10 Tanda Anda Kekurangan Vitamin C

Ramai yang tak sedar bahawa mereka sebenarnya tak cukup kadar vitamin C dalam badan. Sangka mereka, Vitamin C yang dah diambil melalui pemakanan harian, dah cukup untuk menampung keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh badan. Padahal, mereka tak sdar bahwa pemakanan harian mereka adalah sangat tidak sihat.

Banyak makan makan segera, makanan yang dah terproses, makanan yang dah tersimpan lama, makanan yang dimasak secara berlebihan (overcooked), makanan tak seimbang dan sebagainya menyumbang kepada kurangnya nilai nutrisi yang boleh diserap oleh badan.

Ada 10 cara, bagaimana untuk kita boleh mengesan adakah Vitamin C yang ada dalam badan, mencukupi ataupun tidak.

1. Rambut Tak Sihat

Rambut yang tidak sihat (mudah rapuh, gugur dan menipis), mungkin merupakan salah satu petanda kurangnya Vitamin C dalam badan. Ini disebabkan oleh Vitamin C sangat diperlukan untuk menguatkan akar rambut, menyihatkan kulit dan juga kuku. Jadi jika anda turut mengalami kuku yang mudah pecah, maka itu juga petanda bahawa anda sememangnya mengalami masalah kekurangan Vitamin C.

2. Kulit Kering

Menurut Pakar Pemakanan Cassie Berger, satu cara terbaik untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering terutama pada musim sejuk, adalah dengan mengambil Vitamin C dengan cukup. Vitamin C membantu dalam poenghasilan sebum, iaitu menyediakan lapisan minyak pelindung kepada kulit kita.

3. Kulit Kasar & Benjolan Kecil

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kulit kasar terjadi disertai dengan benjolan kecil. Ini adalah keadaan yang dikenali sebagai keratosis pilaris dan kadang-kadang dipanggil kulit ayam.

4. Gusi Sakit & Berdarah

Perhatikan sekiranya anda kerap mengalami gusi berdarah, itu juga menjadi petanda anda kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting untuk pembentukan gusi yang sihat. Vitamin C juga menjadi satu keperluan utama bagi penghasilan collagen, yang penting untuk pertumbuhan tisu dan organ badan.

5. Mudah Lebam

Memandangkan Vitamin C terlibat dengan pengeluaran collagen, maka ianya membabitkan komponen saluran darah. Sekiranya tiada sintesis collagen yang mencukupi disebabkan oleh kekurangan Vitamin C, maka ianya akan memberi kesan kepada saluran darah dan akan meningkatkan risiko kepada berlakunya lebam pada bahagian kulit.

6. Luka Lambat Sembuh

Kekurangan Vitamin C boleh memberi kesan kepada kadar penyembuhan luka. Tahap Vitamin C yang rendah akan melambatkan proses penyembuhan luka.

7. Keradangan

Biasanya kita dengar Omega 3 yang membantu mengatasi keradangan. Keradangan boleh menyebabkan kesakitan pada sendi badan. Namun, Vitamin C juga sebagai antioksidan, membantu untuk mengatasi keradangan.

8. Anemia

Zat besi sangat diperlukan oleh badan kita. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan berlakunya Anemia. Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi secara optimum oleh badan. Jika tak cukup Vitamin C, badan tak dapat serap zat besi dengan sempurna, seterusnya boleh mengakibatkan berlakunya anemia.

9. Keletihan Melampau & Mudah Marah

Jika anda merasakan diri anda cepat letih, mood mudah swing; maka itu juga menjadi ukuran badan anda tidak mendapat Vitamin C dengan cukup.

10. Skurvi

Pernah dengar tentang penyakit Skurvi? Bila skurvi berlaku, ianya adalah petunjuk bahawa tahap Vitamin C anda adalah berada pada kadar yang sangat kronik.  Walaupun jarang berlaku, gejala skurvi bermula selepas beberapa bulan mengalami kekurangan vitamin C dan ditunjukkan dengan tanda-tanda yang lebih awal tadi iaitu lebam, gusi berdarah, keletihan, ruam, kelemahan otot, dan kerapuhan rambut.

Jangan tunggu segala petanda muncul, baru anda mahu bertindak. Segalanya mungkin dah terlambat. Amalkan Vitamin C setiap hari, bermula hari ini.

Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg Vitamin C dan dirumuskan secara ‘sustained release’, iaitu proses penyerapan oleh badan secara sedikit demi sedikit (100g setiap jam). Maka, tiada isu untuk berlakunya pembaziran (Vitamin C yang diambil secara berlebihan tidak akan diserap oleh badan, namun akan dinyahkan terus oleh badan).

Sebotol Vitamin C mempunyai 180 tablet dengan harga RM97.50. Dapatkan terus melalui klik pada butang di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...