Apa nak buat kalau kurang selera makan semasa mengandung? Risau juga kalau baby tak cukup zat. Tak efek ke kalau kurang makan? Tak ganggu perkembangan baby?
1. Makan sikit tapi kerap. Jangan paksa diri untuk makan dengan banyak sekali gus. Makan sikit pun ok, asalkan tak berlapar.
2. Elakkan makanan yang berbau. Nanti takut jadi mual dan loya pulak. Lagi tak selera nak makan.
3. Makanan tinggi serat. Kalau tak selera sangat nak makan, at least makan sikit makanan tinggi serat macam gandum, buah, dan sayuran.
4. Minum air secukupnya supaya tak dehidrated.
5. Minum teh halia. Teh halia panas boleh tambah selera makan. Insya Allah, cubalah.
6. Hirup sup. Sup panas sangat menyelerakan. Boleh buat sup ayam, sup ikan, atau sup sayur. Insya Allah anda akan berselera untuk makan.
7. B Complex Shaklee. Vitamin ini adalah vitamin pencetus emosi gembira dan bagi kebanyakan orang, akan menambah selera makan. Ianya selamat untuk anda dan bayi dalam kandungan. In fact, B Complex adalah di antara vitamin yang ada dalam Set Ibu Mengandung Shaklee.
8. Kenali apakah punca kurang selera makan. Ada macam-macam punca kenapa selera anda hilang. Sebab morning sickness ke? Sebab sembelit? Kalau dah tau puncanya, setelkan punca tu dulu. Kalau sebab morning sickness, Set Morning Sickness sangat membantu. Kalau sembelit, Ostematrix Shakleedijamin berkesan.
9. Makan kat luar. Tak selera nak makan kat rumah? Ajak suami makan kat luar. Pilih tempat yang best sikit, yang kita suka. Mesti berselera nak makan.
Sekarang anda dah tau apa nak buat kalau kurang selera makan semasa mengandung. B Complex Shakleesangat berkesan untuk menambahkan selera makan anda. Satu botol cuma RM53.75 untuk 120 biji. Berbaloi sangat. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harg istimewa.
Alhamdulillah, semakin dekat nak raya, semakin ramai yang order Set Naikkan Berat Badan Shaklee. Semua nak nampak cantik dipagi raya kan? Insya Allah, dengan pengambilan yang konsisten mengikut aturan makan & dos yang betul, selain mengamalkan tips tambah berat badan ini, pasti anda akan berpuas hati. Tak percaya? Jom tengok testimoni Set Naikan Berat Badan Shaklee dari pelanggan saya yang berpuas hati:
Sebenarnya banyak lagi testimoni dari pelanggan saya yang berjaya menaikkan berat badan dengan set ini, tapi tak sempat nak compile semuanya. Insya Allah nanti bila free saya akan update. Oh ya! Ini pula testimoni pengguna Set Naikkan Berat Badan Shaklee dari pengguna Shaklee yang lain:
Wahhhhh! Excited dibuatnya bila baca testimoni Set Naikkan Berat Badan Shaklee tu tadi kan. Anda dah lama kurus kering? Rasa macam nak terbang je bila ditiup angin? Jom dapatkan berat badan ideal dengan Set Naikkan Berat Badan Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.
Jika anda ada tanda kencing manis semasa mengandung dan disahkan mengidap penyakit tersebut, pasti anda tercari-cari petua kencing manis semasa mengandung. Jom saya kongsikan.
1. Bersenam. Pengidap kencing manis semasa mengandung mempunyai lebihan gula didalam darah. Bersenam akan menggalakkan pembakaran kalori dalam badan. Dan bahan bakar yang digunakan ialah gula. Jadi, senaman ringan sangat membantu anda.
2. Peria katak. Petua kencing manis semasa mengandung yang kedua ialah peria katak. Anda boleh jadikan sebagai sayur & makan bersama nasi atau dijadikan jus. Kalau nak buat jus, tambah epal hijau untuk kurangkan pahit.
3. Kulit kayu manis. Ia dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah. Anda boleh masukkan kulit kayu manis dalam masakan. Atau pun campurkankan serbuk kayu manis ke dalam minuman. Kalau buat donut, boleh gantikan gula dengan serbuk kayu manis.
4. Halba. Ia membantu melambatkan pencernaan serat sekali gus mengawal paras gula dalam darah. Boleh campurkan halba dalam makanan atau minum air rendaman halba.
