10/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Kejang kaki atau simpul mengkarung sememangnya menyakitkan. Ibu mengandung mesti rasa ngeri bila perkataan ni disebut. Dia punya sakit, tak sama macam krem kaki orang biasa. Malam ni kena, pagi esok pun belum tentu hilang. Silap hari bulan, lusa pun sakit lagi. Nak tak saya kongsikan petua  simpul mengkarung semasa mengandung?

simpul mengkarung semasa me 261x300 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Petua ni bukan sahaja boleh diamalkan untuk mengelakkan simpul mengkarung berlaku, ia juga boleh mengurangkan kekerapan simpul mengkarung bagi ibu yang selalu kena. Insya Allah berkesan.

1. Pakai stokin waktu tidur. Ini bagi mengelakkan kaki sejuk & masuk angin.

2. Senaman regangan kaki. Gerakkan kaki waktu dalam proses nak tidur, tinggikan kaki sikit. Seharian kaki kita bekerja menampung berat badan yang makin bertambah, waktu nak tidur regangkanlah kaki supaya kaki kita relax & melancarkan perjalanan darah.

3. Minum air kosong secukupnya. Di antara punca simpul mengkarung ialah kekurangan air dalam badan. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya.

4. Tinggikan kaki waktu tidur. Petua simpul mengkarung yang seterusnya ialah tinggikan kaki semasa tidur. Alas kaki dengan bantal.

simpul mengkarung semasa me1 300x257 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

5. Urutan. Minta tolong suami urutkan betis sebelum tidur. Lagi bagus kalau sapu minyak panas sikit, supaya otot di betis menjadi relax.

6. Jangan berdiri terlalu lama. Wanita yang hamil dinasihatkan supaya tidak berdiri tempoh yang lama.

7. Elakkan menyilang kaki semasa duduk. Duduk dalam posisi biasa, di mana kedua-dua kaki berada dibawah.

8. Tuam dengan ais. Bila rasa macam nak krem, minta suami cepat-cepat tuam betis dengan ais.

9. Pastikan mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Pastikan anda makan dengan seimbang, mengambil berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukupnya bagi mencegah simpul mengkarung. Pengambilan Set Ibu Mengandung Shaklee membantu anda mendapat semua nutrien yang diperlukan setiap hari.

10. Pastikan ambil kalsium secukupnya setiap hari. Kalsium boleh diperolehi dari susu, keju, dan produk tenusu yang lain. Nak lagi mudah? Cuma telan Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium sebelum tidur setiap malam. Insya Allah. simpul mengkarung takkan mengganggu anda lagi. Bangun keesokan harinya anda akan rasa segar dan cergas. Buang air besar pun rasa lawas icon wink Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

simpul mengkarung semasa me2 300x239 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Itulah dia 10 petua simpul mengkarung semasa mengandung yang boleh anda amalkan. Pengambilan Ostematrix Shaklee dah membantu ramai ibu mengandung bebas dari masalah simpul mengkarung. Sebotol Ostemtarix berharga RM61 untuk 120 biji, murah sangat. Berbaloi-baloi dengan kebaikannya. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

10/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

Anak anda selalu jatuh sakit? Dah bagi susu ibu, amalkan pemakanan sunnah, jaga pemakanan anak, tapi selalu juga jatuh sakit. Nak tahu kenapa anak selalu demam batuk dan selsema?

kenapa anak selalu demam1 300x246 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

1. Antibodi yang lemah. Sesetengah anak mempunyai antibodi yang lemah, terutamanya anak yang dilahirkan tak cukup bulan. Mungkin juga disebabkan oleh genetik. Apabila antibodi anak lemah, badan tak dapat nak melawan serangan bakteria dan virus yang menjadi punca demam.

2. Tak habiskan antibiotik. Bila kita bawa anak yang demam ke klinik, biasanya doktor akan bagi Antibiotik. Antibiotik yang diberikan perlu dihabiskan, tak boleh makan sekerat jalan. Kalau tak, nanti akan berlaku antibiotic resistance iaitu keadaan di mana antibiotik tidak akan berkesan lagi ke atas badan anak.

3. Persekitaran di rumah. Ada anak yang sering sakit disebakan keadaan rumah yang kurang bersih. Saya tak maksudkan rumah yang bersepah, dan tak dikemas. Bersih yang saya maksudkan di sini ialah habuk & debu tersembunyi macam atas rak, pengudaraan yang tak berapa baik, penggunaan alat pewangi rumah (bahan kimia), dan sebagainya.

