Resepi Kek Sarang Semut Guna Air Fryer @ Rice Cooker

Hai semua…

Suka makan kek sarang semut tak?
Ada jugak yang panggil kek span, dan ada jugak yang panggil kek gula hangus kan…
Mana-mana lah hihi..
Yang penting, kek yang sama, kek yang berlubang-lubang kat dalamnya tu…
Tau kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya, resepi ni saya dapat dari forward whatsapp kat grup alumni sekolah. Saya sebenarnya takdelah suka sangat kek ni pun (since i prefer chocolate & cheese cake), tapi memandangkan resepi ni mudah amat maka saya pun try la buat. Dan, ianya menjadi. Rasa pun sedap. Yeayyyyy… Bolehlah saya makan, walaupun takdelah bersungguh mana suka kat kek ni.

Saya bakar kek ni menggunakan Air Fryer. Saja try test guna air fryer. Resepi asal kek ini adalah menggunakan periuk nasi (wowwww – tapi saya takde periuk nasi yang canggih manggih tu, ada yang biasa-biasa saja yang penutupnya boleh bukak terus tu dan malangnya periuk macam ni tak boleh guna untuk masak kek) ataupun oven.

Saya beli aksesori Air Fryer. So masukkan terus adunan ni ke dalam bekas yang macam baldi tu, sebelum dimasukkan ke dalam Air Fryer. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah.

Jom kita cek bagaimana resepinya…

KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125 gm butter
4 bj telur ayam gred B
Setengah tin susu pekat
1 camca besar baking soda ( wajib )
I unit rice cooker

1- Panas gula api sederhana sehingga hangus ( tp bkn hangit ya ) .

2 – Bila nampak keperangan.. tuangkan air panas td sikit demi sikit.. sampai habis.. then perlahankan api sampai gula hangus td dan air sebati. Kemudian masukkan butter..kacau. biarkan seketika.

3- Masukkan 4 bj telur ke dlm mangkuk.. kacau sebati dengan susu pekat. ( kacau utk sebatikan aja ).

4- Masukkan tepung dan baking soda.. kacau sebati.

5- Kemudian tuangkan air gula hangus td ( ketika masih suam2 ) ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.

6- Gris kan rice cooker.. kemudian tuang adunan ke dalam , tudungkan dan tekan button memasak.

7- Kek akan masak sendirinya slps button masak dah tendang naik. Boleh juga utk gunakan pisau utk cucuk samada sudah masak atau blm. Jika perlu tambah masa..tekan kembali button masak td.

* tips – sy tuangkan air gula ketika masih suam2 sbb dgn suhu mcm tu.. baking soda akan cepat bertindak dan x perlu nak biarkan atau peram.. trus masukkan dlm rice cooker ja.

Selamat mencuba ! 😍😍

Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya..

Bila mandi, berguguran rambut di lantai bilik air..
Bila sikat, berguguran rambut di lantai bilik..
Bila bangun tidur, bertompok-tompok rambut gugur di atas bantal..
Bila tangan melurut rambut, berhelai-helai rambut melekat di jari…

Stress!

Rambut makin hari semakin menipis..
Sedangkan rambut tu mahkota wanita..
Hati mana yang tak menangis?

Sedangkan kalau lelaki pun dah cukup resah bila kepala semakin botak, ini apatah lagi wanita.
Memang stress.
Boleh buat hati gundah gulana bercelaru.
Kan?

 

Punca Rambut Gugur

1. Cara Penjagaan Rambut Yang Salah

  • Penggunaan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara kerap dan berlebihan. Contohnya, penggunaan syampu secara berlebihan yang mengandungi paraben akan mengganggu fungsi hormon kerana paraben boleh menembusi kulit dengan mudah.
  • Jarang mencuci rambut dengan betul. Rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Sekaligus rambut akan mudah rosak dan mengalami keguguran.

2. Terlalu Mendandan Rambut

  • Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak dan gugur. Contohnya, mengikat atau mendandan rambut dengan ketat berpanjangan.
  • Menurut ahli Dermatologi Mumbai, Dr. Apoorva Shah, kerap mewarna rambut juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Penggunaan alat pengering rambut, alat pengerinting dan meluruskan rambut juga boleh menyebabkan akar rambut rosak.

