-

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Ramadhan tak bermakna kita jadi lembik dan tak bersemangat untuk bekerja. Jangan macam tu! Berpuasa bukan alasan untuk kita tak produktif. Jom saya kongsikan 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan. Mudah sahaja. Khas untuk anda.

kekal bertenaga sepanjang r2 300x227 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Di antara tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang boleh anda amalkan ialah:

1. Banyakkan minum air masak. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Dari waktu berbuka sehingga bersahur, minum air secara sedikit tetapi kerap. Pengambilan air yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan tidak dehydrated.

2. Jangan terlalu fokus dengan kerja. Jangan lakukan kerja secara berterusan tanpa rehat. Berhenti setiap setengah jam untuk meregangkan otot. Jika anda bekerja di hadapan komputer, alihkan pandangan dari komputer sekurang-kurangnya  selama 5 minit. Bangun dan berjalan-jalan juga akan membantu anda.

3. Buat senaman ringkas. Anda rasa mengantuk? Buat senaman ringkas. Berjalan-jalan pun dah kira ok. Naik turun tangga ke. Mudah je kan tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan?

kekal bertenaga sepanjang r1 300x171 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

4. Pewangi. Semburan perfume ke tubuh badan boleh mencergaskan badan yang lesu. Atau pun anda boleh gunakan pewangi bilik. Bau Lavender boleh memberikan efek ketenangan & bila anda tenang, insya Allah anda akan rasa bertenaga dan cergas.

5. Dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Jika anda bangun Qiamullail di tengah malam, anda boleh tidur sebentar di antara ibadah yang dijalankan.

6. Jangan tidur selepas Subuh. Elakkan tidur selepas Subuh kerana ia akan menyebabkan badan menjadi lesu & tidak bermaya.

7. Mandi air sejuk sebelum Subuh. Mandi air sejuk sebelum Subuh sememangnya memberikan kesegaran & membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari. Sekali gus meningkatkan kesihatan tubuh badan. Orang zaman dulu, waktu Subuh dah mandi air perigi. Sebab tu mereka sihat. Dah tua pun masih gagah.

8. Pengambilan makanan tambahan. Set Combo Ramadhan Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems adalah makanan tambahan yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti anda jatuh cinta.

Apakah fungsi vitamin-vitamin dalam set ini? Bagaimana ia membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa? Performance Drink membekalkan elektrolit & bendalir untuk mencegah dehydration. ESP Shaklee mengawal paras gula dalam darah supaya berada pada paras yang sihat sepanjang hari. Mealshakes kaya dengan nutrien dan membekalkan serat & protein untuk tubuh badan.

kekal bertenaga sepanjang r 300x278 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang RamadhanSemoga 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Combo Ramadhan dengan harga terbaik & aturan makan yang betul? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Anda tertanya-tanya tentang hukum berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi? Nak tahu sama ada berpuasa akan memudaratkan bayi dan ibu? Adakah berpuasa akan menyebabkan perubahan susu badan dan menjejaskan bayi? Jom saya kongsikan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi.

ibu menyusu berpuasa 300x190 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi: Adakah Berpuasa Akan Menyebabkan Susu Berkurangan?

Tahniah kerana anda memberikan yang terbaik kepada bayi anda, iaitu susu ibu yang jauh lebih baik daripada susu formula.Lazimnya perkara pertama yang bermain difikiran ibu ialah berpuasa akan menyebabkan susu merudum. Jangan risau. Anda boleh amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini dan jangan lupa untuk mengamalkan perkara asas penyusuan. Insya Allah, susu anda tidak akan terjejas walau pun anda berpuasa.

Apakah Hukum Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi?

Islam adalah agama yang mudah dan fleksibel. Terdapat kelonggaran berpuasa kepada ibu yang menyusukan bayi. Insya Allah saya akan menulis tentang ini di masa akan datang.

Adakah Berpuasa Akan Menyebabkab Kualiti Dan Nutrisi Susu Terjejas? Adakah Ia Akan Memudaratkan Bayi?

Semasa berpuasa, badan kita akan mengalami kekurangan kalori. Kekurangan kalori tidak akan menjejaskan kualiti dan nutrisi air susu, jauh sekali memudaratkan bayi. Bayangkan ibu-ibu di negara miskin seperti Afrika atau di negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Mereka kekurangan makanan tetapi masih menyusukan anak. Adakah susu mereka akan menjejaskan anak? Sudah pasti jawapannya tidak.

 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Nak dapatkan Ebook ini? Hubungi saya segera

Adakah Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi Akan Menjejaskan Kesihatan Ibu?

Berpuasa adalah satu ibadah yang baik untuk badan kita & tidak akan menjejaskan kesihatan, walau pun dilakukan semasa menyusukan bayi. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap ibu yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Hasil kajian membuktikan bawaha ibu yang menyusukan bayi mempunyai imbangan kimia dalam darah yang  sama dengan wanita yang tidak menyusukan.

Walau bagaimanapun, menyusukan bayi sambil berpuasa akan membuatkan anda berasa sangat dahaga dan letih. Anda mempunyai risiko untuk mengalami dehydration, oleh itu perhatikan simptom-simptom berikut:

  • Berasa sangat dahaga
  • Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • Rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
  • Sakit kepala atau mengalami kesakitan lain
  • Kepenatan yang melampau

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, anda boleh berbuka. Pastikan anda minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur dan jangan lupa amalan pemakanan untuk ibu menyusukan. Breastfeeding Set Shaklee juga membantu anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa, sekali gus membantu penghasilan susu badan.

Insya Allah, berpuasa tidak akan menjejaskan anda atau bayi. Semoga panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi ini bermanfaat untuk anda. Breastfeeding Set Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

pixel Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.