-

13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Rasa macam nak cabut kepala letak ke tepi setiap kali diserang migrain. Kalaulah kepala kita ni boleh dicabut & dipasang semula, kan? Nak bergantung kepada ubat & painkiller, tapi sampai bila? Jom amalkan 13 tips hilangkan migrain secara semulajadi tanpa ubat yang berikut:

tips hilangkan migrain 300x202 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

1. Sapukan dengan minyak panas atau minyak aromaterapi

Ini adalah di antara cara untuk hilangkan migrain yang paling berkesan. Sapukan minyak panas atau minyak aromaterapi di kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Lagi bagus kalau diurut. Insya Allah kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan migrain.

2. Urutan.

Urutan di kepala, tengkok, dan bahu sememangnya mampu menghilangkan migrain. Ia bukan sahaja membaiki perjalanan darah ke kepala, malah membantu mengurangkan stress. Ia juga merehatkan.

3. Duduk dalam suasana yang tenang.

Seeloknya berehat dalam bilik. Tutup pintu, tutup lampu atau turunkan langsir supaya menjadi gelap. Pasang kipas supaya sejuk, kalau ada aircond lagi bagus. Tinggalkan handphone di luar. Berehat sebentar dari sebarang gadget. Suasana tenang ini akan membantu menghilangkan migrain yang anda alami.

4. Basahkan kepala dengan air sejuk

Membasahkan kepala dengan air sejuk membantu membebaskan haba yang terperangkap di kepada & membantu merehatkan pembuluh darah di kepala yang mengembang & menguncup dengan terlalu cepat semasa migrain. Caranya, basahkan rambut & kemudian bungkus dalam towel yang lembab. Lagi bagus kalau terus mandi. Berehat dibawah shower atau berendam dalam bathtub sememangnya merelaxkan. Bila kita relax, migrain pun akan kurang.

5. Aromaterapi

Semas anda diserang migrain, elakkan sebarang bauan aromaterapi kerana bau-bauan adalah antara perkara yang menjadi punca migrain.

6. Guna pek ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Atau pun cool fever pun boleh, Cuma kalau guna cool fever, Cuma terhad di kawasan dahi. Kalau pakai ice pack boleh kita alih-alihkanke kawasan yang sakit. Kesejukan dari ice pack atau cool fever akan menarik keluar haba di kepala.

tips hilangkan migrain1 300x200 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

 7. Limau kasturi

Ini adalah petua orang lama. Perahkan sebiji limau kasturi ke atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, boleh picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala.

8. Jauhi MSG

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino yang dipanggil asid glutamik yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Makanan yang mengandungi MSG boleh mencetuskan migrain kerana MSG merangsang neuron.

9. Epal hijau atau cuka epal cider (apple cider vinegar)

Kedua-duanya membantu menghilangkan migrain. Bau epal hijau dapat mengurangkan migrain sementara satu sudu cuka epal boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja & dihidu semasa migrain. Bagi cuka epal, selain diminum satu sudu, boleh juga letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Kemudain basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan bungkus kepala.

 10. Minum air elektrolit

Minuman berelektrolit dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan migrain. Contoh minuman berelektrolik ialah 100 plus atau revive. Walau bagaimana pun, air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang sangat tinggi, jadi elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak & kerap. Sebagai alternative, boleh amalkan Performance Drink Shaklee yang tidak mengandungi kandungan gula & tenaga yang tinggi. Ianya selamat, menyihatkan dan membantu menghilangkan migrain yang anda alami.

tips hilangkan migrain2 300x300 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

11. Rendam kaki dalam bekas air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda akan rasa migraine berkurangan.

12. Rawatan akupuntur

Bagi mereka yang mengalami mirain teruk & berulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur  di mana jarum kecil akan dimasukkan ke bawah permukaan kulit untuk menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan. Kalau beranilah icon wink 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

13. Set Migrain Shaklee

Set Migrain Shaklee bukan sahaja membantu menghilangkan migrain malah berkesan untuk menghilangkan terus penyakit migrain yang berulang. Dengan pengambilan yang konsisten, anda akan merasai perubahan. Migrain semakin berkurangan & lama-kelamaan akan semakin jarang berlaku. Best kan?

punca migrain 300x246 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat
Itulah dia 13 tips hilangkan migrain secara semulajadi tanpa ubat. Dengan pengambilan Set Migrain Shaklee, anda pasti akan rasa lega bila tak dihantui masalah migrain lagi. Nak order? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Punca Migrain Teruk Dan Berlarutan Sampai Makan Ubat Pun Tak Berkesan

Anda selalu diserang migrain? Tahukah anda bahawa pemakanan, hormon, dan gaya hidup adalah antara punca berlakunya migrain. Jom saya kongsikan punca migrain teruk yang berlarutan sampai makan ubat pun tak berkesan.

punca migrain1 300x225 Punca Migrain Teruk Dan Berlarutan Sampai Makan Ubat Pun Tak Berkesan

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca migrain. Di antaranya ialah:

  • Kepenatan
  • Menahan lapar
  • Kesan alahan seperti alahan mengandung
  • Bunyi yang terlalu kuat
  • Bau yang terlalu kuat atau wangi
  • Tekanan fizikal
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Makanan yang tinggi kandungan garam seperti keju yang tersimpan lama.
  • Ubat Hormon seperti pil perancang dan terapi hormon.
  • Penambah rasa dalam makanan seperti bahan pengawet dan monosodium glutamate (msg).
  • Minuman beralkohol dan minuman berkafein.
  • Tekanan atau stres.
  • Rangsangan deria mata seperti ampu yang terang, silau matahari.
  • Waktu tidur yang tidak menentu.
  • Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca migrain.
  • Kekurangan zat & nutrisi sebab berdiet.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan.
  • Pra haid atau sedang haid. Ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon.

Jika anda dibelenggu migrain, elakkan perkara yang  menjadi punca migrain & amalkan tips untuk mengatasi migrain. Pengambilan Set Migrain Shaklee juga sangat membantu. Anda pasti menyesal sebab tak amalkan dari dulu.

punca migrain 300x246 Punca Migrain Teruk Dan Berlarutan Sampai Makan Ubat Pun Tak Berkesan

B Complex Mengandungi vitamin B2 & B6 yang membantu mengurangkan sakit akibat migrain & mengurangkan risiko serangan migrain. Ia juga dikenali sebagai vitamin gembira yang membantu mencetuskan rasa gembira & mood yang baik. Dalam masa yang sama ia juga menstabilkan hormon.

Ostematrix Migrain berlaku apabila saluran darah dalam kepala mengembang & menguncup dalam kadar yang terlalu cepat. Ostematrix yang mengandungi magnesium membantu mengelakkan berlakunya kekejangan pada pembuluh darah & mempertahankan sistem saraf dan otot.

Omega Guard Mengurangkan radang atau kesakitan akibat migrain. Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh terutamanya kepala.

Sekarang anda dah tahu apakah punca migrain teruk dan berlarutan sampai makan ubat pun tak berkesan. Taknak dibelenggu migrain lagi? Dapatkan Set Migrain Shaklee anda sekarang. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Migrain Teruk Dan Berlarutan Sampai Makan Ubat Pun Tak Berkesan

pixel Punca Migrain Teruk Dan Berlarutan Sampai Makan Ubat Pun Tak Berkesan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.