-

20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Endometriosis bukan sahaja menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung, malah ia juga menyebabkan kesakitan yang amat sangat terutamanya setiap kali datang bulan. Ramai wanita tidak menyedari mereka pengidap Endometriosis. Jom saya kongsikan 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita, sebagai panduan untuk kita bersama.

simptom endometriosis 300x210 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Anda boleh membaca tentang apa itu Endometriosis, bagaimana ia berlaku, punca & rawatan di sini. Berikut adalah 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita:

1.Senggugut
Senggugut adalah simptom Endometriosis yang paling utama.  Anda akan berasa sangat sakit pada hari pertama & kedua dan kebiasaannya ubat tahan sakit tidak membantu. Sesetengah wanita Endometriosis mengeluarkan darah yang banyak semasa haid, namun ada yang mengeluarkan terlalu seikit darah. Anda boleh amalkan petua mengatasi senggugut yang saya kongsikan di sini.

2. Masalah pencernaan
Adakah anda selalu cirit-birit atau sembelit tanpa sebab setiap kali menjelang haid? Jika jawapannya Ya, ia mungkin salah satu tanda bahawa anda pengidap Endometriosis. Ini kerana beberapa hari sebelum haid hormon dalam badan anda akan meningkat & sistem pencernaan adalah sangat berkait rapat dengan hormon dalam badan.

3. Sakit belakang dibahagian bawah
Sakit belakang dibahagian bawah bukanlah 100% disebabkan oleh Endometriosis tetapi hampir kesemua pengidap Endometriosis mengalami masalah tersebut. Mengapa wanita Endometriosis mengalami sakit belakang dibahagian bawah? Tisu Endometriosis boleh terbentuk di bahagian pelvis yang berdekatan dengan saraf yang menyebabkan ada sakit belakang.

4. Gangguan emosi yang melampau
Ya, majoriti wanita mengalami PMS tetapi wanita Endometriosis mengalami PMS 10 kali ganda lebih teruk daripada wanita normal. Ia boleh menjadi sangat ekstrem ia menyebabkan gangguan kepada hubungan kita dengan kawan-kawan, suami , rakan sekerja, dan ahli keluarga. Anda akan merasakan semuanya dengan keadaan yang melampau: kemarahan yang melampau, kemurungan melampau, kebahagiaan yang melampau. Ia adalah perasaan yang tidak dapat dikawal dan ianya tidak terhad kepada minggu pertama datang haid sahaja. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa alasan yang logik.

simptom endometriosis1 300x207 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

5. Sakit belakang dan ketegangan di bahu
Kawasan atas belakang anda mungkin terasa tegang dan lenguh apabila haid semakin hampir. Terdapat beberapa teori tentang mengapa ia terjadi tetapi ramai doktor percaya ia mempunyai kaitan dengan kekurangan mineral dalam badan.

6. Selalu rasa sejuk
Adakah kaki atau tubuh badan anda kerap berasa sejuk? Jika jawapannya YA, kemungkinan besar anda adalah pesakit Endometrisis. Ini adalah berdasarkan kepada Teori Tradisional Cina bahawa wanita yang mempunyai endometriosis telah “memerangkap sejuk atau lembap” di dalam badan mereka. Perubatan tradisional cina percaya bahawa kalau anda berjaya mengeluarkan kesejukan dari badan, penyakit Endometriosis anda akan sembuh.

7. Loya-loya
Anda berasa loya semasa haid atau beberapa hari sebelumya? Anda rasa sangat loya dan terpaksa muntah untuk menghilangkan rasa loya tersebut? Ia adalah salah satu daripada 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita. Rasa loya tersebut lazimnya menjadi semakin terus apabila Endometriosis anda semakin buruk.

8. Ketagih gula atau sugar craving
Anda gilakan makanan manis? Setiap hari mengidam nak makan makanan manis? Majoriti wanita Endometriosis mengalami masalah sugar craving. Ia adalah salah satu signal dari badan yang berusaha untuk meningkatkan Indeks glisemik dalam badan & mendapatkan keselesaan emosi. Anda boleh membaca tentang tips mengatasi sugar craving di sini.

