-

Apa Nak Buat Kalau Turun Darah Semasa Mengandung

Terdapat pelbagai punca pendarahan semasa mengandung. Pastinya kita akan panik kalau berlaku pendarahan sebelum sampai waktu bersalin. Jangan panik, jom saya ceritakan apa nak buat kalau turun darah semasa mengandung.

berdarah semasa mengandung 300x198 Apa Nak Buat Kalau Turun Darah Semasa Mengandung

1. Jangan panik.

Pastikan anda suami isteri berada dalam keadaan tenang. Jangan menggelabah, Jangan panik. Ingat Allah. Berzikir, berselawat.

2. Berjumpa doktor dengan segera.

Bila dah tenang, bersiap dan terus berjumpa dengan doktor. Jangan berlengah. Biasanya kalau kandungan berada dalam keadaan baik, doktor akan bagi mc dan nasihatkan supaya anda berehat di rumah. Kalau kandungan nampak tak stabil, atau anda nampak tak sihat, mungkin akan dimasukkan ke wad sehingga ok.

3. Berehat, lupakan semuanya.

Bedrest! Lupakan semua kerja rumah. Biarlah kain baju tak berbasuh, suami boleh tolong basuhkan. Biarlah tak masak, suami boleh tolong belikan makanan. Suami juga boleh bantu jaga anak yang lain. Apa yang penting sekarang ialah anda jaga bayi yang ada dalam kandungan. Berehat supaya pendarahan berhenti dan mengancam kandungan anda.

4. Makan makanan berkhasiat.

Jangan makan makanan ringan atau jajan. Makan makanan berkhasiat supaya khasiat dari makanan tu sampai kepada bayi dalam kandungan. Makanan berkhasiat juga membantu anda bertenaga semula.

5. ESP Shaklee

ESP Shaklee  mempunyai pelbagai kebaikan, dan di antaranya ialah untuk menguatkan rahim selepas pendarahan. Selain itu, ia juga memberikan anda tenaga supaya segar semula. Biasanya ibu akan menjadi lemah selepas pendarahan. Insya Allah ESP akan membantu anda segar & bertenaga seperti sedia kala.

Sekarang anda dah tahu apa nak buat kalau turun darah semasa mengandung. Jadi, jangan panik ye. Amalkan ESP Shaklee, insya Allah akan membantu anda sihat & bertenaga sehingga melahirkan. Nak order ESP Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apa Nak Buat Kalau Turun Darah Semasa Mengandung

Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Apabila dah jenuh berusaha tapi masih belum mengandung, biasanya kita akan tercari-cari apakah punca kita sukar mengandung. Suami tak subur ke? Atau isteri yang bermasalah? Ramai yang tak tahu bahawa rahim jatuh juga boleh menjadi punca susah mengandung &  ramai wanita tak sedar pun rahim mereka jatuh. Kali ni saya bercerita tentang benarkah rahim jatuh punca sukar hamil?

rahim jatuh punca sukar ham2 300x204 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Jom kenali apakah itu rahim jatuh

Rahim jatuh juga dikenali sebagai prolaps rahim. Rahim merupakan tempat janin membesar di mana ia terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot dan ligamen. Terdapat 3 peringkat masalah rahim jatuh iaitu:

  • Peringkat 1 : hanya jatuh sedikit dari tempat asal. Tiada sebarang simptom dirasakan dan kebiasannya diketahui apabila melakukan pemeriksaan bagi tujuan lain. Sebagai contoh ujian pap smear
  • Peringkat 2 : pintu rahim jatuh sehingga ke permukaan faraj
  • Peringkat 3 : keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ianya seakan-akan seketul bentuk daging terkeluar yang dapat dilihat dengan sekiranya duduk mencangkung.

rahim jatuh punca sukar ham3 300x191 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah punca rahim jatuh supaya kita dapat mengelakkan ianya daripada berlaku. Di samping itu, kita perlu alert tentang tanda-tanda rahim jatuh supaya kita sedar apabila ianya berlaku & boleh cepat amalkan cara tradisonal untuk menaikkan semula rahim yang jatuh. 

Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Menurut perubatan tradisonal, ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita susah untuk mengandung. Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak perut untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya takde masalah untuk mengandung semula.

Dari segi perubatan moden, kedudukan rahim yang berubah dari tempat yang asal juga boleh menjejaskan kesuburan. Kedudukan yang berubah itu termasuklah rahim jatuh & rahim terbalik.

