8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Ramadhan tak bermakna kita jadi lembik dan tak bersemangat untuk bekerja. Jangan macam tu! Berpuasa bukan alasan untuk kita tak produktif. Jom saya kongsikan 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan. Mudah sahaja. Khas untuk anda.

kekal bertenaga, kekal bertenaga di bulan puasa, tips kekal bertenaga, tips kekal bertenaga sepanjang hari, petua kekal bertenaga, kekal sihat dan bertenaga bersama Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee harga ahli, Set Mighty Gems Shaklee murah, Set Mighty 3 Gems Shaklee. Set Combo Ramadhan Shaklee, Set Combo Ramadhan Shaklee Harga ahli, Set Combo Ramadhan murah, makanan tambahan dibulan puasa

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Di antara tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang boleh anda amalkan ialah:

1. Banyakkan minum air masak. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Dari waktu berbuka sehingga bersahur, minum air secara sedikit tetapi kerap. Pengambilan air yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan tidak dehydrated.

2. Jangan terlalu fokus dengan kerja. Jangan lakukan kerja secara berterusan tanpa rehat. Berhenti setiap setengah jam untuk meregangkan otot. Jika anda bekerja di hadapan komputer, alihkan pandangan dari komputer sekurang-kurangnya  selama 5 minit. Bangun dan berjalan-jalan juga akan membantu anda.

3. Buat senaman ringkas. Anda rasa mengantuk? Buat senaman ringkas. Berjalan-jalan pun dah kira ok. Naik turun tangga ke. Mudah je kan tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan?

kekal bertenaga, kekal bertenaga di bulan puasa, tips kekal bertenaga, tips kekal bertenaga sepanjang hari, petua kekal bertenaga, kekal sihat dan bertenaga bersama Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee harga ahli, Set Mighty Gems Shaklee murah, Set Mighty 3 Gems Shaklee. Set Combo Ramadhan Shaklee, Set Combo Ramadhan Shaklee Harga ahli, Set Combo Ramadhan murah, makanan tambahan dibulan puasa

4. Pewangi. Semburan perfume ke tubuh badan boleh mencergaskan badan yang lesu. Atau pun anda boleh gunakan pewangi bilik. Bau Lavender boleh memberikan efek ketenangan & bila anda tenang, insya Allah anda akan rasa bertenaga dan cergas.

5. Dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Jika anda bangun Qiamullail di tengah malam, anda boleh tidur sebentar di antara ibadah yang dijalankan.

6. Jangan tidur selepas Subuh. Elakkan tidur selepas Subuh kerana ia akan menyebabkan badan menjadi lesu & tidak bermaya.

7. Mandi air sejuk sebelum Subuh. Mandi air sejuk sebelum Subuh sememangnya memberikan kesegaran & membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari. Sekali gus meningkatkan kesihatan tubuh badan. Orang zaman dulu, waktu Subuh dah mandi air perigi. Sebab tu mereka sihat. Dah tua pun masih gagah.

8. Pengambilan makanan tambahan. Set Combo Ramadhan Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems adalah makanan tambahan yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti anda jatuh cinta.

Apakah fungsi vitamin-vitamin dalam set ini? Bagaimana ia membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa? Performance Drink membekalkan elektrolit & bendalir untuk mencegah dehydration. ESP Shaklee mengawal paras gula dalam darah supaya berada pada paras yang sihat sepanjang hari. Mealshakes kaya dengan nutrien dan membekalkan serat & protein untuk tubuh badan.

kekal bertenaga, kekal bertenaga di bulan puasa, tips kekal bertenaga, tips kekal bertenaga sepanjang hari, petua kekal bertenaga, kekal sihat dan bertenaga bersama Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee harga ahli, Set Mighty Gems Shaklee murah, Set Mighty 3 Gems Shaklee. Set Combo Ramadhan Shaklee, Set Combo Ramadhan Shaklee Harga ahli, Set Combo Ramadhan murah, makanan tambahan dibulan puasaSemoga 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Combo Ramadhan dengan harga terbaik & aturan makan yang betul? Hubungi saya sekarang.