4. Persekitaran di taska, tadika, atau sekolah yang kurang bersih. Persekitaran di tempat-tempat tersebut juga boleh menjadi punca kenapa anak selalu demam. Ini kerana anak kita mengahabiskan banyak masa di sana, boleh dikatakan hampir sepanjang hari.

5. Binatang perliharaan. Kat rumah ada bela kucing? Kalau anak asyik sakit, apa kata cuba elakkan daripada bela kucing buat sementara waktu? Bulu kucing yang berterbangan dalam rumah & najis kucing boleh menjadi punca kenapa anak selalu demam, batuk dan selsema.

kenapa anak selalu demam2 300x184 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

6. Jangkitan dari kawan-kawan. Ini pun adalah salah satu daripada punca kenapa anak selalu demam & jatuh sakit. Yelah. Baru sihat, bila pergi school bercampur balik dengan anak yang bawa virus & bakteria, dah sakit semula. Lagi teruk kalau anak memang jenis antibodi tak kuat. Kesian ;(

7. Pemakanan. Makanan segera, jajan, minuman tinggi gula, adalah makanan yang tak bagus untuk anak. Kalau anak anda selalu sakit, cuba tengok pola pemakanan anak.

Apa Nak Buat Untuk Elakkan Anak Daripada Selalu Demam, Batuk & Selsema?

Elakkan perkara yang menjadi punca, seperti yang saya senaraikan di atas tadi. Dalam masa yang sama, anda boleh tingkatkan imuniti & antibodi anak dengan memberikan OmegaGuard & Mealshakes Shaklee.

OmegaGuard & Mealshakes Shaklee melindungi anak anda daripada sering demam, batuk & selsema. Gabungan 2 vitamin ini membantu meningkatkan imuniti anak supaya kebal daripada jangkitan virus & bakteria yang menyebabkan demam, batuk & selsema. Sebagai bonus, ia juga meningkatkan selera makan anak, mengatasi masalah sembelit & meningkatkan fokus semasa anak belajar & pelbagai kebaikan untuk anak anda.

kenapa anak selalu demam 300x220 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

Sekarang anda dah tahu kenapa anak selalu demam, batuk dan selsema. Elakkan perkara yang boleh menjadi punca anak jatuh sakit, dan berikan anak anda OmegaGuard & Mealshakes Shaklee setiap hari. Insya Allah, anak anda akan semakin sihat dan jarang jatuh sakit. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

 

10/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

Setiap hari ada je ibu mengandung yang hubungi saya bertanyakan Set Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Shaklee.  Makin ramai yang ada masalah ni ye icon sad Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee Kalau ada disahkan mempunyai cyst semasa mengandung, saya sangat galakkan anda untuk ambil set ini. Insya Allah sangat berkesan. Set ni dah membantu ramai pelanggan saya. Betul, tak tipu. Jom saya kongsikan testimoni kecutkan cyst semasa mengandung dengan Shaklee yang dikongsikan oleh pelanggan saya sendiri.

Testimoni pertama: Beliau mengalami cyst semasa mengandung. Nasib baik semasa tahu saiznya masih kecil, cuma 2.7 mm. Beliau mula makan set ni pada 16.2.2016. Alhamdulillah dengan izinnya, semalam 28.3.2016 bila scan cyst tu dah takde. Mengecut habis.

testimoni kecutkan cyst dengan shaklee 1 300x300 Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

testomini kecutkan cyst dengan shaklee 300x300 Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

Testimoni kedua yang saya dapat pada 18/4/2016.

kecutkan cyst 300x300 Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

Alhamdulillah, ini testimoni terbaru yang saya dapat pada 3/5/2016 yang lalu. Testimoni ketiga.

cyst semasa mengandung 300x300 Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

Sebenarnya, ada banyak lagi testimoni lain tapi saya tak sempat nak kongsikan di sini. Sibuk sangat icon wink Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee  Jika anda ingin kecutkan cyst ketika mengandung dengan cara yang selamat & semulajadi, Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Kecutkan Cyst Semasa Mengandung Dengan Shaklee

10/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Bila dah beranak, menyusukan anak, umur pulak makin meningkat, semestinya payudara akan semakin kurang pejal. Bila pakai bra nampak ok lagi, bila tak pakai bra? Ha, selambak layut jatuh ke bawah. Bila bersama suami, rasa segan jugak. Payudara yang jadi kegilaan suami dah kurang bergetah. Nak tak kalau saya kongsikan cara tegangkan payudara dengan cepat yang paling berkesan?

tegangkan payudara 300x215 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Takdelah hari ni buat, esok terus tegang. Memang mustahil la kan icon sad Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan Yang penting kena amalkan setiap hari dengan konsisten, insya Allah lama-lama akan nampak perubahan.