9. Sakit buah dada
Wanita Endometriosis lazimnya mengalami sakit buah dada bebrapa hari sebelum datang haid. Ianya adalah satu kesakitan yang amat sangat sehingga anda hanya mahu berbaring diatas katil sepanjang hari. Tanpa melakukan apa-apa.

10. Sakit kepala & migrain
Sakit kepala dan migrain adalah satu petanda bahawa badan tidak gembira dengan anda. Anda tidak MENDENGAR apa yang diperlukan oleh badan anda seperti rehat yang mencukupi, tidak cukup tidur, atau pengambilan kafein yang berlebihan. Jika anda sering sakit kepala atau migrain, ia adalah signal bahawa ada sesuatu dalam rutin harian yang anda perlu ubah. Ia juga berkait rapat dengan ketidkastabilan hormon yang lazimnya dialami oleh pesakit Endometriosis.

simptom endometriosis2 300x211 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

11. Rasa letih semas bangun pagi
Dah tidur semalaman tapi masih lesu apabila bangun keesokan harinya? Ia adalah salah satu simptom Endometriosis. Ini berlaku kerana apabila anda bangun tidur, badan masih bekerja keras memproses toksin berlebihan dalam hati.

12. Mudah mendapat radang
Endometriosis adalah penyakit yang menyebabkan anda mudah mendapat radang dibahagian badan seperti radang pundi kencing, radang gusi, dan mana-mana bahagian badan yang mudah diserang radang.

13. Masalah kulit
Kulit anda sensitif & tidak cantik seperti orang lain? Ia mungkin adalah salah satu simptom Endometriosis. Salah satu fungsi kulit ialah untuk melepaskan toksin dari badan & Endometriosis adalah berkait rapat dengan toksin dalam badan. Apabila kulit anda tidak sihat ia menunjukkan ketidakseimbangan dan petanda badan anda banyak toksin.

14. Mata sembab atau masalah penglihatan
Mata menjadi sembab dan penglihatan terganggu disebabkan toksin yang banyak didalam hati. Oleh itu jika mata anda sentiasa sembab walaupun sudah mencapat tidur yang cukup, anda perlu berjaga-jaga.

simptom endometriosis3 300x231 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

15. Alahan
Wanita Endometriosis biasanya mengalami alahan seperti hidung gatal, sakit mata atau berair dan tekak gatal.

16. Sakit semasa hubungan seks
Salah satu daripada 20 simptom Endometrisos yang sering diambil ringan oleh wanita ialah sakit ketika melakukan hubungan seks. Ada wanita yang mengalami sakit ringan namun ada yang mengalami kesakitan yang teramat sangat. Malah ada yang tidak sakit semasa seks, tetapi berasa sakit selepas hubungan seks selesai.

17. Jangkitan pundi kencing
Sperti yang saya nyatakan diatas, pesakit Endometriosis biasa mengalami keradangan. Radang pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing. Jika anda mengalami 3 kali jangkitan pundi kencing dalam masa 6 bulan, ia adalah simptom anda mengalami Endometriosis.

18. Perut buncit
Wanita Endometriosis selalunya mempunyai masalah perut buncit. Ianya mungkin berlaku menjelang waktu haid atau pun boleh kekal setiap masa.

19. Sering sakit dibahagian bawah perut
Tidak semua wanita Endometriosis mengalaminya tetapi ia adalah salah satu simptom yang perlu anda ketahui. Sekali-sekala anda akan berasa sakit disatu bahagian perut. Anda akan berasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian ia akan hilang. Rasa sakit tersebut akan datang pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab.

20. Ekzema dan masalah kulit
Wanita Endometriosis juga sering mengalami ekzema dan masalah kulit disebabkan oleh sistem imun yang lemah.

Demikianlah 20 simptom Endometriosis yang sering diambil ringan oleh wanita. Jika anda mempunyai hampir kesemua simptom diatas, jangan berlengah lagi. Segere berjumpa dengan pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan. Anda boleh mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis yang saya kongsikan di sini & juga boleh berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee yang membantu mengurangkan gejala Endometriosis dan meningkatkan kesuburan anda. Oh ya, jangan lupa amalkan tips merawat Endometriosis yang saya ceritakan di sini. Nak cuba berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

pixel 20 Simptom Endometriosis Yang Sering Diambil Ringan Oleh Wanita

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.