Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Setiap hari kita mengeluh tak cukup masa. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan tapi tak cukup masa nak selesaikan semuanya. Tak kiralah wanita bekerjaya, bekerja dari rumah atau suri rumah sepenuh masa. Akhirnya kita stress. Jadi, hari ni saya nak kongsikan tips urus masa bagi wanita yang sibuk. Semoga bermanfaat.

tips-urus-masa

Tips Urus Masa Bagi Wanita Yang Sibuk

Bercakap pasal sibuk, sememangnya setiap hari kita bergelut dengan masa. Begitu juga saya.  Everyday is a battle for me. Memang terkejar-kejar untuk memastikan semua tanggung jawab saya dilakukan dengan baik. Dan ini adalah rahsia saya menguruskan masa.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah senaraikan segala kerja yang perlu dilakukan. Kemudian bahagikan kepada 4D berikut:

1. Do

Lakukan tugasan yang PALING PENTING dahulu. Kerja yang wajib dibuat & tak boleh ditangguh. Contohnya:

Memasak – Bekal sekolah untuk anak, makan tengah hari, dan malam.

Mengajar Nurul Aina – Anak saya homeschool, tak pergi ke tadika. Saya ada jadual setiap hari yang wajib diikut.

Online business – Menguruskan order Shaklee sebelum pukul 3 petang setiap hari bagi memastikan barang yang diorder dproses pada hari yang sama. Kalau perlu, saya akan ke Shaklee Sri Rampai untuk ambil barang & pos.

Ulang kaji bersama Nurul Balqis – Siapkan kerja sekolah pada sebelah petang & ulang kaji pada waktu malam.

Mengaji – Mengajar Nurul Balqis & Nurul Aina mengaji setiap hari.

Amalan kerohanian: Solat awal waktu. Membaca Surah Yassin, Al-Mathurat & solat sunat.

2. Delegate

Mana-mana kerja yang boleh dibantu oleh suami dan anak-anak, saya akan minta mereka bantu. Contoh:

Kemas mainan

Basuh baju

Basuh pinggan

Buang sampah

Lipat baju

3. Delay

Mana-mana tugasan yang boleh ditangguhkan, akan saya tangguhkan selagi termampu. Contoh:

Mop lantai – Tak mampu nak mop setiap hari. Jadi, selalunya 3 hari sekali baru mop. Itu pun tengah malam, kena tunggu anak-anak tidur dulu atas alasan keselamatan.

4. Delete

Mana-mana kerja yang tak penting bolehlah dilupakan saja. Buang dari senarai to do list kita. Contoh:

Menonton tv.

Jalan-jalan cuci mata kat shopping complex.

Scroll newsfeed facebook sambil membaca komen yang tak bermanfaat

Selepas dah asingkan kerja kepada 4D di atas, bolehlah buat jadual sebagai panduan kita setiap hari. Jadual yang dibuat hanyalah panduan sahaja, bukan wajib diikuti 100%. Ikut kemampuan kita.

Alhamdulillah selepas saya amalkan 4D ni, urusan seharian saya berjalan dengan lebih lancar. Memang terasa sangat perbezaannya. Anda pun boleh amalkan 4D ni. Semoga tips urus masa bagi wanita yang sibuk ini bermanfaat untuk anda.

tips urus masa, panduan urus masa, tips bijak urus masa, tips urus masa wanita bekerja,  tips urus masa WAHM, tips WAHM, WAHM Tips,  tips wanita bekerja, tips wanita bekerjaya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...