-

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips atasi alahan semasa mengandung adalah soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan saya yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.  Jika anda mengalami alahan mengandung, anda boleh amalkan tips yang akan saya kongsi sebentar lagi bersama Set Morning Sickness Shaklee yang sememangnya berkesan.

tips atasi alahan semasa me 300x252 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Berkesan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri.

Berikut adalah tips alahan mengandung yang boleh anda amalkan. Insya Allah sangat membantu. Saya morning sickness sampai masuk trimester kedua. Hilang 20 kg! Berikut adalah apa yang saya amalkan:

1. Jangan biarkan perut lapar

Walau pun tak berselera untuk makan, paksa diri untuk makan supaya perut kita tak kosong & masuk angin. Kalau masuk angin nanti kembung pulak, lagi menambahkan sakit yang ada.

2. Makan sikit tapi kerap

Kalau makan banyak, nanti kita muntah. Jadi makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

3. Elakkan makanan yang berbau kuat

Sesetengah makanan mempunyai bau yang kuat macam tempoyak. Elakkan makanan yang berbau.

4. Elakkan makanan pedas & berempah

Kalau makan makanan yang berempah, bila kita muntah tekak akan berasa pedih & sakit. Oleh itu sebolehnya elakkan makanan berempah.

5. Makan buah atau salad

Buah dapat membekalkan gula yang hilang dari badan akibat muntah-muntah. Buah & salad yang segar boleh membuka selera kita untuk makan.

tips atasi alahan semasa me1 300x227 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

6. Jangan terlalu memikirkan tentang alahan yang dialami

Elakkan berkurung didalam bilik kerana anda akan sentiasa berfikir tentang alahan. Ajak suami jalan-jalan ambil angin di luar. Sedut udara segar. Insya Allah anda akan berasa lebih selesa.

7. Elakkan bau-bauan

Car perfume, wangian rumah, aromaterapi, seeloknya dielakkan kerana aroma yang dikeluarkan akan menambahkan lagi alahan yang anda alami. Buka pintu & tingkap untuk pengudaraan supaya udara dalam rumah menjadi segar.

8. Mandi awal pagi

Bila kita mandi awal, badan akan berasa segar & mengurangkan alahan mengandung yang dialami.

9. Makan apa yang berselera

Satu tips alahan mengandung yang paling penting ialah makan apa yang kita berselera. Kalau kita berselera makan epal, makanlah epal setiap hari. Jangan paksa diri makan nasi.

10. Minta sokongan suami

Sesetengah suami tidak memahami penderitaan yang kita alami. Jika menghadapi situasi sebegitu, berterus-terang dengan suami & minta sokongan beliau. Insya Allah suami akan sentiasa ada di sisi kita.

11. Set Morning sickness Shaklee

Waktu mengandung dulu saya belum kenal Shaklee. Menyesal sebab tak jumpa Shaklee sejak dulu. Set Morning Sickness Shaklee telah membantu ramai pelanggan saya menghilangkah alahan mengandung yang dialami. Harganya pun murah. Berbaloi sangat duit yang anda keluarkan untuk set ini.

set morning sickness Shakle 213x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

morning sickness tips 212x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Semoga tips atasi alahan semasa mengandung ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Morning Sickness Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Kehamilan sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tersebut, malah seluruh keluarga besar akan teruja mendapat perkhabaran gembira ini. Walau bagaimana pun bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan. Di antara komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung ialah:

komplikasi kehamilan 300x158 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

 1. Morning sickness @ alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.  Anda boleh membaca tips untuk mengatasi morning sickness  yang berkesan ini. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee.

alahan semasa mengandung 300x294 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

2. Keguguran. Komplikasi kehamilan yang kedua ialah keguguran. Keguguran bermaksud kehilangan kandungan didalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Menurut kajian, 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada blighted ovum  & rahim tidak kuat. Ada juga kes dimana isteri telah disahkan mengandung tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, kantung bayi tidak kelihatan.  Pendarahan  & kesakitan  adalah tanda awal keguguran janin. Pengambilan ESP mampu mengurangkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

3. Kelahiran pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.  Jika anda mula mengalami kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang.

4. Praeklampsia. Komplikasi kehamilan keempat ialah Preaklampsia. Ia bermaksud tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh  menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat. Pengambilan Set Hamil Shaklee & ESP mampu mengurangkan risiko Praeklampsia.

5. Air ketuban kurang (oligohydramnios). Komplikasi kehamilan yang seterusnya ialah air ketuban kurang. Kantung bayi dipenuhi air yang berfungsi untuk melindungi dan menyokong bayi didalam kandungan anda. Masalah oligohydramnios biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia berlaku, doktor akan memantau keadaan bayi & jika perlu, doktor akan melakukan induce  untuk mempercepatkan proses kelahiran.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

6. Gestational diabetes/Diabetis kehamilan. Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi.  Paras gula dalam darah dapat dikawal dengan amalan pemakanan yang seimbang  serta pengambilan ESP.  Ibu yang mengalami diabetis ketika hamil berisiko  mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Kehamilan luar rahim. Kehamilan luar rahim @ Ectopic Pregnancy apabila telur disenyawakan di luar rahim. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.  Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim , implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tiub fallopio yang pecah boleh mengancam nyawa jadi janin harus digugurkan. Jika ibu bapa janin tersebut enggan menggugurkannya sekali pun, kandungan tersebut tidak akan kekal lama. Ia akan gugur dengan sendiri.

8. Placenta previa. Komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung  seterusnya ialah Placenta Previa. Ia bermaksud uri anda  berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Jika plasenta kekal di bawah semasa kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan & lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Jika uri berada di bawah semasa proses kelahiran, pembedahan adalah jalan penyelesaian.

Itulah dia komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung. Pengambilan Set Hamil Shaklee membantu anda menjalani proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi kehamilan. Hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan anda. Enjoy your pregnancy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung atau morning sickness sangat menyiksakan. Istimewa untuk anda, saya kongsikan tips atasi muntah dan loya semasa mengandung.  Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi alahan yang anda alami.

muntah dan loya 300x226 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Jika anda mengalami morning sickness, berikut adalah beberapa tips atasi alahan mengandung yang boleh diamalkan:

1. Makan kurma & kismis.

2. Amalkan sesudu madu setiap pagi.

3. Makan biskut kering apabila berasa loya.

4. Sediakan limau nipis di sisi. Cium bau limau nipis apabila loya.

5. Elakkan memakan asam terlalu banyak kerana ia akan menyebabkak perut berasid.

6. Makan tembikai diwaktu pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan rasa loya & mual anda.  Kandungan air didalam tembikai akan membantu mengelakkan anda daripdada dehidrasi. Mineral didalam tembikai akan mengembalikan zat yang hilang akibat muntah-muntah.

muntah dan loya1 300x284 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung1 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung2 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
 

7. Elakkan bau atau makanan yang boleh menyebabkan anda berasa mual.

8. Makan sikit tapi kerap.

9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

10. Aromaterapi juga boleh membantu anda. Dapatkan bau yang segar.

Insya Allah tips atasi muntah dan loya semasa mengandung ini akan membantu anda. Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi masalah alahan yang anda alami. Alhamdulillah, dengan dos & aturan yang betul, ia telah membantu ramai ibu mengandung di luar sana. ESP Shaklee juga membantu ibu hamil untuk kembali bertenaga. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

pixel Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.