Atasi Migrain Tanpa Perlu Makan Ubat

Migrain merupakan sakit kepala yang amat sangat. Ianya bermula dengan berdenyut-denyut di bahagian atas atau belakang mata, kadang-kadang boleh bermula di bahagian belakang kepala dan merebak ke seluruh bahagian kepala. Selalunya ia diikuti dengan rasa mual/loya, muntah-muntah, kabur penglihatan dan rasa seperti  digigit atau kebas-kebas.

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

 

 

Faktor Migrain
  • Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
  • Pemakanan yang tidak seimbang (sesetengah makanan juga boleh mencetus kepada berlakunya migrain. Contohnya: kafein)
  •  Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
  • Bunyi dan bau kuat.
  • Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
  • Tekanan emosi atau stres
  • Merokok  
  • Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
  • Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita).  

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.

Walaupun penyebab kepada masalah migrain ini belum dapat dipastikan secara jitu, namun terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh menyumbang kepada berlakunya masalah migrain ini.


Makanan Penyebab Migrain

1. Alkohol
Alkohol menaikkan tekanan darah ke otak dan menimbulkan dehidrasi. Kedua hal itu adalah penyebab timbulnya sakit kepala.

2. Kafein
Kopi, teh, minuman bersoda, dan minuman tenaga termasuk minuman yang memiliki kafein. Jadi, kepada mereka yang ‘alah’ kepada kafein, anda seharusnya lebih berhati-hati dan menghadkan pengambilan kafein dalam diet harian anda.

3. Penambah perisa pada makanan
Penambah perisa yang biasanya dicampurkan pada makanan juga perlu diwaspadai seperti MSG, sulfitesnitrites dan aspartame. MSG atau monosodium glutamat berfungsi sebagai penyedap rasa. Sulfites merupakan pengawet buah-buahan kering dan wine. Nitrites berfungsi untuk mengawetkan daging, sedangkan aspartame bermanfaat sebagai pemanis buatan pada minuman dan permen karet. Kesemua penambah perisa ini juga dikhuatiri boleh menyumbang kepada masalah berlakunya migrain.

4. Daging yang diawetkan
Hindarilah daging-daging yang melalui proses pengawetan seperti diasap, diasinkan, difermentasi, dan diasamkan seperti pepperoni, hot dog, ikan sarden, kornet, dan lain-lain. Pendek kata, elakkanlah makanan terproses, lebihkan makanan semulajadi tanpa melalui proses pengawetan.

5. Coklat
Walaupun International Headache Society mengatakan bahawa coklat boleh mengendurkan saraf-saraf yang tegang, 22 % penderita migrain berpendapat bahwa coklat adalah salah satu makanan penyebab sakit kepala.

6. Keju yang diawetkan
Tyramine merupakan salah satu bentuk protein yang terdapat pada keju yang diawetkan. Tyramine merupakan asid amino yang boleh menimbulkan sakit kepala.

7. Pisang
Para ilmuwan berpendapat bahawa makanan yang kaya dengan potassium menjadi penyebab munculnya migrain pada orang yang sensitif terhadap tyramine. Walaupun sebenarnya Potassium merupakan mineral yang bermanfaat kepada tubuh kita, namun bagi mereka yang mempunyai masalah sensitif terhadap tyramine haruslah lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan yang tinggi potassium.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Atasi Migrain

 

 

1) B-COMPLEX – dapat mengawal tekanan darah yang normal, dan mengurangkan stress. B-complex di ambil sebiji setiap pagi selepas sarapan

 2) OSTEMATRIX – memberi kelegaan terhadap ketegangan otot2 , memberi tidur yang lena dan berkualiti. Di ambil sebanyak 4biji sebelum tidur.. bangun pagi anda dengan rasa kelegaan dan kesegaran tanpa rasa lesu..

Untuk dapatkan Set Migrain Shaklee ini, anda boleh terus klik pada mana-mana butang di bawah untuk tempahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...