-

Tips Potty Train Berkesan

Diatas permintaan ramai, saya kongsikan tips potty train berkesan yang saya amalkan untuk kedua-dua anak saya. Alhamdulillah Nurul Balqis berjaya potty trained seawal umur 2 tahun. Nurul Aina sekarang berumur setahun 5 bulan Alhamdulillah tiap kali poo poo akan gunakan potty walau pun masih menggunakan diapers. Siap poo poo Aina akan simpan potty ke tempatnya. Buka seluar & ajak ke tandas untuk mandi. Comel & cute sangat bila dia poo poo.  Ok, jom saya kongsikan tips potty train berkesan yang boleh diamalkan oleh ibu bekerja & suri rumah.

tips potty train berkesan 1 225x300 Tips Potty Train Berkesan

Penting! Jangan Lakukan Perkara Berikut

1. Jangan  paksa anak

Kesilapan paling besar yang selalu dilakukan oleh ibu bapa ialah memaksa anak untuk buka diapers tiap kali nak buang air. ” Kalau nak poo poo, bagitahu mama. Nanti kita bukak pampers & adik duduk kat potty ni”

Anak akan jadi keliru & takut. Nak poo poo kena bagitahu mama? Nak kena buka pampers?  Nak kena duduk kat potty? Banyak nya benda nak kena buat kalau nak poo poo. Susahnya…. Nanti kalau kotor mama marah. Macam-macam anak kita akan fikir. Jangan pandang rendah pada anak-anak, nampak je badan kecil tapi otak dorang sangat bijak. Oleh sebab dorang ni bijak, dorang mudah rasa insecure & takut. Jadi, elakkan bagi arahan seperti di atas. Sebaliknya amalkan tips potty train berkesan yang saya akan share sekejap lagi.

2. Jangan ugut anak

” Kalau kencing dalam pampers mama babap” Selalunya ibu bapa akan gunakan ayat ugutan ini dengan harapan anak akan rasa takut & berjaya untuk gunakan potty. Jangan ajar anak dengan ugutan. Ada anak di taska saya tak poo poo berhari-hari. Bila saya tanya emaknya kat rumah poo poo atau tidak, katanya takde. Bila saya siasat rupanya anak ni dah kena ugut dengan emaknya. Anak ni jadi takut, sampai sanggup tahan nak poo poo asalkan tak kena babap. Nak gunakan potty dia belum bersedia. Kesian kan?

3. Jangan buka diapers selagi anak belum bersedia

Ibu bapa selalunya over excited. Hari ni start toilet train, terus nak buka diapers & suruh anak membuang dalam potty. Tak boleh lah macam tu. Pastikan anak betul-betul bersedia sebelum buka diapers.

Tips Potty Train Berkesan

1. Mulakan potty train seawal anak pandai berdiri

Selalunya ibu bapa tunggu anak berumur 2 tahun untuk memulakan potty train. Betul tak? Saya mulakan dengan lebih awal. Bila anak saya pandai berjalan, potty train pun bermula. Macam mana ye?

2. Ajar anak untuk mencangkung bila buang air

Bila anak dah pandai berjalan, selalunya anak dah boleh mencangkung. Tiap kali nampak anak poo poo, ajar anak untuk mencangkung. Tapi janganlah kita suruh dia mencangkung sendiri, terbalik lah dia. Kita support anak. Pegang tangan & sokong badan anak.

3. Perkenalkan potty

Bila anak dah pandai mencangkung bila poo poo, perkenalkan potty kepada anak. Bila anak nak poo poo, instead of mencangkung, ajar anak untuk duduk atas potty. Anak akan rasa lebih selesa. Yelah…selama ni kena mencangkung lenguh kaki…. Duduk atas kerusi kan selesa? Sambil poo poo main dengan anak-anak. Mesti anak seronok. Kat rumah ni kalau anak poo poo, sekeluarga kerumun. Poo poo time is an enjoyable time for Aina.

tips potty train berkesan 2 300x225 Tips Potty Train Berkesan

4. Gunakan potty, bukan tandas

Ramai yang ajar anak potty train gunakan tandas. Sesetengah anak akan rasa seronok bila dapat duduk kat mangkuk tandas. Nak pulak kalau kita bagi main air. At last, anak tak buang air pun sebab leka bermain. Potty train dah jadi waktu bermain. Ada sesetengah anak pulak jadi takut sebab nak kena guna mangkuk tandas. Imagine, nak kena panjat tangga, duduk kat tempat tinggi dengan kaki yang tergantung, mangkuk tandas tu sejuk pulak…. dah takut langsung tak jadi nak membuang. Jadi, mulakan dengan potty. Selepas tu boleh ajar anak gunakan tandas.

