-

Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Semakin dekat tarikh bersalin, semakin berdebar rasa hati. Bukan isteri je yang berdebar. Suaminya pun berdebar sekali. Air selusuh membantu isteri bersalin lebih  mudah. Jom saya kongsikan cara buat air selusuh sendiri tanpa perlu minta dari ustaz atau bidan. 

cara buat air seluruh 300x212 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Anda cuma perlukan air zam-zam. Kalau takde, air kosong pun boleh. Caranya:

1. Mulakan dengan Al-Fatihah.

cara buat air seluruh1 300x218 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

2. Baca surah Al-Hasyar ayat 21-24.

cara buat air seluruh2 300x182 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

3. Selawat Syifa’

cara buat air seluruh3 300x184 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

4. Doa Selusuh.

cara buat air seluruh4 300x200 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

5 Doa Pemudah.

air selusuh 300x104 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Ada Orang Buat Air Selusuh Gunakan Akar Fatimah. Tapi Ada Terbaca Yang Air Akar Fatimah Boleh Membahayakan Keselamatan Ibu Dan Bayi. Betul Ke?

Betul. Akar fatimah adalah bahaya kalau tak diminum dengan cara yang betul. Dari pembacaan saya, banyak berlaku komplikasi semasa bersalin disebabkan oleh air akar fatimah. Di antaranya ialah rahim pecah kerana kontraksi yang terlalu kuat, sakit bersalin yang terlalu kuat walau pun jalan belum terbuka, terteran awal sebelum waktunya sebab tarlalu sakit lalu menyebabkan luka besar & perlukan banyak jahitan. Malah, ada ramai misi yang tak benarkan minum air selusuh . Kalau nampak, akan disuruh buang.

Jika anda memilih untuk minum air akar fatimah, pastikan anda minum selepas jalan terbuka sepenuhnya. Bukan SEBELUM. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi yang tak diingini. Kalau anda tak pasti caranya, tak payah minum pun takpe. Nyawa anda dan bayi jauh lebih penting.

Mudah aje kan? Semoga info tentang cara buat air selusuh sendiri itu tadi bermanfaat untuk anda. Set Berpantang Shaklee adalah set berpantang terbaik di pasaran, tanpa herba yang selamat untuk bayi. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Menyusukan anak sememangnya memerlukan ilmu. Anda perlu tahu perkara asas penyusuan,  cara mengepam susu yang betul, makanan terbaik untuk ibu menyusu, tips banyakkan susu, dan sebagainya. Ilmu tentang cara panaskan susu ibu yang betul juga penting supaya susu tak rosak & khasiat yang ada dalam susu tak hilang.

cara panaskan susu 300x225 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

1. Gunakan susu yang paling lama terlebih dahulu.

2. Susu perlu disimpan didalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan sahaja. Terdapat beberapa cara untuk panaskan susu untuk bayi anda:

  1. Keluarkan dari freezer ( tempat beku) & simpan di bahagian bawah peti sejuk pada malam sebelumnya. Apabila cair sepenuhnya, boleh panaskan dengan merendamkan dalam air suam atau warmer.
  2. Letakkan di bawah air paip yang mengalir. Apabila telah cair 100%, boleh panaskan dalam warmer atau rendaman air suam.
  3. Terus direndam dalam air suam.

cara panaskan susu2 300x213 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

3. Jangan biarkan air di dalam warmer, mangkuk air suam atau dari paip menyentuh bahagian mulut bekas simpanan susu.

4. Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam setelah dicairkan.

5. Jangan panaskan susu didalam ketuhar gelombang mikro atau haba terus ke atas susu ibu. Ini mungkin menimbulkan ketulan susu dan memusnahkan antibodi yang terkandung di dalamnya.

6. Goncang sedikit bekas simpanan untuk mencampurkan semula susu yang terbahagi dan menyebarkan haba dengan rata. Jangan kacau susu ibu.

