-

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Anda tertanya-tanya tentang hukum berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi? Nak tahu sama ada berpuasa akan memudaratkan bayi dan ibu? Adakah berpuasa akan menyebabkan perubahan susu badan dan menjejaskan bayi? Jom saya kongsikan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi.

ibu menyusu berpuasa 300x190 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi: Adakah Berpuasa Akan Menyebabkan Susu Berkurangan?

Tahniah kerana anda memberikan yang terbaik kepada bayi anda, iaitu susu ibu yang jauh lebih baik daripada susu formula.Lazimnya perkara pertama yang bermain difikiran ibu ialah berpuasa akan menyebabkan susu merudum. Jangan risau. Anda boleh amalkan tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan di sini dan jangan lupa untuk mengamalkan perkara asas penyusuan. Insya Allah, susu anda tidak akan terjejas walau pun anda berpuasa.

Apakah Hukum Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi?

Islam adalah agama yang mudah dan fleksibel. Terdapat kelonggaran berpuasa kepada ibu yang menyusukan bayi. Insya Allah saya akan menulis tentang ini di masa akan datang.

Adakah Berpuasa Akan Menyebabkab Kualiti Dan Nutrisi Susu Terjejas? Adakah Ia Akan Memudaratkan Bayi?

Semasa berpuasa, badan kita akan mengalami kekurangan kalori. Kekurangan kalori tidak akan menjejaskan kualiti dan nutrisi air susu, jauh sekali memudaratkan bayi. Bayangkan ibu-ibu di negara miskin seperti Afrika atau di negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Mereka kekurangan makanan tetapi masih menyusukan anak. Adakah susu mereka akan menjejaskan anak? Sudah pasti jawapannya tidak.

 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Nak dapatkan Ebook ini? Hubungi saya segera

Adakah Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi Akan Menjejaskan Kesihatan Ibu?

Berpuasa adalah satu ibadah yang baik untuk badan kita & tidak akan menjejaskan kesihatan, walau pun dilakukan semasa menyusukan bayi. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap ibu yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Hasil kajian membuktikan bawaha ibu yang menyusukan bayi mempunyai imbangan kimia dalam darah yang  sama dengan wanita yang tidak menyusukan.

Walau bagaimanapun, menyusukan bayi sambil berpuasa akan membuatkan anda berasa sangat dahaga dan letih. Anda mempunyai risiko untuk mengalami dehydration, oleh itu perhatikan simptom-simptom berikut:

  • Berasa sangat dahaga
  • Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • Rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
  • Sakit kepala atau mengalami kesakitan lain
  • Kepenatan yang melampau

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, anda boleh berbuka. Pastikan anda minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur dan jangan lupa amalan pemakanan untuk ibu menyusukan. Breastfeeding Set Shaklee juga membantu anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa, sekali gus membantu penghasilan susu badan.

Insya Allah, berpuasa tidak akan menjejaskan anda atau bayi. Semoga panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi ini bermanfaat untuk anda. Breastfeeding Set Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Panduan Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Susu Ibu Vs Susu Formula

Dalam isu susu ibu vs susu formula, selalunya ibu-ibu di Malaysia akan mengatakan bahawa susu formula adalah jauh lebih berkhasiat sehinggakan ramai ibu yang bergelar suri rumah, tapi gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun. Puncanya iklan yang mengatakan susu formula kaya dengan pelbagai khasiat.

susu ibu vs susu formula 300x234 Susu Ibu Vs Susu Formula

Momokan Iklan Komersial

Pagi tadi ada seorang kenalan bertanya kepada saya  susu jenama apa yang saya berikan kepada anak saya. Jawapan saya anak menyusu badan. Datang soalan cepu emas dari beliau: “Aihhh.dah setahun 5 bulan takkan menyusu badan lagi? Duit banyak takkan tak mampu beli susu mahal?” Saya terkedu. Tak tau apa jawapan terbaik untuk soalan macam tu. Saya senyum sahaja. Jauh di sudut hati saya rasa sangat sedih sebab ibu-ibu di Malaysia masih belum ada ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Iklan di tv selalu mempromosikan susu formula dengan 1001 kandungan yang boleh meningkatkan kepintaran anak-anak. Tinggi DHA. Tinggi Ganglioksida. Membantu sel-sel otak berhubung. Malah iklan pun menggunakan model-model yang cantik & comel. Ibu-ibu yang menonton pasti tertarik untuk membeli susu formula yang diiklankan dengan harapan anak mereka akan menjadi bijak & comel macam model dalam iklan tersebut.

