Resepi Kek Sarang Semut Guna Air Fryer @ Rice Cooker

Hai semua…

Suka makan kek sarang semut tak?
Ada jugak yang panggil kek span, dan ada jugak yang panggil kek gula hangus kan…
Mana-mana lah hihi..
Yang penting, kek yang sama, kek yang berlubang-lubang kat dalamnya tu…
Tau kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya, resepi ni saya dapat dari forward whatsapp kat grup alumni sekolah. Saya sebenarnya takdelah suka sangat kek ni pun (since i prefer chocolate & cheese cake), tapi memandangkan resepi ni mudah amat maka saya pun try la buat. Dan, ianya menjadi. Rasa pun sedap. Yeayyyyy… Bolehlah saya makan, walaupun takdelah bersungguh mana suka kat kek ni.

Saya bakar kek ni menggunakan Air Fryer. Saja try test guna air fryer. Resepi asal kek ini adalah menggunakan periuk nasi (wowwww – tapi saya takde periuk nasi yang canggih manggih tu, ada yang biasa-biasa saja yang penutupnya boleh bukak terus tu dan malangnya periuk macam ni tak boleh guna untuk masak kek) ataupun oven.

Saya beli aksesori Air Fryer. So masukkan terus adunan ni ke dalam bekas yang macam baldi tu, sebelum dimasukkan ke dalam Air Fryer. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah.

Jom kita cek bagaimana resepinya…

KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125 gm butter
4 bj telur ayam gred B
Setengah tin susu pekat
1 camca besar baking soda ( wajib )
I unit rice cooker

1- Panas gula api sederhana sehingga hangus ( tp bkn hangit ya ) .

2 – Bila nampak keperangan.. tuangkan air panas td sikit demi sikit.. sampai habis.. then perlahankan api sampai gula hangus td dan air sebati. Kemudian masukkan butter..kacau. biarkan seketika.

3- Masukkan 4 bj telur ke dlm mangkuk.. kacau sebati dengan susu pekat. ( kacau utk sebatikan aja ).

4- Masukkan tepung dan baking soda.. kacau sebati.

5- Kemudian tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam2 ) ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.

6- Gris kan rice cooker.. kemudian tuang adunan ke dalam , tudungkan dan tekan button memasak.

7- Kek akan masak sendirinya slps button masak dah tendang naik. Boleh juga utk gunakan pisau utk cucuk samada sudah masak atau blm. Jika perlu tambah masa..tekan kembali button masak td.

* tips – sy tuangkan air gula ketika masih suam2 sbb dgn suhu mcm tu.. baking soda akan cepat bertindak dan x perlu nak biarkan atau peram.. trus masukkan dlm rice cooker ja.

Selamat mencuba ! 😍😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...