-

Betul Ke Senggugut Punca Susah Mengandung

Betul ke senggugut punca susah mengandung? Kalau ikutkan tukang urut dan bidan, jawapannya ialah YA. Sebab tu kita dinasihatkan supaya berurut & berikhtiar supaya senggugut takde lagi. Tapi macam mana pula dari sudut pandangan perubatan moden?

senggugut punca susah menga 300x234 Betul Ke Senggugut Punca Susah Mengandung

Dari sudut pandangan perubatan moden, senggugut yang ringan adalah normal dan tak perlu dirisaukan. Walau bagaimana pun, jika anda mengalami senggugut teruk setiap bulan sehingga terpaksa ambil mc & mengerekot di atas katil, ianya tak boleh dipandang ringan. Mengapa?

Dikhuatiri anda mengidap penyakit yang jauh lebih merbahaya daripada senggugut iaitu Endometriosis, fibroid, cyst, atau jangkitan kuman dalam rahim. Oleh itu, jika anda mengalami senggugut yang teruk, seeloknya jalani pemeriksaan bagi memastikan tiada penyakit yang serius.

Sekiranya pemeriksaan mendapati anda mengidap salah satu daripada penyakit merbahaya yang saya senaraikan di atas, semestinya ia akan menjejaskan kesuburan anda & menjadi salah satu punca anda susah mengandung.

senggugut punca susah menga2 300x234 Betul Ke Senggugut Punca Susah Mengandung

Sebaliknya, jika pemeriksaan menunjukkan tiada penyakit serius, alhamdulillah. Tapi, anda dinasihatkan supaya:

1. Merawat senggugut supaya tidak menderita setiap bulan. Lagi pun, mengikut perubatan tradisional, senggugut boleh menyebabkan anda susah mengandung, kan? Pada saya, kedua-dua perubatan moden & tradisional adalah relevan untuk kita. Takde sebab kenapa kita nak menolak perubatan tradisional 100%. Oleh itu, rawat senggugut anda. Jangan dibiarkan. Set Senggugut Shaklee membantu anda mengatasi senggugut secara semulajadi, tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Nak tengok testimoni mereka yang bejaya hilangkan senggugut dengan set ini? Jom baca di sini.

senggugut punca susah menga1 300x243 Betul Ke Senggugut Punca Susah Mengandung

2. Berkahwin awal kerana biasanya senggugut akan hilang selepas berkahwin.

3. Cuba mengandung pada usia muda kerana semakin berumur seorang wanita, semakin susah untuk mengandung kerana tahap kesuburan makin berkurangan.

Jadi, sekarang persoalan tentang betul ke senggugut punca susah mengandung sudah pun terjawab. Jika anda mengalami senggugut, Set Senggugut Shaklee adalah jawapannya. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Betul Ke Senggugut Punca Susah Mengandung

Petua Mencegah Senggugut Yang Dah Diamalkan Sejak Turun-temurun

Anda selalu senggugut? Selain mengetahui apakah punca senggugut, adalah sangat penting untuk anda amalkan petua mencegah senggugut yang dah diamalkan sejak turun-temurun ini. Insya Allah membantu.

mencegah senggugut 295x300 Petua Mencegah Senggugut Yang Dah Diamalkan Sejak Turun temurun

Petua Mencegah Senggugut Yang Dah Diamalkan Sejak Turun-temurun

Melakukan senaman ringan. Kajian menunjukkan bahawa senaman ringan setiap hari akan mencegah senggugut.

Jangan terlalu aktif pada hari pertama anda period. Elakkan aktiviti seperti bersukan, memanjat gunung, dan sebagainya.

Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah penting bagi mencegah senggugut. Pastikan diet anda setiap hari adalah seimbang dan elakkan makanan ringan juga makanan segera.

Elakkan makanan tajam seperti nenas dan coke. Seeloknya jangan ambil seawal seminggu sebelum period. Makanan tajam tersebut akan menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk.

mencegah senggugut1 300x249 Petua Mencegah Senggugut Yang Dah Diamalkan Sejak Turun temurun

Mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan Magnesium. Kedua-dua vitamin tersebut membantu mengurangkan gejala senggugut.

Minum air secukupnya. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari.

Bertungku seawal seminggu sebelum period. tumpukan perhatian ke[ada bahagian bawah perut iaitu rahim. Kalau takde batu tungku, boleh tuam gunakan hot water bag atau botol berisi air panas.

Ubat penahan sakit. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee yang telah membantu ramai wanita bebas dari belenggu senggugut. Dengan pengambilan yang berterusan, Insya Allah masalah senggugut anda akan hilang.

