-

Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Beberapa hari yang lepas saya ada buat roti hotdog untuk minum petang suami & anak-anak. Tak sangka pulak sedap. Sekejap je licin. Takde lebih. Saya sempat makan 3 biji aje. Dan ramai pulak kawan-kawan facebook yang pm minta resepi. Haha…. segan pun ada sebab resepi hentam keromo ikut suka hati aje roti hotdog tu. Atas permintaan ramai, jom saya kongsikan resepi hotdog simple dijamin sedap yang saya buat hari tu. Rupa tak berapa nak cun tapi sedap. Haha…

resepi roti hotdog 300x208 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

First of all, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa resepi tu saya cuba try test aje. Takde refer mana-mana, kebetulan menjadi. Kawan-kawan yang nak try boleh la ubah resepi ni ikut selera masing-masing. Bahan-bahan yang saya nyatakan kat bawah ni boleh hasilkan lebih-kurang 20 roti hotdog.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung (saya guna high protein flour. Kalau takde, tepung gandum pun boleh)

3 sudu besar minyak masak

Secubit garam

1 sudu besar yis

Setengah cawan air suam

20 batang hotdog (yeke batang? Haha)

Sebiji telur (ambil kuning sahaja. Putih telur simpan buat masker kasi muka licin & mulus )

Caranya:

Rebus hotdog. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius. Saya bakar. Kalau takde oven jangan risau, boleh goreng. Takde masalah. Memasak ni bukan susah. Kita mudahkan sampai kita boleh buat icon smile Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Campurkan yis & air suam. Kacau sebati & biarkan sehingga yis kembang. Bila gunakan yis, pastikan yis tu hidup ye. Bukan yis yang dah mati atau expired. Macam mana nak tau yis tu hidup ke tidak? Kalau dia hidup, selepas seketika kita rendam dia akan jadi berbuih & mengembang. Boleh tengok gambar di bawah.

resepi roti hotdog1 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Campurkan tepung & minyak masak. Gaul sehingga sebati. Saya guna tangan je. Bila dah sebati campurkan yis tadi sedikit demi sedikit. Uli sampai sebati. Tutup dengan kain lembab & biarkan dalam 20 minit. Lagi lama lagi bagus, tapi saya dah tak sabar nak makan. Ngam-ngam 20 minit terus saya ambil doh tu.

Selepas 20 minit, ambil doh & canaikan sehingga nipis dalam 3 mm. Jangan tebal sangat sebab nanti dia akan makin mengambang & jadi tebal. Kalau tebal sangat roti tu tak sedap juga. Lepas tu potong memanjang dengan kelebaran lebih kurang 2 inci. Boleh tengok gambar di bawah ye. Errrk…gambar ni saya potong random je dulu. Bila nak gulung baru saya pootng kecil lagi. Leceh sikit nak kena gelek banyak kali. So better potong 2 inci terus. Tak payah buat kerja banyak kali.

resepi roti hotdog2 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Lepas tu, gulungkan hotdog menggunakan doh yang dipotong kecil tadi. Lepas dah gulung cantik-cantik macam kat bawah ni, biarkan sekejap. Nanti dia akan naik lagi. Bila oven dah sedia, sapukan kuning telur untuk nampak lagi cantik. Suami saya terlebih rajin, dia ambik garfu & cucuk-cucuk doh bagi ada corak & tekstur. Masukkan ke dalam oven & bakar sehingga roti jadi coklat & masak. Kalau oven saya, ambil masa 20 minit. Gambar bawah ni saya baru siap gulung, belum dicucuk dengan garfu & disapukan telur.

resepi roti hotdog3 300x225 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Masukkan dalam oven, tunggu sampai masak. Taraaaaa….siap! Sorry sempat snap 1 gambar je. Bayangkan, sementara tunggu batch kedua masuk oven, batch pertama ni dah licin kena belasah dengan anak & suami. Memang sedap. Kembang semangkuk saya bila kena puji dengan anak & suami. Bangun pagi esok, Balqis dah order. Mintak saya buat lagi.

Kalau nak makan cicah dengan thousand island atau pun sos pun sedap. Cubalah! Bolehlah cuba resepi roti hotdog simple dijamin sedap ni untuk minum petang. Kalau dah cuba boleh la tinggalkan komen kat bawah. Bagitahu sedap ke tak ye! Kalau share gambar lagi bagus. Selamat mencuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

pixel Resepi Roti Hotdog Simple Dijamin Sedap

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.