Urutan. Ada satu jenis urutan, memang khas untuk tegangkan payudara. Anda boleh belaar sendiri teknik urutan tersebut & urut sendiri. Atau pun, boleh cari tukang urut yang pandai. Cuma, kalau nak upah tukang urut, rasa seganlah sikit. Ye tak? Nak bagi orang lain urut bahagian tu.  Jadi, better anda belajar sendiri.

tegangkan payudara1 300x256 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

tegangkan payudara2 300x195 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

2. Senama payudara. Anda juga boleh amalkan senama tengangkan payudara setiap hari.

tegangkan payudara3 288x300 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

3. Daun sireh. Layurkan daun sireh atas api, hingga panas. Bila dah suam sikit, tekapkan kat payudara. Elakkan bahagian puting. Lepas tu pakai bra macam biasa. Biarkan selama sejam. Buat setiap hari.

4. Labu. Rebus sampai lembut, biarkan sejuk. Kemudian ramas, dan tampal kat payudara. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas. Amalkan seminggu sekali.

5. Masker payudara. Anda boleh gaulkan 1 biji pisang masak, 1 camca teh madu asli, 1 biji telur, 1 sudu besar Aloe Vera. Lenyek pisang dengan sudu dan adun semua bahan. Lumurkan pada payudara dan urut perlahan-lahan ke atas 20 kali dan pusaran pada setiap payudara lawan jam sebanyak 20 kali. Biarkan ramuan pada payudara selama setengah jam. Lakukan 1 minggu sekali.

6. Sperma suami. Selepas bersama, lumurkan sperma suami ke payudara & biarkan kering. Protein dalam sperma adalah sangat membantu untuk menegangkan payudara.

7. Makanan tambahan untuk tegangkan payudara. Semua tips kat atas membantu menegangkan payudara dari luar. Adalah sangat penting untuk menegangkan dari dalam. Pengambilan makanan tambahan iaitu Energizing Soy Protein (ESP) & Alfalfa adalah sangat berkesan.

tegangkan payudara4 300x273 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Alfalfa yang juga dikenali sebagai kacip Fatimah moden, sangat berkesan untuk menegangkan & menganjalkan punggung & payudara. Percayalah, anda akan rasa payudara semakin mengkal selepas sebulan. Punggung pun makin naik. Tak percaya?

ESP kaya dengan protein yang menjadi makana utama sel kulit. Kat atas tadi ada saya ceritakan bahawa sperma suami yang kaya dengan protein berkesan untuk tegangkan payudara kan? Ia juga mengandungi kolagen yang membantu menganjalkan & menegangkan payudara. Dengan pengambilan yang konsisten, payudara anda akan makin padat, ketat dan tegang.

Saya sendiri merupakan pengamal tegar Alfalfa & ESP Shaklee, saya sendiri dah rasa kebaikan 2 vitamin ni. Memang berkesan icon wink Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan Oh ya, kedua-dua vitamin ni juga merupakan vitamin dalam Set Kurus Shaklee, oleh itu, selain menegangkan payudara, dalam masa yang sama anda akan menjadi semakin langsing. Boleh kurus tau. Untung sangat.

Itulah dia cara tegangkan payudara dengan cepat yang paling berkesan. Pengambilan ESP & Alfalfa secara konsisten dah membantu ramai wanita mendapat kembali keyakinan diri bila payudara dah semakin mengkal, tegang, padat dan kurang layut. Anda bila lagi? Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tegangkan Payudara Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

09/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

Parut jerawat memang susah nak hilang. Nak pulak kalau parut jerawat yang jenis berlubang macam kawah, yang merah, atau pun yang hitam. Nak tak kalau saya kongsikan cara hilangkan parut jerawat dengan cepat berkesan dan murah?

hilangkan parut jerawat9 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

1. Aloe Vera. Sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat. Ambil sepotong Aloe Vera, keluarkan lendirnya dan sapu ke muka macam masker. Biarkan sampai kering. Kemudian basuh muka hingga bersih.

2. Baking Soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Lumurkan ke muka, terutamanya kawasan berparut. Kemudian cuci muka & gunakan pelembab.

3. Minyak kelapa dara. Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan dan biarkan suhu badan memanaskannya. Sapu ke muka & biarkan selama 30 minit sebelum dicuci.

4. Timun. Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium yang sangat baik untuk kulit anda. Caranya mudah saja. Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu. Sapukan sedikit madu ke muka sebaga masker.

