-

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Tahukah anda bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang mampu meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri? Jadi, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung bolehlah amalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ini.

makanan untuk cepat mengand 300x194 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Selain mengamalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ni, anda juga perlu mengetahui bilakah waktu subur isteri dan waktu paling subur suami. Selain mengamalkan petua mudah mengandung dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan anda susah mengandung. Nak tahu apakah 10 jenis makanan tersebut?

1. Buah-buahan & sayuran organik

Buah-buahan dan sayuran organik yang dimaksudkan ialah bebas GMO dan bebas racun kimia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian disebabkan makan epal kan? Jadi, bila nak makan buah pilih buah-buahan tempatan & yang cepat rosak, bukan yang boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais tanpa rosak.

Begitu juga dengan sayur. Jangan pilih sayur yang hijau & nampak perfect. Cari yang ada kesan dimakan ulat. Kalau anda makan hasil tanaman sendiri lagi bagus. Terjamin bebas racun & bahan kimia berbahaya.

2. Makanan Tinggi Serat

Serat membantu pergerakan usus berjalan dengan lancar sekali gus membuang semua toksin yang ada dalam badan. Di antara makanan tinggi serat ialah bijirin, kekacang, gandum, nasi, dan roti berasaskan gandum. Nak detoks dengan mudah? Anda boleh amalkan Alfalfa Shaklee.

3. Bayam

Bayam hijau mengandungi antioksida, zat besi & folik asid yang membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membantu sistem reproduksi berfungsi dengan baik.

4.  Folik asid

Pengambilan Folik Asid membantu meningkatkan kualiti sel telur yang dihasilkan setiap bulan, dan secara automatik meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

Folik Asid boleh didapati dari kacang soya, kuning telur, kubis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli, dan sebagainya. Kalau anda kurang makan sayur, boleh amalkan B Complex Shaklee. Cuma ambil satu biji sehari, mudah sangat.

5. Makanan yang melancarkan kitaran haid

Antara punca utama susah untuk mengandung ialah masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mengetahui bilakah waktu subur. Oleh itu anda boleh amalkan makanan yang membantu memebetulkan kitaran haid seperti kentang  manis, kacang peas, carrot, dan sebagainya.

makanan untuk cepat mengand1 300x211 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Anda juga boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfa Shaklee untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan dan dos yang betul, biasanya haid anda akan teratur selepas 2 bulan.

6. Makanan kaya dengan vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan daya imuniti badan, menjadikan badan kuat dari sebarang jangkitan. Secara automatik sel benih kita juga akan menjadi semakin kuat. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus seperti oren, limau. Juga dari brokoli, kubis, pisang, buah pear, labu, dan sebagainya.

7. Produk tenusu

Ia bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan. Di antara produk tenusu yang mudah didapati ialah dari susu segar, yogurt, dadih, dan keju.

8. Kekacang

Kekacang kaya dengan omega 3 yang membantu meningkatkan kualiti benih dan kesuburan anda. Bila lapar dan rasa nak mengunyah, makan kekacang. Bukannya jajan atau makanan segera.

9. Elakkan makanan “panas”, “sejuk” dan “tajam”

Kenal-pasti apakah makanan yang termasuk dalam katergori di atas dan elakkan dari menu seharian. Contoh makanan panas ialah makanan mempunyai ragi seperti tapai. Makanan tajam ialah seperti nenas, air tebu, dan air coke. Sementara makanan panas sejuk ialah cendawan, keladi, dan betik.

10. Makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan

Set Kesuburan Shaklee sememangnya terbukti berkesan membantu meningkatkan kesuburan suami isteri supaya mudah mengandung. Jom tengok testimoni mereka yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.

Kalau anda dah ambil Set Kesuburan Shaklee tapi masih belum mengandung, anda boleh jawab beberapa soalan di sini untuk mendapatkan jawapan kenapa anda masih belum mendapat berita gembira.

ebook 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya di talian 012-9025232 sekarang!

Anda nak mengandung? Jangan lupa masukkan 10 makanan untuk cepat mengandung di atas ke dalam menu harian anda. Kalau anda ambil Set Kesuburan Shaklee, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Bilakah Waktu Subur Lelaki

Biasanya pasangan yang sedang berusaha untuk mengandung akan sibuk mengira tarikh subur isteri. Tapi terlupa bahawa untuk mengandung, suami pun memainkan peranan yang penting. Bila kita tahu bilakah waktu subur lelaki, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan meningkat.

waktu subur lelaki 300x204 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Bilakah Waktu Subur Lelaki?