3. Gaya Hidup Kurang Sihat

  • Diet tidak seimbang akan menyebabkan kesihatan rambut terjejas. Rambut diperbuat daripada protein, jadi penting untuk mengambil sumber protein yang mencukupi dalam diet seharian. Pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut. Jadi amalkanlah diet yang seimbang.
  • Tubuh badan yang kekurangan zat besi akan cenderung untuk mendapat penyakit anemia. Anemia akan menyebabkan pengurangan penghasilan haemoglobin sekaligus mengurangkan jumlah oksigen yang disalurkan pada organ. Apabila folikel rambut tidak mendapat oksigen yang mencukupi, ia akan menjadi rapuh dan mudah putus.
  • Kurang tidur dan penat yang melampau juga akan mempengaruhi kesuburan rambut. Aliran darah yang tidak lancar akan menganggu tumbesaran rambut yang sihat.
  • Kekurangan protein juga mendorong kepada terjadinya rambut yang tidak sihat, akar tidak kuat dan seterusnya mendorong kepada berlakunya keguguran rambut.

4. Tekanan Emosi & Fizikal

  • Menurut Dr. Marc Glashofer, ahli Dermatologi New York City, sebarang jenis trauma seperti kemalangan atau sakit kronik akan menyebabkan masalah keguguran rambut sementara.
  • Tekanan emosi boleh menyebabkan masalah keguguran rambut secara tidak langsung kerana ia akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon anda.

5. Perubahan Hormon

  • Keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki sering dikaitkan dengan hormon dihidrotestoteron (DHT). Rambut akan mengalami keguguran jika folikel rambut anda sensitif terhadap DHT.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen dalam kalangan kaum hawa juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

6. Kesan Ubat-Ubatan

  • Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit kanser akan menyebabkan rambut gugur.
  • Wanita yang mengambil pil perancang akan cenderung untuk mengalami keguguran rambut jika berhenti menggunakan pil tersebut.
  • Ubat-ubatan seperti ibuprofen dan ubat pencair darah juga boleh meyebabkan masalah keguguran rambut.

7. Wanita Bersalin

  • Kebanyakan wanita bersalin akan mengalami masalah keguguran rambut kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Selain itu, faktor hormon dan stress selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Bacalah Petua Untuk Rambut Lebat Hitam Bersinar di sini.

Salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang kuat, adalah dengan mengamalkan suplemen yang tinggi Zinc dan Protein.

Untuk dapatkan kedua-dua suplemen ini, boleh terus klik pada butang di bawah.

 

Petua Untuk Rambut Lebat Hitam Bersinar

Semua mahukan rambut yang sihat, lebat & bersinar.
Rambut gugur, kering, tidak bermaya, bercabang dan sebagainya menjadi salah satu punca anda tidak memiliki rambut yang sihat & cantik.

Inginkan rambut yang cantik, penjagaan yang betul dan rapi sangat diperlukan.

Berikut adalah TIPS @ CARA untuk mendapatkan rambut yang sihat:-

1. Kurangkan rutin membasuh rambut
●cuci rambut 2-3× seminggu bagi mengelak masalah rambut kering.

2. Elak basuh dengan air panas
●air yang panas membuatkan rambut kering & & kusut.
●seeloknya pilih air bersuhu sederhana/ suam.

3. Teknik yang betul menggunakan shampoo
●gunakan kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan & ketebalan rambut. Jangan berlebihan kerana ia boleh merosakka akar rambut
●shampoo di aplikasi pada kulit kepala dan bukan pada akarny/ hujungnya

4. Kulit kepala
●penjagaan penting untuk akar rambut sihat. Rajin-rajinlah urut kulit kepala dengan menggunakan minyak panas yang mampu melancarkan peredaran darah & menyihatkan folikel rambut.