Semoga petua mencegah senggugut yang dah diamalkan sejak turun-temurun yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Set Senggugut Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Mencegah Senggugut Yang Dah Diamalkan Sejak Turun temurun

Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Senggugut memang mengerikan. Hanya orang yang rasa je tahu betapa siksanya nak mengadap senggugut setiap kali datang bulan. Sampai bila nak bergantung kepada pain killer? Jom amalkan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan ini. Saya janji anda akan bebas senggugut & PMS buat selama-lamanya.

Cara hilangkan senggugut ya9 300x229 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Sebelum saya kongsikan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan, adalah penting untuk anda mengenalpasti apakah jenis senggugut yang anda alami? Sama ada jenis Primary Dysmenorrea atau pun Secondary Dysmenorrea.

Jika anda mengidap senggugut jenis kedua, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan, disamping mengamalkan petua tradisional merawat senggugut dan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan yang akan saya kongsikan sebentar lagi.

Apakah dia cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan tu? Jawapannya ialah Set Senggugut Shaklee yang terdiri daripada GLA Complex,  B Complex, dan Ostematrix.

Cara hilangkan senggugut ya 300x243 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Bagaimana Set Ini membantu hilangkan senggugut buat selama-lamanya?

Setiap vitamin dalam set ini mempunyai fungsi tersendiri & gabungan kesemua vitamin telah terbukti membantu menghilangkan senggugut. Buktinya? Saya akan kongsikan testimoni sebentar lagi. Jom saya ceritakan fungsi vitamin dalam set ini.

GLA Complex berfungsi menstabilkan hormon yang menjadi punca senggugut yang dihadapi setiap bulan. Senggugut terjadi apabila badan gagal menukar asid Linolenik kepada GLA lalu menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan hormon.

Jadi pengambilan GLA Complex membantu mengatasi masalah tersebut. GLA Complex juga membantu penghasilan hormon Prostaglandin & mengurangkan masalah payudara sensitif yang biasa dihadapi semasa datang bulan.

B Complex pula membekalkan vitamin B Complex khususnya B5, B6, dan B12 yang sememangnya terbukti membantu mengurangkan senggugut. B Complex yang juga dikenali sebagai vitamin gembira juga membekalkan vitamin B5 & B12 kepada kelanjar adrenalin supaya kita terhindar daripada stres.

Vitamin B6 pula membantu mengatasi masalah kembung perut, cramp, pening, dan segala macam rasa tak best yang biasa dialami semasa PMS. Kan biasa bila nak datang bulan kita akan alami PMS? Pengambilan B Complex akan hilangkan simptom tak best PMS yang selalu kita alami tu. Best kan?

Ostematrix pula membantu hilangkan masalah kekejangan, sakit badan, sakit kepala, lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, dan sengal badan yang biasa dihadapi semasa PMS.

Gabungan ketiga-tiga vitamin dalam set senggugut Shaklee ini akan membantu mengatasi masalah PMS dan senggugut yang anda alami buat selama-lamanya. Hebat kan? Kalau anda ada bajet lebih, boleh tambah Alfalfa Complex yang mempunyai 1001 kebaikan seperti membetulkan kitaran haid, menghilangkan keputihan, dan juga perapat yang sangat sesuai dalam penjagaan organ intim wanita.

Testimoni Mereka Yang Berjaya Hilangkan Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee

Tak perlu cakap banyak, jom kita tengok apa kata mereka yang berpuas hati dengan set ini:

Cara hilangkan senggugut ya1 300x221 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya2 300x221 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya3 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya4 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya5 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya6 300x248 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya7 300x212 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya8 300x212 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Menarik kan? Jadi, jika anda mengalami masalah senggugut setiap kali datang bulan jangan berlengah lagi. Memang dah ditakdirkan hari ini anda berjumpa dengan entry saya ni. Hubungi saya untuk mendapatkan set senggugut Shaklee dengan konsultasi terbaik, dan percayalah! Anda juga akan menjadi sebahagian daripada wanita-wanita di atas yang berkongsi berita gembira selepas mengamalkan set senggugut Shaklee.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Adakah anda antara mereka yang membeli set subur Shaklee. Dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung? Teruja tengok testimoni ramai orang lain berjaya mengandung. Tapi diri sendiri belum lagi ada apa-apa? Jom kita tinjau kenapa perkara ini berlaku.

testimoni set subur shaklee 300x200 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung?

Kalau anda dah makan set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, cuba jawab beberapa soalan di bawah ini dengan jujur. Insya Allah kita akan tahu punca kenapa anda masih gagal mendapat berita gembira.