4. Tempat letak potty

Tips potty train berkesan yang seterusnya ialah letakkan potty di tempat yang sama. Pastikan tempat tu strategik & mudah untuk anak ambil sendiri bila nak membuang. Lepas siap membuang anak boleh simpan sendiri dengan mudah, tanpa perlukan bantuan kita.

tips potty train berkesan 3 300x185 Tips Potty Train Berkesan

5. Ajar anak supaya beritahu bila nak buang air

Latih anak untuk beritahu kita bila nak buang air, walau pun masih pakai diapers. Tak kiralah anda nak gunakan sign language atau guna perkataan apa pun, asalkan anda & anak faham.  Dengan cara ini, anak akan membiasakan diri untuk inform kita sebelum membuang walau pun belum masanya untuk potty train secara intensif bermula.

6. Berikan anak masa & ruang. Berikan ganjaran

Bila anak dah diajar untuk beritahu kita bila nak buang air, berikan anak masa & ruang. Kalau anak terbuang tanpa bagitahu kita, jangan marah. Kalau anak berjaya, jangan lupa puji anak. Peluk & cium dia. Boleh bagi anak reward untuk kejayaan dia, contohnya bawa pergi ke playground.

7. Ayah juga perlu turut serta

Ayah jangan tengok je. Kadang-kadang emak tak berjaya nak potty train anak, tapi ayah berjaya. Lebih-lebih lagi kalau anak lelaki. So kalau emak dah pening ajar anak tapi tak berjaya, apa kata pass baton kat ayah pulak? Ayah ni selalunya lebih cool daripada emak.

8. Ajar anak supaya jangan tahan jika ingin membuang

Kadang-kadang anak yang belum bersedia untuk potty train akan memilih untuk menahan diri daripada membuang atau pun terlalu leka bermain sehingga terlupa untuk membuang. Kita perlu sentiasa mengingatkan anak. Setiap setengah jam, tanya anak sekiranya dia mahu buang air atau tidak. Memang bab ni paling remeh untuk dilakukan, tapi ia adalah langkah paling penting dalam usaha anda untuk potty train anak dengan berjaya.

8. Dah berjaya potty train? Amalkan langkah-langkah berjaga.

Apabila anak dah berjaya potty train, kita perlu ambil langkah berjaga untuk 2 minggu yang pertama. Contoh: Pakaikan anak diapers sewaktu menghantar anak ke taska. Kadang-kadang anak boleh terkucil semasa dalam perjalanan yang singkat itu. Sampai di taska, buka semula diapers. Boleh dipakai semula sewaktu balik ke rumah petang nanti.

9. Setiap anak adalah berbeza.

Jika perjalanan potty train anak pertama anda mudah, jangan sangka anak yang kedua juga akan mudah seperti yang pertama. Setiap anak adalah berbeza. Ikut rentak anak yang sedang dilatih. Jangan sesekali keluarkan ayat yang boleh menyebabkan anak kecil hati seperti ” Kakak dulu senang je nak diajar. Kenapa adik ni susah sangat?” ” Nak ajar kencing kat toilet pun susah ke? Bukannya sakit pun nak kencing kat toilet” “Eiiii dah besar pun kencing dalam pampers. Tak malu. Kawan-kawan lain kat taska semua dah tak pakai pampers” Ayat-ayat seperti itu akan menyebabkan anak berasa rendah diri & tak yakin pada diri sendiri.

tips potty train berkesan 225x300 Tips Potty Train Berkesan

Perkara paling penting yang perlu ibu bapa ingat ialah buka diapers anak apabila anak sudah bersedia. Jangan marah sekiranya berlaku kejadian terbuang secara tak sengaja. Percayalah…anak kita sendiri berasa malu & kecewa apabila insiden tu berlaku. Tak perlu kita tambah lagi dengan kata-kata berunsur marah, mengejek atau amaran. Apa yang penting, ibu bapa perlu banyak bersabar dalam tempoh potty train anak-anak. Semoga tips potty train berkesan ni bermanfaat kepada anda. Semoga berjaya!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Potty Train Berkesan

pixel Tips Potty Train Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.