-

Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Salam semua. Lama tak update website kesayangan saya ni. Kekangan masa & keadaan. Alhamdulillah kelmarin saya sempat cuba satu resepi kek coklat kukus yang baru & alhamdulillah sedap sungguh rasanya. Dan ramai kawan-kawan facebook yang minta saya kongsikan resepi. Hari ni saya ada kelapangan jadi, jom saya kongsikan resepi kek coklat kukus yang paling sedap saya pernah makan.

kek choc moist 300x225 Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Baik, ini adalah bahan-bahannya. Insya Allah semua bahan ni biasanya ada tersedia kat dalam dapur & anytime bila teringin boleh buat kek sedap ni. Bahan-bahannya:

BAHAN A

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

3/4 cawan susu pekat

BAHAN B

1 cawan serbuk koko

1 1/4 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar soda bikarbonat

1/2 sudu besar baking powder

BAHAN C

4 biji telur

BAHAN D

1/2 bar coklat masakan

Susu cair

BAHAN E ( OPTIONAL )

Aiskrim vanilla

Kalau perasan, dalam setiap resepi yang saya kongsikan saya suka guna sukatan menggunakan cawan. Pada saya lagi mudah kalau sukat guna cawan, berbanding guna alat penimbang. Dan kalau perasan juga, semua kek yang saya buat adalah kek kukus. Saya jarang sekali bakar dalam oven, sebab pada saya kek yang dikukus lagi moist atau lembab daripada kek yang dibakar dalam oven. Selera masing-masing kan. Untuk resepi kek ni, saya juga gunakan kaedah kukus. Kalau sesiapa yang rasa leceh nak mengukus takde masalah, boleh je bakar dalam oven. Ok  jom saya kongsikan cara membuat kek coklat kukus ni.

Cara-caranya:

Panaskan pengukus atau pun oven.

Masukkan BAHAN A kedalam periuk & masak diatas dapur dengan api perlahan sehingga gula pasir hancur & semua bahan sebati.

Ayak BAHAN B.

Pukul BAHAN C iaitu telur sehingga sebati. Kemudian masukkan BAHAN A tadi & pukul hingga sebati. Kemudian masukkan BAHAN B sedikit demi sedikit & pukul sehingga sebati & takde lagi ketulan.

Masukkan ke dalam loyang yang telah digris. Kukus selama 45 minit. Kalau guna oven boleh bakar selama 45 minit, atau lebih. Bergantung kepada oven masing-masing.

Apabila kek masak, boleh sediakan BAHAN D untuk topping sementara menunggu kek sejuk. Panaskan BAHAN D dengan teknik double boiler. Berapa banyak nak masukkan susu cair? Bergantung kepada kepekatan yang kita sukai. Ada orang suka topping yang cair sampai meleleh ke tepi kek. Saya lah tu.  Ada orang suka topping yang pekat. Insya Allah kalau pakai susu cair, topping kita takkan rasa manis sangat. Bila kek dah sejuk sikit boleh la kita tuangkan topping tadi.

Kek ni akan semakin sedap kalau dimakan bersama aiskrim vanilla. Nak lagi sedap? Panaskan kek dalam microwave selama 30 saat, kemudian letakkan aiskrim vanilla kat atas kek tersebut. Bayangkan betapa sedapnya kek panas berlawan dengan airkrim yang sejuk. Maaflah, cuma ada sekeping gambar kek yang saya sempat snap sebab lepas tu kek dah kena serbu dengan anak & suami. Yummy! Selamat mencuba! Dah cuba jangan lupa tinggalkan komen kat bawah ye!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Kek Coklat Kukus Yang Paling Sedap Pernah Saya Makan

Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Di atas permintaan ramai, saya kongsikan resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap. Ia bukan sahaja mudah dibuat, malah sedap dan berkhasiat. Anak-anak pasti suka. Bahan-bahannya simple. Tepung pun tak guna. Resepi ini saya ambil dari internet dan olah sedikit mengikut selera sendiri.

