-

Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Menyusukan anak sememangnya memerlukan ilmu. Anda perlu tahu perkara asas penyusuan,  cara mengepam susu yang betul, makanan terbaik untuk ibu menyusu, tips banyakkan susu, dan sebagainya. Ilmu tentang cara panaskan susu ibu yang betul juga penting supaya susu tak rosak & khasiat yang ada dalam susu tak hilang.

cara panaskan susu 300x225 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

1. Gunakan susu yang paling lama terlebih dahulu.

2. Susu perlu disimpan didalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan sahaja. Terdapat beberapa cara untuk panaskan susu untuk bayi anda:

  1. Keluarkan dari freezer ( tempat beku) & simpan di bahagian bawah peti sejuk pada malam sebelumnya. Apabila cair sepenuhnya, boleh panaskan dengan merendamkan dalam air suam atau warmer.
  2. Letakkan di bawah air paip yang mengalir. Apabila telah cair 100%, boleh panaskan dalam warmer atau rendaman air suam.
  3. Terus direndam dalam air suam.

cara panaskan susu2 300x213 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

3. Jangan biarkan air di dalam warmer, mangkuk air suam atau dari paip menyentuh bahagian mulut bekas simpanan susu.

4. Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam setelah dicairkan.

5. Jangan panaskan susu didalam ketuhar gelombang mikro atau haba terus ke atas susu ibu. Ini mungkin menimbulkan ketulan susu dan memusnahkan antibodi yang terkandung di dalamnya.

6. Goncang sedikit bekas simpanan untuk mencampurkan semula susu yang terbahagi dan menyebarkan haba dengan rata. Jangan kacau susu ibu.

7. Baki susu dalam botol selepas diberikan kepada bayi perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. Itulah sebabnya sangat penting untuk panaskan susu mengikut amaun yang akan diminum supaya tak membazir.

8. Seperti makanan lain, jangan bekukan kembali susu ibu yang cair sepenuhnya atau separa cair.

Berapa lama susu ibu boleh tahan?

Deep freezer: 6-12 bulan.

Peti ais 2 pintu: 3-6 bulan.

Peti ais 1 pintu: 2 minggu.

cara panaskan susu1 300x185 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Semoga info tentang cara panaskan susu ibu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda.Pastikan susu perahan anda dipanaskan dengan cara yang betul supaya khasiat susu tidak hilang, rugi sangat! Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee membantu perjalanan penyusuan anda lebih lancar. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Alhamdulillah. Kebelakangan ni kesedaran tentang kepentingan susu ibu semakin meningkat. Makin ramai ibu yang memilih untuk menyusukan bayi secara ekslusif tanpa susu formula. Sanggup bersusah-payah mengepam susu untuk ditinggalkan kepada anak. Istimewa untuk anda, jom saya kongsikan cara pam susu badan yang betul.

cara pam susu badan yang be 300x256 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

1. Basuh tangan anda sebelum memerah susu. Pastikan tangan anda bersih supaya tiada sebarang pencemaran dalam susu perahan anda.

2. Simpan dalam jumlah kecil (2-4 auns/60-120 mL) untuk mengelakkan pembaziran. Kalau bayi anda minum lebih, lebihkan auns.

3. Jika anda mengepam stok harian, pastikan anda mengepam lebih daripada yang diminum untuk kes emergency seperti anda terpaksa balik lewat, etc. Lebih adalah lebih bagus daripada tak cukup. Nanti kesian anak kelaparan.

4. Anda boleh campurkan susu ibu yang dihasilkan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah yang diingini dalam bekas simpanan. Sejukkan susu ibu yang baru dihasilkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam bahagian utama peti sejuk atau dalam bekas penyejuk dengan ais atau pek ais, kemudian tambahkan dengan susu ibu yang dihasilkan pada hari yang sama dan telah disejukkan.