kekal bertenaga, kekal bertenaga di bulan puasa, tips kekal bertenaga, tips kekal bertenaga sepanjang hari, petua kekal bertenaga, kekal sihat dan bertenaga bersama Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee, Set Mighty Gems Shaklee harga ahli, Set Mighty Gems Shaklee murah, Set Mighty 3 Gems Shaklee. Set Combo Ramadhan Shaklee, Set Combo Ramadhan Shaklee Harga ahli, Set Combo Ramadhan murah, makanan tambahan dibulan puasa

Jangan Ditangisi Haid Itu

Jangan ditangisi haid itu. Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “ Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan. Tengah pecutan maximum tu”. Atau pun “ Haa? Period datang double bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji ana sampai macam ni sekali? Ini dikira nikmat atau dugaan? ” dan pelbagai lagi keluhan yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti-ukhti saya.

haid, wanita dan haid, wanita haid berpuasa, wanita haid dan puasa, amalan wanita haid semasa berpuasa, ibadah wanita haid semasa berpuasa,

Jangan Ditangisi Haid Itu

Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pasti tidak mahu mensia-siakannya. Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu memecut sehabis daya kan?

Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.

Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel ‘”Untunglaa jadi lelaki..”?

Sekali lagi jangan! Jangan ditangisi haid itu, kerana Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). “(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;” (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

JANGAN DITANGISI HAID ITU. REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK

Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.

Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.

Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.

haid, wanita dan haid, wanita haid berpuasa, wanita haid dan puasa, amalan wanita haid semasa berpuasa, ibadah wanita haid semasa berpuasa,

Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.

1- Sediakan juadah berbuka puasa

“”Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun””(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!

2. Bangun Sahur bersama-sama
Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!

3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.

4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi

Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.

5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.

Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.

6. Infaq/ sedekah

Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA. Ingat ye, jangan ditangisi haid itu.

Credit : Usrati mahabbah

haid, wanita dan haid, wanita haid berpuasa, wanita haid dan puasa, amalan wanita haid semasa berpuasa, ibadah wanita haid semasa berpuasa,

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fidyah Puasa

Ramadhan semakin hampir. Semua umat islam sibuk menyediakan diri untuk menyambut bulan yang mulia ini. Di antara perkara yang sinonim dengan Ramadhan ialah Fidyah. Jom luangkan sedikit masa untuk membaca semua yang anda perlu tahu tentang fidyah puasa. Semoga bermanfaat.

fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fidyah Puasa

Berikut adalah antara soalan yang sering diutarakan berkenaan isu fidyah:

 1. Berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar untuk sehari?

Bagi negeri Selangor, nilai fidyah ialah RM1.80 sehari.

2. Jika tinggal puasa 10 hari pada tahun 2012, tapi tak ganti lagi hingga lepas tahun 2013, adakah nak kena berganda?
Jawapan: Tak payah berganda, inilah keputusan fatwa di Selangor. Maka, 10 hari X RM1.80 = RM18.00.

4. Bolehkah saya bayar fidyah terus kepada penerima?
Jawapan: Boleh, cuma kena pastikan penerima memang miskin, kerana fidyah kena bagi kepada orang miskin.

4. Bolehkah bagi fidyah dalam bentuk makanan?
Jawapan: Memang boleh, dengan syarat makanan yang mengenyangkan.

5. Jika beri dalam bentuk wang bagaimana?
Jawapan: Ya, masih diterima dan bagi tahu kepada penerima bahawa itu wang fidyah dan mestilah digunakan untuk membeli makanan yang mengenyangkan.

6. Bolehkah pihak Lembaga Zakat Selangor menerima fidyah?
Jawapan: Ya, boleh cuma fidyah tidak boleh mendapat rebat cukai pendapatan.

