-

Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Kali ni saya nak share tips tambah berat badan dengan cepat yang paling berkesan. Kalau anda amalkan semua tips yang saya bagi ni, insya Allah berat badan anda akan naik dalam tempoh yang singkat.

tambah berat badan dengan c1 300x170 Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Makan makanan berkalori tinggi: Ini adalah langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500-1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Apa dia makanan berkalori tinggi? Senang je. Segala makanan yang bergoreng, bersantan, banyak gula, itulah dia makanan berkalori tinggi.

Makan makanan berkarbohidrat tinggi: Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda. Antara makanan berkarbohidrat tinggi ialah nasi, roti, kentang, sayuran berubi, dan sebagainya.

Makan mengikut jadual: Ambil sarapan pagi, makanan terngah hari, dan makan malam. Di antara 3 tu, jangan lupa makan snek yang berkalori tinggi macam karipap, coklat, aiskrim, kueh dan sebagainya.

Makan lewat malam: Makan malam yang lambat akan menyebabkan badan belum sempat memproses makanan tersebut sebelum tidur. ia juga mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Seeloknya makan dalam tempoh 4 jam sebelum tidur. Nak bagus lagi? Selepas makan terus tidur.

Makan lebih daging merah: Daging merah seperti daging lembu mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot.

Banyakkan berehat: Kalau anda aktif, badan akan membakar kalori lalu menyebabkan anda kurus. Oleh itu, kurangkan aktiviti fizikal. Banyakkan berehat. Duduk tengok tv, surf internet, lagi best kalau buat benda tu sambil makan.

tambah berat badan dengan c2 300x284 Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Minum jus buah-buahan dan susu: Jus buah-buahan kaya dengan gula. Pengambilan gula yang banyak membantu menaikkan berat badan. Susu pun sama.

Bersenam untuk membina otot-otot: Kalau nak bersenam, pilih senaman otot. Bila otot anda bertambah, berat badan pun akan bertambah. Sebaiknya anda lakukan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak.

Minuman Protein selepas bersenam: Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini adalah untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula.

Belajar tangani stress: Tekanan adalah salah satu punca yang menyebabkan kita hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Oleh itu, terlebih dahulu pastikan anda berada dalam golongan mana supaya senang untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.

Mengawasi berat badan: Jangan terlalu fanatik dengan penimbang berat anda. Tak perlu timbang setipa hari. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu dan ini sudah mencukupi.

Set Tambah Berat Badan Shaklee: Set ini membantu meningkatkan selera makan supaya anda kerap berasa lapar. Lagi banyak makan, lagi cepat berat badan anda akan naik. Betul tak?

tambah berat badan dengan c 300x203 Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

 B Complex merupakan vitamin yang membantu merangsang hormon yang mencetuskan rasa gembira & meningkatkan selera makan anda. Badan juga akan naik akibat rangsangan hormon.

Mealshakes juga meningkatkan selera makan & menyebabkan anda selalu lapar.

Vitalea merupakan multivitamin yang memastikan badan anda mendapat semua vitamin yang diperlukan setiap hari. Kalau anda dapat semua nutrien yang diperlukan, barulah tubuh akan jadi lebih sihat. Lagi senang nak naikkan berat badan.

Itulah dia tips tambah berat badan yang dengan cepat yang paling berkesan. Berat badan anda akan semakin cepat bertambah jika anda mengamalkan Set Tambah Berat Badan Shaklee. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

pixel Tips Tambah Berat Badan Dengan Cepat Yang Paling Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.