaku, gejala skurvi bermula selepas beberapa bulan mengalami kekurangan vitamin C dan ditunjukkan dengan tanda-tanda yang lebih awal tadi iaitu lebam, gusi berdarah, keletihan, ruam, kelemahan otot, dan kerapuhan rambut.

Jangan tunggu segala petanda muncul, baru anda mahu bertindak. Segalanya mungkin dah terlambat. Amalkan Vitamin C setiap hari, bermula hari ini.

Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg Vitamin C dan dirumuskan secara ‘sustained release’, iaitu proses penyerapan oleh badan secara sedikit demi sedikit (100g setiap jam). Maka, tiada isu untuk berlakunya pembaziran (Vitamin C yang diambil secara berlebihan tidak akan diserap oleh badan, namun akan dinyahkan terus oleh badan).

Sebotol Vitamin C mempunyai 180 tablet dengan harga RM97.50. Dapatkan terus melalui klik pada butang di bawah.

Kenapa Perlu Memilih Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C Jenama Lain?

Tahukah anda, bahawa Vitamin C sangat penting kepada tubuh badan? Namun malangnya tubuh badan kita tidak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Justeru, kita kena perlu mengambilnya daripada sumber makanan harian ataupun suplemen.

Info mengenai vitamin C yang perlu anda tahu…

  • Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi, jika diambil berlebihan, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan sebaliknya dikumuhkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat disimpan dalam badan selama-lamanya.
  • Vitamin C sangat mudah hilang melalui aktiviti-aktiviti sel badan.
  • Vitamin C yang dibekalkan pada tubuh pada dos yang tinggi tidak dapat diserap oleh badan sepenuhnya pada satu masa serentak. Tubuh badan hanya menyerap Vitamin C yang hanya diperlukan pada waktu itu. Selebihnya akan dikumuhkan dan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Jadi, ianya perlu didapatkan daripada sumber makanan yang berkhasiat daripada luar dan mengamalkan makan vitamin C shaklee.
  • Vitamin C menyumbang kepada pembentukan kolagen oleh sel-sel dimana mereka bergabung bersama dan membentuk lapisan pertahanan tisu.Tisu memainkan peranan penting dalam menyokong organ-organ dan pembaikan apabila rosak. Kolagen menyokong tisu untuk menyambung tendon, ligamen, kulit, tulang, gigi, tulang rawan, saluran darah, dan banyak bahagian-bahagian badan yang lain. Ini menunjukkan manfaat yang besar fungsi tubuh bila  vitamin C ini sentiasa dibekalkan.

Perbezaan Vitamin C Shaklee

√ Sumber Vita-C Shaklee 500mg adalah 100% vitamin semulajadi.
√ Vitamin C Shaklee menggunakan sistem pelepasan berperingkat (sustained release). Dengan pelepasan berperingkat, ianya dapat membantu menyalurkan vita-C secara berterusan bersesuaian keperluan badan dan memberi perlindungan lebih lama kepada sel-sel tubuh.
√ 1 tablet Vita-C Shaklee 500mg = 7 ½ biji (termasuk bijinya) oren califonia yang baru dipetik.
√ Vitamin C Shaklee adalah daripada ekstrak jagung, maka ianya sesuai untuk pesakit gastrik
√ Ujian klinikal membuktikan 2 tablet vita-C mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Hebatkan? 😁
√ Vita-C Shaklee juga mampu mencerahkan kulit, menghasilkan kolagen, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
√ Selain itu, ia juga membantu dalam menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

 

 

Vitamin C Untuk Cantik

Siapa tak nak cantik Kan?
Semua nak cantik..
Jom cantik secara sihat dan selamat..

Macam mana vitamin C boleh cantik?

Dengan membantu pembentukan kolagen. Perkataan KOLAGEN ni datang dari Yunani yang bermaksud LEKAT atau bersifat pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah cepat sembuh kerana ia membantuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat.

Habis Tu, Vitamin C Untuk Cantik Je Ke?

Owh bukan..

Awak ambil vitamin C awak dapat banyak manfaat tau.
Multipurpose & lelaki perempuan pun boleh ambil.

Terkenal sebagai antioksida, bermakna membantu menghalang kemasukan radikal bebas..
Turut membantu fungsi kolagen dalam baikpulih luka, kulit yang lebih sihat dan anjal, tulang, gigi, gusi serta sistem peredaran darah yang baik.
Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit dengan menambah bilangan “tentera sel darah” melawan penyakit.

Selain itu, kelebihan vitamin C Shaklee yang lain adalah
➡ Peningkatan Sistem Imun – membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
➡ Berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun).
➡ Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.

1 vitamin banyak kegunaan.
Seronok kan?

Untuk bulan ni, ada promosi tau!
Beli 3, dapat diskaun 5%.

Untuk dapatkan Vitamin C Shaklee, boleh klik terus pada butang di bawah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...