6. Yogurt. Yogurt pun mampu hilangkan parut jerawat kalau digunakan sebagai masker dengan konsisten. Beli plain yogurt, sapu ke muka sebagai masker. Parut jerawat anda akan lag cepat hilang kalau yogurt tadi dicampur dengan ESP Shaklee, Vitamin C atau Vitamin E Shaklee. Nak tahu cara nak buat masker special ni? Resepinya ada dalam Ebook ekslusif saya ini:

 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

7. Lemon. Ia mengandungi asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang mana fungsi utamanya ialah untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat. Caranya mudah sahaja.  Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak, tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

8. Ubi Kentang. Ubi kentang kaya dengan vitamin, mineral dan kanji yang membantu menghaluskan kulit wajah & menghilangkan parut jerawat? Caranya hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Lagi elok kalau dibuat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

9. Vitamin Shaklee adalah cara hilangkan parut jerawat dengan cepat berkesan dan murah yang wajib anda amalkan kalau nak kulit cantik, berseri, flawless dan bebas jerawat.

Kalau anda ada bajet lebih, boleh ambil Shaklee Collagen Powder. Ia mengandungi kolagen terbaik yang membantu penghasilan kolagen dalam badan, terutamanya pada kulit. Bila kulit kita tinggi kolagen, ia akan memperbaiki tisu penghubung dalam kulit lalu menghasilkan sel kulit baru yang fresh, sekali gus menghilangkan parut jerawat.

hilangkan parut jerawat12 300x212 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

Kalau anda kekurangan bajet untuk mengambil Shaklee Collagen Powder, anda boleh ambil Set Cantik Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, dan B Complex.

hilangkan parut jerawat10 300x227 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik. Vitamin larut air ini adalah antioksidan yang sangat kuat yang berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Ia juga terlibat dalam sintesis kolagen & membantu penghasilan kolagen stabil. Dengan cara ini, vitamin C mengelakkan pelindung kulit daripada gagal berfungsi apabila toksin muncul. Ia juga menghalang pigmentasi kulit dan boleh membantu menghilangkan parut jerawat.

Vitamin C bukan sahaja membantu menghilangkan parut jerawat, tetapi ia juga membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan melindungi kulit daripada kerosakan daripada cahaya matahari.

Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C setiap hari untuk merawat dan menghilangkan parut jerawat.

Vitamin E adalah antioksidan yang sangat berkesan dan bertanggungjawab untuk menyerap spesies oksigen reaktif yang dihasilkan daripada metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam pertumbuhan semula tisu yang diperlukan untuk membaiki luka, dan parut. Termasuk parut jerawat. Kesan antioksidan vitamin E adalah sangat penting untuk merawat parut jerawat. Anda perlu mengambil 400 IU vitamin E setiap hari.

B Complex mengandungi Thiamine (B1) yang merupakan antioksidan yang meningkatkan peredaran darah di kulit, sekali gus membantu mengurangkan parut jerawat.  Pyridoxine, atau vitamin B6, berfungsi merawat parut jerawat dengan mengawal paras hormon & mengurangkan tindak balas keradangan.

Kalau anda ada bajet, boleh ambil ESP Shaklee.  Protein merupakan makanan utama kulit. Bila kita ambil ESP Shaklee, kita membekalkan protein yang mencukupi kepada tubuh badan, dan kulit mendapat makanan yang secukupnya. Apabila kulit mendapat makanan yang cukup, ia akan membantu penghasilan kulit baru yang cantik & menghilangkan parut jerawat.

hilangkan parut jerawat11 300x161 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

Betul ke vitamin Shaklee berkesan hilangkan parut jerawat? Ada testimoni tak? Mestilah ada icon wink Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat 300x237 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat1 300x292 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat2 300x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat3 300x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat4 300x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat5 222x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat6 167x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

 

hilangkan parut jerawat7 300x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

hilangkan parut jerawat8 217x300 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

 Cantik betul dorang semua bila parut jerawat dah takde, kan? Sekarang anda dah tahu cara hilangkan parut jerawat dengan cepat berkesan dan murah, iaitu vitamin Shaklee. Nak dapatkan vitami Shaklee untuk hilangkan parut jerawat? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik dan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Berkesan Dan Murah

06/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Anda ada parut melecur dan terbakar akibat terkena air panas, minyak panas, atau disambar api? Tak kisahlah parut tu ada kat muka, lengan, atau bahagian tubuh mana sekali pun, insya Allah petua ini berguna untuk anda. Jom saya kongsikan petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan.