Apakah yang dimaksudkan dengan bilakah waktu subur lelaki? Kalau orang perempuan, biasanya waktu subur adalah dalam lingkungan 14 hari selepas haid. Itu pun kalau period kita regular setiap bulan. Bagi yang ada masalah haid tidak teratur, agak sukar untuk menentukan bilakah waktu subur, tapi ada cara kiraannya.

Bagi lelaki, waktu subur yang dimaksudkan ialah waktu di mana sperma berada dalam keadaan terbaik & bersedia untuk proses persenyawaan. Ianya berkaitan dengan suhu badan lelaki. Suhu yang paling ideal untuk sperma ialah suhu yang sejuk. Bila badan lelaki sejuk, jumlah sperma adalah banyak & dalam keadaan baik untuk persenyawaan.

Manakala dalam cuaca panas, bilangan sperma akan berkurangan & kurang bersedia untuk berenang ke arah ovum untuk proses persenyawaan. Oleh itu, jawapan bagi soalan bilakah waktu subur lelaki ialah pada waktu pagi. Dan secara spesifiknya ialah pada pukul 6.00 hingga 7.00 pagi.

Jika lelaki mengeluarkan sperma pada waktu pagi yang sejuk, sperma yang dikeluarkan adalah dalam kuantiti yang banyak & bertenaga. Boleh berenang dengan lincah mencari ovum. Dan insya Allah, peluang anda untuk mengandung akan meningkat. Berbanding jika anda melakukan hubungan pada waktu cuaca panas.

Kalau anda tinggal di kawasan beriklim 4 musim, musim sejuk adalah waktu paling subur lelaki. Kalau kat Malaysia, musim tengkujuh yang sejuk tu sesuai sangatlah untuk aktif bersama, supaya cepat mengandung. ^_^

Selain mengetahui bilakah waktu subur lelaki, adalah sangat penting untuk mengetahui apakah masalah kesuburan yang sering dialami oleh lelaki dan juga tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

waktu subur lelaki1 300x204 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Jika suami anda mengalami masalah kesuburan, jangan risau. Masih ada peluang untuk anda mengandung. Tak percaya? Jom tengok testimoni seorang pelanggan saya yang dah berjaya mengandung walau pun suaminya mengalami masalah kurang sperma & beliau sendiri mengalami masalah tiub falopio tersumbat. Alhamdulillah… beliau dah pun selamat melahirkan bayi perempuan.

Selain itu, pengambilan Vitamin Cinta boleh meningkatkan kesuburan lelaki. Set ini mengandungi Vitamin E & Zinc Complex yang berfungsi meningkatkan jumlah sperma dan menghasilkan sperma yang gagah perkasa. Dan yang paling best, berdasarkan testimoni isteri-isteri, suami yang mengamalkan Vitamin Cinta akan perform dengan lebih baik dan tahan lama bila bersama. Tak percaya? Jom tengok gambar dibawah ni:

waktu subur lelaki2 300x212 Bilakah Waktu Subur Lelaki

waktu subur lelaki3 300x225 Bilakah Waktu Subur Lelaki

waktu subur lelaki4 300x248 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Kesimpulannya, untuk meningkatkan peluang anda untuk mengandung, anda perlu tahu bilakah waktu subur suami isteri di samping  meningkatkan kesuburan anda suami isteri dan mengelakkan perkara yang boleh menjadi punca ketidaksuburan. Dan jangan lupa amalkan tips meningkatkan kesuburan lelaki ini. Dan semestinya anda akan menjadi semakin gagah & subur apabila mengamalkan Vitamin Cinta Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Apakah yang dimaksudkan dengan waktu subur? Ia merujuk kepada proses ovulasi dimana telur yang paling matang akan dilepaskan dari ovari ke dalam rahim. Jom kita kenali tanda subur dan cara kira waktu subur.

tanda subur dan cara kira w 300x187 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Jika anda sedang mencuba untuk mengandung, adalah amat penting untuk mengetahui tentang kitaran haid yang normal dan  bilakah waktu subur bagi memastikan terdapat sperma yang sihat & kuat didalam badan pada tarikh keramat tersebut. Di antara tanda subur ialah:

1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur.

Apabila kita bersedia untuk berovulasi tubuh  akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma iaitu lendir yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur. Tekstur tersebut akan membantu sperma berenang hingga ke telur. Pada waktu biasa, lendir serviks adalah lebih tebal dan melekit.