Apa nak buat kalau sedang berusaha untuk mengandung tapi ada masalah rahim jatuh?

Kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, anda boleh ambil Set Menaikkan Peranakan Shaklee yang membantu membetulkan kedudukan rahim, dan menguatkan otot rahim agar tidak jatuh semula. Set ini bertindak dengan lembut & ianya adalah selamat. Kalau ada bajet anda boleh juga ambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pasangan mengandung. 

menaikkan rahim2 300x193 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Sekarang terjawablah sudah persoalan tentang benarkah rahim jatuh punca sukar hamil. Kalau rahim anda jatuh, cepat-cepat amalkan tips yang saya kongsikan tadi & ambil Set Menaikkan Peranakan Shaklee dengan konsisten. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Alhamdulillah entry saya mengenai tanda peranakan jatuh dan cara tradisional untuk menaikkan rahim jatuh mendapat respons yang di luar dugaan. Rupanya ramai wanita di Malaysia yang mengalami masalah rahim jatuh tapi tak sedar. Di atas permintaan ramai, kali ni saya nak ceritakan tentang punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu.

punca rahim jatuh2 300x204 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Di antara punca-punca peranakan jatuh ialah:

1. Kemalangan

Tak perlu kemalangan yang teruk. Kemalangan yang kecil pun akan menyebabkan rahim jatuh jika punggung anda terhentak. Saya sendiri tak sedar kedudukan rahim saya jatuh, sehingga saya berurut untuk menghilangkan senggugut. Kata makcik tu rahim saya jatuh, dan dia urut untuk betulkan semula rahim saya. Bila difikirkan, saya cuma pernah kemalangan sekali je. Jatuh motor ;P

2. Angkat benda berat

Mengangkat benda berat boleh menyebabkan peranakan kita jatuh. Oleh itu, elakkan daripada angkat benda berat. Contoh benda berat? Alihkan meja, angkat beg baju, alihkan mesin basuh, dan sebagainya.

3. Menolak benda dengan hujung kaki iaitu, ibu jari

Satu lagi punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu ialah menolak benda dengan hujung kaki iaitu ibu jari kaki. Ingatlah…. jangan sesekali buat macam tu kalau sayangkan peranakan anda.

4. Aktif bersukan

Sukan yang ganas juga boleh menyebabkan peranakan jatuh. Contohnya taek wan do, gusti, berkuda dan sukan lasak yang lain.

punca rahim jatuh3 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

5. Tak berpantang dengan betul

Jika anda baru bersalin atau keguguran, pastikan anda berpantang dengan betul bagi mengelakkan bentan & rahim jatuh. Set Berpantang Shaklee adalah teman terbaik anda semasa berpantang.

6. Aktiviti lasak

Aktiviti lasak seperti menunggang gajah & menunggang jetski boleh menjadi punca rahim jatuh. Naik banana bot pun bahaya tau, sebab bila kita dijatuhkan ke dalam air, badan kita terhempas.

7. Seks terlalu ganas

Jika anda mempunyai masalah rahim lemah semasa mengandung, selepas bersalin atau disebabkan keguguran, seks yang terlalu ganas boleh menjadi punca rahim jatuh.

Jadi, sekarang anda dah tahu 7 punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu. Kalau rahim anda jatuh, jangan berlengah. Order Set Menaikkan Rahim Shaklee anda hari ini juga. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Hari tu saya ada bercerita tentang tanda peranakan jatuh. Allah! Terkejut saya dengan respons dari para pembaca. Menderu-deru sms dan whatsapp masuk ke telefon saya bertanyakan macam mana nak betulkan peranakan jatuh. Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ni saya kongsikan cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh.

petua menaikkan rahim 293x300 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara tradisional yang akan saya kongsikan ini sememangnya telah diamalkan sejak dulu & terbukti berkesan. Jika rahim anda jatuh, bolehlah cuba cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh berikut:

1. Berurut Atau Sengkak Rahim

Cari tukang urut atau bidan yang pandai untuk menaikkan semula peranakan. Ada yang panggil urutan ni Sengkak Rahim. Jika anda mengandung, jangan lupa untuk bagitahu sebelum berurut. Insya Allah bidan tu tahu cara mengurut untuk ibu mengandung.