hilangkan parut melecur7 300x225 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Kalau luka terbakar & melecur baru je berlaku, anda boleh kurangkan kesakitan dan pedih dengan cara:

  1. Pecahkan sebiji telur dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas, sapu telur tu kat tempat yang tercedera. Rasa panas dan sakit akan kurang.
  2. Bancuh garam dengan air. Pastikan bancuhan itu pekat. Sapu kat tempat luka. Ianya akan mengurangkan kesakitan.
  3. Getah pelepah pisang juga amat berguna. Sapukan getah tersebut kat tempat yang sakit. Biarkan seketika hingga sakit reda. Jangan basuh dengan air sebab ianya akan menyebabkan luka melepuh.
  4. Sapukan serbuk kopi katluka. Biarkan 10-15 minit kemudian baru buang. Insya ALLAH kulit takkan melepuh dan sakit akan kurang.
  5. Sapukan mentega kat luka. Insya ALLAH sakit akan kurang.
  6. Boleh juga guna kapur sireh. Sapu kat tempat yang melecur dan biar hingga kering. Sapu berulang kali. Rasa pedih dan sakit akan hilang.
  7. Sapukan tepung kat tempat luka. Biarkan seketika. Insya ALLAH akan meredakan kesakitan dan tidak tinggalkan kesan melepuh.

hilangkan parut melecur6 300x209 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Untuk menghilangkan parut melecur & terbakar, anda boleh amalkan petua berikut:

1. Kulit kayu manis + bedak sejuk. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk atau blend kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Campur kedua bahan & bancuh dengan air. Kemudian lumurkan pada parut. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang.

2. Daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya, belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. Asam jawa. Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air & ramaskan. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut.  Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut akan pudar.

4. Produk Shaklee. Anda juga boleh hilangkan parut melecur & terbakar dengan mengamalkan produk Shaklee. Jom baca kisah macam mana ibu ni menghilangkan parut melecur anaknya dalam masa 9 hari je icon wink Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Itulah dia petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan. Semoga bermanfaat. Nak cuba hilangkan parut dengan produk Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

06/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Anda mempunyai parut melecur terkena air panas, minyak panas, atau luka kesan terbakar? Tengah mencari tips paling berkesan untuk hilangkan parut supaya kulit cantik seperti sedia kala? Khas untuk anda, jom saya kongsikan cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari.

hilangkan parut melecur 300x190 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Gambar kat atas ni adalah testimoni sebenar, bagai mana parut luka melecur hilang dalam masa 9 hari. Kisahnya, adik ni tengah tengok mak dia bakar sampah. Takde siapa yang tahu rupanya dalam longgokan sampah yang tengah dibakar tu ada sebotol penyegar udara Ambi Pur. Botol tu meletup, api naik marak lalu menyambar muka adik ni. Habis muka adik ni melecur.

Nak tahu cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari? Ini adalah cerita dari mak adik ni, apa yang dia sapu sehingga muka adik ni kembali elok dalam tempoh 9 hari:

” masa kena tu Liza sapu dengan Herbal Cream..esok pagi cuci tempat terbakar dengan Basic H dan sapu Herbal Cream.keesokkan tempat terbakar jadi hitam sesangat cam dlm gambr tu..next day kulit yg terbkar dh menggelembung. bnyk tempat gakla yg menggelembung..hari ke3 kulit dh kering dh menggelupas ckit2.smpila hari ke 9. totally kulit dh habis menggelupas.tggl proses nk ilangkan parut jer. Liza sapu dengan Vit E 3x sehari..dlm pada masa yg sama Liza bg Haziq Mealshake, Chewable Vit C ”

Alhamdulillah, semuanya produk berkualiti dari Shaklee. Nak tahu macam mana produk-produk ni berfungsi?

Krim Herbal Blend merupakan krim serbaguna yang menenangkan kulit. Ia mempunyai rasa dingin yang membantu menyejukkan kulit sekali gus memulihkan luka melecur kesan terbakar.

hilangkan parut melecur1 300x209 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Basic H merupakan pencuci serbaguna yang digunakan cuma sedikit sebagai bancuhan air untuk cucian luka bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan membantu mengeringkan luka.

hilangkan parut melecur2 300x230 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin C membantu pembentukan kolagen semulajadi kulit bagi menggalakkan kulit baru tumbuh dengan cepat. Ia juga meningkatkan imuniti tubuh bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka.

hilangkan parut melecur3 300x192 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin E membantu mengurangkan parut luka.