5. Melindungi rambut
●pakai pelindung & beli pelembap yang mengandungi UVA UVB untuk mengelak panahan matahari.

6. Masker
●Pakai masker rambut 2× seminggu untuk melembap dan memelihara rambut
●Resepi mudah: 2 telur putih dengan perahan jus lemon @ kombinasi minyak zaitun, kayu manis & madu sebagai masker

7. Barangan elektronik
●Elak kerap menggunakan pengering rambut atau apa jua peralatan rambut kerana ia membawa kepada rambut kering & bercabang serta menghilangkan kolagen rambut.

8. Pemakanan
●makanlah makanan yang seimbang sesuai yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
●vitamin yang diperlukan dalam membantu pertumbuhan rambut ialah vitamin D, zinc, protein, Biotin, omega 3 fattt acids, vitamin C, iron & magnesium.

9. T-shirt lama
●boleh menggunakan t-shirt lama untuk mengeringkan rambut
●penata gaya rambut Profesional seperti Mark Townsend mengakui bahawa mengeringkan rambut menggunakan t-shirt berbanding tuala mandi adalah lebih baik kerana ianya lembut
●ianya takkan menggosok kasar pada kulit kepala yang menyumbang kepada rambut kering, kasar & kusam
●elakkan juga rambut dibalut dengan tuala. Biarkan rambut mengering secara alami/ semulajadi

Boleh juga amalkan Zinc Suplemen yang terbukti dapat menyihatkan rambut.

 

Isteri Kecewa Sperma Suami Tak Cukup Untuk Hamilkan Isteri

Selalunya, bila isteri gagal mengandung, kerap kali isteri yang disalahkan.

….. Isteri Tak Subur
…… Isteri Mandul
……. Rahim Isteri Lemah

…… dan pelbagai lagi kata-kata sinis yang ditujukan kepada isteri.

Jarang yang nak menuduh suami punca kepada kegagalan untuk isteri hamil, walhal perkara yang berkait dengan kesuburan ini, memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak. It takes two to tango!

Boleh lihat kepada artikel saya sebelum ini 

Cara Tingkatkan Kualiti Sperma Lelaki

Semasa pergi Health & Wellness Talk yang dianjurkan Shaklee Jumaat lepas, nutritionist ada terangkan bahawa Zinc + CoQTrol + Vit E dapat bantu memperbaiki SPERMA lelaki dari segi:

 KUANTITI – pertambahan
 KUALITI – bentuk normal dan sihat
 KEMAMPUAN – cergas bertenaga

 

Tak semestinya lelaki sado itu perkasa juga spermanya..
Tak semestinya juga kuantiti mani melambangkan kuantiti sperma..
Tak semestinya lelaki yang berjambang berjanggut berbulu semua tu (tanda mempunyai hormon lelaki yang tinggi) mempunyai sperma yang power..

Tak semestinya….

Ada viral beberapa minggu lepas tentang perkongsian daripada seorang doktor yang hensem dan sado, tentang “KUAH BASI”. Ada baca tak?

Nak baca tak tentang kisah bagaimana seorang lelaki, mempunyai hanya 35 sperma, sedangkan bilangan sperma yang normal sepatutnya adalah 97000!!! Sangat jauh bezanya…

Saya kongsikan terus daripada perkongsian sahabat saya ni…

Kisah Sperma Cuma 35

Malam td kakma ada post mengenai produk yang terbukti berkesan yang mana telah di lakukan ujian kepada sekumpulan lelaki yg ada masalah kesuburan..

Mmg ambil sample semua check sebelum makan COQ Trol dan ambik selepas mkn dlm tempoh tertentu.. (rujuk gambar ke 2)

Dan hari ni kakma nk tunjuk result dari org yang kakma kenal.. yg buatkan kakma lagi rasa WOW!!!!! TERUJA sgt.

Sejujurnya benda mcm ni mmg jarang sangat org laki nak buat.. mmg mentaliti kita org melayu.. asal lambat ngandung je mesti pompuan yg mandul.. ada masalah.. kesian… yg suami ego tk nk check..
tp kakma bangga ngan suami ni demi isteri beliau sanggup buat pemeriksaan..letak tepi ego.

