2. Susu perlu disimpan didalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan sahaja. Terdapat beberapa cara untuk panaskan susu untuk bayi anda:
Keluarkan dari freezer ( tempat beku) & simpan di bahagian bawah peti sejuk pada malam sebelumnya. Apabila cair sepenuhnya, boleh panaskan dengan merendamkan dalam air suam atau warmer.
Letakkan di bawah air paip yang mengalir. Apabila telah cair 100%, boleh panaskan dalam warmer atau rendaman air suam.
Terus direndam dalam air suam.
3. Jangan biarkan air di dalam warmer, mangkuk air suam atau dari paip menyentuh bahagian mulut bekas simpanan susu.
4. Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam setelah dicairkan.
5. Jangan panaskan susu didalam ketuhar gelombang mikro atau haba terus ke atas susu ibu. Ini mungkin menimbulkan ketulan susu dan memusnahkan antibodi yang terkandung di dalamnya.
6. Goncang sedikit bekas simpanan untuk mencampurkan semula susu yang terbahagi dan menyebarkan haba dengan rata. Jangan kacau susu ibu.
7. Baki susu dalam botol selepas diberikan kepada bayi perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. Itulah sebabnya sangat penting untuk panaskan susu mengikut amaun yang akan diminum supaya tak membazir.
8. Seperti makanan lain, jangan bekukan kembali susu ibu yang cair sepenuhnya atau separa cair.
Berapa lama susu ibu boleh tahan?
Deep freezer: 6-12 bulan.
Peti ais 2 pintu: 3-6 bulan.
Peti ais 1 pintu: 2 minggu.
Semoga info tentang cara panaskan susu ibu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda.Pastikan susu perahan anda dipanaskan dengan cara yang betul supaya khasiat susu tidak hilang, rugi sangat! Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee membantu perjalanan penyusuan anda lebih lancar. Nak order? Hubungi saya sekarang!
Alhamdulillah. Kebelakangan ni kesedaran tentang kepentingan susu ibu semakin meningkat. Makin ramai ibu yang memilih untuk menyusukan bayi secara ekslusif tanpa susu formula. Sanggup bersusah-payah mengepam susu untuk ditinggalkan kepada anak. Istimewa untuk anda, jom saya kongsikan cara pam susu badan yang betul.
1. Basuh tangan anda sebelum memerah susu. Pastikan tangan anda bersih supaya tiada sebarang pencemaran dalam susu perahan anda.
2. Simpan dalam jumlah kecil (2-4 auns/60-120 mL) untuk mengelakkan pembaziran. Kalau bayi anda minum lebih, lebihkan auns.
3. Jika anda mengepam stok harian, pastikan anda mengepam lebih daripada yang diminum untuk kes emergency seperti anda terpaksa balik lewat, etc. Lebih adalah lebih bagus daripada tak cukup. Nanti kesian anak kelaparan.
4. Anda boleh campurkan susu ibu yang dihasilkan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah yang diingini dalam bekas simpanan. Sejukkan susu ibu yang baru dihasilkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam bahagian utama peti sejuk atau dalam bekas penyejuk dengan ais atau pek ais, kemudian tambahkan dengan susu ibu yang dihasilkan pada hari yang sama dan telah disejukkan.
5. Jangan campurkan susu ibu yang suam dengan susu beku kerana ia akan mencairkan sedikit susu yang telah beku.
6. Elakkan juga dari mencampur susu dari hari berlainan.
7. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas bekas simpanan kerana susu ibu mengembang ketika membeku. Tinggalkan ruang lebih kurang seinci.
8. Pastikan bekas simpanan yang digunakan ialah BPA free.
9. Tandakan bekas simpanan dengan tarikhnya menggunakan label dan dakwat kalis air.
10. Susu ibu akan “terbahagi” ketika penyimpanan. Bahagian atas susu ibu (krim) akan kelihatan lebih pekat dan putih. Goncang bekas simpanan dengan lembut untuk mencampurkan bahagian yang terpisah TETAPI elakkan mengoncang dengan kuat.
