-

Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

Anda wanita bermisai? Malu kat orang sebab dah takde rupa macam perempuan. Yelah, walau pun misai nipis je, tapi kalau orang pandang muka kita mesti mata dorang tertumpu kat misai. Khas untuk anda, jom saya kongsikan cara hilangkan misai bagi perempuan agar hilang buat selamanya.

hilangkan misai buat peremp2 300x150 Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

1. Jangan cukur. Kalau cukur, nanti akan tumbuh dengan lebih banyak & makin kasar pulak bulu misai. Asalnya misai sikit je, halus. Tapi kalau dicukur, akan jadi misai yang kasar & makin banyak.

2. Gunting. Cara yang terbaik ialah dengan menggunting. Gunting sependek yang mampu, jangan sampai luka dah la ye. Tapi kena rajin. Bila start panjang je potong lagi.

3. Cabut misai. Boleh cabut misai dengan tweezer. Tapi, komfom sakit sangat. Kalau jenis tak tahan sakit, anda dinasihatkan supaya tak cabut misai. Nanti nak cantik punya pasal, langsung jadi sakit.

4. Pergi ke saloon. Kalau anda ke saloon, ada rawatan untuk menghilangkan bulu, termasuk misai. Ada macam-macam jenis rawatan, lazer, waxing, threading. Tapi, ianya memerlukan kos yang tinggi. Sakit juga. Dan misai akan tumbuh semula juga nanti.

hilangkan misai buat peremp3 300x149 Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

5. Petua limau nipis & gula pasir. Perah sebiji limau nipis & campur dengan setengah sudu gula. Kacau sampai sebati. Sapu ke kawasan misai & urut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam. Kemudian bilas. Buatlah dengan kerap.

6. Stabilkan hormon. Saya pernah ceritakan bahawa wanita bermisai adalah disebabkan oleh hormon yang menggila kat dalam badan. Jadi, cara terbaik untuk mengatasi masalah wanita bermisai ialah dengan menstabilkan hormon dalam badan. Insya Allah bila hormon dah stabil, ciri kewanitaan anda akan makin terserlah & misai serta semua bulu yang lain akan mula berkurangan & akhirnya terus hilang. Macam mana nak stabilkan hormon dalam badan?

Fungsi utama GLA Complex Shaklee ialah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Ia meningkatkan hormon kewanitaan iaitu hormon Estrogen & Progesterone. Dalam masa yang sama, ia menurunkan kadar hormon androgen lelaki & Testosteron. Apabila hormon dalam badan stabil, insya Allah ciri-ciri kewanitaan anda akan menyerlah. Tiada lagi misai & bulu yang lebat di lengan, dada, kaki, dan tubuh badan yang lain.

hilangkan misai buat peremp 300x167 Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

Alfalfa Complex juga sesuai untuk anda. Ia dikenali sebagai kacip fatimah moden yang memang elok untuk penjagaan dalaman wanita. Ia juga membantu GLA Complex berfungsi dengan lebih berkesan.

hilangkan misai buat peremp1 300x271 Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

Sekarang anda dah tahu cara hilangkan misai bagi perempuan agar hilang buat selamanya. Anda bermisai dan berbulu lebat? Jangan susah hati, insya Allah GLA Complex & Alfalfa Complex boleh membantu. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Misai Bagi Perempuan Agar Hilang Buat Selamanya

Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Ada sesetengah perempuan kurang bernasib baik, ditakdirkan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki. Tak tahu nak buat apa, misai tu kalau dicukur takut makin lebat. Tapi takkan nak biar? Lengan pun penuh bulu, segannya. Bulu dada ada, kat payudara pun berbulu. Betis jangan cakaplah. Ada ke lelaki yang nak kat aku? Sebelum bercerita dengan lebih panjang tentang perkara ni, jom saya terangkan kenapa perempuan bermisai dan berbulu macam lelaki.

perempuan bermisai 300x203 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Perempuan berbulu & bermisai bukannya satu penyakit. Keadaan ini dikenali sebagai Hirsutism iaitu keadaan di mana hormon Testosteron (hormon dominan lelaki) yang lebih banyak berbanding wanita normal. Semua wanita mempunyai hormon Testosteron, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Apabila ovari menghasilkan hormon Testosteron yang berlebihan, ia akan menyebabkan:

  1. Anda mempunyai ciri-ciri kelelakian yang terserlah seperti bermisai, berbulu lebat, dan mungkin juga berjanggut.
  2. Ciri kewanitaan berkurangan. contohnya rangka badan yang besar, suara garau, dan payudara kecil.
  3. Fizikal anda lebih menyerupai lelaki

Apakah Punca Hirsutism?

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kenapa perempuan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki:

1. Genetik. Ianya diwarisi dari nenek moyang. Sesetengah keturunan seperti mamak & india biasanya mempunyai bulu yang lebih lebat daripada kaum lain.

2. Obesiti yang mengakibatkan insulin dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

3. PCOS. Wanita yang mempunyai masalah Sindrom Ovari Polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS sememangnya mempunyai masalah hormon tak stabil & mereka cenderung untuk mengalami masalah bermisai & berbulu lebat.

4. Suntikan Testosteron. Bagi mereka yang aktif dalam sukan bina badan, kebiasaanya mengambil suntikan ini untuk membina otot dengan lebih cepat.

perempuan bermisai3 300x200 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

5. Sindrom Cushing iaitu keadaan di mana berlaku peningkatan hormon steroid & hormon lelaki androgen dalam badan.

6. Hyperplasia Kongenital Adrenal iaitu keadaan di mana tubuh badan ketiadaan sesetengah enzim lalu menyebabkan hormon androgen lelaki meingkat.

7. Penyakit Akromengali yang berlaku akibat peningkatan hormon tumbesaran secara abnormal & kegagalan insulin.

8. Hiperprolaktinemia iaitu paras hormon Prolaktin yang terlalu tinggi didalam badan. Biasanya hormon ni ada dalam badan wanita yang mengandung & menyusukan.

9. Penyakit masalah ganguan hormon yang lain seperti Endokrin Hipotiroid.

Apa Nak Buat Untuk Mengatasi Masalah Perempuan Bermisai & Berjanggut?

Seperti yang saya nyatakan tadi, ianya berkaitan dengan ketidakstabilan hormon dalam badan. Ada hormon yang berlebihan, ada hormon yang takde. Pendek kata, hormon anda sedang menggila dan berkecamuk dalam badan. Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah menstabilakan semula hormon dalam badan anda supaya menjadi normal. Macam mana caranya?

Fungsi utama GLA Complex Shaklee ialah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Ia meningkatkan hormon kewanitaan iaitu hormon Estrogen & Progesterone. Dalam masa yang sama, ia menurunkan kadar hormon androgen lelaki & Testosteron. Apabila hormon dalam badan stabil, insya Allah ciri-ciri kewanitaan anda akan menyerlah. Tiada lagi misai & bulu yang lebat di lengan, dada, kaki, dan tubuh badan yang lain.

perempuan bermisai1 300x173 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Alfalfa Complex juga sesuai untuk anda. Ia dikenali sebagai kacip fatimah moden yang memang elok untuk penjagaan dalaman wanita. Ia juga membantu GLA Complex berfungsi dengan lebih berkesan.

perempuan bermisai2 300x271 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Itulah dia punca kenapa perempuan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki. Anda bermisai dan berbulu lebat? Jangan susah hati, insya Allah GLA Complex & Alfalfa Complex boleh membantu. Anda juga boleh amalkan cara hilangkan misai untuk selamanya yang saya kongsikan di sini. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

pixel Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.