2. Basah.

Menjelang waktu subur, lendiran serviks akan bertambah banyak & menyebabkan kita rasa sentiasa basah dibahagian tersebut.

3. Sengal atau sakit payudara.

Semasa ovulasi, tahap progesterone akan meningkat dan menyebabkan berlakunya sakit pada payudara.

4.  Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka.

Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah. Jika serviks anda terasa tinggi & jauh ke dalam, maksudnya anda semakin menghampiri waktu subur.

tanda subur dan cara kira w1 300x250 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

5. Peningkatan libido (rasa berahi).

Peningkatan hormon luteal menyebabkan keinginan seks akan bertambah.

6. Tompokan darah (spotting).

Spotting mungkin berlaku. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut.

Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit yang dikenali sebagai ‘mittelschmerz’ ini berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.

8. Kembung.

Tiba-tiba prut kembung dan rasa berangin? Ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses ovulasi.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Nak Ebook ini secara percuma? Hubungi saya sekarang!

9. Loya dan pening lalat.

Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai ‘morning sickness’. Ini disebabkan oleh badan mengeluarkan hormon yang sama yang menyebabkan ‘morning sickness’ semasa kehamilan dan simptom PMS lain.

10. Sakit kepala atau migrain.

Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi.

Cara Kira Waktu Subur

Ok, anda dah tahu tanda subur. Walau bagaimana pun, tanda-tanda tersebut tidak dapat membantu dalam menentukan bilakah tarikh subur anda secara tepat. Untuk mengetahui tarikh tersebut, anda perlu mengetahui cara kira waktu subur. Nak tahu cara mudah kira waktu subur? Yang tu saya reserve untuk pelanggan saya sahaja. Kalau nak tahu, kenalah beli set subur Shaklee dari saya.

Semoga info kenali tanda subur dan cara kira waktu subur yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Peluang anda untuk mengandung akan lebih meningkat jika anda mengambil set subur Shaklee yang telah membantu ramai pasangan  berjaya mengandung. Berminat nak tahu tips kesuburan yang lain? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Gemuk Punca Susah Mengandung

Gemuk punca susah mengandung? Memang saya tak nafikan ramai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berjaya mengandung. Tapi berdasarkan pengalaman saya dalam memberikan consultation untuk set subur Shaklee, saya dapati bahawa kegemukan boleh menjejaskan peluang untuk mengandung.

gemuk sukar mengandung 300x252 Gemuk Punca Susah Mengandung

Kenapa gemuk punca susah mengandung?

1. Gangguan hormon
Apabila kita mempunyai berat badan berlebihan biasanya ia akan menjejaskan kestabilan hormon. Kestabilan hormon Estrogen & Progesterone contohnya adalah sangat penting supaya kita mudah mengandung. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana gangguan hormon boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

2. Kitaran haid terganggu
Apabila hormon dalam badan tidak stabil ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tak menentu & tunggang langgang. Wanita yang subur akan berovulasi (bertelur) setiap bulan. Telur yang disenyawakan akan menjadi janin sementara telur yang tidak disenyawakan akan luruh menjadi darah haid. Jadi, kalau haid anda tidak menentu, itu adalah petanda bahawa anda kurang subur. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang normal? Jom baca di sini.

3. Sukar menentukan waktu subur
Menentukan waktu subur adalah sangat penting jika anda merancang untuk mengandung. Kalau haid anda tidak teratur, adalah mustahil untuk menentukan tarikh kita paling subur & kemungkinan besar kita akan terlepas hari yang penting tersebut. Nak tahu cara tentukan waktu subur? Jom baca di sini.

gemuk sukar mengandung1 273x300 Gemuk Punca Susah Mengandung

4. Mengganggu proses persenyawaan
Apabila persenyawaan berlaku, benih yang telah disenyawakan perlu menempel di dinding rahim. Jika kita mempunyai masalah berat badan berlebihan dikhuatiri dinding rahim kita dipenuhi lemak & menyebabkan proses penempelan gagal berlaku. Jika proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna maka kita tidak akan berjaya mengandung.

5. Kegemukan punca kurang aktif
Apabila berat kita berlebihan, kita tidak dapat menjalani hidup secara aktif seperti orang lain yang mempunyai berat badan normal. Aktiviti seks juga akan terjejas. 

