-

Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

Masalah uri dibawah atau Placenta Previa adalah antara komplikasi kehamilan yang menganggu perjalanan kehamilan anda. Kedudukan uri yang berada dibawah boleh menyebabkan anda tidak dapat bersalin secara normal kerana jalan telah ditutup & ia juga menyebabkan kesakitan serta pendarahan. Nak tahu tips menaikkan uri dibawah semasa mengandung?

uri dibawah semasa mengandu2 300x265 Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

Apakah fungsi uri?

Uri berfungsi sebagai penyambung yang menghubungkan bayi & ibu melalui tali pusat bagi proses pemakanan, perkumuhan, pernafasan, perlindungan, rembesan hormon, dan penyaluran antibodi dari ibu kepada janin.

Apakah yang dimaksudkan oleh masalah uri dibawah atau Placenta previa?

Seorang ibu mengandung dikatakan mempunyai masalah uri dibawah atau Placenta Previa apabila uri berada  didalam keadaan rendah & berhampiran atau meliputi serviks, iaitu menutup sebahagian laluan peranakan atau pun secara keseluruhan. Jika masalah uri dibawah atau Placenta Previa berlaku diawal kehamilan, ia bukanlah satu masalah yang besar kerana masih ada masa untuk uri bergerak ke kedudukan yang betul. Masalah ini dianggap serius sekiranya uri masih berada dibawah semasa kandungan mencecah usia 28 minggu & keatas.

Tahap-tahap Masalah Uri Dibawah

Terdapat 4 tahap masalah uri dibawah atau Placenta Previa iaitu:

uri dibawah 1 300x252 Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

  1. Tahap 1 Low Lying- Ia adalah keadaan dimana uri berada dibahagian bawah rahim tetapi tidak menutup bukaan serviks. Jarak diantara uri & bukaan serviks ialah 2 cm.
  2. Tahap 2 Marginal – Uri menyentuh bukan rahim tapi tidak menghalang bukaan rahim.
  3. Tahap 3 Partial – uri menutup sebahagian bukaan rahim.
  4. Tahap 4 Complete – uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Apakah Kesan Masalah Uri Dibawah Kepada Ibu Mengandung?

Masalah uri dibawah atau Placenta previa boleh menyebabkan komplikasi berikut:

1. Pendarahan

Kedudukan uri dibawah boleh menyebabkan berlakunya pendarahan tanpa rasa sakit. Lazimnya pendarahan berlaku pada minggu ke20 dan keatas.

2. Kedudukan bayi tidak normal

Masalah uri dibawah atau Placenta previa boleh menyebabkan bayi berada dalam kedudukan melintang atau songsang didalam kandungan. Kedudukan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan kesukaran untuk bersalin secara normal.

3. Kelahiran bayi pra-matang

Masalah uri dibawah atau Placenta Previa boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang kerana pengecutan rahim sebelum waktunya. 1 dalam 5 ibu yang mempunyai masalah uri dibawah melahirkan bayi pra-matang.

4. Pembedahan

Kedudukan uri dibawah boleh menghalang laluan sekali gus menyebabkan anda tidak dapat bersalin secara normal.

uri dibawah semasa mengandu1 279x300 Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

Siapakah Yang Berisiko Mengalami Masalah Uri Dibawah?

Mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah uri dibawah ialah:

1. Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko berbanding wanita yang mengandung bayi pertama.

2. Wanita yang pernah bersalin melalui pembedahan caesaraean.

3. Mereka yang pernah mengalami masalah uri dibawah atau Placenta Previa pada kehamilan yang lalu.

4. Mereka yang merokok.

Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.

Apakah Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung?

Jika anda tidak mengalami sebarang pendarahan, anda tidak perlu tinggal di hospital untuk pemantauan, tetapi dinasihatkan supaya banyak berehat & tidak melakukan kerja berat. Jika anda mengalami pendarahan, anda akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan sehingga pendarahan berhenti atau bayi dilahirkan.

