-

Shaklee MLM Haram

Ramai yang masih beranggapan bahawa Shaklee MLM haram. Dan yang sedihnya tohmahan ni datang dari penjual produk jenama lain. Salah satu etika berbisnes yang saya amalkan ialah JANGAN KONDEMN PRODUK ORANG LAIN.

shaklee MLM haram 300x100 Shaklee MLM Haram

Melariskan produk sendiri dengan cara memburuk-burukkan produk orang lain adalah satu perbuatan yang sangat desperate & bertentangan dengan etika perniagaan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.  Biarlah produk lain nak guna logo JAKIM palsu. Biarlah produk lain nak guna logo KKM palsu. Biarlah peniaga produk lain kata saya jual dedak & produk saya menyumbang kepada Israel. Biarlah orang nak kata Shaklee MLM Haram.  Biarlah orang kata produk saya tak disebut dalam Al-Quran. Yang penting sebelum jual produk ni, saya dah kaji & yakin dengan pilihan saya.

Kenapa saya cuma senyum bila orang kata Shaklee MLM haram?

Sebelum saya jelaskan kenapa tohmahan tersebut adalah tidak benar, jom saya terangkan kenapa saya memilih untuk menjadi pengedar Shaklee. Sebelum join Shaklee, saya dah buat kaji selidik & ini adalah hasil selidikan saya:

1. Sistem patuh Syariah
2. Ada logo halal yang diiktiraf JAKIM
3. Ada logo hologram KKM
4. Produk yang berkesan. Saya guna & dapat kesan yang bagus, sebab tu saya jual

Lepas join, Alhamdulillah memang berjumpa dengan orang-orang yang betul. Ramai pengedar Shaklee yang bergelar jutawan. Income sebulan RMxxx,xxx.xx tapi takde nak tayang kereta mewah & rumah besar. Kami tak tawarkan kemewahan untuk tarik minat orang untuk join. Kami tak pernah janji “Meh la join Shaklee, dalam seminggu boleh dapat RM3000. Lepas sebulan boleh beli BMW sebijik. Lepas 6 bulan komfom boleh beli Ducati sebijik” atau “Cuma update status 10 kali sehari akan dapat RM100 dalam akaun bank setiap hari”

Takde… kalau nak duit mudah macam tu tak payahlah join Shaklee. Nak cari duit dengan Shaklee ni bukan senang. Kena jual vitamin. Kalau dapat jual vitamin, baru dapat untung runcit & uv (point). Kalau cukup 150 uv sebulan baru layak dapat cash bonus. Makin banyak jual barang, makin banyak uv kita dapat. Maka makin banyaklah cash bonus yang kita akan dapat. Shaklee bukan MLM yang mengamalkan head  hunting semata-mata. Kami menjual produk.

shaklee mlm haram2 300x238 Shaklee MLM Haram

Betul ke sistem MLM Shaklee patuh syariah?

Saya merujuk hasil penulisan seorang sahabat di sini. Menurut beliau, MLM yang patuh syariah wajib mempunyai ciri-ciri berikut. Semoga kita semua dapat membaca setiap point dengan teliti & Insya Allah saya akan buktikan bahawa tohmahan Shaklee MLM haram adalah tidak benar sama sekali:

1. Produk yang dijual mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya.

Produk  yang dijual adalah bermanfaat dan dibangunkan dengan serius bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal) semata-mata. Merujuk kepada Shaklee, kami para pengedar Shaklee menjual vitamin yang telah melalui pelbagai kajian klinikal & sememangnya telah terbukti berkesan. 

MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya adalah tidak dibenarkan & berstatus haram kerana kekuatan MLM yang halal itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.

Penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. Kami pengedar Shaklee menjual vitamin, bukan emas atau perak.

shaklee mlm haram1 300x240 Shaklee MLM Haram

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Seperti yang saya nyatakan tadi, kalau dapat jual vitamin kami pengedar Shaklee akan dapat uv yang dikumpul untuk mendapat cash bonus. Banyak jual barang, banyak cash bonus. Tak jual barang? Telur ayam je lah bonus untuk bulan tu. Malah bonus kami disenaraikan secara terperinci: Tarikh & jumlah setiap belian, Personal uv, group uv, car bonus, dan sebagainya. Jadi, adakah anda masih beranggapan bahawa Shaklee MLM haram?

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.

Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, Shaklee tidak mengamalkan sistem head hunting. Kami tak dapat satu sen pun apabila ada ahli yang mendaftar dibawah kami. Apabila ada yang mendaftar sebagai ahli, kami akan berikan tunjuk ajar & sokongan. Sebagai balasan, kami akan mendapat leadership bonus di atas masa & tenaga yang dikeluarkan untuk melayan ahli baru tadi. Kami fokus untuk membanyakkan jualan (sale), bukan mencari ahli baru.

Tidak seperti MLM yang fokus kepada head hunting & mendapat imbuhan berdasarkan berapa ramai ahli baru yang ditarik masuk.

5. Tidak diwajibkan bagi  ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

Selalu dengar kisah kawan-kawan yang ambik loan atau mengeluarkan duit simpanan semata-mata nak jadi ahli MLM? Kena paksa beli stok banyak-banyak. Beli banyak, terus dapat pangkat tinggi. Akhirnya barang tak laku, stok simpan bawah katil. Dengan Shaklee, takde keadaan macam tu. Nak jadi ahli? Cuma RM69 untuk seumur hidup. Kos postage RM10 semenanjung, RM20 Sabah Sarawak. Tak perlu beli stok banyak-banyak. Tak perlu beli vitamin setiap bulan. Kalau nak makan atau ada orang order baru beli. Kepada anda yang berprasangka kepada Shaklee, masihkah anda beranggapan bahawa Shaklee MLM haram?

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan KUMPULAN YANG BETUL, anda akan diberikan tunjuk ajar dari A hingga Z. Dari seorang yang buta IT & tak tahu apa-apa tentang berniaga kepada seorang yang menjana pendapatan 4 angka dengan Shaklee secara online. Sebagai balasan, upline akan diberikan leadership bonus sahaja.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Yang ni sangat penting. Dalam Shaklee, semua orang ada peluang yang sama. Siapa rajin dia dapat. Ada orang baru join setahun dah dapat cash bonus 5 angka sebulan. Ada orang dah join bertahun-tahun, cash bonus pun tak layak dapat. Dalam Shaklee takde konsep siapa join dulu untung, siapa join kemudian rugi. Kalau macam tu baik tak payah join. Ye tak?

shaklee mlm haram 300x298 Shaklee MLM Haram

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. 

Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Seperti yang saya ceritakan di atas tadi, setiap bulan kami mendapat bonus statement yang terperinci.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah

Ia bermaksud perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. Dalam Shaklee telah ditetapkan uv bagi setiap barang. Dan juga telah ditetapkan berapa banyak cash bonus yang akan diperolehi bagi jumlah uv yang diperolehi.

Jadi, jelas sekali Shaklee memenuhi kesemua 9 kriteria yang  dinyatakan di atas. Masih beranggapan bahawa Shaklee MLM haram? Tepuk kepala tanya akal.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Shaklee MLM Haram

pixel Shaklee MLM Haram

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.