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Kalau betul gemuk punca susah mengandung, apa yang kita perlu buat? Nak kena kurus dulu ke? Nak betulkan kitaran haid? Atau boleh terus makan set subur? Kalau anda teringin sangat nak mengandung dan ada masalah kegemukan, dan nak sangat tahu apa jawapannya? Hubungi saya sekarang. Insya Allah saya akan membantu.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Gemuk Punca Susah Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Adakah anda antara mereka yang membeli set subur Shaklee. Dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung? Teruja tengok testimoni ramai orang lain berjaya mengandung. Tapi diri sendiri belum lagi ada apa-apa? Jom kita tinjau kenapa perkara ini berlaku.

testimoni set subur shaklee 300x200 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung?

Kalau anda dah makan set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, cuba jawab beberapa soalan di bawah ini dengan jujur. Insya Allah kita akan tahu punca kenapa anda masih gagal mendapat berita gembira.

1. Adakah anda mengambil vitamin yang betul?

Kalau diperhatikan, ada bermacam-macam versi set subur Shaklee yang dijual oleh pengedar Shaklee. Ada vitamin yang berbeza-beza. Tak sama. Oleh itu pastikan anda membeli set subur Shaklee dari pengedar yang betul. Pengedar yang betul bermaksud pengedar yang berilmu & tahu fungsi setiap vitamin yang dijual. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza seperti kitaran haid tidak betul, senggugut, keputihan, cyst, berat badan, PCOS, Endometriosis, telur tak matang, pernah keguguran, dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin mengikut keperluan diri anda.

2. Adakah anda mengambil vitamin dengan aturan makan dan dos yang betul?

Aturan makan dan dos yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesan optimum dari vitamin yang anda makan. Ia juga penting bagi mengelakkan komplikasi. Sebagai contoh, dos harian Zinc Complex adalah 1 biji sehari. Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat yang membeli set subur dari pengedar lain, dan aturan makan yang diberikan adalah 4 biji Zinc Complex setiap hari. Memang dah overdose. Apakah kesan overdose? Akan membebankan buah pinggang & dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin dengan aturan makan & dos yang betul. Minta maaf ye. Aturan makan & konsultasi saya adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

ebook 300x279 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dapatkan Ebook ini sekarang! Ekslusif untuk pelanggan saya sahaja

3. Adakah anda makan vitamin secara konsisten?

Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin-vitamin dalam set subur perlu dimakan setiap hari. Jangan culas untuk makan. Pastikan anda makan megikut aturan makan yang diberi secara disiplin. Anda juga perlu tahu bahawa sel dalam badan kita memerlukan tempoh 90 hari untuk menyerap semua nutrien & pembaharuan sel. Oleh itu, 3 bulan pertama pengambilan vitamin adalah sangat penting. Pastikan anda makan vitamin secara konsisten. Dah makan set subur Shaklee lebih daripada 6 bulan tapi belum ada hasil? Jangan putus asa. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mengandung. Apa yang penting ialah konsisten dan jangan putus asa.

4. Adakah anda tidak terlepas waktu subur?

Anda dah makan vitamin yang betul, dengan aturan makan & dos yang betul secara konsisten. Persoalan seterusnya ialah adakah anda tidak terlepas waktu subur? Anda tidak akan mengandung kalau terlepas waktu subur kerana pada waktu inilah ovum dibebaskan untuk proses persenyawaan. Anda boleh membaca tentang cara menentukan waktu subur di sini.

5. Adakah anda mengamalkan tips kesuburan?

Adalah penting untuk anda mengetahui apakah perkara yang menyebabkan ketidaksuburan dan menjejaskan kesuburan. Di samping itu anda perlu mengamalkan doa & amalan supaya mudah mengandung, tips mudah mengandung cara Islam, tips meningkatkan kesuburan suami isteri,  Anda juga boleh mengamalkan petua hamil dengan 41 kuntum bunga cengkih yang saya kongsikan di sini. Istimewa untuk pelanggan saya, dengan setiap pembelian set subur Shaklee dari saya, anda akan mendapat Ebook Ekslusif Rahsia Mudah Mengandung secara percuma. Ebook ini bukan untuk dijual.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Jadi, anda dah jawab kelima-lima soalan yang saya senaraikan tadi? Bagaimana jawapan yang anda dapat? Kalau semuanya YA, tahniah! Anda teruskan makan set subur Shaklee dan jangan putus asa. Insya Allah akan ada rezeki anda dalam waktu terdekat. Kalau ada jawapan anda yang TIDAK, sekarang anda dah tahu kenapa anda dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung. Berminat untuk mendapatkan Set Subur Shaklee dengan harga istimewa + konsultasi terbaik + Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan percuma? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Dah lama berusaha untuk mengandung tapi masih belum berjaya? Rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak? Rasa geram bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak? Takut suami cari pengganti sebab anda belum ada anak? Anda boleh amalkan tips mudah mengandung cara islam yang akan saya kongsikan di sini:

Tips mengandung cara islam 300x182 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Jangan runsing lagi. Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden & tradisional. Anda juga boleh mengambil set subur Shaklee yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.

Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita & berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan & membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat

Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahayamata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin & Khamis.

3. Jaga kelakuan & tutur kata

Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata & tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa & membaca Al-Quran

Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian. Anda boleh mengamalkan surah-surah, doa & amalan berikut, seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Norbahyah Mahmood.

Tips mengandung cara islam1 300x236 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

5.  Cari ilmu tentang kesuburan & kehamilan

Disamping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, penentuan jantina bayi, & kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,  Adalah penting juga untuk kita mengetahui  masalah ketidaksuburan dikalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Ebook ini sangat bermanfaat. Hubungi saya untuk mendapatkannya

6. Amalkan tips kesuburan

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung seperti rahsia meningkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari.  Tips suami perkasa dan isteri hebat supaya bunting pelamin ini juga mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung selain petua mengandung menggunakan 41 kuntum bunga cengkih.

Semoga tips mudah mengandung yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah, mohon rahmat dan kasih sayang dariNya. Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Subur Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mudah Mengandung Cara Islam

Tips Mudah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tengah mencari tips mudah mengandung? Anda bernasib baik sebab post ni ditulis khas untuk anda. Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, sememangnya anda perlu mengetahui  petua mudah mengandung,  perkara yang perlu dielakkan dan punca susah mengandung supaya tidak menggangu kesuburan anda. Apakah tips mudah mengandung yang perlu anda tahu?

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mudah Mengandung

Dapatkan Ebook Ekslusif Ini Dengan Pembelian Set Subur Shaklee Dari Vitaminsaya.com

Tips Mudah Mengandung

Berikut adalah tips mudah mengandung yang boleh anda amalkan iaitu:

1. Kenal pasti waktu subur

Pastikan anda tidak terlepas waktu subur. Bagi suami, anda subur setiap hari tapi paling subur pada waktu ini. Bagi isteri, dalam sebulan, terdapat satu tarikh di mana anda berada dalam keadaan yang paling subur & jika proses persenyawaan berlaku, peluang anda untuk mengandung adalah sangat cerah. Tak tahu macam mana nak kira waktu subur? Jom baca di sini. Walau bagaimana pun, jika kitaran haid anda tidak teratur,adalah sukar untuk menentukan tarikh subur anda.Oleh itu, anda perlu membetulkan kitaran haid terlebih dahulu supaya mudah untuk membuat kiraan bagi memastikan tarikh subur anda.

2. Bersama pada waktu subur

Selepas anda berjaya mengenal pasti tarikh paling subur anda, pastikan anda tidak terlepas tarikh keramat tersebut. Pastikan anda bersama pada tarikh tersebut. Di antara soalan yang sering ditanya kepada saya:

“Boleh ke bersama setiap hari? Tak menjejaskan kesuburan?”

“Ada tak posisi tertentu supaya mudah mengandung?”

Jawapan kepada soalan-soalan ini ada didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan percuma kepada pelanggan yang membeli set subur Shaklee dari saya. Kalau anda nak tahu jawapannya, dapatkan ebook istimewa ini.

tips mudah mengandung 188x300 Tips Mudah Mengandung

3. Elakkan aktiviti lasak

Tips mudah mengandung yang seterusnya ialah selepas waktu subur, elakkan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, taek wan do, dan apa-apa aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan tekanan dibahagian rahim atau boleh menyebabkan anda terjatuh. Ini kerana perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan telur yang baru disenyawakan belum benar-benar stabil dan boleh “gugur” disebabkan oleh perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

4. Amalkan makanan seimbang

Pemakanan seimbang adalah sangat penting bagi memastikan badan kita mendapat nutrien yang secukupnya supaya menghasilkan telut yang berkualiti. Apabila anda merancang untuk mengandung, suami isteri perlu mengamalkan makanan seimbang serta menjauihi arak & dadah.