5. Bawang putih. Ia membantu meningkatkan paras insulin sekali gus mengurangkan kandungan gula dalam darah.
6. Kopi. Setiap pagi, ambil secawan kopi yang direndam dengan sebatang kulit kayu manis. Insya Allah ianya membantu.
7. Jaga pemakanan. Ini adalah perkara paling utama yang anda perlu lakukan kalau nak mengatasi kencing manis semasa mengandung. Bila disahkan mengidap penyakit ini, ini bermakna badan anda gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Fungsi insulin alah untuk mengawal paras gula dalam darah. Kalau badan tak hasilkan insulin yang mencukupi, gula dalam darah akan menjadi terlalu banyak dan tak dapat dikawal.
Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menjaga pemakanan dengan cara:
Menghadkan jumlah kalori yang diambil setiap hari. Mengandung tak bermakna boleh makan sesuka hati, sebab anda ada kencing manis semasa mengandung.
Kurangkan makanan bergula.
Makan karbohidrat berkanji seperti nasi, pasta, kentang, bijirin, dan roti.
Makanan dengan Glcemix Index (GI) yang rendah seperti jagung, kekacang, pasta, buah-buahan.
Makan sarapan berkhasiat.
Pelbagaikan makanan.
Makan makanan berserat tinggi.
Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu.
Makan ikut jadual, jangan skip makan.
8. Set Kencing Manis Semasa Mengandung Shaklee. Anda boleh mengambil Set Kencing Manis Semasa Mengandung Shaklee yang terdiri daripada:
B-COMPLEX. Berfungsi untuk menukarkan gula kepada tenaga.
VITALEA. Ia mengandungi multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dengan membantu membentuk insulin.
VITAMIN C. Ia bertindak sebagai antioksidan semulajadi
OSTEMATRIX . Ia adalah sumber kalsium, mangnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis.
Anda juga disarankan untuk mengambil Set Ibu Mengandung Shaklee untuk kesihatan anda & bayi didalam kandungan. Set ini kaya dengan semua nutrien yang diperlukan oleh anda & simanje.
Jika anda ibu mengandung yang mempunyai masalah kencing manis, jangan berlengah lagi! Anda boleh amalkan petua kencing manis semasa mengandung yang saya kongsikan tadi dan ambilSet Kencing Manis Semasa Mengandung Shaklee. Insya Allah! Kencing manis anda akan hilang. Nak order? Hubungi saya sekarang!
Kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan bayi terlalu besar sehingga tak boleh bersalin secara normal. Ia juga boleh menjadi faktor anak anda mengalami obesiti & mengidap diabetis melutis apabila besar nanti. Bahaya kan? Adalah sangat penting untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Jom saya kongsikan tanda kencing manis semasa mengandung yang selalu ibu tak perasan.
1. Berat naik terlalu mendadak. Betul. Ibu mengandung memang akan mengalami kenakan berat badan. Tapi pertambahan berat badan sepatutnya pada graf yang normal. Bukannya naik mendadak macam roket. Jika berat anda naik mendadak, ia mungkin salah satu tanda kencing manis semasa mengandung.
2. Berat melebih 80 kg. Jika berat anda melebihi 80 kg, jaga-jaga.
3. Mempunyai glukosa (gula) dalam air kencing. Setiap kali temujanji berjumpa doktor, air kencing anda akan diambil untuk memastikan bahawa tiada glukosa yang terdapat dalam air kencing. Kehadiran glukosa adalah antara tanda kencing manis semasa mengandung.
4. Kelesuan. Penat yang melampau adalah tidak normal bagi ibu mengandung. Memang anda akan berasa penat, tapi bukan terlalu penat sampai nak baring atas katil 24 jam.
5. Dahaga yang melampau. Ia juga adalah salah satu tanda kencing manis semasa mengandung yang perlu anda alert.
6. Kerap membuang air kecil & jumlah air kencing yang banyak. Sepanjang tempoh kehamilan, anda akan kencing dengan kerap. Makin besar kandungan, makin kerap anda akan kencing kerana pundi kencing dihimpit oleh bayi dalam kandungan. Walau bagaimana pun, kencing yang terlalu kerap dengan jumlah air kencing yang terlalu banyak adalah tidak normal.
7. Penglihatan menjadi kabur. Jika anda mengidap kencing manis semasa mengandung, penglihatan anda akan mula menjadi kabur.
