-

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Tahukah anda bahawa jika anda seorang ibu mengandung dengan darah jenis O, ia meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis atau demam kuning selepas dilahirkan? Ya ini adalah fakta. Walau bagaimana pun, bayi yang dilahirkan oleh ibu dari jenis darah lain pun mempunyai risiko untuk diserang jaundis. Jom saya kongsikan petua hilangkan kuning yang dijamin berkesan.

hilangkan jaundis atau dema 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Amalkan petua-petua berikut, insya Allah bacaan bilirubin bayi anda akan kembali sihat.

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung batnal, dan cadar yang berwarna kuning. Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang saya kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula. Anda boleh mmebaca tentang 1001 kebaikan susu ibu berbanding susu formula di sini.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang saya dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi. Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akam sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah s.w juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

hilangkan jaundis atau dema1 300x169 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang terakhir ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ialanya membantu.

7. Set berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee bukan sahaja membantu ibu kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang, malah ia membantu luka bersalin supaya cepat sembuh & mengelakkan bayi daripada kembung & jaundis.

Semoga petua hilangkan demam kuning yang dijamin berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Demam Kuning Yang Dijamin Berkesan

Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir

Genital bayi yang baru lahir adalah sangat lembut & sensitif. Untuk 2 minggu pertama, ibu bapa dinasihatkan untuk membersihkan bahagian tersebut dengan air suam tanpa menggunakan sabun bagi mengelakkan kerengsaan. Penjagaan genital adalah berbeza untuk bayi lelaki dan perempuan. Kali ni saya nak kongsikan tips penjagaan genital bayi yang baru lahir.

penjagaan genital bayi 300x211 Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir

Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir

Selain penjagaan genital, adalah amat penting untuk ibu bapa memastikan bayi anda tidak demam. Sekiranya bayi anda demam, anda boleh menurunkan suhu demam bayi anda secara semulajadi menggunakan kaedah-kaedah berikut.

Di samping itu, adalah sangat penting bagi anda mengetahui tahap perkembangan bayi anda bagi memastikan bayi anda berkembang dengan sempurna mengikut umur.

Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir:  Bayi Perempuan

Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk membersih dari kotoran. Penggunaan kapas basah adalah jauh lebih bersih & suci berbanding penggunan wet wipes.  Sapu dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya.

penjagaan genital bayi1 300x277 Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir

Jika lampin bayi anda sangat kotor dan najis telah memasuki bibir vagina (labia) bayi, buatlah yang berikut:

  • Buka bibir vagina bayi menggunakan jari bersih.
  • GUnakan kapas basah untuk membersihkan bahagian tersebut dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
  • Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.

Kenapa perlu membersihkan dari depan ke belakang? Ia adalah bagi mengelakkan bekteria dari dubur masuk ke vagina bayi & menyebabkan jangkitan.

Dalam beberapa hari pertama, kawasan vagina bayi anda mungkin kelihatan bengkak dan kemerahan, atau mungkin juga mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Ini adalah perkara biasa dan ia berlaku kerana perubahan hormon apabila berpindah dari rahim ibu ke dunia. Walau bagaimana pun, jika bayi anda masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir:  Bayi Lelaki

Genital bayi lelaki memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding bayi perempuan. Semasa menukar lampin & mandi, cuci  keliling penis dan skrotum bayi anda untukmembersihkan semua kekotoran yang ada. Semasa bayi, penis akan membersih sendiri secara semulajadi.

Jangan sesekali menarik balik kulup penis untuk mencucinya kerana jika ditarik,  ia tidak akan kembali ke tempat asal & menyebabkan bayi anda mengalami kecederaan. Kulup penis bayi anda terlekat kepada kepala penisnya. Kulup ini akan tercerai daripada penis apabila berusia dua tahun . Jangan sesekali cuba untuk menceraikannya sendiri.

Memaksa kulup ke belakang pula boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.

Jika bayi anda sudah di sunat, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi seperti biasa. Selepas mandi anda boleh menyapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindunginya daripada bergeser dengan lampin. Anginkan penis dengan kerap. Buka lampin bayi anda apabila berkesempatan supaya luka cepat sembuh & kering. Penis bayi yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih.

Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan. Ini adalah tanda pemulihan yang normal.

Macam mana nak tahu kalau berlaku jangkitan kepada penis? Sekiranya penis bayi mendapat jangkitan ia akan menjadi merah  dan hujung penis itu akan bengkak. Bayi anda akan merasa sakit & menangis apabila  kencing. Jika anda perhatikan salah satu daripada tanda-tanda ini, sila berjumpa doktor anda dengan segera.

Semoga tips penjagaan genital bayi yang baru lahir ini membantu anda!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Penjagaan Genital Bayi Yang Baru Lahir

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang. Susu ibu adalah  hadiah terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Semua ibu mampu untuk menyusukan anak walau pun mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam.
memulakan penyusuan semasa 2 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Sekiranya ada mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam, tak perlu risau. Anda masih boleh menyusukan bayi secara normal.  Sekiranya anda melahirkan anak kembar dua atau triplet, juga adalah tidak mustahil bagi anda menyusukan kesemua bayi anda. Anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni seorang ibu yang berjaya menyusukan tripletnya.  Kebaikan susu ibu tidak terkira dan untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, saya ingin berkongsi beberapa tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang:
 
1) Cuba menyusukan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Semasa memilih hospital untuk bersalin, pastikan hospital tersebut adalah hospital rakan bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Sebaik bayi dilahirkan, anda boleh terus menyusukan bayi sambil doktor melakukan proses memotong tali pusat. Percayalah, segala kesakitan yang anda alami akan terus hilang sebaik sahaja anda mendakap bayi anda. Selepas dilahirkan, bayi sangat alert dengan persekitaran. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk bonding. Bayi yang baru dilahirkan dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.

2) Kurangkan pelawat bagi memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah dapatkan masa berkualiti bersama bayi. Beberapa hari pertama selepas bersalin, anda perlukan masa untuk berehat & bonding dgn bayi yang baru dilahirkan. Anda mempunyai hak untuk memberitahu saudara-mara & rakan-rakan supaya tidak datang melawat pada minggu pertama kelahiran.

3) Jangan berikan bayi anda puting tiruan.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah jangan berikan bayi anda puting tiruan. Pacifier atau puting tiruan harus dielakkan bagi mengelakkan bayi anda mengalami nipple confuse atau kekeliruan puting.
memulakan penyusuan semasa 1 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

4) Susukan bayi anda mengikut demand.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keempat ialah jangan terlalu mengikut jadual. Susukan bayi anda setiap kali diminta. Bayi saya manyusu setengah jam sekali semasa dalam berpantang. Memang sangat meletihkan tapi sebagai ibu, kita nak bagi yang terbaik untuk anak. Set berpantang Shaklee membantu memberikan tenaga kepada ibu yang berpantang.

5) Susu anda tak cukup? 

Bayi anda tetap menangis selepas menyusu & anda menyangka bahawa anak masih kelaparan kerana susu anda tidak cukup. Yang sebenarnya perut bayi yang dilahirkan hanyalah sebesar kacang. Susu ibu adalah mencukupi. Bayi menangis bukan kerana lapar sahaja. Mungkin juga dia menangis kerana lampin penuh, kembung, terlalu panas atau sejuk, atau pun kerana mahu dipeluk. Percayalah! Susu ibu cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Klik sini untuk mengetahui banyak mana susu diperlukan oleh seorang bayi yang baru dilahirkan.

6) Pastikan anda & bayi  selesa semasa menyusu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keenam ialah pastikan anda dan bayi selesa semasa menyusu. Gunakan  bantal untuk menyokong belakang dan kepala bayi. Pastikan badan bayi menghadap anda supaya bayi tidak perlu meusingkan kepala untuk menyusu. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda & sokong payudara supaya ia tidak menekan dagu bayi. Sekiranya anda merasa tidak selesa, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
memulakan penyusuan semasa  300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Semoga tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang saya kongsikan tadi dapat membantu anda. Anda juga boleh menggunakan breastfeeding set shaklee  bagi membanyakkan susu supaya anda dapat menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
pixel Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.