5. Banyakkan berdoa

Jangan pernah putus berdoa kerana sebagai hambanya, Allah adalah penentu sama ada kita dapat mengandung atau tidak. Anda boleh mengamalkan doa & amalan untuk mudah mengandung oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ini.

Sekarang anda dah tau tips mudah mengandung. Banyak lagi tips lain yang saya kongsikan didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan secara percuma dengan pembelian Set Subur Shaklee dari saya. Insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah dengan mengamalkan Set Subur Shaklee dengan aturan makan yang betul & mengamalkan tips yang saya kongsikan didalam ebook istimewa ini. Hubungi saya untuk mendapatkan set subur anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mudah Mengandung

Kitaran Haid Yang Normal

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal akan didatangi haid setiap bulan. Secara purata bilangan hari dalam kitaran haid  ialah 28-42 hari. Tetapi jangan risau jika jumlah hari dalam kitaran haid anda adalah berbeza & berubah setiap bulan. Ini kerana kitaran haid anda boleh berubah disebabkan oleh pelbagai faktor  Kali ni saya nak bercerita tentang fasa dalam kitaran haid. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid iaitu:

kitaran haid 300x284 Kitaran Haid Yang Normal

Kitaran Haid Yang Normal

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) di mana darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk dicatat kerana ia adalah permulaan fasa ini. Tarikh pertama haid adalah sangat penting sekiranya anda merancang untuk hamil kerana ia diperlukan bagi menganggar waktu subur & sekiranya anda hamil, untuk mengira usia janin anda.

Hari 5-13

Hari ke 5-13 dalam kitaran haid yang normal dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Hari ke14 dalam kitaran haid yang normal ialah hari dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini hanya bertahan selama 24 jam. Sekiranya tidak disenyawakan ia  akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim untuk proses penempelan.

Hari 15-28

Hari ke 15-28 dalam kitaran haid yang normal  dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Maka haid pun akan berlaku.

Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfauntuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan yang betul, ia akan membantu menstabilkan hormon anda dan seterusnya mendapatkan kitaran haid yang normal. Hubungi saya untuk order.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kitaran Haid Yang Normal

Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Kali ni saya nak kongsikan cara tentukan waktu subur wanita. Salah satu cara untuk mengetahui waktu kesuburan seorang wanita ialah melalui pemeriksaan lendiran yang ada di alat sulit anda. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan tersebut. Waktu yang paling sesuai ialah diawal pagi, sebaik sahaja bangun tidur.

waktu subur wanita 300x234 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Lendiran ini mudah diperolehi dalam keadaan mencangkung, jadi sila lakukan langkah-langkah di bawah dalam keadaan mencangkung. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih sebelum melakukan langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan infection atau jangkitan kuman. Seeloknya basuh tangan anda dengan sabun. Langkah-langkah untuk memeriksa lendiran serviks adalah seperti berikut:

1. Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal.  ”Sesuatu yang pejal” yang dimaksudkan  ialah pangkal rahim (serviks) anda. Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

 2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

 3.  Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mukus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

 5. Jika lendiran serviks itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

 6. Jadi jika lendiran serviks telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Tengah subur! Ramai wanita yang menggambarkan lendiran serviks ini sebagai warna ‘putih telur’.

Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Kuantiti lendiran pada waktu ini biasanya banyak sehingga anda terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari. Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

waktu subur wanita1 300x296 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran serviks adalah dalam kuantiti yang banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8. Jangan lakukan analisa ini selepas  bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, kerana anda tidak dapat membezakan sama ada ianya lendiran serviks atau lendiran sperma.

9. Anda juga tidak akan mendapat keputusan  yang baik jika vagina anda mengalami jangkitan kuman atau pun jika anda mengambil ubatan hormon ( tidak termasuk GLA Complex) , herba, atau mengamalkan pil perancang keluarga  kerana kesemuanya akan  mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, sila berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan waktu kesuburan anda.

Atau pun anda boleh mengamalkan GLA Complex Shaklee yang  merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur.  Kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda dengan cara tentukan waktu subur wanita yang saya kongsikan tadi & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil. GLA Complex yang merupakan salah satu vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee juga akan membantu meningkatkan kesuburan anda supaya cepat mengandung.

Sekarang anda dah tahu cara tentukan waktu subur wanita. Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, insya Allah GLA Complex boleh membantu. Berminat untuk mendapatkan GLA Compleks anda? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita
pixel Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.