-

Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

Menjaga kecantikan bukan terhad kepada penjagaan muka & tubuh badan sahaja. Tumit juga perlu dijaga. Tumit merekah bukan sahaja memalukan malah ada yang sampai ketahap tumit berdarah & menyakitkan. Anda ada masalah tumit merekah? Jom saya kongsikan petua tumit kering pecah dan merekah yang mudah lagi berkesan.

petua tumit kering2 300x215 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

1. Elakkan memijak lantai sejuk. Ya. Memijak lantai yang sejuk secara kerap dalam tempoh yang lama akan menyebabkan tumit merekah. Terutamanya lantai di bahagian dapur rumah kampung yang biasanya hanya bersimen. Oleh itu, amalkan memakai selipar di dalam rumah.

2. Kurangkan mandi air panas. Kerap mandi air panas juga menyebabkan tumit menjadi kering, pecah dan merekah. Oleh itu, kurangkan mandi air panas.

3. Lembabkan tumit. Selepas mandi, sapukan Krim Herbal Blend ke tumit anda. Krim Herbal Blend adalah yang terbaik untuk masalah tumit anda kerana ianya selamat, dibuat dari bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary. Ianya bebas bahan kimia yang merbahaya. Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak. Dan yang paling penting, ianya berkesan icon wink Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

petua tumit kering 300x246 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

4. Elakkan stokin dari bahan nilon & rayon. Stokin dari 2 bahan tersebut akan menyebabkan kulit anda kering.

5. Minum air secukupnya. Di antara punca utama tumit anda bermasalah ialah kerana anda tidak minum air kosong yang secukupnya. Nak dapatkan tumit yang cantik? Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

6. Urut tumit sebelum tidur. Pastikan anda mengurut tumit dengan Krim Herbal Blend sebelum tidur setiap malam bagi memastikan tumit anda lembab.

petua tumit kering1 300x213 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

7. Asam jawa & garam bukit. Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.

8. Rumput berembun. Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

9. Nasi suam. Lenyek tumit yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

10. Batu sungai. Gosok tumit yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.

11. Bawang merah. Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

12. Betik muda. Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getah. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

13. Asam keping. Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

14. Permukaan simen yang kasar. Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Tapi terlalu kasar hingga luka. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

15. Belimbing buluh. Gosokkan tumit kaki dengan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Itulah dia 15 petua tumit kering pecah dan merekah yang mudah lagi berkesan. Inginkan tumit yang cantik & sihat? Krim Herbal Blend Shaklee adalah jawapannya. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

pixel Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.