Hasil pemeriksaan sedih sgt.. jumlah sperm yang ada hanya 35.. dan % motility hanya 30%..
Sedih sangat.. teringat kakma kisah Doktor handsome n sado yang pernah kakma share hari tu.. doktor ni pun bgs sgt dia berani share kisah dia dengan tajuk “lelaki sado tapi kuah basi”.. beliau berkongsi agar dpt buka mata mereka2 agar jgn takut dan buang lah ego utk buat pemeriksaan dan pasti ada jalan.. kerana Allah itu tidak zalim.. sedangkan Maryam blh hamil tanpa suami dengan izin Allah apa lagi kita yang ada suami isteri yg sah.

Dan ini lah resultnya..

Selepas 3 bulan lebih konsisten ambik set lelaki sado tengok lah resultnya bilangan sperm yang dulu hanya 35 jadi 97000 giler banyak 97K Ok!!!!
Dan motility naik dari 30% ke 85%.. subhanallah..

Hati isteri mana tak happy kan…
Sama2 kita doakan mereka dpt berita gembira lepas ni iaitu positif hamil pulak… kerana kebarangkalian nak hamil sudah tinggi.

Jangan bertangguh lagi.
Makin meningkat usia kita, semakin sukar untuk hamil, semakin berkurangan tahap kesuburan kita.
Ikhtiarlah dari sekarang.

Boleh klik pada mana-mana butang di bawah untuk tempahan Set Kesuburan Shaklee.

Risau Dengan Berat Anak Yang Tak Naik? Cuba Cara Ini….

Ini perkongsian daripada diri saya sendiri…
Mungkin dapat membantu ibu-ibu yang punyai masalah anak yang susah nak naik berat badan..

Mungkin anda pernah dengar tentang Mealshakes..

Mealshakes merupakan sejenis multivitamin yang berbentuk serbuk, yang terkenal di kalangan ibu-ibu untuk diberikan kepada anak-anak.

Namun, saya sebenarnya, tak pernah bagi Mealshakes lagi kat Affaf (anak ke 4 saya yang sekarang berusia 1 tahun 10 bulan).. Sebabnya, dia memang fully breastfeed.. Dan biasanya, saya akan bancuh Mealshakes bersama susu formula untuk bagi kat anak.. Padahal boleh je pun sebenarnya nak bancuh Mealshakes je macam tu.. Tapi tu lah, memang tak pernah try bagi…

Lagipun, memandangkan Affaf ni sangat addicted dengan OmegaGuard dan Chew C, maka saya rasa takpelah tak payah dah tambah Mealshakes.. Cukup dah dengan 2 vitamin tu.. Tambah-tambah, umi malas nak bancuh membancuh ni ahahaha…

Affaf ni lain daripada adik beradik dia. Adik beradik dia chubby masa kecik, tapi dia tak. Masa umur 1 tahun 8 bulan, beratnya cuma 9kg sahaja. Walaupun masih dalam range normal, tapi menghampiri garisan bawah, bukan garisan atas.. Kecik halus ringan je Affaf ni..

Bulan lepas, Affaf demam + pneumonia, sehingga 6 hari warded.. Berat susut mendadak, turun sehingga 8.5kg 😪.. Dia yang dah sememangnya kecik, bertambah halus 😭 Sedih sangat tau bila tengok keadaan dia.. Makan minum taknak, lepas tu bila batuk muntah pulak.. Berbotol-botol jugaklah kena drip masa tu..


Masa nak discharge hospital tu, doktor ada bagitau jugaklah berkenaan berat badan dia tu. Graf Affaf walaupun masih lagi normal, namun seakan-akan menurun perkembangannya..  Dari segi berat, juga dari segi ketinggian… Risaunyaaa hati saya huhuhu…

So, pada awal bulan ni, saya decide untuk bagi dia Mealshakes.. Dan Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu berat Affaf naik lebih daripada berat sebelum demam..

Pagi tadi timbang berat dia dah 9.2kg😍😍 Yeayyyyy…

Makan berselera..
Sembelit tiada..
Dan moga sentiasa sihat lah hendaknya..
Aminnnn..

Manfaat Mealshakes Shaklee

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
 
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Testimoni Pengguna Mealshakes

 

 

 

Jika anda nak dapatkan Mealshakes ini sebagai suplemen untuk anak-anak anda, boleh  terus klik pada butang di bawah.

