-

Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Darah pekat biasanya berlaku di kalangan pesakit demam denggi dan ibu mengandung. Ada juga yang mengalaminya kerana mengidap penyakit darah pekat. Ianya boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu anda boleh amalkan cara mencairkan darah pekat secara semulajadi tanpa ubat yang berikut.

cara cairkan darah pekat1 300x178 Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Untuk mencairkan darah, anda perlu ambil nutrisi-nutrisi berikut dalam diet seharian.

1. Vitamin E

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E telah terbukti membantu mencairkan darah. Di antara makanan yang mengandungi vitamin E ialah brokoli, badam, bayam, buah kiwi, lada benggala merah & gandum. Pastikan makanan-makanan ini terdapat dalam diet harian anda.

2.  Asid Salicylates

Pengambilan makanan yang kaya dengan asid Salicylates juga membantu mencairkan darah. Di antara makanan yang kaya dengan asid tersebut ialah anggur, oren, blueberry, peppermint, halia & rempah-ratus yang biasa digunakan dalam masakan harian.

3. Antibiotik semulajadi

Pengambilan makanan yang mengandungi antibiotik secara semulajadi seperti bawang, bawang putih, halia,  minyak zaitun dan jicama juga berkesan untuk mengatasi masalah darah pekat yang anda hadapi.

4. Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 boleh didapati dari walnut, biji labu, minyak flax seed, minyak kanola, dan minyak ikan.

Pastikan makanan-makanan tersebut ada didalam menu anda setiap hari. Apa yang paling penting ialah, anda perlu konsisten dalam pengambilan makanan-makanan tersebut. Insya Allah anda akan melihat kesan positif.Ingat tau! Yang penting kena konsisten.

cara cairkan darah pekat2 300x178 Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Walau bagaimana pun, jika anda jenis yang makan apa aje yang ada depan mata&  susah nak konsisten menjaga menu harian, ada cara yang lebih mudah & insya Allah akan berikan kesan yang lebih cepat. Tak perlu susah-payah jaga menu seharian. Nak tau caranya? Anda boleh ambil Set Mencairkan Darah Shaklee.

Set Mencairkan Darah Shaklee

Set ini terdiri daripada vitamin semulajadi tanpa dadah yang selamat & berkesan. Pengambilan dengan aturan makan & dos yang betul akan membantu mencairkan darah anda dengan cepat & selamat. Set ini terdiri daripada:

cara cairkan darah pekat 300x178 Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Vitamin E

Seperti yang saya terangkan tadi, pengambilan vitamin E adalah penting bagi mencairkan darah anda. Tak perlu lagi bersusah-payah pastikan makanan kaya dengan Vitamin E ada dalam menu harian anda. Cuma ambil Vitamin E Shaklee.

Omega Guard

Lemak Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam mencairkan darah. Omega Guard Shaklee diperbuat dari minyak ikan yang tulen.

Peppermint Ginger Plus

Peppermint kaya dengan Asid Salicylates. Oleh itu Peppermint Ginger Plus Shaklee adalah sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah darah pekat seperti anda.

Garlic Complex

Halia merupakan makanan yang kaya antibiotik semulajadi dan kaya dengan Asid Salicylates . Mudah. Cuma ambil Garlic Plus Shaklee. Tak perlu lagi masukkan halia dalam menu harian anda.

Alhamdulillah Set Mencairkan Darah Shaklee ini telah membantu ramai pelanggan saya mengatas masalah darah pekat yang dihadapi. Set ini juga selamat untuk ibu mengandung, asalkan diambil dengan dos & aturan makan yang betul.

Semoga cara mencairkan darah pekat secara semulajadi tanpa ubat yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat nak dapatkan set ini dengan aturan makan & dos yang betul? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Mencairkan Darah Pekat Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sakit kepala sering terjadi kepada ibu mengandung. Sepanjang tempoh kehamilan, jangan sesekali makan ubat yang dibeli dari farmasi tanpa perscription dari doktor kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Jom saya kongsikan tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat.

tips hilangkan sakit kepala 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sebagai seorang pengamal natural remedy, sepanjang mengandung sebolehnya saya akan elakkan daripada ambil apa-apa ubat,  termasuklah panadol & ubat tahan sakit. Walau pun kata doktor, tak akan menjejaskan bayi dalam kandungan saya. Bila dilanda sakit kepala saya akan cari tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat. Anda boleh lah cuba.

