-

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Ramadhan tak bermakna kita jadi lembik dan tak bersemangat untuk bekerja. Jangan macam tu! Berpuasa bukan alasan untuk kita tak produktif. Jom saya kongsikan 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan. Mudah sahaja. Khas untuk anda.

kekal bertenaga sepanjang r2 300x227 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Di antara tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang boleh anda amalkan ialah:

1. Banyakkan minum air masak. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Dari waktu berbuka sehingga bersahur, minum air secara sedikit tetapi kerap. Pengambilan air yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan tidak dehydrated.

2. Jangan terlalu fokus dengan kerja. Jangan lakukan kerja secara berterusan tanpa rehat. Berhenti setiap setengah jam untuk meregangkan otot. Jika anda bekerja di hadapan komputer, alihkan pandangan dari komputer sekurang-kurangnya  selama 5 minit. Bangun dan berjalan-jalan juga akan membantu anda.

3. Buat senaman ringkas. Anda rasa mengantuk? Buat senaman ringkas. Berjalan-jalan pun dah kira ok. Naik turun tangga ke. Mudah je kan tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan?

kekal bertenaga sepanjang r1 300x171 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

4. Pewangi. Semburan perfume ke tubuh badan boleh mencergaskan badan yang lesu. Atau pun anda boleh gunakan pewangi bilik. Bau Lavender boleh memberikan efek ketenangan & bila anda tenang, insya Allah anda akan rasa bertenaga dan cergas.

5. Dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Jika anda bangun Qiamullail di tengah malam, anda boleh tidur sebentar di antara ibadah yang dijalankan.

6. Jangan tidur selepas Subuh. Elakkan tidur selepas Subuh kerana ia akan menyebabkan badan menjadi lesu & tidak bermaya.

7. Mandi air sejuk sebelum Subuh. Mandi air sejuk sebelum Subuh sememangnya memberikan kesegaran & membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari. Sekali gus meningkatkan kesihatan tubuh badan. Orang zaman dulu, waktu Subuh dah mandi air perigi. Sebab tu mereka sihat. Dah tua pun masih gagah.

8. Pengambilan makanan tambahan. Set Combo Ramadhan Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems adalah makanan tambahan yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti anda jatuh cinta.

Apakah fungsi vitamin-vitamin dalam set ini? Bagaimana ia membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa? Performance Drink membekalkan elektrolit & bendalir untuk mencegah dehydration. ESP Shaklee mengawal paras gula dalam darah supaya berada pada paras yang sihat sepanjang hari. Mealshakes kaya dengan nutrien dan membekalkan serat & protein untuk tubuh badan.

kekal bertenaga sepanjang r 300x278 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang RamadhanSemoga 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Combo Ramadhan dengan harga terbaik & aturan makan yang betul? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

pixel 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.