-

Shaklee Halal Ke Tak?

Jangan beli Shaklee. Takde logo halal JAKIM & ada gelatin babi. Kita tak tahu Shaklee halal ke tak. Shaklee menyumbang kepada Yahudi. Shaklee tak selamat sebab takde kelulusan KKM. Shaklee MLM haram. Amboi… tak habis-habis orang bercakap pasal Shaklee. Tengah sibuk-sibuk baca pasal produk yang guna logo halal palsu, tiba-tiba ada pulak yang kaitkan dengan Shaklee. Lepas tu dok bangkitkan isu Shaklee halal ke tidak. Selama ni bila orang cakap macam-macam pasal Shaklee, selalunya saya diam je. Malas nak layan. Tapi hari ni rasa dah tak tahan, nak kena mengomel jugak pasal ni. Ok, meh saya tolong jawabkan isu Shaklee halal ke tak.

shaklee tak halal 168x300 Shaklee Halal Ke Tak?

Shaklee Halal Ke Tak? Takde Logo Halal JAKIM Pun?

Tak habis-habis kecoh pasal Shaklee takde logo halal JAKIM. Wahai sayang-sayang sekalian. Tahukah anda bahawa produk Shaklee ni bukannya dikilangkan di Malaysia? Waktu sampai kat Malaysia, semuanya dah siap diproses & dimasukkan ke dalam botol masing-masing. Jadi macam mana orang JAKIM nak periksa untuk bagi logo halal? Adakah JAKIM nak kena hantar pekerja dorang ke oversea untuk melawat kilang Shaklee supaya boleh bagi logo Halal JAKIM? Siapa yang nak bayar kos rombongan pekerja JAKIM tu? Shaklee atau JAKIM?

Untuk anda yang tak tahu, tiada logo Halal JAKIM tak semestinya tak halal. Terutama sekali produk yang dikilangkan di luar negara. Macam Shaklee ni lah. Oleh itu, JAKIM mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan oleh badan Islam lain di seluruh dunia. Jadi produk yang dah dapat sijil halal dari badan Islam yang diiktiraf ni tak perlu mendapatkan logo halal JAKIM lagi.  Salah satu daripada badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM  ialah ISA yang mengeluarkan sijil Halal Shaklee. Tak percaya? Jom tengok bukti kat bawah ni.

shaklee tak halal 1 300x187 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 2 300x60 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 3 231x300 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 4 300x181 Shaklee Halal Ke Tak?

Harap-harap lepas ni takde lagi yang mempertikaikan sama ada Shaklee halal ke tak. Memang dah terang lagi bersuluh Shaklee ada sijil halal dari badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

VITAMIN DALAM BENTUK KAPSUL SHAKLEE HALAL KE TAK? ADA BOVINE GELATINE?

Ok…. ada pulak yang pertikaikan pasal vitamin Shaklee yang berbentuk kapsul. Katanya tak halal sebab kapsul tu dibuat daripada bovine gelatin yang haram. Ada unsur babi. Sampai ada yang buang vitamin Shaklee ke dalam tong sampah. Aduhai…. sayang-sayang, sebelum buat apa-apa, sila kaji & selidik dulu. Jangan malukan diri sendiri. Sila penuhkan ilmu di dada. Cuba kaji sikit apa maksud BOVINE. Dan apa pula beza di antara BOVIVE & PORCINE. Janganlah cepat sangat melatah… Saya pesan sekali lagi, sila kaji apa itu BOVINE ye sayang.

shaklee tak halal 5 168x300 Shaklee Halal Ke Tak?

Shaklee Menyumbang Kepada Yahudi

Ini satu lagi. Tak habis-habis nak kaitkan Shaklee dengan Yahudi. Untuk pengetahuan anda, Shaklee takde kaitan pun dengan Yahudi. Yang menyumbang kepada yahudi tu ialah salah seorang daripada pengedar Shaklee yang bernama Keneseth Israel.

Ada pula yang kata: Tak kisahlah…. apa pun hasil tu dari Shaklee jugak, secara tak langsung Shaklee terlibat jugak. Kelakarlah kalau ada yang fikir macam tu. Cuba bayangkan anda sebagai boss ada 10,000 pekerja. Dalam ramai-ramai pekerja tu, salah seorang daripadanya guna duit gaji untuk beli dadah & berjudi. Adakah anda juga patut dihukum sebab duit yang dia guna untuk beli dadah & berjudi tu dari gaji yang syarikat anda bayar. Cuba jawab dengan ikhlas.

Jadi, patut ke Shaklee dikaitkan dengan yahudi semata-mata sebab seorang pengedar yang bernama Keneseth Israel ni?

shaklee tak halal 6 300x180 Shaklee Halal Ke Tak?

Shaklee tak Selamat. Ada Bahan Bahaya

Dah selesai isu Shaklee halal ke tak, ada pula yang bertanya tentang isi kandungan vitamin Shaklee. Betul ke selamat & semulajadi? Kalau anda ada vitamin Shaklee di rumah, cuba tengok kat botol. Ada tak pelekat hologram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ada kan? Sebelum saya bercerita tentang KKM,  jom saya cerita sikit apa bahan merbahaya yang TIADA dalam produk Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI, bukan sintetik seperti kebanyakan vitamin yang ada di pasaran. Anda juga perlu tahu bahawa Shaklee juga menjalani pelbagai ujian Klinikal. Sebanyak 500 juta USD dilaburkan utk ujian klinikal ke atas produk Shaklee setiap tahun & hasil kajian yang diterbitkan  dalam jurnal-jurnal terkenal.

Ok, sekarang anda boleh cek botol Shaklee masing-masing. Ada tak pelekat hologram KKM? Atau pun kalau takde botol Shaklee, boleh periksa sendiri di website BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA (BPFK). Boleh refer gambar di bawah untuk mengetahui langlah-langkah untuk mengetahui status Shaklee:

shaklee tak halal 7 300x147 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 8 300x218 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 9 300x225 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 10 300x225 Shaklee Halal Ke Tak?

shaklee tak halal 11 300x96 Shaklee Halal Ke Tak?

 

Ehhhh…. kenapa ada vitamin Shaklee yang takde dalam senarai ni? Untuk maklumat anda, terdapat beberapa vitamin Shaklee yang tidak mempunyai kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah

1.Energizing Soy Protein (ESP)

2.Perfomence Drink ( PD)

3. Cinch 

4. Vivix

5. Collagen Powder

6. Advance Joint Health Tablet (AJHT)
Kenapa 6 vitamin ni takde kelulusan KKM? Kerana ia dikategorikan sebagai makanan. Makanan tak perlu kelulusan KKM sepertimana beras, susu & gula. Jadi tak termasuk bawah kawalan BPFK. Faham kan semua?

Jadi saya harap lepas ni takde lagi isu pasal Shaklee halal ke tak? Shaklee menyumbang kepada yahudi? Shaklee takde kelulusan KKM? Shaklee ada unsur babi? Shaklee sememangnya selamat & semulajadi.

Berminat untuk mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa & konsultasi terbaik? Hubungi saya sekarang!

ebook 300x279 Shaklee Halal Ke Tak?

ebook 5 angka 251x300 Shaklee Halal Ke Tak?

 Cik Puan Nurul 2 300x170 Shaklee Halal Ke Tak?

pixel Shaklee Halal Ke Tak?

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.