-

Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Selain senggugut, kita juga selalu dengar orang kata cyst antara punca susah mengandung. Persoalannya, benarkah cyst punca sukar hamil? Atau pun ianya sekadar cakap kosong & mitos semata-mata?

cyst punca sukar hamil 300x151 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Terdapat pelbagai jenis cyst, dan ada di antaranya boleh menyebabkan anda sukar mengandung. Di antaranya ialah:

1. Endometriosis di mana tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di tempat yang tak sepatutnya iaitu di luar rahim. Rangsangan hormon akan menyebabkan tisu ini semakin menebal, malah ia juga berdarah semasa anda datang bulan. Endometriosis boleh menyebabkan cyst & ianya menjejaskan kesuburan anda.

2. PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome adalah keadaan di mana kilang telur atau ovari menjadi bengkak kerana ovum yang dihasilkan terperangkap & tidak dapat keluar semasa waktu subur. Sekiranya anda wanita PCOS, sememangnya anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

3. Ovarian Cyst juga boleh menjadi punca anda susah mengandung. Ini kerana ianya akan meracun ovum yang keluar dari kilang telur. Malah, jika anda dah mengandung sekali pun, cyst ini akan meracun kandungan anda & boleh menyebabkan keguguran.

Apa nak buat kalau anda disahkan ada cyst?

1. Sekiranya cyst anda berukuran kurang dari 5 cm, dan tidak menyebabkan pendarahan, biasanya doktor tidak mencadangkan pembedahan. Sebaliknya anda disarankan supaya mencari ikhtiar untuk mengecutkan cyst tersebut.

2. Begitu juga halnya jika anda telah menjalani beberapa pembedahan membuang cyst, tetapi cyst masih tumbuh semula. Pembedahan bukanlah pilihan utama.

3. Atau pun anda sudah berkali-kali menjalani pembedahan membuang cyst & masih belum memiliki cahayamata. Doktor tidak akan membedah anda lagi kerana dikhuatiri ianya akan menyebabkan anda susah mengandung apabila berkahwin nanti.

cyst punca sukar hamil1 300x160 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Jadi, cara terbaik ialah mengamalkan Set Cyst Shaklee yang membantu mengecutkan cyst secara semulajadi & mengelakkan ketumbuhan cyst berulang. Alhamdulillah dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengecutkan cyst dengan set ini.

Sekarang kita dah dapat jawapan kepada persoalan bahawa benarkah cyst punca sukar hamil. Jika anda mengalami cyst, jangan dibiarkan kerana ianya akan menjadi semakin besar, menyakitkan, menyebabkan pendarahan, dan paling menakutkan boleh menjejaskan kesuburan anda. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst tanpa pembedahan. Malah ia juga menghalang pertumbuhan semula cyst. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Cyst sememangnya ditakuti oleh wanita. Lebih-lebih lagi kalau yang belum ada cahayamata, takut susah nak mengandung bila dah kawin nanti. Insya Allah cyst yang kecil iaitu dibawah 5 cm boleh dikecutkan jika betul caranya. Jom saya kongsikan makanan untuk kecutkan cyst dan elakkan ketumbuhan berulang. Selain ovarian cyst, ia juga sesuai untuk cyst dipayudara, cyst semasa mengandung, dan cyst di bahagian badan yang lain.

makanan untuk kecutkan cyst 300x197 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Apakah Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang?

Berikut adalah makanan untuk kecutkan cyst:

1. Ikan laut. Ikan laut adalah selamat kerana ianya ditangkap di laut, bukan diternak. Jadi, ianya bebas suntikan hormon & makanan pelet yang mengandungi bahan kimia.

2. Sayuran jenis kekacang. Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis, kacang botor juga termasuk dalam golongan makanan yang membantu kecutkan cyst.

3. Kekacang. Badam, kacang tanah, kacang dal, kacang kuda juga sangat baik untuk anda. Tetapi awas, kacang soya adalah makanan yang mengaktifkan cyst. Oleh itu, elakkan makanan berasaskan soya kecuali yang sudah diperam seperti tempe & kicap.