11. Bergantung kepada diet ibu, warna susu ibu mungkin berlainan setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan). Bau juga akan berubah. Susu ibu yang beku juga mungkin mempunyai bau yang berbeza dari yang segar dan tiada sebab untuk tidak menggunakannya selagi bayi mahu minum.
13. Pengambilan supplement seperti Set Menyusu Shaklee membantu anda kekal bertenaga, sihat, dan tidak stres. Kesemua elemen ini mempengaruhi susu badan anda. Kalau penat, stres, susu pun akan kurang. Betul tak?
Semoga info tentang cara pam susu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda. Perjalanan menyusukan anak selama 2 tahun tak mudah, tapi ianya tidak mustahil. Percayalah! Nak order Set Menyusu Shaklee bagi mengindahkan perjalanan penyusuan anda? Hubungi saya sekarang!
Muntah susu jangan dipandang ringan. Kebanyakan kes kematian bayi adalah berpunca dari muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan tak dapat bernafas. Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu untuk mengamalkan tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.
Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal
Tak kira sama ada anda sedang mengandung, sudah melahirkan, dan tak kira juga sama ada ini adalah anak pertama anda atau pun anak kedua atau ketiga, tips ini adalah penting untuk anda. Tips elakkan bayi muntah susu:
1. Tegakkan badan bayi sebaik selesai menyusu.
Tegakkan badan bayi sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpuk didalam mulut kerana dalam keadaan tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada didalam mulut.
2. Sendawakan bayi selepas menyusu.
Jangan sesekali abaikan amalan sendawakan bayi selepas menyusu. Bayi wajib disendawakan setiap kali habis menyusu. Lagi banyak sendawa, lagi bagus. Sesetengah bayi mengambil masa yang agak lama untuk sendawa, jangan cepat bosan. Teruskan proses sendawakan bayi sehingga bayi sendawa, sekurang-kurangnya sekali.
3. Elakkan pergerakan membuai semasa & selepas menyusu.
Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi kedalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bai selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang-kurangnya 15 minit.
4. Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan semasa tidur.
Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang-kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring & tepuk bayi perlahan-lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu & jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
5. Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.
Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga-jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.
6. Periksa sekiranya ada susu yang keluar dari mulut bayi semasa tidur.
Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan ditinggalkan sendirian. Kadang-kadang ada susu yang terkumpul didalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.
7. Jangan biarkan bayi menyusu botol sendiri.
Apabila bayi sudah besar, ramai ibu yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal atau pun memegang botol susu sendiri. Malah ada yang membiarkan bayi sendirian didalam buai sambil menyusu. Ini adalah sangat BAHAYA! Jangan sesekali jadikan sebagai amalan.
Semoga tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal tadi bermanfaat untuk anda. Boleh juga print tips ini dan berikan kepada pengasuh sebagai panduan atau pun lekatkan di peti sejuk sebagai panduan suami jika anda out station. Anda juga boleh amalkan petua banyakkan susu yang saya kongsikan di sini. Enjoy your breastfeeding journey!
Risau susu tak cukup dan anak menangis kelaparan? Atau pun anda sedang mengandung dan dalam proses mencari ilmu tentang penyusuan? Tahniah…. anda adalah ibu yang sangat prihatin kerana mementingkan penyusuan susu ibu. Anda sedang mencari petua banyakkan susu badan? Jom saya kongsikan petua untuk anda amalkan.
Petua Banyakkan Susu Badan
1. Roam in dengan bayi sejurus selepas melahirkan
Selepas melahirkan, anda boleh terus susukan bayi. Ianya bukan sahaja baik untuk emosi ibu dan anak, malah ia sangat membantu dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda.