Apa nak buat kalau mengidap kencing manis semasa mengandung?
Anda boleh mengambil Set Kencing Manis untuk Ibu Mengandung Shaklee yang terdiri daripada:
B-COMPLEX. Berfungsi untuk menukarkan gula kepada tenaga.
VITALEA. Ia mengandungi multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dengan membantu membentuk insulin.
VITAMIN C. Ia bertindak sebagai antioksidan semulajadi
OSTEMATRIX . Ia adalah sumber kalsium, mangnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis.
Anda juga disarankan untuk mengambil Set Ibu Mengandung Shaklee untuk kesihatan anda & bayi didalam kandungan. Set ini kaya dengan semua nutrien yang diperlukan oleh anda & simanje.
Sekarang anda dah tahu tanda kencing manis semasa mengandung. Jika anda ibu mengandung yang mempunyai masalah kencing manis, jangan berlengah lagi! Anda boleh merawat kencing manis semasa mengandung dengan Set Kencing Manis Semasa Mengandung Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!
Kali ni saya nak share tips tambah berat badan dengan cepat yang paling berkesan. Kalau anda amalkan semua tips yang saya bagi ni, insya Allah berat badan anda akan naik dalam tempoh yang singkat.
Makan makanan berkalori tinggi: Ini adalah langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500-1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Apa dia makanan berkalori tinggi? Senang je. Segala makanan yang bergoreng, bersantan, banyak gula, itulah dia makanan berkalori tinggi.
Makan makanan berkarbohidrat tinggi: Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda. Antara makanan berkarbohidrat tinggi ialah nasi, roti, kentang, sayuran berubi, dan sebagainya.
Makan mengikut jadual: Ambil sarapan pagi, makanan terngah hari, dan makan malam. Di antara 3 tu, jangan lupa makan snek yang berkalori tinggi macam karipap, coklat, aiskrim, kueh dan sebagainya.
Makan lewat malam: Makan malam yang lambat akan menyebabkan badan belum sempat memproses makanan tersebut sebelum tidur. ia juga mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Seeloknya makan dalam tempoh 4 jam sebelum tidur. Nak bagus lagi? Selepas makan terus tidur.
Makan lebih daging merah: Daging merah seperti daging lembu mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot.
Banyakkan berehat: Kalau anda aktif, badan akan membakar kalori lalu menyebabkan anda kurus. Oleh itu, kurangkan aktiviti fizikal. Banyakkan berehat. Duduk tengok tv, surf internet, lagi best kalau buat benda tu sambil makan.
Minum jus buah-buahan dan susu: Jus buah-buahan kaya dengan gula. Pengambilan gula yang banyak membantu menaikkan berat badan. Susu pun sama.
Bersenam untuk membina otot-otot: Kalau nak bersenam, pilih senaman otot. Bila otot anda bertambah, berat badan pun akan bertambah. Sebaiknya anda lakukan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak.
Minuman Protein selepas bersenam: Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini adalah untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula.
Belajar tangani stress: Tekanan adalah salah satu punca yang menyebabkan kita hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Oleh itu, terlebih dahulu pastikan anda berada dalam golongan mana supaya senang untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.
Mengawasi berat badan: Jangan terlalu fanatik dengan penimbang berat anda. Tak perlu timbang setipa hari. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu dan ini sudah mencukupi.
Set Tambah Berat Badan Shaklee: Set ini membantu meningkatkan selera makan supaya anda kerap berasa lapar. Lagi banyak makan, lagi cepat berat badan anda akan naik. Betul tak?
B Complex merupakan vitamin yang membantu merangsang hormon yang mencetuskan rasa gembira & meningkatkan selera makan anda. Badan juga akan naik akibat rangsangan hormon.
Mealshakes juga meningkatkan selera makan & menyebabkan anda selalu lapar.
Vitalea merupakan multivitamin yang memastikan badan anda mendapat semua vitamin yang diperlukan setiap hari. Kalau anda dapat semua nutrien yang diperlukan, barulah tubuh akan jadi lebih sihat. Lagi senang nak naikkan berat badan.
Itulah dia tips tambah berat badan yang dengan cepat yang paling berkesan. Berat badan anda akan semakin cepat bertambah jika anda mengamalkan Set Tambah Berat Badan Shaklee. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.