4. Sayuran hijau. Sayuran hijau adalah sangat baik untuk mengecutkan cyst. Anda boleh makan sayur dalam setiap menu harian atau pun, lagi bagus kalau anda amalkan juicing setiap hari.

5. Buah-buahan. Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga adalah makanan untuk kecutkan cyst yang wajib anda ambil setiap hari. Tapi, pastikan buah yang dibeli adalah non-gmo & segar.

6. Ubi kayu. Dari pembacaan saya, ubi kayu juga membantu mengecutkan cyst. Ubi kayu rebus cicah gula kabung, sedap kan! Cicah sambal pun sedap juga icon smile Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

7. Sup miso. Miso ialah sejenis pes yg dibuat dari kacang soya yg diperam. Ia dicampur ke dalamsup utk dijadikan miso sup. Ianya sangat baik untuk kesihatan & membantu mengecutkan cyst.

8. Teh hijau. Teh hijau adalah anti oksida yang juga tergolong dalam makanan untuk kecutkan cyst. Rasanya pun sedap & boleh membantu anda turunkan berat badan.

makanan untuk kecutkan cyst1 300x213 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Apakah Makanan Yang Perlu Dielakkan Supaya Cyst Anda Tidak Membesar Atau Tumbuh semula Selepas Pembedahan?

Berikut adalah makanan yang perlu anda elakkan. Kalau tak mampu elakkan, kurangkan pun kira ok lah :

1. Daging merah. Ini kerana biasanya binatang yang diternak secara komersil disuntik dengan hormon supaya cepat besar & makanan juga tidak semulajadi & banyak bahan kimia.

2. Ayam. Seperti lembu, ayam ternakan juga disuntik hormon & makanan tidak semulajadi. Sebagai alternatif, anda boleh makan ayam organik.

3. Produk tenusu. Produk tenusu seperti keju, susu, dan dadih adalah antara makanan yang perlu anda elakkan. Ini kerana produk tenusu akan menyebabkan cyst anda semakin membesar.

4. Ikan keli. Sama seperti lembu & ayam, isi ikan keli yang diternak penuh dengan hormon & bahan kimia.

5. Bahan perisa. Ajinomoto, kiub ayam, kiub lembu, Maggie Sedap Rasa, perencah nasi goreng segera, semua tu adalah bahan perasa yang merupakan musuh utama anda.

6. Minuman berkarbonat. Elakkan minuman berkarbonat kerana terlalu banyak kandungan gula didalamnya.

7. Makanan segera. Makanan segera tidak berkhasiat & mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang akan menyebabkan cyst anda membesar.

8. Makanan diproses. Hotdog, burger, nugget, semua tu perlu dielakkan. Kalau anda teringin makan, seeloknya buat sendiri di rumah. Tak susah pun. Google je resepinya.

9. Makanan ringan. Seperti makanan segera, makanan ringan pun tak elok.

10. Makanan berlemak/ berminyak. Kalau anda taknak cyst membesar, elakkan makanan berlemak, berminyak dan tinggi kolestrol. Ini kerana ia akan meningkatkan hormon Estrogen dalam badan & menyebabkan cyst membesar.

11. Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi Phyto Estrogen yang menyebabkan paras Estrogen dalam badan kita meningkat dan mengalakkan pembesaran cyst.

12. Kolagen. Apa-apa jenis kolagen akan menyebabkan cyst membesar & tumbuh semula.

Semoga info tentang makanan kecutkan cyst dan elakkan ketumbuhan cyst berulang itu tadi bermanfaat untuk anda. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst anda dengan cepat. Banyak testimoni pelanggan saya yang dah berjaya kecutkan cyst mereka. Malah ada yang dah mengandung. Nak order Set Cyst Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bermaksud kedudukan bayi yang bukannya kepala ke bawah. Jika ini adalah kandungan pertama anda, jangan risau. Insya Allah bayi akan berpusing ke posisi yang betul pada bulan ke8 atau ke9 kandungan anda.

bayi melintang 300x197 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apa Yang dimaksudkan Dengan Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan ?