2. Susukan bayi mengikut permintaan (on demand)
Susukan bayi setiap kali diminta. Jangan sesekali membuat jadual waktu untuk menyusukan anak. Elakkan memberikan susu formula atau air kosong kepada bayi. Jika anak terus menangis walau pun sudah disusukan, jangan gusar. Bukannya bermakna anak anda masih lapar. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.
3. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Air mencukupi adalah sangat penting bagi penghasilan susu badan yang banyak. Jika anda kurang minum air, susu anda akan merudum. Kalau anda sedang berpuasa usah risau, jom amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini.
4. Pam susu anda
Anda wajib mula mengepam seawal tempoh berpantang. Jangan tunggu seminggu sebelum mula berkerja baru nak mengepam. Mengepam bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul stok susu perahan atau ebm, tapi juga bagi menggalakkan penghasilan susu. Pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali, insya Allah susu anda akan melimpah-ruah. Teruskan mengepam apabila anda mula bekerja semula.
5. Power pumping
Amalan power pumping adalah sangat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Tak tahu apa itu power pumping? Jom baca penerangan saya di sini.
5. Jangan stress
Stress adalah musuh utama penyusuan susu ibu. Bila kita stress secara automatik susu kita akan merudum. Oleh itu elakkan stress.
6. Elakkan penat berlebihan
Seperti stress, penat yang berlebihan juga boleh menyebabkan susu anda berkurangan. Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan segar dan tidak terlalu penat.
7. Makanan seimbang.
Adalah sangat penting bagi ibu yang menyusukan untuk mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh penyusuan. Anda boleh membaca tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusukan yang saya kongsikan di sini. Tak mampu nak ambil makanan seimbang setiap hari? Usah gusar. Sebagai alternatif anda boleh mengambil set penyusuan Shaklee yang membekalkan anda semua nutrien yang diperlukan oleh ibu menyusukan.
8. Doa
Petua banyakkan susu badan yang terakhir ialah doa. Doa adalah kunci kejayaan sebuah penyusuan. Tak kira apa pun agama anda, jangan lupa untuk berdoa agar perjalanan penyusuan kita berjalan dengan lancar. Berdoa setiap hari agar anak kita dimurahkan rezeki & mendapat susu yang melimpah-ruah.
Semoga petua banyakkan susu yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda. Jika terdapat sebarang soalan atau kemusykilan tentang penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi saya. Insya Allah kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.
Bengkak susu atau mastitis biasanya terjadi pada hari-hari pertama melahirkan, selepas keguguran, atau pun bila-bila masa sahaja dalam tempoh anda menyusukan anak. Payudara anda akan menjadi bengkak & keras seperi batu, sakit berdenyut-denyut, malah boleh menyebabkan demam. Kali ini saya kongsikan cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah.
Kenapa bengkak susu terjadi?
Bengkak susu berpunca dari penghasilan susu yang melebihi jumlah yang diminum oleh bayi. Dalam bahasa yang mudah, bengkak susu berlaku kerana supply melebihi demand. Susu banyak tapi anak kurang minum, atau dalam kes keguguran tiada sesiapa yang minum. Susu yang terlalu banyak terkumpul akhirnya menyebabkan kita mengalami bengkak susu yang menyiksakan.
Cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah
Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang boleh anda amalkan di rumah:
1. Tuam payudara dengan air panas atau ais
Apabila kita mengalami bengkak susu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah tuam payudara sehingga menjadi kurang keras kerana agak sukar untuk menyusukan atau mengepam semasa payudara berada dalam keadaan keras. Kita boleh tuam menggunakan gel pad yang dipanaskan menggunakan microwave atau pun dibekukan didalam freezer. Jika tiada gel pad, boleh tuam menggunakan air panas didalam botol atau pun ais yang dibalut dengan tuala. Semasa menuam, susu akan menitis keluar. Sediakan bekas bersih untuk menadah susu yang menitis, sayang kalau dibazirkan. Semakin lama kita tuam, bengkak susu akan berkurangan.