1. Minum banyak air kosong

Di antara punca sakit kepala ialah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Terutamanya bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness. Sekejap sekejap muntah, maka air dalam badan akan berkurangan. Begitu juga sekiranya cuaca terlalu panas. Oleh itu, pastikan anda minum air masak secukupnya.

2. Pisang

Selain kaya dengan potasium. pisang juga kaya dengan magnesium yang membantu menghilangkan sakit kepala.

3. Ais batu

Balut ais batu dengan towel kecil & tekapkan ke kepala. Kalau nak mudah, boleh gunakan cool fever yang selalu kita pakaikan ke dahi anak semasa anak demam. Konsepnya sama je, untuk menyedut kepanasan dari dalam kepala.

tips hilangkan sakit kepala1 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

4. Basahkan rambut

Selain gunakan ais batu, anda juga boleh gunakan teknik membasahkan kepala. Kalau ada bath tub, boleh berendam sambil basahkan kepala. Atau pun duduk dibawah air pancuran (shower). Kalau kepala terlalu sakit dan merbahaya untuk berada di dalam bilik air, boleh juga balut kepala dengan tuala yang dibasahkan.

5. Rendam kaki dalam air sejuk

Tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang seterusnya ialah dengan merendam kaki dalam air sejuk. Ini merupakan kedah tradisional yanh diamalkan oleh orang cina sejak zaman dulu. Cubalah!

6. Teh kulit kayu manis

Bancuh secawan teh & rendamkan sebatang kulit kayu manis. Selepas 5 minit keluarkan kulit kayu manis tersebut & minum. Insya Allah anda akan berasa segar & sakit kepala akan hilang.

7. Teh Peppermint Ginger Plus

Masukkan 3 biji Peppermint Ginger Plus ke dalam1 cawan air panas dan minum sehingga habis. Vitamin semulajadi Shaklee ini akan membantu menghilangkan sakit kepala dan sekali gus membuang angin yang ada didalam badan. Harganya cuma RM45 sebotol, dan ia merupakan teman yang sangat berguna sepanjang tempoh mengandung, malah sehingga waktu berpantang.

tips hilangkan sakit kepala2 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Insya Allah di masa akan datang saya akan kongsikan lagi tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang lain. Banyak lagi tips saya nak kongsikan ni . Nak order Pepermint Ginger Plus untuk sakit kepala? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Kehamilan sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tersebut, malah seluruh keluarga besar akan teruja mendapat perkhabaran gembira ini. Walau bagaimana pun bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan. Di antara komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung ialah:

komplikasi kehamilan 300x158 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

 1. Morning sickness @ alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.  Anda boleh membaca tips untuk mengatasi morning sickness  yang berkesan ini. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee.

alahan semasa mengandung 300x294 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

2. Keguguran. Komplikasi kehamilan yang kedua ialah keguguran. Keguguran bermaksud kehilangan kandungan didalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Menurut kajian, 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada blighted ovum  & rahim tidak kuat. Ada juga kes dimana isteri telah disahkan mengandung tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, kantung bayi tidak kelihatan.  Pendarahan  & kesakitan  adalah tanda awal keguguran janin. Pengambilan ESP mampu mengurangkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

3. Kelahiran pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.  Jika anda mula mengalami kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang.

4. Praeklampsia. Komplikasi kehamilan keempat ialah Preaklampsia. Ia bermaksud tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh  menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat. Pengambilan Set Hamil Shaklee & ESP mampu mengurangkan risiko Praeklampsia.