hilangkan parut melecur4 300x181 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Mealshakes mengandungi 24 vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Protein amat diperlukan bagi memperbaharui sel-sel kulit yang telah mati dan mempercepatkan proses pemulihan kulit dan mengurangkan kesan parut. Bagi orang dewasa, Mealshakes digantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP).

hilangkan parut melecur5 300x196 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Itulah dia 5 produk Shaklee yang berkesan menghilangkan parut melecur dalam masa 9 hari. Of course, tempoh masa yang diambil adalah sangat pendek kerana mak adik ni terus gunakan produk Shaklee sejurus selepas luka melecur berlaku. Kalau parut melecur anda sudah agak lama, semestinya akan ambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Lagi lama parut, lagi lama masa yang diambil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau, ia juga berkesan untuk parut lama. Cuma perlu bersabar sikit untuk nampak kesan icon wink Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Semoga cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda juga boleh amalkan petua hilangkan parut melecur berikut. Anda ada parut melecur? Nak hilangkannya untuk selama-lamanya? Jangan berlengah lagi. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

06/05/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

Alhamdulillah, semakin dekat nak raya, semakin ramai yang order Set Naikkan Berat Badan Shaklee. Semua nak nampak cantik dipagi raya kan? Insya Allah, dengan pengambilan yang konsisten mengikut aturan makan & dos yang betul, selain mengamalkan tips tambah berat badan ini, pasti anda akan berpuas hati. Tak percaya? Jom tengok testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee dari pelanggan saya yang berpuas hati:

testimoni naikkan berat dengan shaklee 251x300 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat2 300x207 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat3 300x205 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat4 300x172 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

Sebenarnya banyak lagi testimoni dari pelanggan saya yang berjaya menaikkan berat badan dengan set ini, tapi tak sempat nak compile semuanya. Insya Allah nanti bila free saya akan update. Oh ya! Ini pula testimoni pengguna Set Naikkan Berat Badan Shaklee dari pengguna Shaklee yang lain:

testimoni set naikkan berat 300x181 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat1 300x184 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat5 300x151 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat6 300x228 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat7 300x279 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

testimoni set naikkan berat8 300x127 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

 Wahhhhh! Excited dibuatnya bila baca testimoni Set Naikkan Berat Badan Shaklee tu tadi kan. Anda dah lama kurus kering? Rasa macam nak terbang je bila ditiup angin? Jom dapatkan berat badan ideal dengan Set Naikkan Berat Badan Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee

27/04/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Petua Hilangkan Asma Supaya Anak Tak Semput Lagi

Berbicara tentang asma, hanya ibu bapa dengan anak asma yang memahami betapa sedihnya perasaan bila tengok anak tercungap-cungap tak cukup nafas bila diserang asma. Jika anak anda ada asma, elakkan perkara yang menjadi punca asma dan kenal-pasti tanda serangan asma. Anda juga boleh amalkan petua hilangkan asma supaya anak tak semput lagi.

petua hilangkan asma 300x153 Petua Hilangkan Asma Supaya Anak Tak Semput Lagi

1. Hati unta kering. Hati unta kering boleh dibeli di Mekah & Madinah. Biasanya dikirim kepada mereka yang menunaikan haji atau umrah. Insya Allah, berkesan. Ada beberapa cara untuk memasak hati unta kering, boleh pilih yang mana satu mudah untuk anak makan.

2. Madu. Sesuai untuk anak setahun ke atas. Berikan 1 sudu madu asli setiap pagi.

3. Habbatus sauda. Ubat bagi semua penyakit kecuali mati. Berikan 7 biji Habbatus sauda kepada anak setiap hari. Boleh ditabur diatas makanan atau dicampur dengan madu.

4. Daun ati-ati. Setiap malam sebelum tidur, ambil sehelai daun ati-ati, basahkan. Gosokkan ke dada anak sehingga daun menjadi kering, sambil membaca Al-Fatihah & mohon kepada Allah supaya penyakit asma anak kita dihilangkan.

5. Bawang putih & minyak kelapa dara. Tumbuk bawang putih, campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan ke dada & belakang anak 2 kali seminggu.

6. Bunga kenanga. Ambil 3 kuntum bunga kenanga, celur dalam semangkuk air panas. Biarkan seketika. Buang buang tersebut & minum airnya. Amalkan setiap minggu.

