-

Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

Batu karang adalah mendapan yang terjadi dalam saluran kencing iaitu hasil daripada mineral dan asid garam. Selalunya batu karang terjadi apabila air kencing menjadi pekat dan membentuk kristal. Tahukah anda bahawa anda boleh cegah dan rawat batu karang dengan Shaklee?

merawat batu karang 300x169 Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

Apakah yang dimaksudkan dengan batu karang?

Batu karang terjadi disebabkan garam, mineral dan bahan-bahan lain berkumpul secara berlebihan dalam air kencing. Asid urik yang berlebihan juga menyebabkan berlakunya batu karang. Apabila semua bahan ni terkumpul, akan membentuk batu batu pasir dalam saluran kencing. Kurang minum air kosong  boleh memekatkan semua bahan-bahan penyebab dan menyebabkan batu karang akan terhasil. Batu karang boleh terbentuk didalam hempedu, buah pinggang, saluran kencing, dan juga pundi kencing.

Apakah tanda anda mempunyai batu karang?

Di antara simptom penyakit batu karang ialah:

1. Sakit yang teruk di sebelah badan sahaja, di belakang, bawah tulang rusuk

2. Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha

3. Sakit pada membuang air kecil

4. Air kencing berwarna pekat ataupun coklat ataupun berbau busuk

5. Loya dan muntah-muntah

6. Kencing tak lawas

7. Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa

8. Demam dan seram sejuk bila jangkitan berlaku

Apakah jenis-jenis batu karang?

Terdapat empat jenis batu karang  iaitu Batu kalsium, Batu Struvite, Batu Asid Urik dan Batu Kristal.

1.  Batu Kalsium

Batu karang jenis ini terjadi dalam bentuk kalsium oxalate iaitu bahan semulajadi yang terdapat dalam makanan kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan coklat mempunyai tahap oxalate tinggi yang boleh menjadi punca terbentuknya batu karang. Pengambilan dos Vitamin D yang tinggi juga boleh menyebabkan Batu Kalsium.

2. Batu Struvite

Batu struvite terbentuk hasil tindak balas kepada jangkitan seperti jangkitan saluran kencing. Batu-batu ini boleh berkembang dengan cepat dan menjadi agak besar.

3. Batu asid urik

 Batu karang jenis ini terjadi disebabkan pengidapnya tidak minum air secukupnya ataupun pengamal diet protein tinggi, dan mereka yang mempunyai gout.

4. Batu Kristal

Batu karang jenis ini biasanya terbentuk di dalam tubuh badan  pesakit yang mempunyai lebihan asid amino yang dikeluarkan oleh buah pinggang.

Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

Ianya boleh dilakukan dengan cara:

  • Memastikan kita minum air yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Air yang cukup dapat mencuci buah pinggang, ginjal dan dapat kurangkan kepekatan bahan-bahan penyebab batu karang.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar oxalate.
  • Makan ubat yang diberikan oleh doktor kerana ia akan mengeluarkan batu karang melalui air kencing.
  • Banyakkan mengambil makanan berserat.
  • Pembedahan atau  laser treatment boleh memecahkan batu karang.
  • Anda juga boleh mengambil Set Batu Karang Shaklee yang berfungsi untuk:

merawat batu karang1 300x184 Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

Gabungan B Complex & Ostematrix berfungsi untuk menurunkan kadar oxalate dalam air kencing. Sekali gus mengurangkan garam yang membentuk batu karang.

Alfalfa berfungsi untuk mencegah jangkitan dan radang.

Vitamin C meningkatkan kadar asiditi air kencing. Batu karang tidak akan terbentuk dalam air kencing yang berasid tinggi.

Lecithin membakar lemak berlebihan yang menjadi faktor penyumbang kepada masalah batu karang.

Sekarang anda dah tahu cara merawat batu karang secara semulajadi tanpa ubat hospital? Set Batu Karang Shaklee juga sangat membantu. Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa dan konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

pixel Merawat Batu Karang Secara Semulajadi Tanpa Ubat Hospital

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.