2. Kosongkan payudara
Selepas tuam, kosongkan payudara dengan cara menyusukan bayi atau pun mengepam. Adalah sangat penting untuk kita mengosongkan payudara agar bengkak susu yang dialami hilang. Anda juga boleh mengosongkan payudara sambil menuam jika selesa dan mampu.
3. Pakai nursing bra yang sesuai
Sepanjang tempoh menyusukan, pastikan memakai nursing bra setiap masa agar payudara sentiasa ditampung. Pakai bra yang sesuai dan selesa, tidak terlalu ketat. Adalah penting untuk memakai nursing bra yang betul sepanjang tempoh menyusukan agar payudara sentiasa cantik dan tidak kendur.
4. Plain yogurt
Sapukan plain yogurt ke payudara yang bengkak. Insya Allah berkesan. Ini adalah petua yang saya amalkan setiap kali mengalami bengkak susu.
5. Daun kobis
Kata orang-orang lama, bila kita lekapkan daun kobis ke payudara, susu akan berkurangan. Apabila susu berkurangan, bermakna bengkak susu pun akan surut. Saya belum pernah cuba dan tak pasti sejauh mana ia berkesan.
6. Kosongkan payudara dengan kerap.
Ya, memang penat tapi ini adalah cara terbaik untuk menghilangkan bengkak susu. Kosongkan payudara dengan kerap. Bagi yang mengalami bengkak susu selepas keguguran, jangan dibuang susu yang diperolehi. Boleh diberikan kepada bayi yang memerlukan dan menjadi ibu susuan, atau pun boleh juga digunakan untuk mandi susu 🙂
7. Lecithin Shaklee
Lecithin sememangnya terbukti berkesan untuk menghilangkan bengkak susu. Sudah ramai ibu yang lega dari kesakitan selepas mengambil Lecithin dengan cara makan & dos yang betul. Harganya pun berpatutan cuma Rm52.50 sebotol. Selain kurangkan bengkak susu, sambil-sambil tu boleh bantu pecahkan lemak yang dikumpul sepanjang tempoh mengandung. Untung kan?
Semoga cara hilangkan bengkak susu dengan cepat dan mudah yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Enjoy your breastfeeding journey! Berminat untuk mendapatkan Lecithin dengan konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang!
Anda tertanya-tanya tentang hukum berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi? Nak tahu sama ada berpuasa akan memudaratkan bayi dan ibu? Adakah berpuasa akan menyebabkan perubahan susu badan dan menjejaskan bayi? Jom saya kongsikan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi.
Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi: Adakah Berpuasa Akan Menyebabkan Susu Berkurangan?
Tahniah kerana anda memberikan yang terbaik kepada bayi anda, iaitu susu ibu yang jauh lebih baik daripada susu formula.Lazimnya perkara pertama yang bermain difikiran ibu ialah berpuasa akan menyebabkan susu merudum. Jangan risau. Anda boleh amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sinidan jangan lupa untuk mengamalkanperkara asas penyusuan. Insya Allah, susu anda tidak akan terjejas walau pun anda berpuasa.
Apakah Hukum Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi?
Islam adalah agama yang mudah dan fleksibel. Terdapat kelonggaran berpuasa kepada ibu yang menyusukan bayi. Insya Allah saya akan menulis tentang ini di masa akan datang.
Adakah Berpuasa Akan Menyebabkab Kualiti Dan Nutrisi Susu Terjejas? Adakah Ia Akan Memudaratkan Bayi?
Semasa berpuasa, badan kita akan mengalami kekurangan kalori.Kekurangan kalori tidak akan menjejaskan kualiti dan nutrisi air susu, jauh sekali memudaratkan bayi. Bayangkan ibu-ibu di negara miskin seperti Afrika atau di negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Mereka kekurangan makanan tetapi masih menyusukan anak. Adakah susu mereka akan menjejaskan anak? Sudah pasti jawapannya tidak.
Nak dapatkan Ebook ini? Hubungi saya segera
Adakah Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi Akan Menjejaskan Kesihatan Ibu?