7. Daun sireh. Layurkan diatas api. Biarkan suam, tampalkan ke dada anak.

8. Daun pegaga. Keringkan secekak daun pegaga, kemudian rebus. Berikan anak minum airnya.

9. Susu Kambing. Amalan meminum susu kambing setiap pagi juga adalah petua hilangkan asma yang berkesan.

petua hilangkan asma1 Petua Hilangkan Asma Supaya Anak Tak Semput Lagi

10. Daun sireh, lada putih dan minyak kayu putih. Tumbuk 7 helai daun sireh hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya. Sapukan pada dada serta leher anak setiap malam sebelum tidur.

11. Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee. Jika anak anda terlalu mudah terkena serangan asma,  kerap asma & terlalu  bergantung kepada nebulizer dan inhaler, sudah tiba masanya untuk anda memberikan Set Asma Shaklee Untuk Kanak-kanak Shaklee kepada anak anda. Sampai bila nak tengok anak semput tiap kali kena serangan asma? Insya Allah vitamin dalam set ini akan membantu anak anda. Set ini terdiri daripada:

OmegaGuard. Omega 3 dalam vitamin ini mengurangkan keradangan dalam saluran udara paru-paru. Apabila radang dalam saluran udara paru-paru berkurangan, insya Allah serangan asma juga akan berkurangan.

Chewable Vitamin C. Vitamin C yang tinggi antioksidan membantu membaiki tisu-tisu dalam paru-paru, meningkatkan sistem imun dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland membuktikan bahawa pengambilan vitamin C mempunyai kesan positif ke atas asma dengan cara membantu menjaga saluran udara terbuka dan mengurangkan wheezing.

Mealshake membekalkan nutrisi lengkap kepada anak anda & meningkatkan imuniti supaya tak mudah sakit, terutamanya batuk & selsema yang menjadi penyumbang utama berlakunya asma.

tanda asma di kalangan kana2 300x206 Petua Hilangkan Asma Supaya Anak Tak Semput Lagi

Insya Allah, Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee akan mengurangkan serangan asma ke atas anak anda. Dengan pengambilan yang konsisten, asma anak anda akan hilang. Kedua-dua anak saya pun dah tak asma lagi sejak mengamalkan set ini. Untuk bayi yang masih menyusu badan, ibu yang perlu makan set ini. Insya Allah vitamin akan sampai kepada bayi melalui air susu.

Itulah dia petua hilangkan asma supaya anak tak semput lagi. Semoga info tadi bermanfaat untuk anda.   Nak order Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Asma Supaya Anak Tak Semput Lagi

27/04/2016
by Cik Puan Nurul
0 comments

Punca Asma Di Kalangan Kanak-Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Sebelum ini saya ada bercerita tentang tanda asma di kalangan kanak-kanak & apa yang patut dilakukan bila anak diserang asma. Kali ni saya nak kupas pula tentang punca asma di kalangan kanak-kanak yang ramai ibu bapa tak tahu.

punca asma pada kanak kanak Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

1. Genetik. Kebiasannya, jika ibu atau bapa mempunyai penyakit asma, resdung, atau dermatitis, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit asma. Malangnya, ini adalah faktor yang tak dapat dielakkan.

2. Debu. Persekitaran yang berhabuk dan berdebu juga boleh menjadi punca asma pada kanak-kanak. Oleh itu, elakkan persekitaran sedemikian.

3. Bulu kucing atau anjing. Binatang perliharaan di rumah akan menyebabkan bulu berterbangan. Bila bulu tersebut disedut oleh anak dan masuk ke dalam paru-paru, ia boleh menjadi punca asma.

4. Asap rokok. Asap rokok adalah punca asma pada kanak-kanak yang paling utama. Ke mana kita pergi, asap rokok berleluasa. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggung jawab untuk melindungi anak dari asap rokok yang merbahaya.

5. Udara tercemar. Selain asap rokok, udara tercemar yang dipenuhi asap dari ekzos kereta & pembakaran terbuka juga boleh menjadi punca asma pada kanak-kanak.

6. Jerebu. Tiap kali jerebu, pastinya bilangan anak yang diserang asma akan meningkat. Oleh itu, kuarantin anak anda di dalam rumah tiap kali negara dilanda jerebu. Kurangkan aktiviti luar.

7. Alahan kepada ubat. Ada juga anak yang mendapat asma akibat alahan kepada ubatan.

8. Alahan kepada makanan, terutamanya makanan sejuk. Ada sesetengah makanan boleh menjadi pencetus asma. Macam anak bongsu saya, cendawan tiram adalah makanan yang akan menyebabkan dia diserang asma. Kenal pasti apakah makanan yang menjadi pencetus asma dan elakkannya sama sekali.

