-

Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

Air ketuban kurang boleh menyebabkan bayi lemas. Oleh itu adalah sangat penting untuk mengetahui apakah punca air ketuban kurang & tanda-tandanya. Tiada ubat atau rawatan untuk banyakkan air ketuban. Oleh itu, kalau air ketuban anda kurang, amalkan petua banyakkan air ketuban supaya tak perlu induce untuk dipaksa bersalin awal berikut.

petua banyakkan air ketuban 300x266 Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce Untuk Dipaksa Bersalin Awal

Air ketuban kurang sangat bahaya sebab boleh menyebabkan bayi anda lemas. Macam yang saya tulis diatas, tiada ubat atau rawatan untuk masalah air ketuban kurang. Doktor akan memantau pergerakan bayi & memeriksa jumlah air ketuban anda. Kalau bayi tidak bergerak atau air ketuban anda mencecah tahap 6, anda akan diinduce untuk dipaksa bersalin kerana dikhuatiri bayi sudah lemas.

Ngeri kan? Kena paksa bersalin tu satu hal. Sakit bersalin induce yang super duper berkali ganda sakit daripada bersalin normal pun satu hal. Yang paling penting, bayi anda akan dilahirkan dalam keadaan pra matang atau tak cukup bulan. Kesiannya icon sad Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

Oleh itu, kalau anda disahkan mengalami masalah air ketuban kurang, jangan berlengah. Cepat-cepat amalkan petua banyakkan air ketuban supaya tak perlu induce dan dipaksa bersalin awal berikut:

1. Jangan stress

Relax. Jangan stress. Saya faham, anda sedih. Anda stress. Tapi stress sangat tak baik untuk kesihatan, terutamanya anda yang sedang mengandung. Tenangkan fikiran, banyakkan berdoa & berzikir kepada Allah. Mohon Allah lindungi bayi dalam kandungan.

petua banyakkan air ketuban1 300x266 Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

2. Bedrest

Rehat. Bedrest maksudnya baring atas katil. Tak payah buat kerja rumah. Tak payah masak, basuh baju, lipat baju, cuci toilet. Ada orang lain yang boleh bantu. Yang mana lagi penting sekarang, kerja rumah atau keselamatan bayi dalam kandungan?

3. Banyakkan minum air

Pastikan anda minum air secukupnya. Bukanlah bermakna bila anda banyak minum air, air tu akan masuk terus ke dalam kantung ketuban. Tapi kalau ikutkan logik, kalau badan kurang air, kemungkinan untuk air ketuban makin berkurangan tu ada. Betul tak?

4. Minum air kelapa

Kata orang tua, minum air kelapa boleh membanyakkan air ketuban. Air kelapa memang ada banyak khasiat. Sedap dan menyegarkan pulak tu. Jadi, minum air kelapa banyak-banyak ye icon smile Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

5.  Minum air tembikai

Kata orang tua, air tembikai pun boleh banyakkan air ketuban. Bolehlah minum.

6. Set Air Ketuban Bocor Shaklee

Jika air ketuban anda kurang disebabkan oleh air ketuban bocor awal,  anda boleh ambil Set Air Ketuban Bocor Shaklee yang membantu menguatkan kantung ketuban agar kebocoran yang berlaku semakin berkurangan. Kalau tak, makin lama air ketuban anda akan makin berkurangan sebab bocor.

tanda air ketuban bocor 300x209 Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

Kalau air ketuban anda kurang bukan disebabkan oleh kebocoran pun, set ini sangat sesuai untuk anda sebab ESP Shaklee membantu menguatkan sel kantung rahim agar dapat melindungi bayi anda dengan lebih lama, supaya tak lemas dan perlu induce.

Semoga petua banyakkan air ketuban supaya tak perlu induce itu tadi bermanfaat untuk anda. Saya doakan supaya kandungan anda sentiasa selamat & anda tak perlu dipaksa untuk bersalin awal. Nak order Set Air Ketuban Bocor Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Banyakkan Air Ketuban Supaya Tak Perlu Induce

Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

Air ketuban melindungi bayi dari hentakan atau gegaran dari luar. Ia juga merupakan medium perkumuhan bayi. Apabila selaput sarung ketuban bocor, air ketuban akan keluar dan ianya adalah antara tanda dah nak bersalin. Walau bagaimana pun ia boleh membahayakan nyawa bayi jika bocor terlalu awal. Kali ni saya kongsikan punca air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu bersalin.

punca air ketuban bocor awa1 300x282 Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

Selain alert tentang tanda air ketuban bocor, adalah sangat penting untuk ibu mengandung mengetahui apakah punca air ketuban bocor awal sebelum waktu bersalin supaya kita boleh elakkan mana yang mampu.

1. Air ketuban terlalu banyak

Air ketuban yang terlalu banyak akan memberikan tekanan yang kuat kepada sarung ketuban, dan akhirnya  selaput ketuban bocor sebelum waktunya.

