Rahsia Atasi Senggugut Dengan Mudah

Muda-muda dulu, zaman sekolah la rasanya memang saya pun setiap bulan alami senggugut ni.. Ada pernah sekali tu, memang sampai muntah kot dalam kelas. Punya la sengsara.. Setiap kali period datang, terutama hari-hari terawal period, memang merangkak je la posisi yang saya paling selesa untuk kurangkan kesakitan. Memang sangat teruk!
Kalo dah sakit macam tu sekali, memang kerja-kerja ataupun rutin harian memang sah-sahlah terganggu. Tapi, nak buat macam mana kan. Memang sakit sangat sampai tak boleh nak buat apa pun.

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau nama saintifiknya ‘Dysmenorrhea’ adalah satu simptom yang lazim dialami oleh setiap wanita (namun, bukan semua) yang alami haid, terutama hari-hari terawal haid datang.
Senggugut ni merupakan satu kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid, sebenarnya adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput  endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai  ‘prostaglandin‘. ‘Prostaglandin‘ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Senggugut ni terbahagi kepada 2, iaitu Senggugut Primer & Senggugut Sekunder

 

Senggugut Primer

Senggugut yang biasanya menyerang wanita yang belum berkahwin. Ini berikutan proses pengecutan otot rahim untuk mengeluarkan darah haid. Memandangkan wanita yang belum berkahwin mempunyai saluran dinding rahim yang lebih sempit, maka sebab itu kesakitan senggugut itu berlaku. Ini juga petanda kesuburan.

Senggugut Sekunder

Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang  menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah  tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang  tergolong di  dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks.

Kenapa Selepas Kahwin Dah Tiada Senggugut?

Kita dah tahu, senggugut terjadi disebabkan oleh proses penguncupan dinding rahim untuk mengeluarkan darah haid. Proses penguncupan ini disebabkan oleh sejenis hormon yang dinamakan ‘prostaglandin’.
Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. Namun begitu, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca senggugut.

Namun demikian, ada juga kes terpencil yang mana wanita lepas kahwin, turut mengalami senggugut.

Vitamin Shaklee Untuk Kurangkan Sakit Senggugut

3 jenis vitamin Shaklee yang bagus sangat untuk kurangkan kesakitan akibat senggugut.

B-Complex: Mengurangkan stress dan rasa sakit akibat senggugut

GLA Complex: Mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan hormon prostaglandin

Ostematrix: Melegakan otot uterus

Untuk dapatkan Set Senggugut Shaklee ni, boleh terus klik pada butang di bawah.

Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya..

Bila mandi, berguguran rambut di lantai bilik air..
Bila sikat, berguguran rambut di lantai bilik..
Bila bangun tidur, bertompok-tompok rambut gugur di atas bantal..
Bila tangan melurut rambut, berhelai-helai rambut melekat di jari…

Stress!

Rambut makin hari semakin menipis..
Sedangkan rambut tu mahkota wanita..
Hati mana yang tak menangis?

Sedangkan kalau lelaki pun dah cukup resah bila kepala semakin botak, ini apatah lagi wanita.
Memang stress.
Boleh buat hati gundah gulana bercelaru.
Kan?

 

Punca Rambut Gugur

1. Cara Penjagaan Rambut Yang Salah

  • Penggunaan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara kerap dan berlebihan. Contohnya, penggunaan syampu secara berlebihan yang mengandungi paraben akan mengganggu fungsi hormon kerana paraben boleh menembusi kulit dengan mudah.
  • Jarang mencuci rambut dengan betul. Rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Sekaligus rambut akan mudah rosak dan mengalami keguguran.

2. Terlalu Mendandan Rambut

  • Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak dan gugur. Contohnya, mengikat atau mendandan rambut dengan ketat berpanjangan.
  • Menurut ahli Dermatologi Mumbai, Dr. Apoorva Shah, kerap mewarna rambut juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Penggunaan alat pengering rambut, alat pengerinting dan meluruskan rambut juga boleh menyebabkan akar rambut rosak.

3. Gaya Hidup Kurang Sihat

  • Diet tidak seimbang akan menyebabkan kesihatan rambut terjejas. Rambut diperbuat daripada protein, jadi penting untuk mengambil sumber protein yang mencukupi dalam diet seharian. Pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut. Jadi amalkanlah diet yang seimbang.
  • Tubuh badan yang kekurangan zat besi akan cenderung untuk mendapat penyakit anemia. Anemia akan menyebabkan pengurangan penghasilan haemoglobin sekaligus mengurangkan jumlah oksigen yang disalurkan pada organ. Apabila folikel rambut tidak mendapat oksigen yang mencukupi, ia akan menjadi rapuh dan mudah putus.
  • Kurang tidur dan penat yang melampau juga akan mempengaruhi kesuburan rambut. Aliran darah yang tidak lancar akan menganggu tumbesaran rambut yang sihat.
  • Kekurangan protein juga mendorong kepada terjadinya rambut yang tidak sihat, akar tidak kuat dan seterusnya mendorong kepada berlakunya keguguran rambut.

4. Tekanan Emosi & Fizikal

  • Menurut Dr. Marc Glashofer, ahli Dermatologi New York City, sebarang jenis trauma seperti kemalangan atau sakit kronik akan menyebabkan masalah keguguran rambut sementara.
  • Tekanan emosi boleh menyebabkan masalah keguguran rambut secara tidak langsung kerana ia akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon anda.

5. Perubahan Hormon

  • Keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki sering dikaitkan dengan hormon dihidrotestoteron (DHT). Rambut akan mengalami keguguran jika folikel rambut anda sensitif terhadap DHT.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dalam kalangan kaum hawa juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

6. Kesan Ubat-Ubatan

  • Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit kanser akan menyebabkan rambut gugur.
  • Wanita yang mengambil pil perancang akan cenderung untuk mengalami keguguran rambut jika berhenti menggunakan pil tersebut.
  • Ubat-ubatan seperti ibuprofen dan ubat pencair darah juga boleh meyebabkan masalah keguguran rambut.

7. Wanita Bersalin

  • Kebanyakan wanita bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Selain itu, faktor hormon dan stress selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Bacalah Petua Untuk Rambut Lebat Hitam Bersinar di sini.

Salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang kuat, adalah dengan mengamalkan suplemen yang tinggi Zinc dan Protein.

Untuk dapatkan kedua-dua suplemen ini, boleh terus klik pada butang di bawah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...