Kedudukan bayi yang normal ialah Cephalic Position di mana kepala bayi berada di bawah. Kedudukan songsang atau Breech position pula ialah keadaan di mana kepala bayi berada di atas. Masalah bayi melintang dalam kandungan berlaku apabila bayi berada dalam keadaan transverse position di mana bayi berada dalam keadaan melintang seperti gambar di atas.

96% bayi di Malaysia dilahirkan dalam posisi normal manakala 4% dilahirkan dalam keadaan melintang sama ada secara kelahiran normal atau pun pembedahan ceaserean. Kebiasannya, jika bayi masih dalam keadaan melintang pada usia kandungan mencecah 36 minggu, doktor akan mencadangkan supaya kedudukan bayi dibetulkan dengan kaedah urutan yang dipanggil External Cephalic Version (ECV). Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya ini bukan kehamilan pertama anda. Walau bagaimana pun, ada kemungkinan bayi anda akan kembali melintang. Kaedah ini juga dilakukan oleh bidan kampung, namun dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya.

urutan1 300x179 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apakah Punca Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sehingga kini tidak diketahui apakah punca sebenar bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang. Walau bagaimanapun berikut merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan:

1. Melahirkan sebelum minggu ke37 dimana bayi belum sempat untuk berpusing.

2. Anak kembar. Apabila anda mengandung anak kembar, keadaan rahim yang penuh & sempit akan menyebabkan bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang.

3. Air ketuban terlalu banyak atau sedikit juga boleh menyebabkan bayi melintang atau songsang.

4. Rahim yang lemah atau regang. Anda boleh menguatkan rahim dengan mengamalkan tips-tips ini dan dengan mengamalkan ESP Shaklee.

5. Rahim yang berbentuk tidak normal atau terbalik, atau pun jika anda mempunyai cyst atau fibroid.

6. Bayi mempunyai kecacatan atau masalah kesihatan seperti masalah jantung, down syndrome, masalah kecacatan otak, dan sebagai

Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sekiranya kandungan anda sudah mencecah 36 minggu, anda akan merasa sakit atau tidak selesa apabila kepala bayi mula menekan tulang rusuk. Kebiasaanya masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan hanya dikenalpasti apabila melalui ujian ultrasound.

Bayi Melintang Dalam Kandungan: Bolehkan Bersalin Secara Normal?

Ibu yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan boleh mencuba untuk melahirkan secara normal asalkan doktor telah mengesahkan bahawa tiada sebarang komplikasi kehamilan lain yang anda alami & doktor yang akan membantu anda sepanjang tempoh melahirkan adalah doktor yang berpengalaman dalam mengendalikan kes kelahiran bayi melintang. Walau bagaimana pun, majoriti ibu di Malaysia yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bersalin melalui pembedahan.

Semoga info masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan yang saya kongsikan di sini bermanfaat buat anda. Jika anda sedang mengandung, adalah disarankan untuk anda mengamalkan set hamil Shaklee yang memberikan nutrisi terbaik untuk anda & bayi sepanjang tempoh kehamilan & proses bersalin yang panjang & memenatkan. Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang, untuk konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

Kali ni saya nak share testimoni kecutkan cyst dengan Shaklee dan berjaya mengandung! Ovarian Cyst merupakan salah satu punca ketidaksuburan & menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Apakah yang dimaksudkan dengan ovarian cyst? Anda boleh membaca di sini untuk mendapatkan jawapannya. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst & menghalang pertumbuhan semula cyst selepas pembedahan. Alhamdulillah, ramai pelanggan saya yang memberikan feed back positif selepas mengambil Set Cyst Shaklee.

testimonial GLA kecutkan cy 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

 

testi atiq 300x201 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy1 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy2 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy2 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee testimoni set cyst shaklee 300x212 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

 Bagaimana Set Ini Berfungsi?