7. Baki susu dalam botol selepas diberikan kepada bayi perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. Itulah sebabnya sangat penting untuk panaskan susu mengikut amaun yang akan diminum supaya tak membazir.

8. Seperti makanan lain, jangan bekukan kembali susu ibu yang cair sepenuhnya atau separa cair.

Berapa lama susu ibu boleh tahan?

Deep freezer: 6-12 bulan.

Peti ais 2 pintu: 3-6 bulan.

Peti ais 1 pintu: 2 minggu.

cara panaskan susu1 300x185 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Semoga info tentang cara panaskan susu ibu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda.Pastikan susu perahan anda dipanaskan dengan cara yang betul supaya khasiat susu tidak hilang, rugi sangat! Pengambilan Set Breastfeeding Shaklee membantu perjalanan penyusuan anda lebih lancar. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Panaskan Susu Ibu Yang Betul Supaya Khasiat Tak Hilang

Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Alhamdulillah. Kebelakangan ni kesedaran tentang kepentingan susu ibu semakin meningkat. Makin ramai ibu yang memilih untuk menyusukan bayi secara ekslusif tanpa susu formula. Sanggup bersusah-payah mengepam susu untuk ditinggalkan kepada anak. Istimewa untuk anda, jom saya kongsikan cara pam susu badan yang betul.

cara pam susu badan yang be 300x256 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

1. Basuh tangan anda sebelum memerah susu. Pastikan tangan anda bersih supaya tiada sebarang pencemaran dalam susu perahan anda.

2. Simpan dalam jumlah kecil (2-4 auns/60-120 mL) untuk mengelakkan pembaziran. Kalau bayi anda minum lebih, lebihkan auns.

3. Jika anda mengepam stok harian, pastikan anda mengepam lebih daripada yang diminum untuk kes emergency seperti anda terpaksa balik lewat, etc. Lebih adalah lebih bagus daripada tak cukup. Nanti kesian anak kelaparan.

4. Anda boleh campurkan susu ibu yang dihasilkan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah yang diingini dalam bekas simpanan. Sejukkan susu ibu yang baru dihasilkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam bahagian utama peti sejuk atau dalam bekas penyejuk dengan ais atau pek ais, kemudian tambahkan dengan susu ibu yang dihasilkan pada hari yang sama dan telah disejukkan.

5. Jangan campurkan susu ibu yang suam dengan susu beku kerana ia akan mencairkan sedikit susu yang telah beku.

6. Elakkan juga dari mencampur susu dari hari berlainan.

7. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas bekas simpanan kerana susu ibu mengembang ketika membeku. Tinggalkan ruang lebih kurang seinci.

cara pam susu badan yang be1 300x212 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

8. Pastikan bekas simpanan yang digunakan ialah BPA free.

9. Tandakan bekas simpanan dengan tarikhnya menggunakan label dan dakwat kalis air.

10. Susu ibu akan “terbahagi” ketika penyimpanan. Bahagian atas susu ibu (krim) akan kelihatan lebih pekat dan putih. Goncang bekas simpanan dengan lembut untuk mencampurkan bahagian yang terpisah TETAPI elakkan mengoncang dengan kuat.

11. Bergantung kepada diet ibu, warna susu ibu mungkin berlainan setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan). Bau juga akan berubah. Susu ibu yang beku juga mungkin mempunyai bau yang berbeza dari yang segar dan tiada sebab untuk tidak menggunakannya selagi bayi mahu minum.

12. Jangan lupa untuk mengamalkan perkara asas penyusuan & amalan pemakan yang baik untuk ibu menyusu bagi memastikan susu anda tidak kering. Jika susu anda tiba-tiba merudum, jangan susah hati. Boleh amalkan petua banyakkan susu yang terbukti berkesan ini.

13. Pengambilan supplement seperti Set Menyusu Shaklee membantu anda kekal bertenaga, sihat, dan tidak stres. Kesemua elemen ini mempengaruhi susu badan anda. Kalau penat, stres, susu pun akan kurang. Betul tak?

