Sawan Semasa Demam: Perlukah Anda Bimbang?

Panik!

Saya pasti setiap ibu bapa yang melalui saat-saat anak mengalami sawan akan panik. Rasa macam nak berhenti jantung. Debaran tak usah cakap, hampir menggigil.

Apa Itu Sawan?

Sawan semasa demam, ataupun lebih dikenali sebagai febrile fit ini biasanya akan berlaku apabila suhu badan sangat tinggi. Biasanya badan anak akan mengeras, mata akan terbeliak ke atas, dan anak gagal memberikan respons pada masa kejadian. Mungkin juga akan berlaku perubahan pada warna kulit anak iaitu akan menjadi kebiru-biruan. Ada juga beberapa kes sehingga menyebabkan anak akan terbuang air kecil mahupun besar.

Menurut Dr Alya Hamzah menerusi Malaysian Medical Gazette, sawan demam ini boleh dialami oleh anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun. Walaubagaimanapun, ia lebih kerap terjadi kepada anak kecil dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.

Jangan panik!
Seperti yang diterangkan oleh doktor, sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epilepsi. Maka, ia tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak. Sebaliknya ia adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C.

5 Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Semasa Kejadian.

1. JANGAN TERLALU PANIK

Ya, kita memang panik, tapi jangan biarkan diri terlalu panik. Lazimnya tempoh sawan ini tidak lama. Hanya beberapa minit sahaja.

2. POSISI MENGIRING KE KIRI

Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai‘recovery position’ kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya.

Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.

3. JANGAN MASUKKAN SEBARANG OBJEK KE DALAM MULUTNYA

Jangan masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak.

Jangan paksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada  melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari mulut anak jika ada.

4. PERHATIKAN KEADAAN ANAK

Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan demam. Segala butiran penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yang tepat dalam menentukan keadaan kesihatan anak anda.

Jika ia berterusan sehingga 5 minit,  bawa anak ke hospital serta-merta.

5. BAWA ANAK UNTUK PEMERIKSAAN

Setelah anak tersedar, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya anak akan kelihatan mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Namun selepas itu, mereka akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.

Jika ini kali pertama anak anda diserang sawan, mungkin mereka akan ditahan wad untukpantauan doktor. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit seperti meningitis mahupun hypoglycaemia (paras gula rendah).

Sementara itu, anda boleh membantu memberikan keselesaan dan meredakan demam panas dengan membasahkan badan mereka menggunakan span atau kain lembab.

BOLEH BERULANG!

Sawan ini boleh berulang lagi pada masa akan datang.

Jadi, sila pastikan sebaiknya setiap kali anak alami demam, sentiasa pantau suhu badan anak.

Berikan PCM dan jerlum sentiasa badan anak sebagai usaha untuk kawal suhu daripada melonjak tinggi.

Simple Febrile Seizures ini tidak begitu merbahaya, dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk pada perkembangan otak anak.

Tingkatkan imun tubuh anak-anak, supaya anak lebih kuat melawan serangan virus ataupun bakteria yang boleh mengakibatkan demam.


Berminat untuk dapatkan Set Imuniti Kanak-Kanak?

Klik pada butang di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...