-

Cara Merawat Endometriosis

Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah punca, bagaimana ia berlaku, simptom, dan rawatan Endometriosis. Jika anda mempunyai tanda-tanda Endometriosis, jangan berlengah. Segera dapatkan rawatan bagi merawat Endometriosis dan meningkatkan kesuburan anda. Di samping menjalani rawatan, anda juga boleh mengamalkan cara merawat Endometriosis yang akan saya kongsikan di sini.

tips merawat endometriosis 300x191 Cara Merawat Endometriosis

Cara Merawat Endometriosis

1. Sayuran & buah-buahan segar

Pastikan anda makan banyak sayur & buah-buahan setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang makan sayur hijau 13 kali atau lebih dalam seminggu adalah 70% lebih cepat merawat Endometriosis berbanding wanita yang kurang memakan sayur & buah-buahan.

2. Banyakkan makan makanan anti oksida

Makanan anti oksida kaya dengan Vitamin E dan Vitamin C, terutamanya sayur & buah-buahan.  Jika anda sibuk & tiada masa untuk memastikan anda mengambil anti oksida yang secukupnya setiap hari, anda boleh mengamalkan Vitamin E & Vitamin C Shaklee yang merupakan antara vitamin dalam Set Endometriosis Shaklee.

tips merawat endometriosis1 300x191 Cara Merawat Endometriosis

3. Kurangkan pengambilan daging merah.

Kurangkan pengambilan daging merah terutamanya binatang yang diternak untuk pasaran komersial. Sebagai alternatif, anda boleh makan daging organik.

4. Elakkan pil hormon

Pengambilan pil hormon akan meningkatkan hormon Estrogen yang merupakan antara musuh pesakit Endometriosis. Oleh itu mengelakkan pengambilan pil hormon adalah salah satu tips untuk merawat endometriosis.

5. Masak sendiri di rumah

Satu lagi tips untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengelakkan makan di luar dengan kerap. Makanan yang dimasak sendiri adalah lebih bersih & selamat daripada bahan-bahan seperti MSG & garam berlebihan.

6. Kurangkan pengambilan coklat

Anda suka makan coklat? Jika anda disahkan menghidap Endometriosis, sila kurangkan tabiat memakan coklat. Ya…agak sukar tetapi perlu dilakukan untuk sembuh seperti sedia kala.

tips merawat endometriosis2 300x191 Cara Merawat Endometriosis

7. Kurangkan berat badan

Cara merawat Endometriosis yang terakhir untuk kali ini ialah mengurangkan berat badan. Kebanyakan wanita Endometriosis berjaya mengurangkan simptom Endometriosis selepas menurunkan berat badan. Amalkan pemakanan yang sihat & kalau anda ada bajet boleh ambil set kurus Shaklee yang selamat untuk pesakit Endometriosis seperti anda.

Semoga cara merawat Endometriosis yang saya kongsikan dapat membantu anda mengurangkan simptom & merawat Endometriosis yang sedang dialami.  Set Endometriosis Shaklee juga sudah membantu ramai wanita merawat Endometriosis & membantu mereka untuk mengandung. Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Merawat Endometriosis

Tanda-tanda Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila selaput dalam rahim ( endometrium ) yang sepatutnya  luruh bersama darah haid tidak keluar, tetapi  tumbuh di luar rahim.   Tisu tersebut akan menjadi semakin menebal & berdarah semasa anda didatangi haid. Anda boleh membaca tentang apa itu Endometriosis, bagaimana ia berlaku & punca di sini. Apakah tanda-tanda Endometriosis?

tanda endometriosis 243x300 Tanda tanda Endometriosis

TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS

Senggugut

Jika anda sering senggugut, jangan diabaikan. Senggugut bukan sahaja merupakan salah satu daripada tanda-tanda Endometriosis, malah ia juga boleh menjejaskan kesuburan anda. Jika anda mempunyai masalah senggugut, rawat segera dengan Set Senggugut Shaklee.

Sakit ketika bersama

Pesakit Endometriosis biasanya akan mengalami kesakitan jika bersama dalam beberapa posisi tertentu. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama, ia mungkin merupakan tanda anda mempunyai Endometriosis.

Darah haid terlalu sedikit

Sesetengah wanita didatangi haid yang sangat sedikit iaitu cuma titisan atau pun sangat sedikit. Ia bukanlah sesuatu yang normal. Jika haid anda sangat sedikit, sila berjumpa dengan doktor dengan segera kerana ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda Endometriosis.

Darah haid terlalu banyak

Darah haid yang terlalu banyak juga merupakan tanda-tanda Endometriosis. Jika haid anda terlalu panjang & pendarahan yang berlaku terlalu banyak, jangan berlengah. Kemungkinan besar anda menghidap penyakit Endometriosis.

Kesukaran untuk mengandung

Wanita Endometriosis biasanya mempunyai masalah susah untuk mengandung kerana tisu endometrium yang melekat tersebut boleh menjadi punca ketidak suburan kerana Endometriosis boleh:

1. Merosakkan kilang telur

2. Merosakkan tiub Falappio

3. Mengeluarkan hormon yang menjadi racun membunuh benih

Keguguran berulang

Ramai pesakit Endometriosis yang berjaya mengandung tetapi mengalami keguguran berulang. Ia juga merupakan antara tanda-tanda Endometriosis. Punca utama tidak diketahui tetapi ada teori mengatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh hormon yang dikeluarkan meracun janin yang sedang terbentuk.

Pendarahan diluar waktu haid

Pendarahan yang tidak terkawal juga merupakan tanda-tanda Endometriosis. Wanita yang normal hanya akan mengalami pendarahan semasa haid sahaja.

tanda endometriosis1 218x300 Tanda tanda Endometriosis

 APAKAH RAWATAN UNTUK ENDOMETRIOSIS?

Rawatan terbaik untuk Endometriosis ialah mengandung kerana apabila anda mengandung, ia akan menghalang pembesaran tisu endometrium & menghilangkan Endometriosis secara total. Walau bagaimana pun, seperti yang saya sebutkan tadi, pesakit Endometriosis kebiasaanya mempunyai masalah kesukaran untuk mengandung & keguguran berulang.

Jadi, saranan saya:

1. Jalani rawatan Endometriosis yang membantu meningkatkan kesuburan anda tanpa kos rawatan yang tinggi. Apakah rawatan yang dimaksudkan? Anda boleh mengambil Set Endometriosis Shaklee yang terdiri daripada GLA, Coqhealth,  B Complex, Alfalfa, Vitamin E, Vitalea.

2. Apabila anda disahkan mengandung, anda disarankan untuk mengambil Set Hamil Shaklee yang membantu pembentukan janin yang sempurna & insya Allah menghalang berlakunya keguguran berulang.

Jika mempunyai tanda-tanda Endometriosis sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Jika anda disahkan mempunyai Endometriosis, jangan sesekali putus harapan. Dapatkan Set Endometriosis Shaklee untuk membantu anda hamil. Dan apabila anda berjaya hamil, anda teruskan perjuangan dengan mengambil Set Hamil Shaklee. Insya Allah dengan aturan makan & dos yang betul, set-set ini akan membantu anda mencapai impian untuk menimang cahayamata.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda tanda Endometriosis

pixel Tanda tanda Endometriosis

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.