14. Info tentang cara panaskan susu perahan dengan betul ini juga pastinya bermanfaat untuk anda.

Semoga info tentang cara pam susu yang betul itu tadi bermanfaat untuk anda. Perjalanan menyusukan anak selama 2 tahun tak mudah, tapi ianya tidak mustahil. Percayalah! Nak order Set Menyusu Shaklee bagi mengindahkan perjalanan penyusuan anda? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Pam Susu Badan Yang Betul Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

Dah penat jaga makan, bersenam, makan ubat kurus mahal-mahal. Bila timbang, berat macam tu jugak. Inch loss pun takde. Jangan give up! Jom tengok kenapa berat badan tak turun.

kenapa berat tak turun2 300x191 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

1. Sarapan tidak sihat
Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil sarapan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya? Nasi lemak, teh tarik. Kalau yang nak berdiet kononnya taknak makan sarapan berat, makan biskut cicah milo. Tahukah anda bahawa biksut kering cicah milo bukan sarapan yang sihat?

2. Tak minum air secukupnya
Di antara punca kenapa berat badan tak turun ialah tak minum air kosong secukupnya. Ramai yang tak ambil berat pasal ni.

3. Minuman yang kononnya bagus untuk turunkan berat badan, tapi sebenarnya TIDAK! 
Diet soda, limau ais, limau suam. Bila sebut, mesti kita rasa boleh bantu turunkan berat badan. Tapi sebenarnya tidak! Sebab apa? Dalam tu ada gula putih yang menjadi punca kenapa berat tak turun.

4. Bersenam dengan perut kosong
Bila kita bersenam, badan perlukan nutrisi  dari makanan sebagai bahan bakar untuk membakar kalori. Kalau kita berlapar dan tak makan langsung, macam mana badan nak bakar kalori kalau takde bahan bakar?

5. Makan makanan tinggi kalori selepas bersenam
Biasa tak tengok orang beli nasi lemak lepas bersenam. Macam mana nak turunkan berat badan kalau kalori yang masuk lagi banyak daripada yang dibakar semasa bersenam? Oleh itu, elakkan makanan berkalori tinggi walau pun selepas bersenam. Sebaliknya, ambil makanan pembakar lemak.

kenapa berat tak turun1 300x221 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

6. Stress
Bila stres mesti nak makan coklat. Bila stres mesti banyak makan. Makan makanan berkalori tinggi pulak tu. Macam mana berat nak turun?

7. Tidak makan nasi
Ramai yang buat kesilapan ni. Taknak makan nasi, takut gemuk. Tapi gantikan dengan kuew tiaw, mee, maggi, roti, kerepek, biskut yang jauh lebih tinggi kandungan kalori daripada nasi. Yang sebenarnya boleh je makan nasi setiap hari, tapi janganlah makan sampai 3 pinggan.

Itulah dia 7 sebab kenapa berat badan tak turun walau pun jenuh berdiet dan bersenam. Ramai yang buat kesilapan ni kan? Sekarang anda dah tahu. Anda juga boleh amalkan 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan ini. Pengambilan Set Kurus Shaklee membantu meningkatkan metabolisma badan supaya lebih banyak lemak dibakar & dibuang dari tubuh badan. Kalau metabolisma tinggi, insya Allah lagi cepat kurus. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Tahukah anda bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang mampu meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri? Jadi, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung bolehlah amalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ini.

makanan untuk cepat mengand 300x194 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Selain mengamalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ni, anda juga perlu mengetahui bilakah waktu subur isteri dan waktu paling subur suami. Selain mengamalkan petua mudah mengandung dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan anda susah mengandung. Nak tahu apakah 10 jenis makanan tersebut?

1. Buah-buahan & sayuran organik

Buah-buahan dan sayuran organik yang dimaksudkan ialah bebas GMO dan bebas racun kimia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian disebabkan makan epal kan? Jadi, bila nak makan buah pilih buah-buahan tempatan & yang cepat rosak, bukan yang boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais tanpa rosak.