Darah cair sememangnya merbahaya, terutama sekali jika anda sedang mengandung kerana ia menyebabkan risiko keguguran & bayi mati dalam kandungan. Juga boleh menyebabkan kematian kalau berlaku pendarahan berlebihan waktu melahirkan. Ia juga merbahaya kepada orang biasa. Kalau anda mempunyai semua simptom darah cair, jangan panik, jom saya kongsikan tips berkesan untuk pekatkan darah.
Tips Berkesan Untuk Pekatkan Darah
Ok….untuk pekatkan darah, anda perlu pastikan nutrisi-nutrisi berikut ada dalam setiap hidangan yang ada makan setiap hari.
1. Zat Besi (ferum)
Makan makanan yang kaya dengan Zat Besi ( ferum ) seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering.
2. Asid folik
Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
3. Kurma dan kismis
Kurma dan kismis adalah makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w. Ia sangat baik untuk kesihatan & membantu memekatkan darah. Kurma juga sangat baik untuk ibu mengandung.
4. Vitamin C
Banyakkan memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
5. Rehat dengan cukup
Dapatkan rehat yang secukupnya.
6. Set Pekatkan Darah Shaklee
Nak lagi mudah? Anda boleh ambil Set Pekatkan Darah Shaklee yang mengandungi semua nutrisi yang penting untuk memekatkan darah.
Vitalea: Mengandungi Zat Besi.
B Complex: Mengandungi Asid Folik
Sustained Release Vitamin C: Kaya dengan vitamin C
Dengan pengambilan Set Pekatkan Darah Shaklee ini, anda dah tak perlu susah-susah makan makanan yang saya senaraikan di atas tadi. Cuma ambil vitamin-vitamin ini, anda dah dapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memekatkan darah yang cair.
Semoga tips berkesan untuk pekatkan darah yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat nak dapatkan Set Pekatkan Darah Shaklee dengan aturan makan, dos yang betul & konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang.
Tahukah anda bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang mampu meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri? Jadi, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung bolehlah amalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ini.
Buah-buahan dan sayuran organik yang dimaksudkan ialah bebas GMO dan bebas racun kimia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian disebabkan makan epal kan? Jadi, bila nak makan buah pilih buah-buahan tempatan & yang cepat rosak, bukan yang boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais tanpa rosak.
Begitu juga dengan sayur. Jangan pilih sayur yang hijau & nampak perfect. Cari yang ada kesan dimakan ulat. Kalau anda makan hasil tanaman sendiri lagi bagus. Terjamin bebas racun & bahan kimia berbahaya.
2. Makanan Tinggi Serat
Serat membantu pergerakan usus berjalan dengan lancar sekali gus membuang semua toksin yang ada dalam badan. Di antara makanan tinggi serat ialah bijirin, kekacang, gandum, nasi, dan roti berasaskan gandum. Nak detoks dengan mudah? Anda boleh amalkan Alfalfa Shaklee.
3. Bayam
Bayam hijau mengandungi antioksida, zat besi & folik asid yang membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membantu sistem reproduksi berfungsi dengan baik.
4. Folik asid
Pengambilan Folik Asid membantu meningkatkan kualiti sel telur yang dihasilkan setiap bulan, dan secara automatik meningkatkan kesuburan anda suami isteri.
Folik Asid boleh didapati dari kacang soya, kuning telur, kubis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli, dan sebagainya. Kalau anda kurang makan sayur, boleh amalkan B Complex Shaklee. Cuma ambil satu biji sehari, mudah sangat.
5. Makanan yang melancarkan kitaran haid
Antara punca utama susah untuk mengandung ialah masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mengetahui bilakah waktu subur. Oleh itu anda boleh amalkan makanan yang membantu memebetulkan kitaran haid seperti kentang manis, kacang peas, carrot, dan sebagainya.
Anda juga boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfa Shaklee untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan dan dos yang betul, biasanya haid anda akan teratur selepas 2 bulan.
6. Makanan kaya dengan vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan daya imuniti badan, menjadikan badan kuat dari sebarang jangkitan. Secara automatik sel benih kita juga akan menjadi semakin kuat. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus seperti oren, limau. Juga dari brokoli, kubis, pisang, buah pear, labu, dan sebagainya.
7. Produk tenusu
Ia bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan. Di antara produk tenusu yang mudah didapati ialah dari susu segar, yogurt, dadih, dan keju.
8. Kekacang
Kekacang kaya dengan omega 3 yang membantu meningkatkan kualiti benih dan kesuburan anda. Bila lapar dan rasa nak mengunyah, makan kekacang. Bukannya jajan atau makanan segera.