2. Senaman Kegel

Senaman yang mudah. Caranya kemut seperti anda sedang menahan kencing. Tapi dalam kedudukan yang berikut:

petua menaikkan rahim1 300x220 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Kalau tak boleh buat sendiri, minta bantuan sesiapa untuk tolong pegangkan kaki. Kira 1-20 sambil mengemut. Bernafas seperti biasa. Lepas tu boleh turunkan kaki.  Kira 1-20 dan berehat. Kemudain naikkan kaki semula. Buat setakat yang larat. Jangan paksa diri.

3. Urutan sendiri

Kalau anda tak dapat cari bidan atau tukang urut yang boleh naikkan rahim, untuk sementara waktu anda boleh lakukan urutan sendiri. Cara-caranya ialah:

  • Sapu minyak ke perut & urut perlahan-lahan untuk melembutkan urat perut.
  • Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
  • Bengan lembut, urut dari bawah naik ke atas
  • Kalau rasa sengal atau sakit, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
  • Rehat seketika sebelum bangun.

4. Bertungku

Bertungku boleh membantu menaikkan peranakan. Semasa bertungku, tolak peranakan anda ke atas dengan gaya seperti mencungkil. Bertungku 2 kali sehari iaitu awal pagi & lewat petang. Seeloknya gunakan batu sungai. Cari batu sungai yang bulat dan tak terlalu berat. Yang penting ialah anda mampu nak pegang batu tu sepanjang peroses bertungku tanpa rasa lenguh.

petua menaikkan rahim2 300x288 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

5. Bertangas

Stim berherba yang masuk ke badan semasa bertangas akan membantu membetulkan semula kedudukan peranakan anda. Jangan lupa untuk bertungku selepas bertangas.

6. Set Menaikkan Rahim Shaklee

Di samping cara-cara tradisional yang saya nyatakan tadi, anda juga boleh menaikkan peranakan dengan mengambil Set Menaikkan Rahim Shaklee. Nak tahu macam mana set ini menbantu peranakan yang jatuh?

menaikkan rahim2 300x193 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. Macam mana ia berfungsi? ESP kaya dengan protein yang menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia akan menjadikan otot rahim menjadi kuat & berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden.  Pengambilan Alfalfa dengan dos & aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat & insya Allah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insya Allah pengambilan set ini secara konsisten akan membantu menaikkan peranakan anda yang jatuh, menguatkan rahim & mengelakkan rahim anda daripada jatuh lagi.

Semoga cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh tadi bermanfaat untuk anda. Nak cuba berikhtiar dengan Set Menaikkan Rahim Shaklee?  Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Peranakan jatuh adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh wanita tak kira anak dara, baru berkahwin, atau pun selepas bersalin. Ia juga boleh menjadi punca kenapa anda susah untuk mengandung. Kali ni saya nak bercerita tentang tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita. Tanda dah ada tapi kita tak sedar!

tanda peranakan jatuh3 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Di antara tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita ialah:

1. Sakit perut yang luat biasa terutamanya pada  bahagian ari-ari

Sepatutnya kita tak rasa sakit pada bahagian tu. Kalau ada rasa sakit, maksudnya memang ada yang tak kena dengan peranakan kita.

2. Rasa nak demam selepas Asar

Kaki & tangan akan berasa sejuk, dan badan mula seram sejuk tanda nak demam. Seharian kita rasa sihat, tapi lepas Asar badan mula meragam.

3. Kerap buang air kecil

Peranakan yang jatuh akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Dah membuang pun rasa tak puas. Asyik berulang ke toilet je. Ini berlaku kerana rahim telah beralih kedudukan & menghimpit pundi kencing.

4. Rahim seakan jatuh bila berdiri

Di antara tanda paling ketara bahawa peranakan kita telah jatuh ialah berasa seakan rahim jatuh ke bawah bila kita berdiri. Diri kita. Kita sendiri akan tahu bila ada yang tak kena. Jadi jangan ambil mudah!

5. Betis & peha rasa kebas

Betis dan peha rasa kebas adalah sesuatu yang tak normal. Betul tak? Ini adalah antara tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita.

6. Sakit tumit

Sakit tumit adalah signal bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan peranakan kita. Kalau ikutkan rajah akupuntur kaki di bawah, nombor 36 iaitu tumit adalah point bagi sistem peranakan kita.

tanda peranakan jatuh2 300x229 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

7. Mudah penat & badan rasa lesu

Peranakan jatuh akan menyebabkan badan menjadi lesu & mudah rasa letih.