PhotoGrid 1399481307531 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Kek ni mudah sahaja. Bahan pun tak banyak. Apa yang anda perlukan untuk resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap ni ialah:

  • 200 gram Nutella ( 1 botol kecil )
  • 3 sudu teh Meal Shakes ( Nak ganti dengan ESP pun boleh, tapi saya prefer Meal Shakes sebab rasa & bau vanilla yang wangi. Kalau nak guna ESP & Meal Shakes, sukatan dia: 2 sudu teh Meal shakes & 1 sudu teh ESP )
  • 4 biji telur
  • Chocolate chips ( Untuk ditabur dalam kek supaya bila kita makan akan ada rasa coklat cair yang sticky. Yummy! )
  •  3 sudu besar Serbuk Coklat Cadburry 3 in 1 ( Ala…minuman cadbury 3 in 1 tu. Tiada dalam gambar sebab takde dalam rancangan awal. Dah nak masukkan adunan ke dalam loyang baru terfikir nak masukkan )

Cara-caranya

1. Panaskan kukus. Saya suka buat kek kukus. Kalau anda nak bake dalam oven pun boleh, ikut selera masing-masing. Yang penting panaskan oven atau kukus terlebih dahulu. Kalau guna oven, set suhu pada 180 darjah celcius.

2. Pukul telur sampai kembang. Pastikan betul-betul kembang tau. Rujuk gambar kat atas nun. Pakai mixer dengan kelajuan yang laju kalau nak cepat.

3. Bila telur dah kembang, masukkan Meal Shakes dan gaul sampai sebati. Tak payah pakai mixer. Pakai spatula aje.

4. Bila dah sebati, masukkan Nutella sedikit demi sedikit. Mula-mula Nutella akan terbenam kat dasar. Takpe, kacau je perlahan-lahan. Lama-lama akan sebati dengan telur. Kacau sampai sebati.

5. Akhir sekali masukkan serbuk coklat Cadburry. Saya tak kacau sampai sebati pun. Saje nak tekstur lain sikit. Kalau nak kacau sampai sebati pun boleh.

PhotoGrid 1399481341225 1 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

6. Griskan loyang. Masukkan adunan kek. Tabur coklat chips ke dalam adunan. Banyak mana? Ikut seleralah. Kalau saya, lagi banyak lagi sedap.

7. Pastikan kukus atau oven betul-betul panas sebelum masukkan kek. Untuk kukus, masak selama 40 minit. Kalau oven masak selama 30 minit. Cek dengan lidi. Kalau masih melekat, tambah lagi 10 minit.

PhotoGrid 1399481372606 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Nah…. dah siap. Ngeh…ngeh…perasan tak saya tak pakai mangkuk seramik pun nak buat kek ni? Baking dengan anak-anak, sekejap angkut ke hulu. Sekejap angkut ke hilir. Pakai tupperware plastik senang sebab ringan. Kacau pun pakai sudu je sebab spatula dah kena kidnap dengan anak. Boleh la cuba resepi kek Nutella Meal Shakes yang mudah dan sedap ni. Senang sangat. Buat dengan anak-anak, lagi best. Cuba jangan tak cuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Pavlova Versi Cik Puan Nurul

Alahai… rasa segan pulak sebab saya ni bukan pakar buat pavlova. Baru dua kali je buat & alhamdulillah menjadi. Hari tu saya post pic pavlova saya kat facebook & ramai pulak yang mintak resepi. Ada yang mintak saya buatkan, tapi minta maaf banyak-banyak buat masa ni saya belum bersedia untuk ambil tempahan. Salah satunya sebab kekangan masa. Sebenarnya resepi yang saya nak bagi ni ialah versi saya. Bahan-bahannya saya dah adjust ikut selera saya, ada bahan yang saya kurangkan & ada yang sepatutnya digunakan tapi saya tak guna.
 