Terus-terang saya katakan, bukan saya tak mampu untuk membeli susu formula untuk anak saya. Kalau betul susu formula adalah yang terbaik untuk anak saya, tak mungkin saya kedekut untuk mengeluarkan duit untuk membelinya. Buat apalah saya nak berkira? Jadi kenapa saya tidak memberikan susu formula kepada anak saya? Jawapannya: Saya memberikan susu badan kepada anak saya kerana saya yakin susu ibu adalah yang terbaik untuk anak saya.

Kurang Ilmu Tentang Penyusuan Susu Ibu

Dalam isu susu ibu vs susu formula, kebanyakan ibu yang gagal menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu yang tidak mempunyai ilmu tentang penyusuan susu ibu. Sebab tu adalah sangat penting untuk mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu semasa mengandung. Lazimnya, ibu-ibu mengandung di Malaysia menghabiskan masa mencari info tentang tips mudah bersalin, nama-nama indah dengan maksud yang baik, tips berpantang, online shopping barang baby, tapi tak ramai yang menggali ilmu tentang susu ibu.

Ramai yang berazam untuk kurus semula selepas bersalin. Tapi tak ramai yang berazam nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Ini adalah realiti.

Selepas bersalin ramai yang komplen susu sikit. Bila saya tanya dah buat semua perkara asas penyusuan? Jawapan mereka: Perkara asas penyusuan tu apa? Sedih kan…. Terpaksalah saya terangkan tentang power pumping, tandem nursing, jadual pam, prinsip demand vs supply, dan sebagainya.

Susu sedikit semasa berpantang? Jangan cepat mengalah. Perut bayi yang kecil memerlukan sedikit sahaja susu. Jangan mudah percaya dengan mitos-mitos tentang susu ibu yang kita sering dengar. Bukan semuanya betul. Insya Allah jika anda amalkan pemakanan seimbang untuk ibu yang menyusukan dan memilih breast pump yang betul, anda tidak akan mempunyai masalah untuk memulakan penyusuan semasa dalam pantang dan meneruskan penyusuan walau pun sedang berpuasa.

Apakah Kelebihan Susu Ibu?

Dalam menjawab persoalan mengenai isu susu ibu vs susu formula, selalunya saya akan highlight tentang kelebihan menyusukan anak dari sudut pandangan Islam sebelum mengupas kelebihan-kelebihan yang lain. Dalam Islam, di antara kelebihan & fadhilat menyusukan anak ialah:

fadhilat menyusukan anak 300x213 Susu Ibu Vs Susu Formula

Apakah kelebihan susu ibu?

1. Susu ibu dicipta oleh Allah didalam badan seorang ibu. Isi kandungan & khasiat susu tersebut sentiasa berubah mengikut keperluan anak yang disusukan. Maksudnya, kandungan susu anda semasa bayi berumur sebulan adalah berbeza dengan susu semasa anak anda berumur satu tahun. Kenapa tak sama? Semasa bayi berumur sebulan, anak anda memerlukan antibodi yang kuat & susu anda adalah satu-satunya sumber makanan yang diperolehi. Apabila anak anda berumur setahun, dia sudah mula makan solid food & sudah mempunyai antibodi sendiri. Jadi susu anda akan berubah mengikut keperluan anak anda. Hebat kan? Susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap & bersesuaian dengan keperluan anak anda.

2.  Susu ibu adalah percuma. Semua barang naik harga. Ini adalah salah satu cara untuk berjimat.

3. Susu ibu lebih mudah hadam berbanding susu formula. Sebab tu bayi yang menyusu susu ibu akan lebih cepat lapar berbanding bayi yang diberikan susu formula.

4. Susu ibu melindungi anak dari mengalami masalah seperti alergik atau pun sembelit, cirit-birit, jangkitan telinga, dan asma.

5. Susu ibu kaya dengan antibodi dan ia memberikan bayi anda lebih imuniti.

6. Susu ibu akan merapatkan hubungan di antara kita & bayi (bonding). Setiap kali menyusukan anak, kita akan rapatkan anak ke dada. Badan bersentuhan & mata akan bertentangan. Anak akan mendengar denyutan jantung kita & merasai kehangatan badan kita. Indah bukan? Bila anak semakin membesar, anak akan mula memegang jari & muka kita semasa menyusu. Jari-jemari pun bertaut. Cuma ibu menyusukan anak yang dapat merasai perasaan indah ini. Alangkah ruginya kalau kita tak merasa.

7. Kajian menunjukkan bahawa anak yang diberikan susu ibu adalah lebih cerdik kerana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak & saraf.

8. Tahukah anda bahawa susu ibu berubah rasa mengikut makanan yang dimakan. Ia merupakan langkah awal dalam memperkenalkan solid food kepada anak. Sebab tu orang selalu kata “Apa yang emak makan, anak merasa jugak”

9. Susu ibu sangat memudahkan. Bila keluar shopping tak perlu susah-payah bawa air panas & botol. Waktu malam tak perlu bangun untuk bancuh susu. Bila anak lapar, cuma selak baju & susukan anak. Mudah kan!

