-

Petua Elakkan Jaundis Yang Boleh Ibu Amalkan Sejak Mengandung

Jaundis atau demam kuning sememangnya mimpi ngeri bagi seorang ibu yang baru melahirkan. Kalau bayi anda yang baru lahir terkena jaundis, anda boleh amalkan petua semulajadi untuk hilangkan jaundis yang terbukti berkesan ini. Walau bagaimana pun, langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan jaundis ialah dengan mengamalkan petua elakkan jaundis yang boleh diamalkan oleh ibu sejak mengandung berikut:

petua elak jaundis 300x212 Petua Elakkan Jaundis Yang Boleh Ibu Amalkan Sejak Mengandung

Di antara petua yang boleh ibu mengandung amalkan ialah:

1. Minum 3 sudu madu setiap pagi.

Anda boleh amalkan mengambil 3 sudu madu sejurus selepas bangun tidur. Amalkan setiap pagi. Kalau anda tak boleh menelan 3 sudu madu sekali gus, boleh juga dibancuh dengan air.

2. Susu kambing.

Amalkan meminum susu kambing sekurang-kurangnya satu cawan setiap hari. Susu kambing sememangnya baik untuk mencegah penyakit jaundis.

3. Buah delima

Buah delima juga merupakan antara makanan sunnah yang berupaya untuk mengelakkan jaundis. Anda boleh makan buah delima yang segar atau pun mengambil pati jus delima yang banyak dijual di pasaran. Tapi yang fresh adalah lebih bagus.

4. Kurma

Buah kurma sememangnya makanan terbaik untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

5. Minum air kelapa

Air kelapa bukan sahaja boleh membantu mencegah jaundis, ia juga boleh mengelakkan kepala bayi berkerak semasa dilahirkan.

6. Amalan pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung

Satu lagi petua elakkan jaundis yang boleh ibu amalkan sejak mengandung ialah dengan mengamalkan amalan pemakanan yang terbaik untuk untuk ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilan. Jika anda & bayi mendapat semua khasiat yang diperlukan, insya Allah bayi anda akan bebas jaundis semasa dilahirkan.

7. Set Ibu Mengandung Shaklee

Pengambilan Set Ibu Mengandung Shaklee bukan sahaja membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan, malah ia juga memberikan tenaga supaya ibu cergas semasa proses melahirkan. Insya Allah ia juga membantu pembentukan bayi yang sempurna, sihat, dan bebas dari jaundis.

petua elak jaundis1 300x172 Petua Elakkan Jaundis Yang Boleh Ibu Amalkan Sejak Mengandung

Semoga 7 petua elakkan jaundis yang boleh ibu amalkan sejak mengandung itu tadi bermanfaat untuk anda. Insya Allah jika anda amalkan secara konsisten, bayi anda akan terhindar dari jaundis semasa dilahirkan. Pengambilan Set Ibu Mengandung Shaklee juga sangat membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Elakkan Jaundis Yang Boleh Ibu Amalkan Sejak Mengandung

pixel Petua Elakkan Jaundis Yang Boleh Ibu Amalkan Sejak Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.