Anda akan dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks sepanjang kehamilan kerana ianya akan menerukkan lagi perdarahan anda.

Anda boleh mengamalkan tips berikut untuk menaikkan uri ke kedudukan yang normal:

1. Mencangkung.

Mencangkung selama yang mampu, namun pastikan ada seseorang menemani anda.

2. Merangkak

Kekal dalam posisi merangkak selama yang anda mampu, dan goyangkan badan anda ke hadapan & kebelakang secara perlahan-lahan. Pastikan ada seseorang menemani anda.

3. Duduk diatas bola yoga.

Bouncing secara perlahan-lahan. Pastikan ada seseorang menemani anda.

4. Bersujud.

Posisi bersujud juga membantu menaikkan uri. Posisi ini boleh anda lakukan semasa bersendirian. Sujud selama yang anda mampu.

Semoga tips menaikkan uri dibawah semasa mengandung yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Anda juga boleh mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee supaya anda & bayi mendapat nutrien secukupnya sepanjang tempoh kehamilan & bersedia untuk proses melahirkan. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Menaikkan Uri Dibawah Semasa Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Kehamilan sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tersebut, malah seluruh keluarga besar akan teruja mendapat perkhabaran gembira ini. Walau bagaimana pun bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan. Di antara komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung ialah:

komplikasi kehamilan 300x158 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

 1. Morning sickness @ alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.  Anda boleh membaca tips untuk mengatasi morning sickness  yang berkesan ini. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee.

alahan semasa mengandung 300x294 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

2. Keguguran. Komplikasi kehamilan yang kedua ialah keguguran. Keguguran bermaksud kehilangan kandungan didalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Menurut kajian, 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada blighted ovum  & rahim tidak kuat. Ada juga kes dimana isteri telah disahkan mengandung tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, kantung bayi tidak kelihatan.  Pendarahan  & kesakitan  adalah tanda awal keguguran janin. Pengambilan ESP mampu mengurangkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

3. Kelahiran pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.  Jika anda mula mengalami kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang.

4. Praeklampsia. Komplikasi kehamilan keempat ialah Preaklampsia. Ia bermaksud tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh  menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat. Pengambilan Set Hamil Shaklee & ESP mampu mengurangkan risiko Praeklampsia.

5. Air ketuban kurang (oligohydramnios). Komplikasi kehamilan yang seterusnya ialah air ketuban kurang. Kantung bayi dipenuhi air yang berfungsi untuk melindungi dan menyokong bayi didalam kandungan anda. Masalah oligohydramnios biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia berlaku, doktor akan memantau keadaan bayi & jika perlu, doktor akan melakukan induce  untuk mempercepatkan proses kelahiran.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

6. Gestational diabetes/Diabetis kehamilan. Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi.  Paras gula dalam darah dapat dikawal dengan amalan pemakanan yang seimbang  serta pengambilan ESP.  Ibu yang mengalami diabetis ketika hamil berisiko  mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Kehamilan luar rahim. Kehamilan luar rahim @ Ectopic Pregnancy apabila telur disenyawakan di luar rahim. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.  Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim , implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tiub fallopio yang pecah boleh mengancam nyawa jadi janin harus digugurkan. Jika ibu bapa janin tersebut enggan menggugurkannya sekali pun, kandungan tersebut tidak akan kekal lama. Ia akan gugur dengan sendiri.

8. Placenta previa. Komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung  seterusnya ialah Placenta Previa. Ia bermaksud uri anda  berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Jika plasenta kekal di bawah semasa kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan & lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Jika uri berada di bawah semasa proses kelahiran, pembedahan adalah jalan penyelesaian.

Itulah dia komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung. Pengambilan Set Hamil Shaklee membantu anda menjalani proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi kehamilan. Hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan anda. Enjoy your pregnancy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung
pixel Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.