Begitu juga dengan sayur. Jangan pilih sayur yang hijau & nampak perfect. Cari yang ada kesan dimakan ulat. Kalau anda makan hasil tanaman sendiri lagi bagus. Terjamin bebas racun & bahan kimia berbahaya.

2. Makanan Tinggi Serat

Serat membantu pergerakan usus berjalan dengan lancar sekali gus membuang semua toksin yang ada dalam badan. Di antara makanan tinggi serat ialah bijirin, kekacang, gandum, nasi, dan roti berasaskan gandum. Nak detoks dengan mudah? Anda boleh amalkan Alfalfa Shaklee.

3. Bayam

Bayam hijau mengandungi antioksida, zat besi & folik asid yang membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membantu sistem reproduksi berfungsi dengan baik.

4.  Folik asid

Pengambilan Folik Asid membantu meningkatkan kualiti sel telur yang dihasilkan setiap bulan, dan secara automatik meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

Folik Asid boleh didapati dari kacang soya, kuning telur, kubis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli, dan sebagainya. Kalau anda kurang makan sayur, boleh amalkan B Complex Shaklee. Cuma ambil satu biji sehari, mudah sangat.

5. Makanan yang melancarkan kitaran haid

Antara punca utama susah untuk mengandung ialah masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mengetahui bilakah waktu subur. Oleh itu anda boleh amalkan makanan yang membantu memebetulkan kitaran haid seperti kentang  manis, kacang peas, carrot, dan sebagainya.

makanan untuk cepat mengand1 300x211 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Anda juga boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfa Shaklee untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan dan dos yang betul, biasanya haid anda akan teratur selepas 2 bulan.

6. Makanan kaya dengan vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan daya imuniti badan, menjadikan badan kuat dari sebarang jangkitan. Secara automatik sel benih kita juga akan menjadi semakin kuat. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus seperti oren, limau. Juga dari brokoli, kubis, pisang, buah pear, labu, dan sebagainya.

7. Produk tenusu

Ia bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan. Di antara produk tenusu yang mudah didapati ialah dari susu segar, yogurt, dadih, dan keju.

8. Kekacang

Kekacang kaya dengan omega 3 yang membantu meningkatkan kualiti benih dan kesuburan anda. Bila lapar dan rasa nak mengunyah, makan kekacang. Bukannya jajan atau makanan segera.

9. Elakkan makanan “panas”, “sejuk” dan “tajam”

Kenal-pasti apakah makanan yang termasuk dalam katergori di atas dan elakkan dari menu seharian. Contoh makanan panas ialah makanan mempunyai ragi seperti tapai. Makanan tajam ialah seperti nenas, air tebu, dan air coke. Sementara makanan panas sejuk ialah cendawan, keladi, dan betik.

10. Makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan

Set Kesuburan Shaklee sememangnya terbukti berkesan membantu meningkatkan kesuburan suami isteri supaya mudah mengandung. Jom tengok testimoni mereka yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.

Kalau anda dah ambil Set Kesuburan Shaklee tapi masih belum mengandung, anda boleh jawab beberapa soalan di sini untuk mendapatkan jawapan kenapa anda masih belum mendapat berita gembira.

ebook 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya di talian 012-9025232 sekarang!

Anda nak mengandung? Jangan lupa masukkan 10 makanan untuk cepat mengandung di atas ke dalam menu harian anda. Kalau anda ambil Set Kesuburan Shaklee, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Bilakah Waktu Subur Lelaki

Biasanya pasangan yang sedang berusaha untuk mengandung akan sibuk mengira tarikh subur isteri. Tapi terlupa bahawa untuk mengandung, suami pun memainkan peranan yang penting. Bila kita tahu bilakah waktu subur lelaki, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan meningkat.

waktu subur lelaki 300x204 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Bilakah Waktu Subur Lelaki?