Berpuasa adalah satu ibadah yang baik untuk badan kita & tidak akan menjejaskan kesihatan, walau pun dilakukan semasa menyusukan bayi. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap ibu yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Hasil kajian membuktikan bawaha ibu yang menyusukan bayi mempunyai imbangan kimia dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak menyusukan.
Walau bagaimanapun, menyusukan bayi sambil berpuasa akan membuatkan anda berasa sangat dahaga dan letih. Anda mempunyai risiko untuk mengalami dehydration, oleh itu perhatikan simptom-simptom berikut:
Berasa sangat dahaga
Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
Rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
Sakit kepala atau mengalami kesakitan lain
Kepenatan yang melampau
Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, anda boleh berbuka. Pastikan anda minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur dan jangan lupa amalan pemakanan untuk ibu menyusukan.Breastfeeding Set Shaklee juga membantu anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa, sekali gus membantu penghasilan susu badan.
Insya Allah, berpuasa tidak akan menjejaskan anda atau bayi. Semoga panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi ini bermanfaat untuk anda. Breastfeeding Set Shaklee? Hubungi saya sekarang.
Dalam isu susu ibu vs susu formula, selalunya ibu-ibu di Malaysia akan mengatakan bahawa susu formula adalah jauh lebih berkhasiat sehinggakan ramai ibu yang bergelar suri rumah, tapi gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun. Puncanya iklan yang mengatakan susu formula kaya dengan pelbagai khasiat.
Momokan Iklan Komersial
Pagi tadi ada seorang kenalan bertanya kepada saya susu jenama apa yang saya berikan kepada anak saya. Jawapan saya anak menyusu badan. Datang soalan cepu emas dari beliau: “Aihhh.dah setahun 5 bulan takkan menyusu badan lagi? Duit banyak takkan tak mampu beli susu mahal?” Saya terkedu. Tak tau apa jawapan terbaik untuk soalan macam tu. Saya senyum sahaja. Jauh di sudut hati saya rasa sangat sedih sebab ibu-ibu di Malaysia masih belum ada ilmu tentang penyusuan susu ibu.
Iklan di tv selalu mempromosikan susu formula dengan 1001 kandungan yang boleh meningkatkan kepintaran anak-anak. Tinggi DHA. Tinggi Ganglioksida. Membantu sel-sel otak berhubung. Malah iklan pun menggunakan model-model yang cantik & comel. Ibu-ibu yang menonton pasti tertarik untuk membeli susu formula yang diiklankan dengan harapan anak mereka akan menjadi bijak & comel macam model dalam iklan tersebut.
Terus-terang saya katakan, bukan saya tak mampu untuk membeli susu formula untuk anak saya. Kalau betul susu formula adalah yang terbaik untuk anak saya, tak mungkin saya kedekut untuk mengeluarkan duit untuk membelinya. Buat apalah saya nak berkira? Jadi kenapa saya tidak memberikan susu formula kepada anak saya? Jawapannya: Saya memberikan susu badan kepada anak saya kerana saya yakin susu ibu adalah yang terbaik untuk anak saya.
Kurang Ilmu Tentang Penyusuan Susu Ibu
Dalam isu susu ibu vs susu formula, kebanyakan ibu yang gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu yang tidak mempunyai ilmu tentang penyusuan susu ibu. Sebab tu adalah sangat penting untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu semasa mengandung. Lazimnya, ibu-ibu mengandung di Malaysia menghabiskan masa mencari info tentang tips mudah bersalin, nama-nama indah dengan maksud yang baik, tips berpantang, online shopping barang baby, tapi tak ramai yang menggali ilmu tentang susu ibu.
Ramai yang berazam untuk kurus semula selepas bersalin. Tapi tak ramai yang berazam nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Ini adalah realiti.