9. Elakkan makanan “panas”, “sejuk” dan “tajam”
Kenal-pasti apakah makanan yang termasuk dalam katergori di atas dan elakkan dari menu seharian. Contoh makanan panas ialah makanan mempunyai ragi seperti tapai. Makanan tajam ialah seperti nenas, air tebu, dan air coke. Sementara makanan panas sejuk ialah cendawan, keladi, dan betik.
Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya di talian 012-9025232 sekarang!
Anda nak mengandung? Jangan lupa masukkan 10 makanan untuk cepat mengandung di atas ke dalam menu harian anda. Kalau anda ambil Set Kesuburan Shaklee, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah. Nak order? Hubungi saya sekarang.
Sepanjang tempoh kehamilan, tekanan darah anda akan sentiasa dipantau agar berada dalam paras yang normal. Tekanan darah akan berubah semasa mengandung kerana berlakunya perubahan hormon secara mendadak dalam tubuh ibu mengandung. Jika anda mempunyai masalah tekanan darah rendah ketika hamil jangan gusar, jom amalkan tips atasi tekanan darah rendah semasa mengandung berikut.
Tips Atasi Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung
Jika anda mengalami masalah tekana darah rendah semasa mengandung, jom amalkan tips-tips berikut. Jika tak nampak apa-apa perubahan, usah risau. Bagi sesetengah orang agak lambat untuk nampak perubahan. Terus amalkan tips berikut sehingga tekanan darah anda kembali normal.
1. Air kosong
Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari. Kebanyakan ibu mengandung tidak mengambil berat tentang pengambilan air kosong sepanjang tempoh kehamilan. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari, insya Allah tekanan darah anda akan semakin baik.
2. Bayam merah
Bayam merah telah lama dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah semasa mengandung. Bayam merah boleh digoreng atau dibuat sup air. Rasanya pun sedap.
3. Ikan bilis
Ini juga adalah salah satu petua orang lama untuk ibu mengandung yang mengalami masalah tekanan darah rendah. Ikan bilis juga kaya dengan kalsium, iaitu salah satu daripada nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung.
4. Jambu batu
Jambu batu bukan sahaja sedap, malah dapat membantu menstabilkan tekana darah ibu mengandung. Boleh dijadikan jus atau pun dimakan begitu sahaja. Sedap dan menyegarkan.
5. Kacang hijau
Kacang hijau juga dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah rendah supaya berada diparas normal. Bubur kacang hijau sememangnya sedap & mudah untuk disediakan.
6. Coklat
Coklat gelap (dark chocolate) dikatakan mempunyai kapasiti untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah. Cubalah!
7. Set Tekanan Darah Rendah Semasa Mengandung Shaklee
Set ini terdiri daripada Vitalea & B Complex. Pengambilan 2 vitamin tersebut telah terbukti membantu ramai ibu mengandung yang mengalami masalah tekanan darah rendah. Vitalea berfungsi untuk memberikan tenaga segera kepada ibu yang lemah disebabkan oleh tekanan darah rendah dan juga berperanan sebagai pelengkap nutrisi agar ibu mendapat semua vitamin yang diperlukan sepanjang mengandung. Manakala B Complex yang digelar sebagai vitamin gembira berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan menaikkan mood ibu mengandung. B Complex juga mengandungi Asid Folik yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Jika anda mempunyai bajet, adalah lebih baik jika anda mengambil set ibu mengandung Shaklee yang mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Terima kasih kepada Sabrinah Jaulin untuk testimoni diatas. Semoga tips atasi tekanan darah rendah ketika hamil yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga istimewa dan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang! Atau pun anda boleh menghubungi Sabrinah Jaulin yang berpengalaman mengatasi masalah tekanan darah rendah semasa mengandung.
Alhamdulillah ramai yang dah berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee yang sememangnya terbukti berkesan. Bagi yang belum berjaya, salah satu faktor penyebab anda masih belum mengandung adalah kerana aturan makan yang salah. Jom saya kongsikan cara makan Set Kesuburan Shaklee yang terbaik supaya anda cepat mengandung. Ramai yang dah berjaya mengandung dengan aturan makan ini.
Cara Makan Set Kesuburan Shaklee Yang Terbaik Supaya Anda Cepat Mengandung
Jika anda sedang mengambil set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan yang saya kongsikan di sini, insya Allah anda akan mendapat jawapan kenapa anda masih belum mendapat berita gembira.