10. Menyusukan anak boleh mencegah kanser rahim, ovari & kanser payudara.

kebaikan susu ibu 300x211 Susu Ibu Vs Susu Formula

11. Susu ibu mengurangkan risiko Sudden Infant Death (SID) atau kematian mengejut.

12. Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami obesiti semasa dewasa berbanding bayi yang diberikan susu formula.

13. Ibu yang menyusukan bayi semasa berpantang dapat menghindarkan angin meroyan atau post partum depression.

14. Menyusukan bayi membakar kalori dengan banyak. Sangat bagus untuk ibu yang baru melahirkan atau cuba untuk menurunkan berat badan.

15. Ibu yang menyusukan bayi mempunyai hormon prolaktin yang tinggi yang menyebabkan telur (ovum) yang kurang berkualiti. Jadi ia merupakan salah satu kaedah merancang keluarga. Walau bagaimana pun anda perlu mengambil langkah pencegahan yang lain. Jangan ambil risiko jika anda belum bersedia untuk mengandung semula.

 Susu Ibu Vs Susu Formula

Nak Ebook ni? Hubungi saya sekarang!

Anda sudah mengetahui kebaikan susu ibu. Jadi ternyata isu susu ibu vs susu formula tidak perlu dipersoalkan lagi. Pilihlah untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Ia bukan sahaja baik untuk anda, malah juga baik untuk bayi & ekonomi keluarga.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Susu Ibu Vs Susu Formula

Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa

Ramadhan dah dekat. Sekarang pun ramai ibu yang mula berpuasa, sama ada untuk mengganti puasa tahun lepas atau pun melakukan puasa sunat. Tentu anda risau susu merudum bila berpuasa. Insya Allah susu anda tidak akan berkurangan jika anda mengamalkan perkara asas penyusuan dan panduan pemakanan bagi ibu menyusukan. Selain itu,  berikut adalah beberapa tips banyakkan susu semasa berpuasa yang boleh anda amalkan:

banyakkan susu semasa berpu 300x235 Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa

Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa

Minum banyak air- Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi pastikan anda minum air yang banyak selepas berbuka & semasa bersahur.

 Kurangkan meminum kopi dan teh - Kurangkan pengambilanan minuman berkafein. Berhati-hati jika anda meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Salah satu sebabnya ialah kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan.

 Kurangkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet - Tips banyakkan susu semasa berpuasa yang seterusnya ialah kurangkan minuman di atas kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga.

 Makan pelbagai makanan sihat - Setiap hari pastikan anda ambil makanan yang terdiri daripada empat kumpulan makanan berikut:

1. Sayuran dan buah-buahan

2. Roti dan bijirin

3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik)

4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin.

 Hadkan pengambilan lemak - Tips banyakkan susu semasa berpuasa yang seterusnya ialah kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu, makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis.

Sediakan makanan kurang garam, gula dan lemak. Apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula.

 Garam - Kurangkan makanan yang tinggi garam seperti ikan masin. Seeloknya pilih garam yang telah diiodinkan.

Breastfeeding Set Shaklee - Anda juga boleh mengamalkan  Breastfeeding Set Shaklee yang telah membantu ramai ibu diluar sana menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.

banyakkan susu semasa berpu1 300x200 Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa
 

Istimewa untuk pelanggan yang membeli set ini dari saya, anda juga akan mendapat:

[✔] Free consultation berkenaan tips untuk membanyakkan air susu.

[✔] Exclusive EBOOK Rahsia Susu Melimpah Ruah.

 Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa
 

Semoga tips banyakkan susu semasa berpuasa yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa. Berminat untuk mendapatkan Breastfeeding Set Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Banyakkan Susu Semasa Berpuasa

Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Tak ramai yang tahu tentang panduan pemakanan bagi ibu menyusu. Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Walau bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari berbanding ibu hamil. Adalah penting bagi memastikan kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat kerana setiap apa yang ibu makan akan sampai kepada bayi yang disusukan.

 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu
Nak tips banyakkan susu badan? Hubungi saya untuk mendapatkan  Ebook ini secara percuma.

Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Secara umumnya, ibu menyusu memerlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari. Di antara sumber makanan yang penting bagi ibu menyusukan ialah:

1. Protein. Pastikan anda mendapat 2-3 hidangan protein dalam sehari. 1 hidangan bersamaan dengan 3-4 oz daging, ikan atau ayam. Sumber protein termasuk :

  • Daging
  • Ayam
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang

ESP Shaklee juga kaya dengan protein. Jadi jika anda tak mampu untuk makan 3 hidangan protein setiap hari, anda boleh mengamalkan ESP Shaklee sebagai alternatif. Ia mampu membekalkan keperluan protein harian untuk ibu menyusu supaya sentiasa bertenaga & cergas.