1. Set ini membantu menstabilkan hormon estrogen supaya menjadi seimbang. Hormon estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan cyst menjadi semakin membesar. GLA membantu mengelakkan cyst anda daripada membesar. Insya Allah. GLA juga meningkatkan kesuburan anda agar mudah mengandung.

2. Set ini juga mengandungi vitamin anti oksidan yang membantu menghasilkan sel-sel baru yang sihat & membantu mengecutkan cyst anda sekali gus meningkatkan kesuburan.

3. Alfalfa mempunyai iodin yang sememangnya memainkan peranan penting dalam proses mengecutkan cyst. Alfalfa juga menjaga organ peranakan supaya bersedia untuk mengandung.

4. Set ini juga terdiri daripada Herblax yang berfungsi sebagai ejen detox untuk membersihkan usus supaya vitamin yang lain dapat diserap oleh tubuh badan dengan lebih baik. Ia juga membantu mengecutkan cyst.

5. Emosi juga merupakan faktor utama dalam proses mengecutkan cyst. B Complex berfungsi menstabilkan emosi & mengelakkan stress. Insya Allah jika emosi anda stabil, proses mengecutkan cyst akan berjalan dengan lebih lancar.

Anda teruja dengan testimoni kecutkan cyst dengan Shaklee yang saya share tadi? Jika anda mempunyai cyst & sedang mencuba untuk hamil, dapatkan Set Cyst Shaklee anda sekarang.Insya Allah… salah satu ikhtiar. Mana tau kot serasi.  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

Punca Susah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tertanya-tanya kenapa anda masih belum berjaya mengandung walau pun dah buat macam-macam ikhtiar? Adalah penting untuk anda mengetahui punca-punca ketidaksuburan.  Sambil-sambil tu anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung. Ok, jom saya ceritakan apakah punca susah mengandung.

punca susah mengandung 300x212 Punca Susah Mengandung

Apakah Punca Susah Mengandung? Dan Apakah Penyelesaiannya?

Haid Tidak Teratur

Salah satu punca susah mengandung ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui punca haid tidak teratur. Apabila haid anda tidak teratur, susah untuk anda menganggar bilakah waktu subur. Mengetahui tarikh subur adalah sangat penting dalam usaha anda untuk mengandung kerana anda perlu memastikan terdapat sperma yang aktif didalam rahim anda semasa badan anda berada dalam keadaan paling subur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex & Alfalfa untuk membetulkan kitaran haid anda.

Benih Tidak Berkualiti

Untuk mengandung, anda memerlukan benih yang berkualiti dari suami & isteri. Anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung sekiranya suami anda mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count . Peluang anda untuk mengandung juga akan berkurangan sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang. Jika anda atau suami mempunyai masalah benih tidak berkualiti, hubungi saya untuk konsultasi. Insya Allah, dengan pengambilan vitamin yang betul boleh meningkatkan kualiti benih anda.

Terlepas Waktu Subur

Anda tidak akan mengandung sekiranya anda terlepas waktu subur. Tak tahu bila waktu subur? Senang je, baca penerangan saya yang panjang lebar ni.

Duduk Berjauhan

Suami isteri yang duduk berjauhan sememangnya merupakan antara punca susah mengandung kerana agak sukar untuk anda memastikan anda tidak terlepas waktu subur. Tapi, anda jangan gundah gulana. Dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengandung walapu pun tinggal berjauhan. Nak tahu tips nya? Amalkan set kesuburan Shaklee supaya anda berada dalam keadaan subur apabila berjumpa.