1. Adakah anda mengambil vitamin yang betul?

Kalau diperhatikan, ada bermacam-macam versi set subur Shaklee yang dijual oleh pengedar Shaklee. Ada vitamin yang berbeza-beza. Tak sama. Oleh itu pastikan anda membeli set subur Shaklee dari pengedar yang betul. Pengedar yang betul bermaksud pengedar yang berilmu & tahu fungsi setiap vitamin yang dijual. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza seperti kitaran haid tidak betul, senggugut, keputihan, cyst, berat badan, PCOS, Endometriosis, telur tak matang, pernah keguguran, dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin mengikut keperluan diri anda.

2. Adakah anda mengambil vitamin dengan aturan makan dan dos yang betul?

Aturan makan dan dos yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesan optimum dari vitamin yang anda makan. Ia juga penting bagi mengelakkan komplikasi. Sebagai contoh, dos harian Zinc Complex adalah 1 biji sehari. Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat yang membeli set subur dari pengedar lain, dan aturan makan yang diberikan adalah 4 biji Zinc Complex setiap hari. Memang dah overdose. Apakah kesan overdose? Akan membebankan buah pinggang & dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin dengan aturan makan & dos yang betul. Minta maaf ye. Aturan makan & konsultasi saya adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

ebook 300x279 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dapatkan Ebook ini sekarang! Ekslusif untuk pelanggan saya sahaja

3. Adakah anda makan vitamin secara konsisten?

Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin-vitamin dalam set subur perlu dimakan setiap hari. Jangan culas untuk makan. Pastikan anda makan megikut aturan makan yang diberi secara disiplin. Anda juga perlu tahu bahawa sel dalam badan kita memerlukan tempoh 90 hari untuk menyerap semua nutrien & pembaharuan sel. Oleh itu, 3 bulan pertama pengambilan vitamin adalah sangat penting. Pastikan anda makan vitamin secara konsisten. Dah makan set subur Shaklee lebih daripada 6 bulan tapi belum ada hasil? Jangan putus asa. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mengandung. Apa yang penting ialah konsisten dan jangan putus asa.

4. Adakah anda tidak terlepas waktu subur?

Anda dah makan vitamin yang betul, dengan aturan makan & dos yang betul secara konsisten. Persoalan seterusnya ialah adakah anda tidak terlepas waktu subur? Anda tidak akan mengandung kalau terlepas waktu subur kerana pada waktu inilah ovum dibebaskan untuk proses persenyawaan. Anda boleh membaca tentang cara menentukan waktu subur di sini.

5. Adakah anda mengamalkan tips kesuburan?

Adalah penting untuk anda mengetahui apakah perkara yang menyebabkan ketidaksuburan dan menjejaskan kesuburan. Di samping itu anda perlu mengamalkan doa & amalan supaya mudah mengandung, tips mudah mengandung cara Islam, tips meningkatkan kesuburan suami isteri,  Anda juga boleh mengamalkan petua hamil dengan 41 kuntum bunga cengkih yang saya kongsikan di sini. Istimewa untuk pelanggan saya, dengan setiap pembelian set subur Shaklee dari saya, anda akan mendapat Ebook Ekslusif Rahsia Mudah Mengandung secara percuma. Ebook ini bukan untuk dijual.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Jadi, anda dah jawab kelima-lima soalan yang saya senaraikan tadi? Bagaimana jawapan yang anda dapat? Kalau semuanya YA, tahniah! Anda teruskan makan set subur Shaklee dan jangan putus asa. Insya Allah akan ada rezeki anda dalam waktu terdekat. Kalau ada jawapan anda yang TIDAK, sekarang anda dah tahu kenapa anda dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung. Berminat untuk mendapatkan Set Subur Shaklee dengan harga istimewa + konsultasi terbaik + Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan percuma? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Petua Hilangkan Senggugut

Senggugut sememangnya menyakitkan. Cuma yang pernah rasa je tahu betapa siksanya senggugut setiap bulan. Anda boleh mengetahui jenis dan punca senggugut yang saya kongsikan di sini. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan senggugut di bawah:

petua hilangkan senggugut 225x300 Petua Hilangkan Senggugut

Petua Hilangkan Senggugut

Petua  1: 

Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Petua 2: 

Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 3:

Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 4:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan kucai.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Petua 5:

Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna – ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Petua 6:

Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Petua 7:

Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Petua 8:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan Daun ati-ati. Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Petua 9:

Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

petua hilangkan senggugut1 300x248 Petua Hilangkan Senggugut

Petua 10:

Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Petua 11:

Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Petua 12:

Petua hilangkan senggugut yang terakhir ialah ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

Selain daripada mengamalkan petua  hilangkan senggugut yang saya kongsikan tadi, anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee untuk mengatasi masalah senggugut yang anda hadapi. Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi saya segera untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Senggugut
pixel Petua Hilangkan Senggugut

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.