9. Pewangi kereta & rumah. Pewangi kereta & pewangi rumah mengandungi bahan kimia. Apabila anak kita sedut, ia boleh menjadi punca asma.

punca asma pada kanak kanak1 300x215 Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

10. Cuaca terlalu sejuk. Cuaca sejuk, terutamanya pada musim hujan juga adalah punca asma pada kanak-kanak. Cuaca sejuk di kawasan pergunungan & aircond juga mempunyai kesan yang sama.

11. Alahan kepada benda. Ada juga anak yang terkena asma kerana alahan kepada benda seperti serat kapas, permaidani, kain bulu, dan sebagainya.

12. Serangga rumah. Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan oleh udara yang bergerak. Apabila ia disedut kedalam paru-paru anak, ia boleh menjadi punca asma.

13. Terlalu aktif.  Aktiviti senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak, bola jaring yang menyebabkan anak terlalu penat juga boleh menjadi punca asma.

14. Terlalu penat. Kepenatan yang melampau juga boleh menjadi punca asma pada kanak-kanak. Contohnya terlalu banyak bermain, terlalu banyak berjalan, dan sebagainya.

15. Terlalu panas. Keadaan yang terlalu panas boleh menyebabkan perasaan rimas & sukar bernafas lalu menyebabkan berlakunya serangan asma.

16. Persekitaran sesak. Seperti keadaan yang terlalu panas, persekitaran sesak seperti orang yang berpusu-pusu membeli-belah di Jalan TAR sepanjang bulan Ramadhan juga boleh menjadi punca asma. Elakkan membawa anak anda ke kawasan yang terlalu sesak.

Apa Nak Buat Kalau Anak Mendapat Serangan Asma?

1. Tegakkan badan anak. Dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal.

2. Anda juga boleh dudukkan anak di atas kerusi dan sendalkan lengannya pada belakang kerusi supaya beban pada dada dapat diringankan. Kedudukan ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

3. Kalau ada inhaler atau nebulizer, boleh berikan kepada anak mengikut dos yang diberikan.

4. Tepuk percussion bagi mengeluarkan kahak. Caranya mudah sahaja. Tiarapkan anak dengan meletakkan bantal di bawah dada supaya tinggi, kemudian tepuk belakang anak dengan kuat. Tepukan percussion akan membantu mengeluarkan kahak & melegakan asma anak anda. Ubah posisi anak seperti gambar di bawah.

tanda asma di kalangan kana 291x300 Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

5. Kalau asma anak anda tidak berkurangan, bawa anak berjumpa doktor dengan segera. Dalam perjalanan atau semasa menunggu giliran, alihkan perhatian anak supaya tidak tertumpu kepada serangan asma yang dihadapi.

6. Jika anak anda terlalu mudah terkena serangan asma,  kerap asma & terlalu bergantung kepada nebulizer dan inhaler, sudah tiba masanya untuk anda memberikan Set Asma Shaklee Untuk Kanak-kanak kepada anak anda. Sampai bila nak tengok anak semput tiap kali kena serangan asma? Insya Allah vitamin dalam set ini akan membantu anak anda. Set ini terdiri daripada:

OmegaGuard. Omega 3 dalam vitamin ini mengurangkan keradangan dalam saluran udara paru-paru. Apabila radang dalam saluran udara paru-paru berkurangan, insya Allah serangan asma juga akan berkurangan.

Chewable Vitamin C. Vitamin C yang tinggi antioksidan membantu membaiki tisu-tisu dalam paru-paru, meningkatkan sistem imun dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland membuktikan bahawa pengambilan vitamin C mempunyai kesan positif ke atas asma dengan cara membantu menjaga saluran udara terbuka dan mengurangkan wheezing.

Mealshake membekalkan nutrisi lengkap kepada anak anda & meningkatkan imuniti supaya tak mudah sakit, terutamanya batuk & selsema yang menjadi penyumbang utama berlakunya asma.

tanda asma di kalangan kana2 300x206 Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Insya Allah, Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee akan mengurangkan serangan asma ke atas anak anda. Dengan pengambilan yang konsisten, asma anak anda akan hilang. Kedua-dua anak saya pun dah tak asma lagi sejak mengamalkan set ini. Untuk bayi yang masih menyusu badan, ibu yang perlu makan set ini. Insya Allah vitamin akan sampai kepada bayi melalui air susu.

Itulah dia punca asma pada kanak-kanak yang ramai ibu bapa tak tahu. Semoga info tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

pixel Punca Asma Di Kalangan Kanak Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Switch to our desktop site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.