Sebelum tu, maaf kerana kualiti gambar yang kurang memuaskan. Sebab ambik gambar pakai handphone murah je. Cameraman nya anak saya, Nurul Balqis. Umur 5 tahun. ^_^
 
Ok, bahan-bahan untuk pavlova saya ni mudah je iaitu:
 
Bahan A ( untuk buat meringue)
4 biji telur – ambil putih telur sahaja.
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
 
Bahan B ( untuk topping )
Whipped cream
Buah-buahan masam iaitu strawberry, kiwi & anggur
 
2013 04 10+10.59.11 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
 
2013 04 10+12.49.05 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
 Cara-cara membuat meringue:
 
Asingkan putih telur. Pastikan takde sikit pun kuning telur ye, sebab nanti meringue tak jadi. Pukul putih telur tadi dengan kelajuan maksimum sampai telur tu mengembang. Ingat, pakai maximum speed! Kalau pakai speed 1 atau 2, alamatnya setengah jam pukul baru kembang. Pukul sampai meringue jadi kental. Macam mana nak tau dah cukup kental ke tidak? Kalau kita terbalikkan bowl & meringue tu tak jatuh, maksudnya dah cukup kental lah tu.  Sambil memukul telur, boleh panaskan oven ye. 180 darjah celcius.
2013 04 10+12.41.20 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
2013 04 10+12.43.29 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
Bila telur dah kembang, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Masukkan gula, pukul. Masukkan gula, pukul. Jangan masukkan sekali gus. Pukul lagi sampai sebati. Bila dah sebati, boleh ketepikan mixer. Ambil spatula.
2013 04 10+12.50.13 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
 
2013 04 10+12.55.21 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
Masukkan esen vanilla & tepung jagung. Kacau laju-laju dengan spatula. Sampai sebati.
 
2013 04 10+12.56.32 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
 
Griskan loyang & masukkan adunan meringue tadi.
2013 04 10+13.02.31 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
 
Turunkan suhu oven kepada 160 darjah celcius. Masukkan loyang. Set masa selama 1 jam 15 minit. Sebenarnya masa ni berbeza ikut oven masing-masing. So seeloknya set dulu 1 jam. Lepas 1 jam, cek sama ada pavlova dah masak ke belum. Kalau belum, boleh tambah lagi 10 minit. Kalau oven saya, 1 jam 15 minit baru masak. Macam mana nak cek pavlova dah masak ke belum? Sama macam nak cek kek, gunakan lidi. kalau takde yang melekat, masak lah tu.

2013 04 10+13.03.41 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
2013 04 10+13.07.32 Pavlova Versi Cik Puan Nurul

Errrrkkk…. kantoi di situ. Kakak bagi  adik makan  meringue. 

Bila pavlova dah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Biarkan sejuk dalam oven. tutup suiz & bukakan sikit pintu oven. Sementara sejukkan, boleh sediakan topping.

Saya mengelat, pakai aerosol whipped cream je. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Beli culinary whipped cream, pukul sampai kembang. Gunakan high speed. Tapi ingat, beli CULINARY whipped cream. Bukan dairy. kikikiki…sebab saya dah terkena. Terbeli dairy whipped cream. Sampai nak tercabut tangan pukul, tapi tak mengembang. Sebab tu dah malas nak pukul. Beli aerosol je.

Ok, bila kek dah sejuk, boleh lah kita letakkan topping. Sembur whipped cream kat atas kek & hias dengan buah. Part ni memang Balqis suka.

2013 04 10+14.33.19 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
2013 04 10+20.28.17 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
2013 04 10+20.31.44 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
Taraaaaa…. Inilah hasilnya. Pavlova Versi cik Puan Nurul. Rupanya tak secantik yang orang lain buat. Rasanya? Alhamdulillah sekali hadap dah licin.
2013 04 10+20.35.08 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
Selamat mencuba!

Sesiapa yang nak beli vitamin Shaklee boleh la order dengan saya. 

Cik Puan Nurul 2 300x170 Pavlova Versi Cik Puan Nurul
pixel Pavlova Versi Cik Puan Nurul

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.