Apakah yang dimaksudkan dengan bilakah waktu subur lelaki? Kalau orang perempuan, biasanya waktu subur adalah dalam lingkungan 14 hari selepas haid. Itu pun kalau period kita regular setiap bulan. Bagi yang ada masalah haid tidak teratur, agak sukar untuk menentukan bilakah waktu subur, tapi ada cara kiraannya.

Bagi lelaki, waktu subur yang dimaksudkan ialah waktu di mana sperma berada dalam keadaan terbaik & bersedia untuk proses persenyawaan. Ianya berkaitan dengan suhu badan lelaki. Suhu yang paling ideal untuk sperma ialah suhu yang sejuk. Bila badan lelaki sejuk, jumlah sperma adalah banyak & dalam keadaan baik untuk persenyawaan.

Manakala dalam cuaca panas, bilangan sperma akan berkurangan & kurang bersedia untuk berenang ke arah ovum untuk proses persenyawaan. Oleh itu, jawapan bagi soalan bilakah waktu subur lelaki ialah pada waktu pagi. Dan secara spesifiknya ialah pada pukul 6.00 hingga 7.00 pagi.

Jika lelaki mengeluarkan sperma pada waktu pagi yang sejuk, sperma yang dikeluarkan adalah dalam kuantiti yang banyak & bertenaga. Boleh berenang dengan lincah mencari ovum. Dan insya Allah, peluang anda untuk mengandung akan meningkat. Berbanding jika anda melakukan hubungan pada waktu cuaca panas.

Kalau anda tinggal di kawasan beriklim 4 musim, musim sejuk adalah waktu paling subur lelaki. Kalau kat Malaysia, musim tengkujuh yang sejuk tu sesuai sangatlah untuk aktif bersama, supaya cepat mengandung. ^_^

Selain mengetahui bilakah waktu subur lelaki, adalah sangat penting untuk mengetahui apakah masalah kesuburan yang sering dialami oleh lelaki dan juga tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

waktu subur lelaki1 300x204 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Jika suami anda mengalami masalah kesuburan, jangan risau. Masih ada peluang untuk anda mengandung. Tak percaya? Jom tengok testimoni seorang pelanggan saya yang dah berjaya mengandung walau pun suaminya mengalami masalah kurang sperma & beliau sendiri mengalami masalah tiub falopio tersumbat. Alhamdulillah… beliau dah pun selamat melahirkan bayi perempuan.

Selain itu, pengambilan Vitamin Cinta boleh meningkatkan kesuburan lelaki. Set ini mengandungi Vitamin E & Zinc Complex yang berfungsi meningkatkan jumlah sperma dan menghasilkan sperma yang gagah perkasa. Dan yang paling best, berdasarkan testimoni isteri-isteri, suami yang mengamalkan Vitamin Cinta akan perform dengan lebih baik dan tahan lama bila bersama. Tak percaya? Jom tengok gambar dibawah ni:

waktu subur lelaki2 300x212 Bilakah Waktu Subur Lelaki

waktu subur lelaki3 300x225 Bilakah Waktu Subur Lelaki

waktu subur lelaki4 300x248 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Kesimpulannya, untuk meningkatkan peluang anda untuk mengandung, anda perlu tahu bilakah waktu subur suami isteri di samping  meningkatkan kesuburan anda suami isteri dan mengelakkan perkara yang boleh menjadi punca ketidaksuburan. Dan jangan lupa amalkan tips meningkatkan kesuburan lelaki ini. Dan semestinya anda akan menjadi semakin gagah & subur apabila mengamalkan Vitamin Cinta Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Bilakah Waktu Subur Lelaki

Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Senggugut memang mengerikan. Hanya orang yang rasa je tahu betapa siksanya nak mengadap senggugut setiap kali datang bulan. Sampai bila nak bergantung kepada pain killer? Jom amalkan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan ini. Saya janji anda akan bebas senggugut & PMS buat selama-lamanya.

Cara hilangkan senggugut ya9 300x229 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Sebelum saya kongsikan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan, adalah penting untuk anda mengenalpasti apakah jenis senggugut yang anda alami? Sama ada jenis Primary Dysmenorrea atau pun Secondary Dysmenorrea.