 

 

Belajar Cara Menulis di Facebook Untuk Menarik Jualan Beratus Ribu

Saya berniaga, tapi sampai sudah saya tak reti nak bina content.

Dekat Facebook saya hanya tahu nak up gambar makanan ja. Ataupun pasal anak, pasal jalan-jalan. Itupun sekadar selfie.

Jenuh dok post buat marketing kat Facebook pagi petang siang malam, tapi usahkan ada orang tertarik nak beli, nak Like dan tanya-tanya pun takde.

Masalah paling utama adalah…

  • Tak tahu nak tulis status
  • Tak reti nak bina ayat
  • Content bagaimana sesuai untuk produk

Ayat memang tak catchy langsung.

Tak menarik pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk beli produk.
Stress!
Produk tersadai, sales tak masuk…
Hmmmmm…

*************************************************

Ha, kalian boleh dapatkan Tips dan Trick Menulis Content dengan mudah di Facebook dengan mendapatkan 2 Buah E-Book ini.

Ianya Kombo!

E-Book 1: The Content Game.
E-Book 2: Bagaimana Saya Membina Content.

Harga asal ialah RM116, kini harganya hanya RM88 sahaja.

Di dalam ini ada idea bagaimana kalian nak bina content untuk naikkan follower dan juga untuk jual produk kalian.


Buku ini ditulis oleh KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD.

Beliau kini punya lebih 184,000 follower dengan membina content di media sosial.

Beliau bukan selebriti atau ikon! Beliau hanya menulis content yang beliau susun dan ramai sukakannya!

Kalian juga boleh jadi seperti beliau!

Dapatkan e-book tersebut di sini:

Terus klik link ini untuk buat pembelian ya! RM88 sahaja!

https://bit.ly/2ykzlpu
https://bit.ly/2ykzlpu
https://bit.ly/2ykzlpu

Kemudian bina content di wall masing-masing, boleh dapat 100,000 pengikut dan mudahnya nak buat sales!

Dannnnn..
Lagi 1 berita baik tau..

Jika anda buat pembelian ini pada tarikh di antara 15hb – 20hb October 2018, anda akan berpeluang untuk dapat cabutan bertuah di mana hadiah untuk cabutan bertuah ini adalah sebuah Al-Quran yang berharga RM599! Menarik bukan…

Beli buku yang penuh dengan ilmu dengan harga RM88 sahaja, tapi berpeluang untuk dapat hadiah bernilai lebih 8 kali ganda..
Memang menarik!

So, jangan lepaskan peluang!
Terus klik link ini sekarang!

https://bit.ly/2ykzlpu

https://bit.ly/2ykzlpu

https://bit.ly/2ykzlpu

 

Penyelesaian Untuk Eye Bag Dan Mata Panda

MATA KAU SIAPA TUMBUK⁉

Stress‼
Mata panda kita disalah sangka..🐼🐼

Orang ingat ada bergaduh tumbuk menumbuk ke❓

Laki ko baran giler sampai tumbuk mata ko❓

Alahaiiiii…

Suami kita punyalah sweet, jentik pun tak pernah tau‼ Inikan pulak nak tumbuk menumbuk ni..

MEMPERKENALKAN YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

Memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering mahupun sembap.

Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow’s feet dalam tempoh masa seawal 7 hari.

YOUTH RESTORING EYE TREATMENT bertindak melalui 3 cara:

💘 Mengembalikan

  • Peptide Blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen
  • Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit
  • Menyerap sehingga 1000x beratnya di dalam air untuk melembapkan

💘 Mengurangkan

  • Garis halus
  • Kedutan
  • Kedutan di luar sisi mata
  • Sembap
  • Lingkaran hitam

💘 Menyegarkan

  • Cooling Tip merangsang peredaran mikro untuk:
    • mengekalkan mata yang segar
    • mengurangkan kemerahan di bawah mata
    • mengurangkan mata yang sembap

Keistimewaan Shaklee

💞 100% VEGAN
💞 TANPA PARABEN
💞 DIUJI SECARA DERMATOLOGI


Bahan Premium Yang Terdapat Dalam YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

 

Cara Penggunaan YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

 

Dapatkan Youth Restoring Eye Treatment sekarang‼😍
Klik pada butang di bawah untuk pembelian.