5. Jangan campurkan susu ibu yang suam dengan susu beku kerana ia akan mencairkan sedikit susu yang telah beku.

6. Elakkan juga dari mencampur susu dari hari berlainan.

7. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas bekas simpanan kerana susu ibu mengembang ketika membeku. Tinggalkan ruang lebih kurang seinci.

cara pam susu badan yang be1 300x212 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

8. Pastikan bekas simpanan yang digunakan ialah BPA free.

9. Tandakan bekas simpanan dengan tarikhnya menggunakan label dan dakwat kalis air.

10. Susu ibu akan “terbahagi” ketika penyimpanan. Bahagian atas susu ibu (krim) akan kelihatan lebih pekat dan putih. Goncang bekas simpanan dengan lembut untuk mencampurkan bahagian yang terpisah TETAPI elakkan mengoncang dengan kuat.

11. Bergantung kepada diet ibu, warna susu ibu mungkin berlainan setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan). Bau juga akan berubah. Susu ibu yang beku juga mungkin mempunyai bau yang berbeza dari yang segar dan tiada sebab untuk tidak menggunakannya selagi bayi mahu minum.

12. Jangan lupa untuk mengamalkan perkara asas penyusuan & amalan pemakan yang baik untuk ibu menyusu bagi memastikan susu anda tidak kering. Jika susu anda tiba-tiba merudum, jangan susah hati. Boleh amalkan petua banyakkan susu yang terbukti berkesan ini.

13. Pengambilan supplement seperti Set Menyusu Shaklee membantu anda kekal bertenaga, sihat, dan tidak stres. Kesemua elemen ini mempengaruhi susu badan anda. Kalau penat, stres, susu pun akan kurang. Betul tak?

14. Info tentang cara panaskan susu perahan dengan betul ini juga pastinya bermanfaat untuk anda.

Semoga info tentang cara pam susu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda. Perjalanan menyusukan anak selama 2 tahun tak mudah, tapi ianya tidak mustahil. Percayalah! Nak order Set Menyusu Shaklee bagi mengindahkan perjalanan penyusuan anda? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Muntah susu jangan dipandang ringan. Kebanyakan kes kematian bayi adalah berpunca dari muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan tak dapat bernafas. Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu untuk mengamalkan tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.

tips elakkan bayi muntah su 300x206 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Tak kira sama ada anda sedang mengandung, sudah melahirkan, dan tak kira juga sama ada ini adalah anak pertama anda atau pun anak kedua atau ketiga, tips ini adalah penting untuk anda. Tips elakkan bayi muntah susu:

1. Tegakkan badan bayi sebaik selesai menyusu.

Tegakkan badan bayi sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpuk didalam mulut kerana dalam keadaan tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada didalam mulut.

2. Sendawakan bayi selepas menyusu.

Jangan sesekali abaikan amalan sendawakan bayi selepas menyusu. Bayi wajib disendawakan setiap kali habis menyusu. Lagi banyak sendawa, lagi bagus. Sesetengah bayi mengambil masa yang agak lama untuk sendawa, jangan cepat bosan. Teruskan proses sendawakan bayi sehingga bayi sendawa, sekurang-kurangnya sekali.

3. Elakkan pergerakan membuai semasa & selepas menyusu.

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi kedalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bai selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang-kurangnya 15 minit.

4. Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan semasa tidur.

Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang-kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring & tepuk bayi perlahan-lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu & jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

tips elakkan bayi muntah su1 300x209 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

5. Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.

Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga-jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.

6. Periksa sekiranya ada susu yang keluar dari mulut bayi semasa tidur.

Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan ditinggalkan sendirian. Kadang-kadang ada susu yang terkumpul didalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.