Stress

Anda stress? Ia juga merupakan punca susah mengandung. Amalkan gaya hidup sihat & jauhi stress. B Complex Shaklee merupakan vitamin gembira & anti stress. Dengan pengambilan B Complex, hidup anda akan bebas stress. Ia juga kaya dengan folic acid yang penting bagi ibu mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Makanan Tajam

Makanan tajam seperti nenas, tapai, air kelapa & air coca cola boleh menyebabkan benih susah untuk lekat. Malahan, ia juga boleh menyebabkan benih yang telah melekat gugur dengan sendiri. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung, elakkan mengambil makanan tajam di atas.

Penyakit

Penyakit seperti Cyst, Fibroid, PCOS, & Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburana anda & menjadi punca susah nengandung. Manakala penyakit kencing manis dikalangan suami juga boleh menyebabkan benih yang dihasilkan kurang berkualiti. Ramai pelanggan saya yang mempunyai cyst telah berjaya mengandung dengan Set Cyst Shaklee. Set Fibroid Shaklee pula dapat membantu anda yang mempunyai masalah fibroid. Bagi anda yang disahkan mengidap Endometriosis boleh mangambil Set Endometriosis Shaklee. Jika anda wanita PCOS, anda boleh baca entry ini.

Belum Rezeki

Kadang-kadang, anda belum mengandung kerana masih belum ada rezeki. Tuhan ingin menguji anda kerana dia sayang & mahu anda mendekatkan diri kepadanya, Anda boleh mengamalkan doa & tips  berikut untuk memudahkan anda mengandung. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee secara konsisten juga akan membantu anda untuk mengandung.

Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengandung, sila elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca susah mengandung. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Subur Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Susah Mengandung

Punca, Tanda Dan Rawatan Telur Tak Matang

Salah satu punca susah untuk mengandung ialah telur tidak matang di mana ovum yang dihasilkan tidak membesar atau tidak menetas. Ia juga berkaitan dengan bilangan telur yang tidak seimbang. Sesetengah wanita menghasilkan telur setiap bulan tetapi telur yang dihasilkan tidak berkualiti & tidak bersedia untuk proses persenyawaan yang mengakibatkan kesukaran untuk mengandung. Nak tahu apakah punca, tanda dan rawatan telur tak matang?

telur tak matang 300x182 Punca, Tanda Dan Rawatan Telur Tak Matang

Apakah yang dimaksudkan dengan telur yang matang?

Telur yang matang ialah telur yang bersaiz 12 mm-25 mm. Anda mempunyai masalah telur tidak matang sekiranya saiz telur anda kurang dari saiz tersebut. Telur anda juga tidak berkualiti sekiranya bersaiz lebih besar daripada 25mm.

Apakah Punca Telur Tak Matang?

Di antara punca masalah  telur tidak matang ialah:

1. Gangguan hormon

Hormon yang tidak seimbang merupakan punca utama telur tidak membesar & terencat.  Hormon yang dimaksudkan ialah hormon estrogen & progesteron. Anda boleh membaca di sini untuk mengetahui bagaimana hormon yang seimbang adalah penting untuk kesuburan & penghasilan telur yang matang & berkualiti.

2. Ovarian Cyst

Sekiranya anda mempunyai masalah Cyst, ia akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon, sekali gus menyebabkan telur tidak matang. Wanita cyst biasanya mempunyai telur yang terkumpul di dalam ovari mereka & ia dapat dikesan semasa ujian ultrasound dilakukan. Sekiranya anda wanita cyst, jangan tunggu lagi. Dapatkan Set Cyst Shaklee sekarang untuk memastikan badan anda menghasilkan telur yang berkualiti supaya peluang anda untuk mengandung akan meningkat seperti wanita normal yang lain.

3. Masalah berat badan

Berat badan berlebihan atau berkurangan juga boleh menyebabkan telur anda tidak matang, akibat ketidakseimbangan hormon. Oleh itu, dapatkan berat badan unggul. Anda boleh mengambil Set Kurus Shaklee sekiranya anda mempunyai masalah berat badan berlebihan.