7. Apakah ada fidyah lain selain puasa?
Jawapan: Secara umumnya, tiada dan hanya puasa yang wajib diganti dengan fidyah.

8. Siapakah yang kena fidyah?
Jawapan: Orang yang wajib bayar fidyah itu ialah:

A. Orang yang meninggalkan puasa dan tidak mengqadakannya hingga masuk puasa tahun berikutnya.

B. Orang yang meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya (sama ada semasa mengandung atau menyusukan). Anda boleh membaca tentang hukum ibu mengandung berpuasa di sini dan panduan berpuasa bagi ibu menyusukan di sini.

C. Orang yang sakit dan tidak ada harapan sembuh.

D. Orang yang sudah terlalu tua dan tidak mampu berpuasa.

ibu-mengandung-boleh-puasa-, fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

9. Bagaimana jika seseorang itu tidak mampu membayar fidyah?
Jawapan: Waris atau walinya boleh membantu dan jika ditakdirkan semuanya tidak mampu, maka terlepaslah kewajipannya namun hendaklah mereka memperbanyakkan amalan soleh dan ketakwaan sebagai gantinya.

10. Bilakah kita boleh bayar fidyah? maksud saya,puasa yang ditinggalkan thun 2012, adakah sebelum puasa 2014 atau selepas puasa 2014?
Jawapan: Orang yang tinggal puasa atas sebab apa sekali pun, maka WAJIB menggantikan puasanya sebelum masuk puasa tahun berikutnya. Jika GAGAL maka itulah yang menjadikannya wajib bayar fidyah dan puasa wajib ganti juga, maknanya tak lepas selagi tak qada puasanya.

Maka, jika gagal puasa tahun 2012 dan masuk tahun 2014 pun tak qada lagi, maka jika sempat sebelum masuk puasa tahun 2014, dia sebenarnya sudah wajib mengqada dan membayar fidyah.

Namun jika sudah masuk puasa tahun 2014 ini pun dia masih tak qada, maka dia wajib segera qada selepas habis puasa tahun 2014 nanti berserta membayar fidyahnya.

11. Bagaimana pula dengan mereka yang tertinggal puasa dalam 10 tahun lepas? Setiap tahun ada tertinggal puasa disebabkan uzur dan orang tersebut tidak pasti dengan jumlah puasa yang dia telah tertinggal. Dalam situasi yang disebutkan, bagaimanakah caranya untuk dia membayar fidyah?
Jawapan: Sila buat anggaran dan lebihkan, agar tidak timbul was-was. Misalnya, tahun 2000 tinggal 10, 2001 tinggal 7 hari, 2002 8 hari hinggalah tahun 2010…maka anggaran biar lebih, dan totalkan keseluruhannya dan darab dengan RM1.80 dan bayarlah fidyahnya.

12. Adakah jika sudah membayar fidyah maka terlepas GANTI / Qada puasa?

Jawapan: Tidak, fidyah wajib dan qada pun wajib. Wallahua’lam.

13. Saya banyak tinggal dri kecil lagi. Sampai tak ingat berapa hari dah. Macam mana kiraan fidyah saya?
Jawapan: buat anggaran dan lebihkan hari atau jumlah bayarannya agar tak was was.

14. Wujudkah Fidyah solat?
Jawapan: tiada.

15. Dah bayar fidyah sebab dah lambat ganti posa tahun 2012 sebanyak 5 hari, tapi masih lupa nak qada puasa, nak kena fidyah semula?
Jawapan: Tak perlu fidyah tetapi wajib taubat dan wajib segera ganti puasa

16. Bolehkah Fidyah Di beri kepada anak yatim?

Jawapan: Boleh, jika anak yatim itu tergolong dalam golongan fakir atau miskin.

Nota: Hati-Hati jika memberi FIDYAH kepada rumah anak yatim kerana dikhuatiri ada di kalangan anak yatim itu bukan dari golongan fakir dan miskin.

Alhamdulillah. Tahniah kerana anda telah meluangkan masa membaca semua yang anda perlu tahu tentang fidyah puasa. Untuk makluman anda, info ini diambil dari Fanpage Lembaga Zakat Selangor. Jika anda tinggal di negeri lain, sila rujuk Lembaga Zakat Negeri maing-masing. Semoga bermanfaat. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

ibu-mengandung-boleh-puasa-, fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...