 

Tips Untuk Jimat Sewa Homestay Semasa Travel Guna Airbnb

Sebenarnya dah lama dah kawan-kawan saya terjebak dengan Airbnb ni, saya je belum. Heheheh… Daftarnya dah lama, tapi entahla tak guna pun. Kalau travel pun, banyak booking hotel dengan menggunakan Trivago ataupun Traveloka.

So, bagaimana saya boleh terjebak dengan Airbnb ni?
Kisahnya begini..

Apabila Shaklee memaklumkan bahawa perjalanan pulang trip Shaklee kami ke Bangkok nanti akan tiba di KLIA pada pukul 8.15 malam, saya mula gundah gulana.. Ya la, mana sempat nak kejar flight ke KB pada malam yang sama, walaupun flight terakhir pada malam tersebut..
Takkan nak kena tunggu esok pagi baru nak balik KB? Masak nanti huhuhuhu…
Bincang dengan suami , Abi cakap takpe nanti dia naik KL bersama anak-anak jemput saya.. Alang-alang dah naik KL, so kita sambung holiday bersama anak-anak pulak la kan heheheh… Umi dah Shaklee sponsor trip ke Bangkok, so kali ni umi pulak sponsor trip suami dan anak-anak. Jom kita bergumbira di KL pulak. Upah kena tinggal 4 hari hehehehehe…

Maka, mulalah saya search di Airbnb, untuk mencari homestay yang bersesuaian. Lokasi yang disasarkan adalah Shah Alam, memandangkan ada tempat yang ingin dituju di sana.

Airbnb ni merupakan satu sistem yang macam Trivago jugaklah, cuma sebagai pelanggan kita kena mendaftar (pendaftaran percuma sahaja), dan untuk trip pertama kita akan mendapat RM120 kredit sebagai diskaun untuk langganan pertama kita dengan Airbnb.

Memandangkan kredit saya dah hampir tamat tempoh (masa saya mendaftar, cuma RM105 sahaja kredit yang diberikan, sekarang RM120 😍), so memang sangat patutlah saya gunakan untuk trip ini.

Oh ya, lagi satu sebab saya prefer Airbnb adalah kerana ianya merupakan rumah, bukan hotel. Memandangkan saya ni #MakAnak4 dan anak-anak pun makin membesar, maka penginapan di sebuah rumah adalah lebih selesa buat kami, berbanding hotel.
.
Dan Alhamdulillah, saya dapat jumpa rumah yang sesuai (ada pool dan playground 😂), syarat utama dalam pencarian saya. Maklumlah bawak anak-anak ni memang itu yang diorang cari. Rumah ni pulak selesa sangat, ada 3 bilik yang kesemua biliknya disediakan katil saiz queen. Boleh tengok dalam gambar kat bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dan saya dapat sewa rumah ini cuma dengan harga RM177.32 untuk 2 malam (setelah ditolak kredit percuma yang saya dapat masa mendaftar RM105).

Sangat berbaloi kan? 😍😍

Nak mendaftar ni senang je.

1. Buka akaun Airbnb di link ini. www.airbnb.com/c/efiem3
2. Lepas je daftar, terus akan dapat travel credit percuma RM120 dari Airbnb untuk booking yang pertama (T&C applied)
3. Settle.
4. Oh ya, untuk next travelling, pun boleh kumpul credit travel yang boleh ditolak dalam booking-booking kita seterusnya. Tapi tu cerita lain. Yang penting, kita daftar dulu 😍 Mana tahu lepas-lepas ni dapat travel FREE 😍

Senang kan?

Daftar cepat-cepat ya. Senang nak travel ke mana-mana nanti 😍

Kat bawah ni ada beberapa pautan untuk artikel tentang tips untuk membuat tempahan menggunakan Airbnb.
Bolehlah tengok-tengok ya.

https://www.thevocket.com/17-pro-cons-anda-perlu-tahu-sebelum-tempah-homestay-di-airbnb/

https://www.thevocket.com/sebelum-tempah-bilik-di-airbnb-baca-11-panduan-dari-aku-pemilik-homestay-di-uk/

https://www.thevocket.com/cara-cari-bilik-sewa-di-airbnb/

#BendaBestKitaKongsi

Kala rasa nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana sebenarnya sistem Airbnb ini berfungsi, boleh hubungi saya dengan klik butan di bawah.
Kalau nak beli Shaklee, ataupun nak join trip FREE yang Shaklee bagi tu pun bolllleyyyyy hihihi…

Kenapa Perlu Memilih Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C Jenama Lain?