4. Penyakit Tiroid

Hyper tiroid & Hypo Tiroid boleh menjadi punca masalah telur tak matang. Jika anda disahkan mengidap salah satu daripada penyakit tersebut, sila dapatkan rawatan dengan segera.

telur tak matang 221x300 Punca, Tanda Dan Rawatan Telur Tak Matang

5. Hormon prolaktin yang tinggi

Hormon Prolaktin dihasilkan oleh ibu yang menyusukan anak. Namun ada juga wanita yang tidak menyusukan ank tapi mempunyai hormon Prolaktin yang tinggi. Kehadiran hormon ini akan menyebabkan badan menghasilkan telur yang tidak berkualiti. GLA Complex adalah kawan baik yang akan membantu menstabilkan hormon anda.

Apakah Tanda Telur Tidak Matang?

Di antara tanda anda mempunyai masalah telur tidak matang ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda akan didatangi haid 2 atau 3 bulan sekali. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui punca, tanda & rawatan telur tak matang supaya anda boleh mendapatkan rawatan sebelum terlambat.

Apakah rawatan untuk masalah telur tidak matang?

Rawatan untuk masalah ini ialah dengan mengambil Set Kesuburan Shaklee. Set ini terdiri daripada GLA Complex yang berfungsi untuk menstabilkan hormon & dalam masa yang sama membantu meningkatkan kesuburan anda. Anda boleh membaca testimoni pelanggan yang telah berjaya mengandung dengan set ini di sini.

telur tak matang1 300x230 Punca, Tanda Dan Rawatan Telur Tak Matang

Ok… sekarang anda dah tahu apakah punca, tanda dan rawatan telur tak matang. Sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee anda. Hari ini!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca, Tanda Dan Rawatan Telur Tak Matang

Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

Semakin ramai wanita di Malaysia yang disahkan mempunyai ovarian cyst. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakuti golongan wanita. Tahukah anda ramai pelanggan saya yang berjaya kecutkan cyst ovari dan mengandung denganSet Cyst Shaklee?

kecutkan cyst 300x242 Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

 Testimoni Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

 Berikut adalah testimoni pelanggan saya yang berjaya mengecutkan cyst ovari dan mengandung dengan Set Cyst Shaklee:

testi eva 212x300 Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

testi atiq 300x201 Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

 Nak tengok testimoni pelanggan saya yang lain? Klik di sini.

Apakah vitamin dalam Set Cyst Shaklee?

Set Cyst Shaklee terdiri daripada:

GLA untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan cyst dirangsang oleh hormon estrogen & kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan cyst. GLA  membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah cyst, fibroid & kanser.

Vitamin E & Vitamin C yang merupakan Anti oksidan yang kuat. Antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser & merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat. Ia juga memusnahkan set cyst supaya membantu cyst mengecut & menghalang pertumbuhan semula cyst selepas pembedahan.

Alfalfa kaya dengan iodin. Dalam dunia perubatan, iodin telah lama digunakan untuk merawat cyst.

Herbalax untuk detox & membersihkan usus.B Complex anti stress & vitamin untuk gembira. Emosi yang stabil mempengaruhi proses pengecutan cyst & fibroid. The power of mind.

Insya Allah, dengan dos & aturan yang betul, kita sama-sama berusaha untuk kecutkan cyst anda & dalam masa yang sama tingkatkan kesuburan supaya anda cepat mengandung. Teruja dengan testimoni kecutkan cyst ovari dan mengandung dengan set cyst Shaklee yang saya kongsikan tadi? Berminat untuk mendapatkan Set Cyst Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kecutkan Cyst Ovari Dan Mengandung Dengan Set Cyst Shaklee

Ovarian Cyst Punca Tak Boleh Mengandung

Ovarian cyst punca tak boleh mengandung. Betul ke? Selalunya bila sebut ovarian cyt, secara automatik akan terfikir tentang pembedahan. Tahukah anda bahawa cyst boleh dikecutkan dan kita boleh mencegah pertumbuhan semula cyst setelah ia dibuang?  Jom baca testimoni pelanggan saya yang berjaya kecutkan cyst dan mengandung dengan Set Cyst Shaklee.  Malah ada wanita yang disahkan mempunyai cyst semasa mengandung.  Umum pernah dengar tentang ovarian cyst tapi tak ramai yang tahu apa itu ovarian cyst yang sebenarnya. Jom kita kenali apa itu Ovarian Cyst melalui 18 info menarik ini:
cyst punca tak boleh mengan 300x227 Ovarian Cyst Punca Tak Boleh Mengandung
 
Ovarian Cyst
1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
 
2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakuti golongan wanita.
 
