Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Salam semua. Lama tak update website kesayangan saya ni. Kekangan masa & keadaan. Alhamdulillah kelmarin saya sempat cuba satu resepi kek coklat kukus yang baru & alhamdulillah sedap sungguh rasanya. Dan ramai kawan-kawan facebook yang minta saya kongsikan resepi. Hari ni saya ada kelapangan jadi, jom saya kongsikan resepi kek coklat kukus yang paling sedap saya pernah makan.

resepi kek choc moist, resepi kek coklat, resepi kek coklat kukus, resepi kek coklat sedap, resepi kek coklat lembab, resepi kek coklat mudah, resepi cik puan nurul

Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Baik, ini adalah bahan-bahannya. Insya Allah semua bahan ni biasanya ada tersedia kat dalam dapur & anytime bila teringin boleh buat kek sedap ni. Bahan-bahannya:

BAHAN A

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

3/4 cawan susu pekat

BAHAN B

1 cawan serbuk koko

1 1/4 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar soda bikarbonat

1/2 sudu besar baking powder

BAHAN C

4 biji telur

BAHAN D

1/2 bar coklat masakan

Susu cair

BAHAN E ( OPTIONAL )

Aiskrim vanilla

Kalau perasan, dalam setiap resepi yang saya kongsikan saya suka guna sukatan menggunakan cawan. Pada saya lagi mudah kalau sukat guna cawan, berbanding guna alat penimbang. Dan kalau perasan juga, semua kek yang saya buat adalah kek kukus. Saya jarang sekali bakar dalam oven, sebab pada saya kek yang dikukus lagi moist atau lembab daripada kek yang dibakar dalam oven. Selera masing-masing kan. Untuk resepi kek ni, saya juga gunakan kaedah kukus. Kalau sesiapa yang rasa leceh nak mengukus takde masalah, boleh je bakar dalam oven. Ok  jom saya kongsikan cara membuat kek coklat kukus ni.

Cara-caranya:

Panaskan pengukus atau pun oven.

Masukkan BAHAN A kedalam periuk & masak diatas dapur dengan api perlahan sehingga gula pasir hancur & semua bahan sebati.

Ayak BAHAN B.

Pukul BAHAN C iaitu telur sehingga sebati. Kemudian masukkan BAHAN A tadi & pukul hingga sebati. Kemudian masukkan BAHAN B sedikit demi sedikit & pukul sehingga sebati & takde lagi ketulan.

Masukkan ke dalam loyang yang telah digris. Kukus selama 45 minit. Kalau guna oven boleh bakar selama 45 minit, atau lebih. Bergantung kepada oven masing-masing.

Apabila kek masak, boleh sediakan BAHAN D untuk topping sementara menunggu kek sejuk. Panaskan BAHAN D dengan teknik double boiler. Berapa banyak nak masukkan susu cair? Bergantung kepada kepekatan yang kita sukai. Ada orang suka topping yang cair sampai meleleh ke tepi kek. Saya lah tu.  Ada orang suka topping yang pekat. Insya Allah kalau pakai susu cair, topping kita takkan rasa manis sangat. Bila kek dah sejuk sikit boleh la kita tuangkan topping tadi.

Kek ni akan semakin sedap kalau dimakan bersama aiskrim vanilla. Nak lagi sedap? Panaskan kek dalam microwave selama 30 saat, kemudian letakkan aiskrim vanilla kat atas kek tersebut. Bayangkan betapa sedapnya kek panas berlawan dengan airkrim yang sejuk. Maaflah, cuma ada sekeping gambar kek yang saya sempat snap sebab lepas tu kek dah kena serbu dengan anak & suami. Yummy! Selamat mencuba! Dah cuba jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ye!

resepi kek choc moist, resepi kek coklat, resepi kek coklat kukus, resepi kek coklat sedap, resepi kek coklat lembab, resepi kek coklat mudah, resepi cik puan nurul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...