Baiklah, jom saya ceritakan serba sedikit cara makan set kesuburan Shaklee yang terbaik untuk anda. Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada GLA, Vitamin E, Vitalea, Zinc Complex dan Alfalfa. Anda boleh membaca bagaimana vitamin-vitamin ini meningkatkan kesuburan anda di sini. Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, saya sarankan anda untuk ambil full set ini. Dan kalau anda ada bajet yang lebih, boleh tambah ESP yang membantu meningkatkan kesuburan & menguatkan rahim, terutamanya jika anda mempunyai sejarah keguguran.
Cara makan set kesuburan Shaklee:
1. Pastikan anda tidak melanggar pantang-larang dalam pengambilan vitamin Shaklee seperti tidak mengambil Vitalea bersama susu & seeloknya tidak mencampurkan Vitamin E & Alfalfa.
2. Pastikan anda ambil vitamin pada waktu yang betul iaitu sebelum dan selepas makanan berat. Sebagai contoh, zinc perlu diambil ssebelum makan kerana ia dapat diserap dengan baik semasa perut kosong. Anda boleh membaca tentang pantang-larang dalam pengambilan vitamin Shaklee di sini.
Dapatkan Ebook ini secara percuma, ekslusif untuk pelanggan saya
3. Pastikan anda mengambil vitamin dengan dos yang secukupnya. Kekurangan dos akan menyebabkan anda tidak mendapat kesan terbaik dari vitamin yang diambil, manakala overdose akan menyebabkan buah pinggang anda terpaksa bekerja keras daripada yang sepatutnya.
4. Pastikan anda mengambil vitamin tersebut secara konsisten setiap hari.
Nak tahu cara makan set kesuburan Shaklee dengan lebih detail? Yang itu saya simpan khas untuk PELANGGAN saya sahaja. Ekslusif untuk pelanggan saya yang membeli Set Kesuburan Shaklee, anda juga akan mendapat percuma Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang padat dengan:
Tips meningkatkan kesuburan suami isteri
Cara mudah kira waktu subur
Waktu & Posisi Terbaik Untuk Mengandung
Doa & amalan supaya mudah mengandung
Cara makan set kesuburan Shaklee yang betul sememangnya memberi impak besar dalam membantu anda supaya cepat mengandung. Nak dapatkan Set Kesuburan Shaklee dengan aturan makan yang betul & Ebook rahsia Mudah Mengandung secara percuma? Hubungi saya sekarang!
Saban hari semakin ramai wanita di Malaysia yang disahkan menghidap Endometriosis yang boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Jika anda wanita Endometriosis, boleh mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis seperti berikut:
Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis
Anda boleh mengetahui apakah punca, bagaimana ia terjadi, simptom & rawatan Endometriosis di sini. Jika anda mempunyai tanda-tanda Endometriosis, sila dapatlan rawatan dengan segera. Di antara makanan terbaik untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengelakkan:
1. Cuka
Cuka adalah makanan yang bisa & tajam. Ia boleh menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk apabila datang bulan. Oleh itu sila elakkan dari mengambil makanan mengandungi cuka dalam menu seharian.
2. Cili
Elakkan makanan pedas kerana ia juga akan menyebabkan gejala Endometriosis menjadi semakin teruk.
3. Kafein
Elakkan mengambil makanan berkafein seperti kopi, teh, dan nescafe.
4. Soya
Pesakit endometriosis perlu mengelakkan makanan berasaskan soya kerana ia akan menyebabkan Endometriosis anda menjadi semakin parah.
5. Kolagen
Pesakit Endometriosis perlu mengelakkan sebarang produk yang mengandungi kolagen kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan sel Endometriosis anda.
6. Yis
Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti roti & ban.
Makanan terbaik untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengamalkan:
1. Madu
2. Habbatussauda
3. Delima (buah atau pati)
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun boleh diambil 1 sudu setiap pagi, dicampurkan dengan secubit Habbatussauda
5. Nanas
6. Banyakkan pengambilan sayur hijau
7. Banyakkan juicing. Minum jus buah & sayur
8. Epal hijau
Insya Allah sekiranya anda mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis yang saya kongsikan tadi, anda akan melihat kesannya. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee. Saya doakan semoga Endometriosis anda dapat dirawat & anda berjaya mengandung.