Jika anda mengidap senggugut jenis kedua, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan, disamping mengamalkan petua tradisional merawat senggugut dan cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan yang akan saya kongsikan sebentar lagi.

Apakah dia cara hilangkan senggugut yang terbukti berkesan tu? Jawapannya ialah Set Senggugut Shaklee yang terdiri daripada GLA Complex,  B Complex, dan Ostematrix.

Cara hilangkan senggugut ya 300x243 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Bagaimana Set Ini membantu hilangkan senggugut buat selama-lamanya?

Setiap vitamin dalam set ini mempunyai fungsi tersendiri & gabungan kesemua vitamin telah terbukti membantu menghilangkan senggugut. Buktinya? Saya akan kongsikan testimoni sebentar lagi. Jom saya ceritakan fungsi vitamin dalam set ini.

GLA Complex berfungsi menstabilkan hormon yang menjadi punca senggugut yang dihadapi setiap bulan. Senggugut terjadi apabila badan gagal menukar asid Linolenik kepada GLA lalu menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan hormon.

Jadi pengambilan GLA Complex membantu mengatasi masalah tersebut. GLA Complex juga membantu penghasilan hormon Prostaglandin & mengurangkan masalah payudara sensitif yang biasa dihadapi semasa datang bulan.

B Complex pula membekalkan vitamin B Complex khususnya B5, B6, dan B12 yang sememangnya terbukti membantu mengurangkan senggugut. B Complex yang juga dikenali sebagai vitamin gembira juga membekalkan vitamin B5 & B12 kepada kelanjar adrenalin supaya kita terhindar daripada stres.

Vitamin B6 pula membantu mengatasi masalah kembung perut, cramp, pening, dan segala macam rasa tak best yang biasa dialami semasa PMS. Kan biasa bila nak datang bulan kita akan alami PMS? Pengambilan B Complex akan hilangkan simptom tak best PMS yang selalu kita alami tu. Best kan?

Ostematrix pula membantu hilangkan masalah kekejangan, sakit badan, sakit kepala, lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, dan sengal badan yang biasa dihadapi semasa PMS.

Gabungan ketiga-tiga vitamin dalam set senggugut Shaklee ini akan membantu mengatasi masalah PMS dan senggugut yang anda alami buat selama-lamanya. Hebat kan? Kalau anda ada bajet lebih, boleh tambah Alfalfa Complex yang mempunyai 1001 kebaikan seperti membetulkan kitaran haid, menghilangkan keputihan, dan juga perapat yang sangat sesuai dalam penjagaan organ intim wanita.

Testimoni Mereka Yang Berjaya Hilangkan Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee

Tak perlu cakap banyak, jom kita tengok apa kata mereka yang berpuas hati dengan set ini:

Cara hilangkan senggugut ya1 300x221 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya2 300x221 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya3 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya4 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya5 300x199 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya6 300x248 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya7 300x212 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Cara hilangkan senggugut ya8 300x212 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Menarik kan? Jadi, jika anda mengalami masalah senggugut setiap kali datang bulan jangan berlengah lagi. Memang dah ditakdirkan hari ini anda berjumpa dengan entry saya ni. Hubungi saya untuk mendapatkan set senggugut Shaklee dengan konsultasi terbaik, dan percayalah! Anda juga akan menjadi sebahagian daripada wanita-wanita di atas yang berkongsi berita gembira selepas mengamalkan set senggugut Shaklee.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Senggugut Yang Terbukti Berkesan

Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Muntah susu jangan dipandang ringan. Kebanyakan kes kematian bayi adalah berpunca dari muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan tak dapat bernafas. Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu untuk mengamalkan tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.

tips elakkan bayi muntah su 300x206 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Tak kira sama ada anda sedang mengandung, sudah melahirkan, dan tak kira juga sama ada ini adalah anak pertama anda atau pun anak kedua atau ketiga, tips ini adalah penting untuk anda. Tips elakkan bayi muntah susu:

1. Tegakkan badan bayi sebaik selesai menyusu.

Tegakkan badan bayi sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpuk didalam mulut kerana dalam keadaan tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada didalam mulut.

