-

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Kehamilan sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tersebut, malah seluruh keluarga besar akan teruja mendapat perkhabaran gembira ini. Walau bagaimana pun bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan. Di antara komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung ialah:

komplikasi kehamilan 300x158 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

 1. Morning sickness @ alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.  Anda boleh membaca tips untuk mengatasi morning sickness  yang berkesan ini. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee.

alahan semasa mengandung 300x294 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

2. Keguguran. Komplikasi kehamilan yang kedua ialah keguguran. Keguguran bermaksud kehilangan kandungan didalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan. Menurut kajian, 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada blighted ovum  & rahim tidak kuat. Ada juga kes dimana isteri telah disahkan mengandung tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, kantung bayi tidak kelihatan.  Pendarahan  & kesakitan  adalah tanda awal keguguran janin. Pengambilan ESP mampu mengurangkan risiko keguguran di kalangan ibu mengandung.

3. Kelahiran pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.  Jika anda mula mengalami kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang.

4. Praeklampsia. Komplikasi kehamilan keempat ialah Preaklampsia. Ia bermaksud tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh  menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat. Pengambilan Set Hamil Shaklee & ESP mampu mengurangkan risiko Praeklampsia.

5. Air ketuban kurang (oligohydramnios). Komplikasi kehamilan yang seterusnya ialah air ketuban kurang. Kantung bayi dipenuhi air yang berfungsi untuk melindungi dan menyokong bayi didalam kandungan anda. Masalah oligohydramnios biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia berlaku, doktor akan memantau keadaan bayi & jika perlu, doktor akan melakukan induce  untuk mempercepatkan proses kelahiran.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

6. Gestational diabetes/Diabetis kehamilan. Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi.  Paras gula dalam darah dapat dikawal dengan amalan pemakanan yang seimbang  serta pengambilan ESP.  Ibu yang mengalami diabetis ketika hamil berisiko  mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

7. Kehamilan luar rahim. Kehamilan luar rahim @ Ectopic Pregnancy apabila telur disenyawakan di luar rahim. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.  Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim , implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Tiub fallopio yang pecah boleh mengancam nyawa jadi janin harus digugurkan. Jika ibu bapa janin tersebut enggan menggugurkannya sekali pun, kandungan tersebut tidak akan kekal lama. Ia akan gugur dengan sendiri.

8. Placenta previa. Komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung  seterusnya ialah Placenta Previa. Ia bermaksud uri anda  berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Jika plasenta kekal di bawah semasa kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan & lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Jika uri berada di bawah semasa proses kelahiran, pembedahan adalah jalan penyelesaian.

Itulah dia komplikasi kehamilan yang ditakuti semua ibu mengandung. Pengambilan Set Hamil Shaklee membantu anda menjalani proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi kehamilan. Hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan anda. Enjoy your pregnancy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung
pixel Komplikasi Kehamilan Yang Ditakuti Semua Ibu Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.