Resepi Roti Jala Mudah Tapi Sedap & Lembut

Anak-anak saya suka makan roti jala. Eh bukan anak-anak je, umi abi pun sama. Hihihi..

Tapi memang ramai kan penggemar roti jala ni.. Tak kira tua muda kecik besar… Dahla macam agak susah nak jumpa roti jala ni, kecuali pada musim perayaan.. Kalau time biasa, ada je jugak jual kat kedai, tapi agak mahal kot.. 3 keping roti jala dah RM2 dah.. Tak sempat nak puas makan..

So, better kita buat sendiri je sebab tak susah sangat pun.. Dapat makan sepuas hati .. Jimat dan kenyang.. Hihihi..

Resepi Roti Jala

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning
Sedikit minyak masak
Sedikit garam

Masukkan kesemua bahan ni ke dalam blender. Blend sehingga sebati. Jika adunan tu nampak pekat, boleh tambah sedikit air. Jika adunan nampak cair, boleh tambah sedikit tepung. Macamana nak kenal adunan tu cair ke pekat ke ok? Kalo cair, dia akan keluar laju sangat daripada acuan maka jala tu akan jadi tak cantik. Kalo pekat, dia tak berapa nak keluar smoothly daripada acuan dan tak akan membentuk jala yang cantik jugak. Yang ok, adunan tu akan keluar cantik dan akan membentuk jala yang cantik.

Ok, bila adunan dah jadi elok, maka boleh masukkan dalam acuan. Saya beli acuan yang macam ni. Senang nak guna, berbanding acuan jenis lama tu. Yang ni masukkan terus ke dalam acuan, berbanding yang lama tu nak kena refill setiap kali nak menjala. Leceh.

Taraaaaaa… Dah siap!

Roti jala ni sedap dimakan bersama Kuzi ataupun Kari Ayam. Cara masak kuzi agak rumit, so kita masak kari ayam jela. Simple dan cepat boleh makan hahahahah…

Resepi Kari Ayam

Rempah 4 beradikĀ  (bunga lawang + buah pelaga + kulit kayu manis + bunga cengkih)
Bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia)
Ayam (potong kecil)
Santan
Air
Gula melaka
Asam keping / asam jawa
Garam

Tumiskan rempah 4 beradik bersama bahan kisar dan serbuk kari ayam.
Tumis sehingga betul-betul masak (pecah minyak).
Masukkan ayam, gaul sebati.
Masukkan santan, air, asam keping, garam, gula melaka.
Renehkan sehingga ayam betul-betul masak.

Selamat menjamu selera šŸ˜‰

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...