Selepas bersalin ramai yang komplen susu sikit. Bila saya tanya dah buat semua perkara asas penyusuan? Jawapan mereka: Perkara asas penyusuan tu apa? Sedih kan…. Terpaksalah saya terangkan tentang power pumping, tandem nursing, jadual pam, prinsip demand vs supply, dan sebagainya.
Dalam menjawab persoalan mengenai isu susu ibu vs susu formula, selalunya saya akan highlight tentang kelebihan menyusukan anak dari sudut pandangan Islam sebelum mengupas kelebihan-kelebihan yang lain. Dalam Islam, di antara kelebihan & fadhilat menyusukan anak ialah:
Apakah kelebihan susu ibu?
1. Susu ibu dicipta oleh Allah didalam badan seorang ibu. Isi kandungan & khasiat susu tersebut sentiasa berubah mengikut keperluan anak yang disusukan. Maksudnya, kandungan susu anda semasa bayi berumur sebulan adalah berbeza dengan susu semasa anak anda berumur satu tahun. Kenapa tak sama? Semasa bayi berumur sebulan, anak anda memerlukan antibodi yang kuat & susu anda adalah satu-satunya sumber makanan yang diperolehi. Apabila anak anda berumur setahun, dia sudah mula makan solid food & sudah mempunyai antibodi sendiri. Jadi susu anda akan berubah mengikut keperluan anak anda. Hebat kan? Susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap & bersesuaian dengan keperluan anak anda.
2. Susu ibu adalah percuma. Semua barang naik harga. Ini adalah salah satu cara untuk berjimat.
3. Susu ibu lebih mudah hadam berbanding susu formula. Sebab tu bayi yang menyusu susu ibu akan lebih cepat lapar berbanding bayi yang diberikan susu formula.
4. Susu ibu melindungi anak dari mengalami masalah seperti alergik atau pun sembelit, cirit-birit, jangkitan telinga, dan asma.
5. Susu ibu kaya dengan antibodi dan ia memberikan bayi anda lebih imuniti.
6. Susu ibu akan merapatkan hubungan di antara kita & bayi (bonding). Setiap kali menyusukan anak, kita akan rapatkan anak ke dada. Badan bersentuhan & mata akan bertentangan. Anak akan mendengar denyutan jantung kita & merasai kehangatan badan kita. Indah bukan? Bila anak semakin membesar, anak akan mula memegang jari & muka kita semasa menyusu. Jari-jemari pun bertaut. Cuma ibu menyusukan anak yang dapat merasai perasaan indah ini. Alangkah ruginya kalau kita tak merasa.
7. Kajian menunjukkan bahawa anak yang diberikan susu ibu adalah lebih cerdik kerana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak & saraf.
8. Tahukah anda bahawa susu ibu berubah rasa mengikut makanan yang dimakan. Ia merupakan langkah awal dalam memperkenalkan solid food kepada anak. Sebab tu orang selalu kata “Apa yang emak makan, anak merasa jugak”
9. Susu ibu sangat memudahkan. Bila keluar shopping tak perlu susah-payah bawa air panas & botol. Waktu malam tak perlu bangun untuk bancuh susu. Bila anak lapar, cuma selak baju & susukan anak. Mudah kan!
10. Menyusukan anak boleh mencegah kanser rahim, ovari & kanser payudara.
11. Susu ibu mengurangkan risiko Sudden Infant Death (SID) atau kematian mengejut.
12. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami obesiti semasa dewasa berbanding bayi yang diberikan susu formula.
13. Ibu yang menyusukan bayi semasa berpantang dapat menghindarkan angin meroyan atau post partum depression.
14. Menyusukan bayi membakar kalori dengan banyak. Sangat bagus untuk ibu yang baru melahirkan atau cuba untuk menurunkan berat badan.
15. Ibu yang menyusukan bayi mempunyai hormon prolaktin yang tinggi yang menyebabkan telur (ovum) yang kurang berkualiti. Jadi ia merupakan salah satu kaedah merancang keluarga. Walau bagaimana pun anda perlu mengambil langkah pencegahan yang lain. Jangan ambil risiko jika anda belum bersedia untuk mengandung semula.