2. Sendawakan bayi selepas menyusu.

Jangan sesekali abaikan amalan sendawakan bayi selepas menyusu. Bayi wajib disendawakan setiap kali habis menyusu. Lagi banyak sendawa, lagi bagus. Sesetengah bayi mengambil masa yang agak lama untuk sendawa, jangan cepat bosan. Teruskan proses sendawakan bayi sehingga bayi sendawa, sekurang-kurangnya sekali.

3. Elakkan pergerakan membuai semasa & selepas menyusu.

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi kedalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bai selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang-kurangnya 15 minit.

4. Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan semasa tidur.

Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang-kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring & tepuk bayi perlahan-lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu & jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

tips elakkan bayi muntah su1 300x209 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

5. Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.

Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga-jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.

6. Periksa sekiranya ada susu yang keluar dari mulut bayi semasa tidur.

Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan ditinggalkan sendirian. Kadang-kadang ada susu yang terkumpul didalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.

7. Jangan biarkan bayi menyusu botol sendiri.

Apabila bayi sudah besar, ramai ibu yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal atau pun memegang botol susu sendiri. Malah ada yang membiarkan bayi sendirian didalam buai sambil menyusu. Ini adalah sangat BAHAYA! Jangan sesekali jadikan sebagai amalan.

tips elakkan bayi muntah su2 300x173 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Semoga tips elakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal tadi bermanfaat untuk anda. Boleh juga print tips ini dan berikan kepada pengasuh sebagai panduan atau pun lekatkan di peti sejuk sebagai panduan suami jika anda out station.  Anda juga boleh amalkan petua banyakkan susu yang saya kongsikan di sini. Enjoy your breastfeeding journey!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Elakkan Bayi Muntah Susu Yang Mudah Dan Praktikal

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang & belakang adalah perkara yang sinonim dengan ibu mengandung. Ianya akan dilalui seawal minggu-minggu pertama kehamilan & boleh berterusan sehingga anda melahirkan. Jom saya kongsikan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang berkesan dan selamat untuk anda & bayi.

tips hilangkan sakit pingga 300x255 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Jika anda sedang mengalami sakit pinggang, jom amalkan tips-tips berikut:

1. Kasut ibu mengandung

Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit tinggi. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang.

2. Jangan duduk terlalu lama

Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama, terutamnya jika anda bekerja. Sejam sekali anda perlu bangun & berjalan supaya beredaran darah berjalan dengan betul di seluruh badan.

3. Posisi tidur

Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh gunakan bantal ni kalau ada bajet.

4. Alas perut dengan bantal

Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

tips hilangkan sakit pingga1 300x166 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

5. Tali pinggang

Gunakan tali pinggang khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong pinggang supaya mengurangkan sakit pinggang yang dialami.

6. Tuam

Jika rasa sakit yang melampau, boleh tuam dengan air panas atau pun ais. Tuam sehingga kesakitan berkurangan.

7. Jangan angkat berat

Jangan sesekali  angkat benda berat sepanjang tempoh kehamilan.

8. Berjalan kaki

Amalkan  berjalan kaki sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari. Ia bukan sahaja melegakan sakit pinggang malah membantu memberikan kesegaran kepada anda. Tak perlu jalan laju-laju, perlahan sahaja dah memadai. 

9. Jaga postur badan

Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

10. Kurma

Kurma adalah makanan yang sangat bagus untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan semasa menyusukan anak. Jom baca khasiat kurma untuk ibu mengandung yang saya kongsikan di sini. Dan jangan lupa untuk mengamalkan amalan pemakanan untuk ibu mengandung.