Tahukah anda, bahawa Vitamin C sangat penting kepada tubuh badan? Namun malangnya tubuh badan kita tidak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Justeru, kita kena perlu mengambilnya daripada sumber makanan harian ataupun suplemen.

Info mengenai vitamin C yang perlu anda tahu…

  • Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi, jika diambil berlebihan, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan sebaliknya dikumuhkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat disimpan dalam badan selama-lamanya.
  • Vitamin C sangat mudah hilang melalui aktiviti-aktiviti sel badan.
  • Vitamin C yang dibekalkan pada tubuh pada dos yang tinggi tidak dapat diserap oleh badan sepenuhnya pada satu masa serentak. Tubuh badan hanya menyerap Vitamin C yang hanya diperlukan pada waktu itu. Selebihnya akan dikumuhkan dan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Jadi, ianya perlu didapatkan daripada sumber makanan yang berkhasiat daripada luar dan mengamalkan makan vitamin C shaklee.
  • Vitamin C menyumbang kepada pembentukan kolagen oleh sel-sel dimana mereka bergabung bersama dan membentuk lapisan pertahanan tisu.Tisu memainkan peranan penting dalam menyokong organ-organ dan pembaikan apabila rosak. Kolagen menyokong tisu untuk menyambung tendon, ligamen, kulit, tulang, gigi, tulang rawan, saluran darah, dan banyak bahagian-bahagian badan yang lain. Ini menunjukkan manfaat yang besar fungsi tubuh bila  vitamin C ini sentiasa dibekalkan.

Perbezaan Vitamin C Shaklee

√ Sumber Vita-C Shaklee 500mg adalah 100% vitamin semulajadi.
√ Vitamin C Shaklee menggunakan sistem pelepasan berperingkat (sustained release). Dengan pelepasan berperingkat, ianya dapat membantu menyalurkan vita-C secara berterusan bersesuaian keperluan badan dan memberi perlindungan lebih lama kepada sel-sel tubuh.
√ 1 tablet Vita-C Shaklee 500mg = 7 ½ biji (termasuk bijinya) oren califonia yang baru dipetik.
√ Vitamin C Shaklee adalah daripada ekstrak jagung, maka ianya sesuai untuk pesakit gastrik
√ Ujian klinikal membuktikan 2 tablet vita-C mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Hebatkan? 😁
√ Vita-C Shaklee juga mampu mencerahkan kulit, menghasilkan kolagen, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
√ Selain itu, ia juga membantu dalam menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

 

 

Vitamin C Untuk Cantik

Siapa tak nak cantik Kan?
Semua nak cantik..
Jom cantik secara sihat dan selamat..

Macam mana vitamin C boleh cantik?

Dengan membantu pembentukan kolagen. Perkataan KOLAGEN ni datang dari Yunani yang bermaksud LEKAT atau bersifat pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah cepat sembuh kerana ia membantuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat.

Habis Tu, Vitamin C Untuk Cantik Je Ke?

Owh bukan..

Awak ambil vitamin C awak dapat banyak manfaat tau.
Multipurpose & lelaki perempuan pun boleh ambil.

Terkenal sebagai antioksida, bermakna membantu menghalang kemasukan radikal bebas..
Turut membantu fungsi kolagen dalam baikpulih luka, kulit yang lebih sihat dan anjal, tulang, gigi, gusi serta sistem peredaran darah yang baik.
Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit dengan menambah bilangan “tentera sel darah” melawan penyakit.

Selain itu, kelebihan vitamin C Shaklee yang lain adalah
➡ Peningkatan Sistem Imun – membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
➡ Berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun).
➡ Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.

1 vitamin banyak kegunaan.
Seronok kan?

