-

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Tahukah anda bahawa jika anda seorang ibu mengandung dengan darah jenis O, ia meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis atau demam kuning selepas dilahirkan? Ya ini adalah fakta. Walau bagaimana pun, bayi yang dilahirkan oleh ibu dari jenis darah lain pun mempunyai risiko untuk diserang jaundis. Jom saya kongsikan petua hilangkan kuning yang dijamin berkesan.

hilangkan jaundis atau dema 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Amalkan petua-petua berikut, insya Allah bacaan bilirubin bayi anda akan kembali sihat.

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung batnal, dan cadar yang berwarna kuning. Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang saya kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula. Anda boleh mmebaca tentang 1001 kebaikan susu ibu berbanding susu formula di sini.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang saya dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi. Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akam sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah s.w juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

hilangkan jaundis atau dema1 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang terakhir ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ialanya membantu.

7. Set berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee bukan sahaja membantu ibu kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang, malah ia membantu luka bersalin supaya cepat sembuh & mengelakkan bayi daripada kembung & jaundis.

Semoga petua hilangkan demam kuning yang dijamin berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

Masalah kembung sering terjadi ke atas bayi yang berumur 6 bulan ke bawah kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen seperi usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing. Nak tahu petua bayi kembung perut yang diamalkan sejak dulu?

bayi kembung 300x212 Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

 Adakah bayi kembung satu perkara yang normal?

Sesetengah bayi mengalami colic iaitu satu keadaan dimana bayi akan menangis selama berjam-jam tanpa henti & tanpa sebarang sebab. Dah bagi susu, dah gantikan lampin, dah peluk, dah pujuk, dah bagi anak selesa, tapi masih juga menangis. Anak akan kelihatan tidak selesa tanpa punca yang jelas. Selepas beberapa jam, anak akan berhenti menangis dengan sendiri. Jika bayi anda mengalami colic, jangan risau. Masalah tersebut akan semakin berkurangan apabila bayi anda membesar. Biasanya bayi colic akan menangis pada waktu malam.

Untuk soalan adakah bayi kembung satu perkara yang normal? Jawapannya ialah YA. Bayi kembung adalah satu perkara normal. Oleh itu ibu bapa wajib mengetahui petua berkesan atasi bayi kembung perut.

Macam mana nak tahu sama ada bayi mengalami kembung perut atau tidak?

Anda boleh mengetahui sama ada bayi mengalami kembung atau tidak dengan memeriksa perut bayi. Perut bayi yang kembung akan menjadi buncit & keras. Apabila dijentik atau diketuk dengan jari, anda akan mendegar bunyi padat seperti buah nangka. Kadang kala, pusat juga akan terjojol. Bayi juga akan menangis & menggeliat kerana tidak selesa.

Apakah punca bayi kembung?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca bayi anda mengalami kembung. Di antaranya ialah:

1)  Genetik atau keturunan

Sesetengah keluarga mempunyai sejarah bayi kembung. Setiap bayi yang lahir dalam keluarga tersebut pasti akan mengalami masalah kembung & menangis, terutamanya pada waktu malam.

2) Cara menyusu dengan botol yang tidak betul.

Penyusuan botol yang tidak betul bermaksud botol terlalu condong atau pun saiz lubang botol yang tidak sesuai  menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Tidak menyendawakan bayi selepas menyusu juga boleh menyebabkan bayi anda kembung.

petua bayi kembung perut 300x296 Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

3)  Bayi menangis terlalu banyak

Apabila bayi kerap menangis, akan berlaku ‘overstimulation’ yang boleh menyebabkan kembung perut

4)     Penghadaman susu yang kurang sesuai & menghasilkan banyak gas

Kemungkinan susu formula yang anda berikan tidak sesuai dengan bayi. Sebab itu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

Petua berkesan atasi bayi kembung perut

Masalah bayi kembung boleh dicegah dan diatasi dengan mengamalkan petua-petua berikut:

1. Sapukan minyak ke badan bayi selepas mandi

Sapukan minyak telon ke bahagian perut, belakang, tapak kaki, tulang keting, dan betis bagi mengelakkan masuk angin.

2. Urutan

Infant massage boleh menenangkan bayi & insya Allah mengurangkan kembung yang dialami.

bayi kembung2 300x231 Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

Berikut adalah teknik urutan yang sesuai untuk anda praktikkan di rumah:

Kaki
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke peha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

Perut
Urutan I LOVE U. Gunakan dua atau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

Dada
Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

Muka
Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

Belakang badan
Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

Bahu
Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

3. Mendukung bayi

Dukung bayi anda yang sedang menangis.

4. Membedung bayi

Membedung juga merupakan salah satu petua berkesan atasi bayi kembung perut.

5. Letakkan bayi dalam cot, di dalam bilik yang suram.

Jangan buka lampu yang terang. BAyingkan bayi di dalam baby cot dengan anda menemani bayi di sisi katil. Belai bayi anda, bercakap & pujuk bayi supaya tenang.

6. Gunakan kipas siling

Elakkan penggunaan kipas meja kerana angin yang terhasil adalah tertumpu ke satu tempat. Sementara bagi kipas siling, angin yang dihasilkan disebarkan ke seluruh bilik.

7) Jintan hitam @ Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah satu petua berkesan atasi bayi  kembung perut. Caranya:

[✔] Cari cebisan kain putih
[✔] Jahit supaya membentuk seperti sarung bantal (boleh refer gambar Nurul Aina di bawah)
[✔]Ambil segenggam Habbatus Sauda & masukkan ke dalam kain tadi. Tak perlu banyak, pastikan ianya leper seperti tilam supaya anak tidak sakit @ rimas.
[✔] Selitkan di dalam barut bayi. Bagi bayi yang tidak memakai barut, ibu boleh membuat tali & pakaikan keperut bayi seperti tali pinggang.

8. Set Berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee bukan sahaja memberikan tenaga kepada ibu berpantang supaya sentiasa cergas, banyak susu, dan luka bersalin cepat sembuh. ia juga membantu mengelakkan masalah bayi kembung.

bayi kembung1 300x212 Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

Semoga petua  bayi kembung perut yang diamalkan sejak dulu tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Set Berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

pixel Petua Bayi Kembung Perut Yang Diamalkan Sejak Dulu

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.