Macam Mana Nak Pastikan Sama Ada Peranakan Kita Jatuh Atau Tidak?

Itulah dia 7 tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita. Jika rahim kita jatuh, kita mungkin akan mengalami kesemua 7 tanda tersebut, atau kebanyakan daripadanya. Jadi, macam mana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh atau tidak? Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri yang mudah ini:

1. Baring lurus. jangan gunakan bantal.
2. Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke
tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
7. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

Apa Nak Buat Kalau Peranakan Kita Jatuh?

Terdapat pelbagai cara tradisional untuk menaikkan rahim jatuh. Amalkan secara konsisten bersama Set Menaikkan Rahim Shaklee, rahim anda akan kembali ke kedudukan asal & insya Allah  ia membantu menguatkan otot rahim supaya tak jatuh lagi . Elakkan juga perkara yang menjadi punca rahim jatuh. Semoga info tentang tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita itu tadi bermanfaat untuk anda.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Masalah rahim lemah sering berlaku kepada ibu mengandung,  melahirkan atau keguguran. Bagi ibu yang sedang mengandung, di antara tanda rahim lemah ialah pendarahan diawal kehamilan. Jom saya kongsikan tips kuatkan rahim semasa mengandung, selepas bersalin dan keguguran.

Kuatkan rahim 300x224 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran.

Untuk menguatkan rahim, anda boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Elakkan mengangkat benda berat

Mengangkat benda berat akan menyebabkan tekanan kepada bahagian perut, sekali gus menyebabkan tekanan kepada rahim. Salah satu cara untuk menguatkan rahim ialah dengan mengelakkan aktiviti mengangkat benda yang berat.

2. Jangan membongkok

Sekiranya anda terpaksa mengangkat benda berat, elakkan daripada membongkok. Cara yang terbaik ialah anda duduk atau bengkokkan kaki. Dengan cara ini, tekanan ke atas rahim akan dapat dikurangkan.

3. Duphaston

Doktor kebiasaanya akan memberikan Duphaston sebagai ubat untuk menguatkan rahim. Di sesetengah negara Duphaston telah pun diharamkan. Oleh itu, kaji semua pro & cons sebelum mengambil ubat sintetik ini.

4. ESP Shaklee

Pengambilan ESP Shaklee sememangnya telah terbukti membantu menguatkan rahim anda. Bagi ibu mengandung, ESP membantu menguatkan rahim bagi mengelakkan keguguran & membantu pembentukan janin yang sempurna. Bagi ibu yang keguguran, ESP membantu mengelakkan risiko keguguran berulang. Sementara bagi ibu yang baru melahirkan, ESP mengurangkan risiko kejadian rahim jatuh atau Jatuh organ peranakan.

Kuatkan rahim1 300x300 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Insya Allah, dengan aturan makan yang betul, ESP bukan sahaja membantu menguatkan rahim anda. Malah ia juga memberikan anda tenaga & mencantikkan kulit.

5. Berurut

Berurut bukan sahaja dapat menguatkan rahim, malah membetulkan kedudukan rahim yang tinggi, rendah, atau pun senget. Jika anda baru bersalin atau keguguran, carilah tukang urut berpengalaman untuk mengurut anda.

6. Bertungku

Selepas bersalin atau keguguran, pastikan anda bertungku agar rahim menjadi kuat & kembali kepada keadaan asal.

7. Kurma

Kurma sememangnya terbukti membantu menguatkan rahim seorang wanita. Amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari.

8. Susu Badam @ Almond

Rendam satu genggam badam semalaman. Pagi esoknya toskan air & blend badam sehingga hancur. Boleh campurkan kurma untuk rasa yang lebih sedap. Tapis & boleh terus diminum.

Semoga tips kuatkan rahim semasa mengandung, selepas bersalin dan keguguran yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan ESP dengan aturan makan yang betul & harga istimewa? Klik sini untuk order.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya hati bila keguguran. 3 kali saya keguguran jadi saya tahu apa yang anda rasa. Kali ni saya nak share tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

mengandung selepas kegugura 300x286 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Selepas keguguran, anda dinasihatkan untuk  berehat selama 2 minggu sebelum mencuba untuk mengandung semula. Anda akan lebih mudah untuk hamil sekiranya tips dibawah diamalkan bersama set kesuburan Shaklee. Pengambilan ESP Shaklee juga akan membantu menguatkan semula rahim anda.

Tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan ialah:

 1. Kenal pasti tarikh subur.

 Jika haid anda teratur, adalah mudah untuk mengetahui tarikh subur. Setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan inilah waktu paling subur anda. Sekiranya anda bersama suami pada waktu ini, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas wkatu subur setiap bulan.

 2. Jalani pemeriksaan.

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang merupakan penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Jika anda mengesan penyakit ini pada peringkat awal, Insya Allah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Dapatkan EBook ini secara percuma dengan pembelian set kesuburan Shaklee dari vitaminsaya.com

 3. Dapatkan berat badan yang ideal.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. Anda boleh mengetahui cara mengira BMI di sini.

4. Hubungan seks yang kerap & posisi yang tertentu.

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Nak tahu posisi terbaik untuk  mudah hamil? Saya ada share hot tips ni di secret group kami.

5. Tingkatkan kesuburan suami.

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

6. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Set kesuburan Shaklee mempunyai nutrient lengkap yang diperlukan oleh pasangan yang sedang mencuba untuk hamil.

8. Bersenam secara rutin .

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

mengandung selepas kegugura1 300x205 Tips Mengandung Selepas Keguguran

9. Mengambil makanan yang seimbang.

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

10. Elakkan makanan segera.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

 11. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk meningkatkan kesuburan anda. ESP Shaklee adalah alternatif terbaik sekiranya anda tidak minum susu atau mengambil produk tenusu yang lain.

 12. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

 13. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

14. Berurut

Berurut juga boleh membantu anda cepat hamil. Bidan yang berpengalaman dapat mengesan sekiranya ada masalah dengan peranakan anda seperti rahim jatuh. Kebiasannya bidan dapat membetulkan masalah tersebut dengan urutan.

 15. Kurangkan tekanan.

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

16.  Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Jika anda keguguran, jangan bersedih. Anda masih berpeluang untuk mengandung & melahirkan seperti pasangan yang lain. Amalkan tips mengandung selepas keguguran yang saya kongsikan tadi. Berminat untuk mendapatkan set subur Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Anda mengalami pendarahan semasa mengandung? Jangan risau kerana 15-25% wanita hamil mengalaminya. Dapatkan rehat secukupnya. Bedrest. Bedrest sangat penting bila pendarahan berlaku. Nak tahu apakah punca pendarahan semasa mengandung?
pendarahan saat kehamilan 300x203 Punca Pendarahan Semasa Mengandung
Punca Pendarahan Semasa Mengandung
Apakah punca pendarahan semasa mengandung?
1. Pendarahan boleh berlaku disebabkan ibu yang terlalu aktif & lasak terutamanya di awal trimester kehamilan di mana kandungan masih belum berapa kuat. Sebab tu bila pendarahan berlaku, ibu wajib bedrest. Lupakan kerja pejabat, lupakan kerja rumah, minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain untuk menjaga anak-anak. Apa yang anda perlu lakukan ialah rehat, rehat & rehat.
2. Pendarahan juga boleh menjadi petanda bahawa anda mengalami hakisan serviks atau kini dikenali sebagai “etropion” serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan “radang”.
3. Disamping itu, pendarahan juga boleh berlaku selepas persetubuhan disebabkan oleh jangkitan vagina, jangkitan serviks dan polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
4. Di samping faktor-faktor di atas, pendarahan juga mungkin berlaku kerana kekurangan protein. Terutamanya ibu yang mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Langsung tak boleh makan atau minum. Kalau kita tak makan, tubuh badan kekurangan vitamin terutamanya protein yang penting dalam pertumbuhan janin. Oleh itu, ESP adalah vitamin yang penting untuk ibu yang hamil. 

imagesCAC314KW Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Sekarang anda dah tahu tentang punca pendarahan semasa mengandung. Jika anda mengalami pendarahan, jangan panik. Berjumpa dengan doktor untuk memastikan kandungan anda berada dalam kedaan yang baik dan amalkan tips untuk merawat pendarahan semasa mengandung yang saya kongsikan di sini. Jangan lupa amalkan ESP Shaklee. Jika pendarahan berterusan, sila jumpa doktor semula.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Pendarahan Semasa Mengandung 
pixel Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.