-

10 Tips Kebahagiaan Wanita

Setiap wanita mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia. Bebas dari tekanan emosi. Fikiran yang lapang tanpa sebarang masalah. Hati yang sentiasa tenang. Bila emosi kita sihat, secara automatik badan kita juga akan sihat, dan kita akan berasa bahagia. Jom saya kongsikan 10 tips kebahagiaan wanita untuk kita amalkan.

tips kebahagiaan wanita 300x191 10 Tips Kebahagiaan Wanita

10 Tips Kebahagiaan Wanita

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan agar mendapat kebahagiaan dan ketenangan jiwa:

1. Luangkan masa bersama orang tersayang

Jangan terlalu fokus kepada kerjaya sehingga tiada masa untuk orang tersayang. Walau sesibuk mana pun kita dengan tugasan kerja, adakan sedikit masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Luangkan masa berkualiti bersama mereka. Anda akan rasa perbezaannya. Hujung minggu boleh digunakan untuk bersama suami dan anak-anak. Sebulan sekali luangkan masa untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa & sanak saudara.

2. Berpindah ke kawasan dekat dengan tempat kerja

Ramai wanita stress menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Pergi kerja jem. Balik kerja pun jem. Sampai rumah nak kena memasak, buat kerja rumah. Suami dan anak-anak berebut nak perhatian kita. Hidup seorang wanita memang sangat memenatkan. Anda boleh kurangkan stress dan kepenatan dengan berpindah ke rumah baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Kurang jem bermakna kurang stress. Kurang stress bermakna kita akan lebih bahagia.

3. Senyum

Senyuman bukan sahaja akan memberikan energy positif kepada diri sendiri. Malah aura tersebut akan berjangkit kepada orang di sekeliling kita. Penat dengan tugasan pejabat? Senyum. Marah dengan pemandu yang potong que kita di atas jalan raya? Tak usah dimaki. Senyum je. Marah dengan anak-anak yang tak habis-habis selerakkan rumah? Jangan tengking anak. Senyum dan kemas bersama-sama. Kita pasti akan rasa lebih bahagia.

4. Belajar menghargai

Kita akan rasa lebih bahagia apabila kita belajar menghargai insan-insan di sekeliling kita dan apa yang dilakukan untuk kita. Sebagai contoh, hargai suami yang setiap hari tolong mandikan anak semasa kita memasak di dapur. Jangan dicari kesalahan dan kelemahan suami. Sebaliknya lihat yang baik-baik sahaja. Dan hargai.

5. Masa bersendiri

Semua orang perlukan waktu untuk bersendirian atau me time. Curi masa untuk bersendiri dan lakukan aktiviti kegemaran seperti membaca buku, menonton drama Korea, memasak, dan sebagainya.

tips kebahagiaan wanita1 300x198 10 Tips Kebahagiaan Wanita

6. Bercuti

Semua orang perlukan rehat dari rutin harian yang memenatkan. Sekali-sekala reward diri dengan percutian yang merehatkan. Pilih percutian yang kita minati: bercuti ke Pulau Redang yang menenangkan atau bercuti ke Bandung untuk bershopping. Nikmati percutian tersebut, lupakan sebentar kesibukan kerja dan masalah yang dihadapi.

7. Aktiviti luar

Setiap hari kita terkurung dalam pejabat mengadap komputer. Oleh itu kita perlukan aktiviti luar atau outdoor activity untuk kembali bertenaga & segar. Selepas kerja luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan di taman. Lagi bahagia kalau pergi bersama-sama suami dan anak-anak.

8. Tidur secukupnya

Tips kebahagiaan yang seterusnya ialah dapatkan tidur yang secukupnya. Tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting dalam kehidupan.

tips kebahagiaan wanita2 300x212 10 Tips Kebahagiaan Wanita

9. Bersenam

Bersenam juga boleh memberikan mood yang baik sekali gus membuatkan kita bahagia. Sepanjang minggu kita makan tak ingat dunia dan rasa bersalah kan? Nah… lepas bersenam pasti kita akan berasa lebih baik. Walau pun hakikatnya kita cuma berjalan-jalan di taman.

10. Sucikan hati

Lupakan kemarahan, dendam dan segala perasaan negatif yang ada dalam hati kerana ia akan menghantui kita lalu menyebabkan kita rasa tidak bahagia. Memaafkan adalah kunci kebahagiaan. Kita maafkan dia bukan kerana dia layak untuk dimaafkan, tapi sebab kita nak bahagia. tak berbaloi untuk tak bahagia sebab dia. Betul tak?

Semoga 10 tips kebahagiaan wanita yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk kita semua. Jom kita amalkan!

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Kebahagiaan Wanita

pixel 10 Tips Kebahagiaan Wanita

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.