Untuk bulan ni, ada promosi tau!
Beli 3, dapat diskaun 5%.

Untuk dapatkan Vitamin C Shaklee, boleh klik terus pada butang di bawah.

 

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri

Zaman sekarang ni kes-kes yang melibatkan kesuburan dan permasalahan dalaman sama ada wanita mahupun lelaki semakin meningkatkan. Punca paling utama ialah makanan seharian selain gaya hidup tidak sihat serta masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut sumber yang dipercayai, kira-kira 1 dalam 10 pasangan suami isteri akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Set Kesuburan Shaklee adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

It Takes Two To Tango

Dah kahwin bertahun-tahun, tapi belum lagi dapat cahaya mata..
Dah ikhtiar lama dah, belum juga dapat anak..
Dah macam-macam cara cuba, tapi belum ada rezeki..

Tapi, semuanya macam dok tuding jari kat isteri.
Konon, isterilah penyebab kegagalan untuk mendapat zuriat.
Isterilah yang MANDUL!

Amboiiiiii…
Memang senang kot salahkan orang lain…

Come on man….
Anak itu rezeki..
Namun yang kita boleh buat adalah ikhtiar sebaiknya..
Dan ikhtiar ini pula, bukan dari sebelah pihak saja…
Nak kena kedua-dua tau..
It takes two to tango!

Mana awak tau kot sperma awak yang sikit?
Mana awak tau kot sperma awak yang lemah?
Mana awak tau kot sperma awak yang cacat?
Mana awak tau kot sperma awak yang takde tenaga?
Dan 1001 macam lagi tau boleh jadi kat sperma awak tu…

Oppppsss jangan sentap tau bang!
Yang baca artikel ni, saya pasti bukan jenis yang ego melangit..
Sebab tu anda ikhtiar untuk cari tips-tips dan petua-petua yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan.
Kan kan kan…

So, ikhtiar dua-dua adalah cara yang sebaiknya..
Bukan isteri je yang usaha macam-macam makan tu makan ni buat tu buat ni tapi suami buat derkkkk je…
No no no ok!

Set Kesuburan Shaklee

Untuk lelaki, anda sangat disarankan untuk mengambil ketiga-tiga jenis suplemen ini.

😎 ZINC
– membentuk sperma yang sihat dan berkualiti
– menghasilkan sperma yang sihat
– meningkatkan paras testosteron dan semen lelaki
– membantu menangani gangguan prostat
– meningkatkan kemampuan seks lelaki
.
😎 CoQTrol
– memberi tenaga kepada sperma supaya lebih kuat
– meningkatkan keupayaan kepada sperma supaya dapat berenang lebih pantas
– menambahkan jumlah CoQ10 pada bahagian leher sperma supaya dapat menembusi telur dengan lebih mudah
.
😎 Vitamin E
– sebagai antioksida untuk menepis segala radikal bebas yang boleh merosakkan sperma
– menambahkan bilangan sperma
– menyuburkan organ reproduksi
– mengandungi Selenium yang sangat membantu dalam hubungan seksual lelaki


Manakala untuk isteri, ketiga-tiga suplemen ini sangat membantu dalam meningkatkan kadar kesuburan anda, dan menyediakan tubuh anda dengan nutrisi sebaiknya bagi kehamilan anda.

 

👶GLA Complex
– sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS).
– GLA (Gamma Linolenic Acid) dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti yang berfungsi untuk melindungi & memudahkan sperma berenang ke ovum.

👶ESP (Protein)
– Protein ialah makanan asas kepada sel.
– Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin.
– Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein.
– Protein juga dapat membantu menguatkan rahim

👶B-Complex (Asid Folik)
– Asid Folik penting bagi hari-hari pertama persenyawaan sperma dan ovum dalam rahim, bagi membentuk saraf tunjang bayi
– Ketidakcukupan asid folik dapat merisikokan berlakunya kecacatan pada bayi

 

Video di bawah menerangkan kenapa Asid Folik penting untuk diambil sebelum seseorang wanita itu hamil.

Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan

Untuk anda mendapatkan Set Kesuburan Shaklee ini, boleh dapatkan dengan cara membuat tempahan pada butang di bawah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...