11. Kalsium

Selain mengamalkan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya senaraikan diatas, pengambilan kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf  yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Insya Allah, kalau kita ambil kalsium dengan secukupnya, gejala sakit pinggang dan badan akan berkurangan. Kalsium boleh diperoleh dari susu, kekacang, keju, buah-buahan, dan sebagainya. Kalau nak lagi mudah, ambil je Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium. Insya Allah dengan pengambilan yang betul, anda akan melihat perubahan positif seawal 5 hari.  Atau pun lagi bagus kalau anda ambil Set Ibu Mengandung Shaklee yang mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung.

tips hilangkan sakit pingga2 300x236 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Semoga tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee? Hubungi saya sekarang. Insya Allah akan mengurangkan masalah sakit pinggang yang anda hadapi. Tak perlu tersiksa lagi!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Bila kita nak kurus, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengamalkan diet seimbang dan bersenam secara konsisten. Pengambilan set kurus akan membantu mempercepatkan lagi proses kita untuk kurus. Kali ni saya nak kongsikan 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan.

turunkan berat badan 300x234 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan 

1. Makan nasi

Jangan skip makan nasi. Kenapa? Kalau tak makan nasi, nanti kita lapar. Bila lapar kita akan makan macam-macam jajan yang kalorinya adalah jauh lebih tinggi daripada nasi. Oleh itu elakkan daripada lapar. Makan nasi 2 kali sehari dengan syarat ambil nasi sebesar satu penumbuk sahaja dalam setiap meal.

2. Makan sedikit tapi kerap

Kalau kita nak kurus, amalkan makan sedikit tapi kerap. Bukannya makan cuma 2 kali sehari, tapi sekali makan habis 3 pinggan nasi kita belasah. No! No! No! Ingat ye, makan sedikit tapi kerap supaya kita sentiasa kenyang & mengurangkan nafsu makan.

3. Serat

Pastikan kita mengambil serat atau fiber dalam setiap meal yang diambil. Serat boleh diperolehi dari roti, kekacang, dan nasi. Pengambilan serat adalah sanagta penting untuk mengawal nafsu makan.

4. Ketahui jumlah keperluan kalori

Setiap individu mempunyai jumlah keperluan kalori yang berbeza. Adalah penting untuk kita mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan setiap hari & memastikan kita mengambil kalori yang secukupnya, bukannya secara berlebihan.

5. Air manis

Kurangkan pengambilan air manis sama ada kordial atau pun minuman bikarbonat.  Kenapa tak boleh minum air manis? Air manis mempunyai banyak kalori. Kurangkan pengambilan air manis dalam menu seharian, anda akan lihat perubahan bila naik atas mesin penimbang.

6. Air kosong

Amalkan minum air kosong secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 liter. Minum air kosong setiap kali makan, bagi menggantikan air manis. Lagi elok kalau minum air suam, lagi cepat membantu kita untuk kurus.

turunkan berat badan1 287x300 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

7. Makan antara hidangan (snacking)

Snacking adalah sangat penting dalam proses untuk kita menguruskan badan. Snacking akan mengelakkan kita berasa lapar. Adalah lebih baik kalau kita ambil makanan pembakar lemak sebagai snack.

8. Protein

Pastikan dalam setiap meal yang diambil mengandungi protein bagi memastikan kita berasa kenyang, sekali gus membantu mengawal nafsu makan.

9. Bersederhana

Tak perlu nak berdiet secara gila-gila. Cukup dengan besederhana. Amalkan pemakanan yang seimbang, bersenam, dan ambil set kurus yang selamat. Insya Allah anda akan mendapat berat badan yang diimpikan.

10. Set Kurus Shaklee

Pengambikan Set Kurus Shaklee secara konsisten dan dengan aturan makan yang betul pasti membantu anda turunkan berat badan dengan cepat.

ebook kurus sebelum raya 262x300 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Semoga 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan  tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee dengan aturan makan yang betul & ebook percuma? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

pixel 10 Tips Turunkan Berat Badan Yang Komfom Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.