5. Air ketuban kurang (oligohydramnios). Komplikasi kehamilan yang seterusnya ialah air ketuban kurang. Kantung bayi dipenuhi air yang berfungsi untuk melindungi dan menyokong bayi didalam kandungan anda. Masalah oligohydramnios biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia berlaku, doktor akan memantau keadaan bayi & jika perlu, doktor akan melakukan induce  untuk mempercepatkan proses kelahiran.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

6. Gestational diabetes/Diabetis kehamilan. Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi.  Paras gula dalam darah dapat dikawal dengan amalan pemakanan yang seimbang  serta pengambilan ESP.  Ibu yang mengalami diabetis ketika hamil berisiko  mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Kehamilan luar rahim. Kehamilan luar rahim @ Ectopic Pregnancy apabila telur disenyawakan di luar rahim. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.  Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim , implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tiub fallopio yang pecah boleh mengancam nyawa jadi janin harus digugurkan. Jika ibu bapa janin tersebut enggan menggugurkannya sekali pun, kandungan tersebut tidak akan kekal lama. Ia akan gugur dengan sendiri.

8. Placenta previa. Komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung  seterusnya ialah Placenta Previa. Ia bermaksud uri anda  berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Jika plasenta kekal di bawah semasa kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan & lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Jika uri berada di bawah semasa proses kelahiran, pembedahan adalah jalan penyelesaian.

Itulah dia komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung. Pengambilan Set Hamil Shaklee membantu anda menjalani proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi kehamilan. Hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan anda. Enjoy your pregnancy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Nama je morning sickness, tapi loya & muntah sepanjang hari. Sampai sekarang tidak diketahui punca sebenar morning sickness. Kemungkinan besar disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku secara mendadak di dalam badan ibu yang mengandung. Di samping itu, saya cadangkan anda ambil Set Morning Sickness Shaklee atasi alahan semasa mengandung yang teruk.

alahan semasa mengandung 300x294 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Set Morning Sickness Shaklee

Peppermint Ginger Plus

  • Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
  • Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

 B Complex

  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama  Asid Folik (B9),  Niacin (B3) & Cobalamin (B12). Mana nak dapat semua Vitamin B ni? Jawapannya: B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?
  • B Complex juga merupakan vitamin yang boleh membantu anda berasa gembira & anti stress.

Jom baca testimoni pelanggan saya yang berpuas hati dengan set morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk:

alahan semasa mengandung1 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk
alahan semasa mengandung2 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Anda sedang mengalami morning sickness? Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dengan aturan makan yang betul & harga istimewa. Jangan berlengah lagi. Segera dapatkan Set Morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk. Hubungi saya untuk order!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung atau morning sickness sangat menyiksakan. Istimewa untuk anda, saya kongsikan tips atasi muntah dan loya semasa mengandung.  Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi alahan yang anda alami.

muntah dan loya 300x226 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Jika anda mengalami morning sickness, berikut adalah beberapa tips atasi alahan mengandung yang boleh diamalkan:

1. Makan kurma & kismis.

2. Amalkan sesudu madu setiap pagi.

3. Makan biskut kering apabila berasa loya.

4. Sediakan limau nipis di sisi. Cium bau limau nipis apabila loya.

5. Elakkan memakan asam terlalu banyak kerana ia akan menyebabkak perut berasid.

6. Makan tembikai diwaktu pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan rasa loya & mual anda.  Kandungan air didalam tembikai akan membantu mengelakkan anda daripdada dehidrasi. Mineral didalam tembikai akan mengembalikan zat yang hilang akibat muntah-muntah.

muntah dan loya1 300x284 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung1 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung2 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
 

7. Elakkan bau atau makanan yang boleh menyebabkan anda berasa mual.

8. Makan sikit tapi kerap.

9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

10. Aromaterapi juga boleh membantu anda. Dapatkan bau yang segar.

Insya Allah tips atasi muntah dan loya semasa mengandung ini akan membantu anda. Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi masalah alahan yang anda alami. Alhamdulillah, dengan dos & aturan yang betul, ia telah membantu ramai ibu mengandung di luar sana. ESP Shaklee juga membantu ibu hamil untuk kembali bertenaga. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

pixel Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.