7. Jangan biarkan bayi menyusu botol sendiri.

Apabila bayi sudah besar, ramai ibu yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal atau pun memegang botol susu sendiri. Malah ada yang membiarkan bayi sendirian didalam buai sambil menyusu. Ini adalah sangat BAHAYA! Jangan sesekali jadikan sebagai amalan.

tips elakkan bayi muntah su2 300x173 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Semoga tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal tadi bermanfaat untuk anda. Boleh juga print tips ini dan berikan kepada pengasuh sebagai panduan atau pun lekatkan di peti sejuk sebagai panduan suami jika anda out station.  Anda juga boleh amalkan petua banyakkan susu yang saya kongsikan di sini. Enjoy your breastfeeding journey!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Risau susu tak cukup dan anak menangis kelaparan? Atau pun anda sedang mengandung dan dalam proses mencari ilmu tentang penyusuan? Tahniah…. anda adalah ibu yang sangat prihatin kerana mementingkan penyusuan susu ibu. Anda sedang mencari petua banyakkan susu badan? Jom saya kongsikan petua untuk anda amalkan.

petua banyakkan susu badan1 300x169 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Petua Banyakkan Susu Badan

1. Roam in dengan bayi sejurus selepas melahirkan

Selepas melahirkan, anda boleh terus susukan bayi. Ianya bukan sahaja baik untuk emosi ibu dan anak, malah ia sangat membantu dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda.

2. Susukan bayi mengikut permintaan (on demand)

Susukan bayi setiap kali diminta. Jangan sesekali membuat jadual waktu untuk menyusukan anak. Elakkan memberikan susu formula atau air kosong kepada bayi. Jika anak terus menangis walau pun sudah disusukan, jangan gusar. Bukannya bermakna anak anda masih lapar. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.

3. Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Air mencukupi adalah sangat penting bagi penghasilan susu badan yang banyak. Jika anda kurang minum air, susu anda akan merudum. Kalau anda sedang berpuasa usah risau, jom amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini.

petua banyakkan susu badan2 300x214 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

4. Pam susu anda

Anda wajib mula mengepam seawal tempoh berpantang. Jangan tunggu seminggu sebelum mula berkerja baru nak mengepam. Mengepam bukan sahaja bertujuan untuk mengumpul stok susu perahan atau ebm, tapi juga bagi menggalakkan penghasilan susu. Pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali, insya Allah susu anda akan melimpah-ruah. Teruskan mengepam apabila anda mula bekerja semula.

5. Power pumping

Amalan power pumping adalah sangat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Tak tahu apa itu power pumping? Jom baca penerangan saya di sini.

5. Jangan stress

Stress adalah musuh utama penyusuan susu ibu. Bila kita stress secara automatik susu kita akan merudum. Oleh itu elakkan stress.

petua banyakkan susu badan3 300x256 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

6. Elakkan penat berlebihan

Seperti stress, penat yang berlebihan juga boleh menyebabkan susu anda berkurangan. Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan segar dan tidak terlalu penat.

7. Makanan seimbang.

Adalah sangat penting bagi ibu yang menyusukan untuk mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh penyusuan. Anda boleh membaca tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusukan yang saya kongsikan di sini. Tak mampu nak ambil makanan seimbang setiap hari? Usah gusar. Sebagai alternatif anda boleh mengambil set penyusuan Shaklee yang membekalkan anda semua nutrien yang diperlukan oleh ibu menyusukan.

8. Doa

Petua banyakkan susu badan yang terakhir ialah doa. Doa adalah kunci kejayaan sebuah penyusuan. Tak kira apa pun agama anda, jangan lupa untuk berdoa agar perjalanan penyusuan kita berjalan dengan lancar. Berdoa setiap hari agar anak kita dimurahkan rezeki & mendapat susu yang melimpah-ruah.

petua banyakkan susu badan 300x204 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Semoga petua banyakkan susu yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda. Jika terdapat sebarang soalan atau kemusykilan tentang penyusuan susu ibu, anda boleh hubungi saya. Insya Allah kita berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

pixel Petua Banyakkan Susu Badan Yang Semua Ibu Wajib Amalkan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.