Nak Ebook ni? Hubungi saya sekarang!
Anda sudah mengetahui kebaikan susu ibu. Jadi ternyata isu susu ibu vs susu formula tidak perlu dipersoalkan lagi. Pilihlah untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Ia bukan sahaja baik untuk anda, malah juga baik untuk bayi & ekonomi keluarga.
Ramadhan dah dekat. Sekarang pun ramai ibu yang mula berpuasa, sama ada untuk mengganti puasa tahun lepas atau pun melakukan puasa sunat. Tentu anda risau susu merudum bila berpuasa. Insya Allah susu anda tidak akan berkurangan jika anda mengamalkan perkara asas penyusuan dan panduan pemakanan bagi ibu menyusukan. Selain itu, berikut adalah beberapa tips banyakkan susu semasa berpuasa yang boleh anda amalkan:
Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa
✿ Minum banyak air- Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi pastikan anda minum air yang banyak selepas berbuka & semasa bersahur.
✿ Kurangkan meminum kopi dan teh – Kurangkan pengambilanan minuman berkafein. Berhati-hati jika anda meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Salah satu sebabnya ialah kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan.
✿ Kurangkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet – Tips banyakkan susu semasa berpuasa yang seterusnya ialah kurangkan minuman di atas kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga.
✿ Makan pelbagai makanan sihat – Setiap hari pastikan anda ambil makanan yang terdiri daripada empat kumpulan makanan berikut:
1. Sayuran dan buah-buahan
2. Roti dan bijirin
3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)
4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin.
✿ Hadkan pengambilan lemak – Tips banyakkan susu semasa berpuasa yang seterusnya ialah kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu, makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis.
Sediakan makanan kurang garam, gula dan lemak. Apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula.
✿ Garam – Kurangkan makanan yang tinggi garam seperti ikan masin. Seeloknya pilih garam yang telah diiodinkan.
✿ Breastfeeding Set Shaklee – Anda juga boleh mengamalkan Breastfeeding Set Shaklee yang telah membantu ramai ibu diluar sana menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.
Istimewa untuk pelanggan yang membeli set ini dari saya, anda juga akan mendapat:
[✔] Free consultation berkenaan tips untuk membanyakkan air susu.
[✔] Exclusive EBOOK Rahsia Susu Melimpah Ruah.
Semoga tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa. Berminat untuk mendapatkan Breastfeeding Set Shaklee? Hubungi saya sekarang!
Tak ramai yang tahu tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusu. Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Walau bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari berbanding ibu hamil. Adalah penting bagi memastikan kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat kerana setiap apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi yang disusukan.
Nak tips banyakkan susu badan? Hubungi saya untuk mendapatkan Ebook ini secara percuma.
Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu
Secara umumnya, ibu menyusu memerlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari. Di antara sumber makanan yang penting bagi ibu menyusukan ialah:
1. Protein. Pastikan anda mendapat 2-3 hidangan protein dalam sehari. 1 hidangan bersamaan dengan 3-4 oz daging, ikan atau ayam. Sumber protein termasuk :
Daging
Ayam
Telur
Keju, susu dan yogurt
Tauhu
Kekacang
ESP Shaklee juga kaya dengan protein. Jadi jika anda tak mampu untuk makan 3 hidangan protein setiap hari, anda boleh mengamalkan ESP Shaklee sebagai alternatif. Ia mampu membekalkan keperluan protein harian untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga & cergas.
2. Kalsium. Pengambilan kalsium yang dicadangkan ialah sebanyak 1,300 milligram sehari. Sumber kalsium termasuk:
Susu, yogurt dan keju
Jus oren diperkaya kalsium
Tauhu
Ikan sardin
Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli
Ostematrix Shaklee kaya juga dengan kalsium dan boleh menjadi alternatif kepada ibu yang menyusukan . Pengambilan Ostematrix setiap hari dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusukan setiap hari.