2. Kalsium. Pengambilan  kalsium yang dicadangkan ialah sebanyak 1,300 milligram sehari. Sumber kalsium termasuk:

  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, siew pak choy, brokoli

Ostematrix Shaklee kaya juga dengan kalsium dan boleh menjadi alternatif kepada ibu yang menyusukan . Pengambilan Ostematrix setiap hari dapat membekalkan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusukan setiap hari.

panduan pemakanan bagi ibu  300x234 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

3. Zat Besi. Jika anda berusia lebih daripada 19 tahun, anda memerlukan 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur

Menu seharian tak mampu membekalkan zat besi yang cukup untuk anda? Zinc Complex Shaklee adalah alternatif supaya badan mendapat zat besi secukupnya setiap hari.

 4. Vitamin C. Ibu menyusu memerlukan  Vitamin C yang secukupnya. Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda memerlukan 120 miligram vitamin C setiap hari. Sumber vitamin C yang baik adalah seperti :

  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin C Shaklee juga mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi untuk anda setiap hari. Cuma ambil sebiji sehari, dah memadai.

5. Air. Susu ibu  terdiri daripada 87% air. Jadi ibu menyusu memerlukan air yang banyak supaya badan dapat menghasilkan susu yang mencukupi. Jangan abaikan rasa haus yang merupakan tanda badan anda memerlukan air. Pastikan anda minum air secukupnya, iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari disamping  mengambil jus, susu, sup atau teh herba. Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun. Perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan .Tak usah risau kalau susu anda sedikit semasa berpantang dan usah percaya dengan mitos-mitos mengarut tentang penyusuan.

Amalkan panduan pemakanan bagi ibu menyusu ini, insya Allah niat murni anda untuk menyusukan anak akan menjadi mudah. Pengambilan Breastfeeding Set Shaklee juga membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Panduan Pemakanan Bagi Ibu Menyusu

Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

Bagi ibu yang menyusukan, breastpump merupakan aksesori yang paling penting kerana ia diperlukan untuk membuat power pumping, dan juga untuk menyimpan stok susu. Pemilihan breastpump yang betul adalah sangat penting kerana pam yang sesuai akan membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Nak tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda?

tips pilih breastpump 300x211 Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sehingga kita rasa pening nak memilih yang mana satu. Kali ni saya nak share tips memilih breastpump yang terbaik untuk anda. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan breastpump ialah:

♥♥  Bujet

Kenal pasti berapa bajet anda untuk pam. Pilih pam yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jangan terlalu ikutkan keinginan untuk membeli pam yang mahal sehingga membebankan kewangan anda.

♥♥ Mudah digunakan

Anda akan mengepam berkali-kali dalam sehari. Jadi pilih pam yang mudah digunakan, mudah dibawa ke mana-mana, mudah disimpan, mudah dibersihkan, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang & dibuka.

♥♥ Berat & Saiz

Pilih pam yang mempunyai berat & saiz yang bersesuaian dengan anda. Agar tidak menjadi masalah untuk anda bawa ke pejabat atau pun semasa travelling.

 Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

Nak Ebook Rahsia Susu Badan Mencurah-curah ni dengan percuma? Hubungi saya sekarang!

♥♥ Bateri vs elektrik

Jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik semasa di pejabat, pam manual atau pun yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik. Jika anda ada bujet yang lebih, anda boleh pilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik & bateri.

♥♥ Bunyi

Tips memilih breastpump terbaik untuk anda yang seterusnya ialah pilih pam yang tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Ini kerana anda mungkin perlu mengepam semasa bayi sedang tidur atau mengepam di work station tanpa diketahui oleh rakan sekerja yang lain.

♥♥  Ketahanan

Pilih breastpump yang tahan lama supaya anda tidak perlu membeli pam baru setaipa kali melahirkan.

♥♥ Kekuatan hisapan

Pilih pam yang bolh dilaras kekuatan hisapannya supaya anda boleh mengurangkan kekuatan hisapan sekiranya merasa sakit.

♥♥  Kelajuan

Pilih pam yang boleh mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat. Jika anda mempunyai bujet yang lebih, anda boleh membeli dual pump.

Sekarang anda dah tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda. Ketahuilah bahawa disamping pemilihan breastpump yang terbaik, perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan. Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun. Hubungi saya untuk mendapatkan Breastfeeding Set Shaklee dengan harga yang istimewa & percuma Ebook Rahsia Susu Badan Melimpah-ruah, khas untuk pelanggan saya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

pixel Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.