3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
5. Bagi mereka yang muda, jika anda mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia adalah endometriotic cyst.
6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.
7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
cyst punca tak boleh mengan1 300x238 Ovarian Cyst Punca Tak Boleh Mengandung
8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.
15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun.
18. Betul ke ovarian cyst punca tak boleh mengandung? Tak semestinya. Anda masih boleh mengandung. Apa yang penting, kecutkan cyst anda & kemudian tingkatkan kesuburan supaya cepat mengandung.
Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai cyst, usah khuatir. Kata-kata bahawa ovarian cyst punca tak boleh mengandung adalah tak benar. Pembedahan bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada. Anda boleh berusaha untuk mengecutkan cyst tersebut dengan Set Cyst Shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkannya, sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Ovarian Cyst Punca Tak Boleh Mengandung

Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee

Ramai yang menghubungi saya mengadu disahkan mempunyai cyst atau fibroid dan doktor menasihati supaya pembedahan segera dilakukan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Berita yang mengejut & dipaksa untuk melakukan pembedahan dalam masa yang terdekat sememangnya menakutkan. Berita gembira untuk anda, anda boleh kecutkan cyst dan fibroid dengan Shaklee.

kecutkan cyst 300x202 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee

 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee

 Jika anda disahkan mempunyai cyst atau fibroid dan disarankan untk menjalani pembedahan dengan segera, nasihat saya ialah dapatkan second opinion dari doktor yang lain sebelum setuju untuk menjalani pembedahan. Seeloknya, anda berjumpa dengan sekurang-kurangnya 2 orang doktor pakar yang lain. Jika anda seorang yang beragama Islam, anda boleh melakukan solat hajat & istikharah untuk mendapatkan gerak hati sama ada anda perlu menjalani pembedahan atau mencuba rawatan alternatif untuk mengecutkan cyst & fibroid tersebut. Anda juga boleh kecutkan cyst dan fibroid dengan Shaklee.

Set Fibroid Shaklee & Set Cyst Shaklee boleh membantu anda mengecutkan fibroid & cyst dengan cara semulajadi tanpa anda perlu menjalani pembedahan.  Bergantung kepada saiz & jenis ketumbuhan yang anda alami, Insya Allah set ini akan dapat membantu mengecutkan ketumbuhan tersebut secara perlahan-lahan. Untuk jenis fibroid & cyst yang boleh dikecutkan oleh set ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Anda boleh membaca testimoni berkaitan di sini.

GLA kecutkan cyst Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee
GLA kecutkan cyst 6 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee
 
GLA kecutkan cyst 1 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee
 
 
 
GLA kecutkan cyst+2 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee
 

Set ini terdiri daripada:

GLA untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser. GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah fibroid & kanser.

Vitamin E & Vitamin C yang merupakan Anti oksidan yang kuat. Antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser & merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat.

Alfalfa yang kaya dengan iodin. Dalam dunia perubatan, iodin telah lama digunakan untuk merawat cyst.

Herbalax untuk detox & membersihkan usus.

B Complex sebagai anti stress & vitamin untuk gembira. Emosi yang stabil mempengaruhi proses pengecutan cyst & fibroid. The power of mind.

Ingin mencuba untuk kecutkan cyst dan fibroid dengan Shaklee secara semulajadi?  Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee

pixel Kecutkan Cyst Dan Fibroid Dengan Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.