3. Zat Besi. Jika anda berusia lebih daripada 19 tahun, anda memerlukan 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :
Daging, Ayam
Makanan laut
Kekacang
Buah-buahan kering
Kuning telur
Menu seharian tak mampu membekalkan zat besi yang cukup untuk anda? Zinc Complex Shaklee adalah alternatif supaya badan mendapat zat besi secukupnya setiap hari.
4. Vitamin C. Ibu menyusu memerlukan Vitamin C yang secukupnya. Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda memerlukan 120 miligram vitamin C setiap hari. Sumber vitamin C yang baik adalah seperti :
Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
Vitamin C Shaklee juga mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi untuk anda setiap hari. Cuma ambil sebiji sehari, dah memadai.
5. Air. Susu ibu terdiri daripada 87% air. Jadi ibu menyusu memerlukan air yang banyak supaya badan dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Jangan abaikan rasa haus yang merupakan tanda badan anda memerlukan air. Pastikan anda minum air secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari disamping mengambil jus, susu, sup atau teh herba. Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Amalkan panduan pemakanan bagi ibu menyusu ini, insya Allah niat murni anda untuk menyusukan anak akan menjadi mudah. Pengambilan Breastfeeding Set Shaklee juga membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang!
Bagi ibu yang menyusukan, breastpump merupakan aksesori yang paling penting kerana ia diperlukan untuk membuat power pumping, dan juga untuk menyimpan stok susu. Pemilihan breastpump yang betul adalah sangat penting kerana pam yang sesuai akan membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Nak tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda?
Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda
Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sehingga kita rasa pening nak memilih yang mana satu. Kali ni saya nak share tips memilih breastpump yang terbaik untuk anda. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan breastpump ialah: ♥♥ Bujet
Kenal pasti berapa bajet anda untuk pam. Pilih pam yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jangan terlalu ikutkan keinginan untuk membeli pam yang mahal sehingga membebankan kewangan anda.
♥♥ Mudah digunakan
Anda akan mengepam berkali-kali dalam sehari. Jadi pilih pam yang mudah digunakan, mudah dibawa ke mana-mana, mudah disimpan, mudah dibersihkan, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang & dibuka.
♥♥ Berat & Saiz
Pilih pam yang mempunyai berat & saiz yang bersesuaian dengan anda. Agar tidak menjadi masalah untuk anda bawa ke pejabat atau pun semasa travelling.
Nak Ebook Rahsia Susu Badan Mencurah-curah ni dengan percuma? Hubungi saya sekarang!
♥♥ Bateri vs elektrik
Jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik semasa di pejabat, pam manual atau pun yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik. Jika anda ada bujet yang lebih, anda boleh pilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik & bateri.
♥♥ Bunyi
Tips memilih breastpump terbaik untuk anda yang seterusnya ialah pilih pam yang tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Ini kerana anda mungkin perlu mengepam semasa bayi sedang tidur atau mengepam di work station tanpa diketahui oleh rakan sekerja yang lain.
♥♥ Ketahanan
Pilih breastpump yang tahan lama supaya anda tidak perlu membeli pam baru setaipa kali melahirkan. ♥♥ Kekuatan hisapan
Pilih pam yang bolh dilaras kekuatan hisapannya supaya anda boleh mengurangkan kekuatan hisapan sekiranya merasa sakit. ♥♥ Kelajuan
Pilih pam yang boleh mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat. Jika anda mempunyai bujet yang lebih, anda boleh membeli dual pump. Sekarang anda dah tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda. Ketahuilah bahawa disamping pemilihan breastpump yang terbaik, perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan. Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun. Hubungi saya untuk mendapatkan Breastfeeding Set Shaklee dengan harga yang istimewa & percuma Ebook Rahsia Susu Badan Melimpah-ruah, khas untuk pelanggan saya.