2. Kemalangan

Kemalangan yang melibatkan hentakan atau anda terkejut boleh menyebabkan selaput ketuban bocor. Oleh itu elakkan diri daripada terdedah kepada situasi yang bahaya & sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya.

punca air ketuban bocor awa 300x223 Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

3. Kulit sarung ketuban terlalu tegang

Apabila sarung ketuban menjadi terlalu tegang, ia juga boleh menjadi punca air ketuban bocor sebelum waktunya.

4. Kandungan berisiko

Kandungan berisiko juga boleh menjadi punca air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu bersalin. Di antara contoh kandungan berisiko ialah ibu yang sudah berumur, ibu dengan masalah rahim lemah, peranakan jatuh, dan komplikasi kehamilan yang lain.

5. Kekurangan nutrisi

Kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan air ketuban bocor awal. Oleh itu pastikan anda mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung dan mengambil Set Ibu Mengandung Shaklee sepanjang tempoh kehamilan agar anda & bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya.

Adakah Air Ketuban Bocor Awal Merbahaya?

Ya, air ketuban bocor awal boleh membayakan bayi dalam kandungan. Ia mungkin menyebabkan bayi terkena jangkitan kuman. Kebocoran juga boleh menyebabkan air ketuban menjadi kurang & memaksa bayi dilahirkan awal bagi mengelakkan kematian.

Apa Nak Buat Kalau Air Ketuban Bocor Awal?

Cepat-cepat berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Anda juga boleh mengamalkan Set Air Ketuban Bocor Shaklee untuk menguatkan sarung ketuban.

tanda air ketuban bocor 300x209 Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

Oleh itu adalah penting bagi ibu mengandung mengetahui punca air ketuban bocor awal sebelum waktu bersalin dan juga tanda-tanda air ketuban bocor. Dan jangan lupa untuk mengambil Set Ibu Mengandung Shaklee setiap hari mengikut dos & aturan makan yang betul. Kalau air ketuban anda bocor awal bolehlah ambil Set Air Ketuban Bocor Shaklee.  Nak dapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee atau Set Air Ketuban Bocor Shaklee dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Air Ketuban Bocor Awal Sebelum Sampai Waktu Bersalin

Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

Bila kita mengandung, di antara komplikasi kehamilan yang paling ditakuti ialah air ketuban bocor sebab ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan terkena jangkitan atau mati lemas. Kali ni saya kongsikan tanda air ketuban bocor yang semua ibu mengandung patut tahu untuk panduan kita bersama.

tanda air ketuban bocor1 300x234 Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

Berikut adalah tanda-tanda air ketuban bocor. Take note ye semua bakal ibu!

1. Seluar dalam basah

Takde terkencing dalam seluar pun, tapi tengok-tengok seluar dalam dah basah. Bila cium, takde bau hancing pun.

2. Air berwarna putih tanpa bau

Air yang terdapat pada seluar dalam kita adalah berwarna putih tanpa bau. Tapi adakalanya air ketuban boleh menjadi merah sedikit sebab kehadiran sedikit darah. Air ketuban & keputihan jauh berbeza.

3. Terasa air mengalir keluar

Apabila air ketuban bocor, kita akan terasa macam ada air mengalir keluar dari kemaluan. Dan bila cek, memang seluar dalam dah basah.

4. Air yang banyak sehingga basah peha

Biasanya apabila air ketuban bocor, air yang keluar adalah sangat banyak sehingga membasahkan peha. Tapi ada juga kes di mana air ketuban keluar sedikit sehingga kita tak perasan. Bila cek kat hospital, rupanya air ketuban dah tinggal separuh. Kesian baby icon sad Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

5. Tiada rasa sakit

Biasanya anda tak akan rasa sakit apabila air ketuban pecah. Tiba-tiba je seluar dalam dah basah.

Apa nak buat kalau air ketuban pecah?

Jangan berlengah, cepat-cepat pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Lebih-lebih lagi kalau air ketuban yang keluar berwarna hijau, kekuningan atau hitam. Jangan lupa untuk monitor pergerakan baby, pastikan baby aktif seperti biasa.

Jika air ketuban anda disahkan bocor, banyakkan berehat & banyakkan berehat sementara menunggu waktu bersalin tiba. Walau bagaimana pun, kalau air ketuban anda pecah terlalu awal iaitu sebelum sampai waktu bersalin, anda boleh ambil Set Air Ketuban Bocor Shaklee yang membantu menguatkan sarung ketuban.

tanda air ketuban bocor 300x209 Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

Vitamin C merangsang pembentukan kolagen yang merupakan fiber dalam sarung ketuban. Ia membantu sarung ketuban menjadi kental & kuat.

ESP pula terdiri daripada protein yang menjadi makanan utama sel dalam tubuh badan, termasuk sel dalam sarung ketuban. Apabila badan mendapat protein yang secukupnya dari pengambilan ESP, maka sel kantung ketuban akan menjadi sihat & sekali gus membantu menguatkan sarung ketuban.

Itulah dia 5 tanda air ketuban bocor yang semua ibu mengandung patut tahu. Oh ya, mungkin anda juga berminat nak tahu punca air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu bersalin. Jika air ketuban anda pecah, cepat-cepat pergi ke hospital ye. Nak dapatkan Set Air Ketuban Pecah Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

pixel Tanda Air Ketuban Bocor Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.