-

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

cepatkan bukaan bersalin 300x244 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Biasanya bila tau je mengandung, kita akan terus cari petua mudah bersalin yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung. Bila dah makin dekat due date, berdebar-debar je tunggu tanda nak bersalin. Excited ada, ngeri pun ada. Kan? Bila dah ada contraction dan rasa sakit nak bersalin, boleh la pergi ke hospital. Sambil-sambil tu boleh amalkan tips berikut untuk mencepatkan bukaan pintu rahim:

1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Ketuk ketampi

Kalau larat, buat ketuk ketampi. Tarikan graviti dan gerakan turun naik tu akan membantu mempercepatkan bukaan pintu rahim.

3. Jalan itik

Dengar macam kelakar, tapi jalan itik adalah antara cara paling berkesan untuk mencepatkan bukaan pintu rahim. Jalan perlahan-lahan je, bukan nak kena jalan laju macam berlumba ^_^

4. Mencangkung

Kalau tak larat nak jalan itik, anda boleh mencangkung. Boleh mencangkung sambil bersandar kat badan suami. Waktu ni lah nak bermanja dengan suami.

cepatkan bukaan bersalin1 300x193 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

5. Ambil minuman tenaga

Kita tak tahu berapa hari anda akan sakit sehingga bersalin, oleh itu pastikan anda makan & minum supaya bertenaga waktu nak meneran nanti. Jangan lupa minum Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) dan bawa bekal bila nak ke hospital.

ESP akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang proses melahirkan & memastikan anda tak lesu selepas bersalin. Satu canister ESP berharga RM150 sahaja, boleh diambil dari waktu mengandung sehingga menyusukan. Berbaloi sangat. Nak order? Klik sini.

5. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh.

Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

6. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan  lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

7. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

cepatkan bukaan bersalin2 211x300 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

8. Kerap mandi dan basuh rambut

Yang ni petua orang lama. Katanya kalau kita kerap mandi dan basuh rambut, insya Allah makin cepat bukaan rahim kita.

9. Baring mengiring sebelah kiri

Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.

10. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.

Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat. ^_^

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Ibu mengandung yang sedang menanti hari pasti sentiasa rasa berdebar-debar & tertanya-tanya bila si kecil akan keluar. Jika ini anak pertama anda, pastinya anda & suami ingin tahu apakah tanda nak bersalin. Jom saya kongsikan 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu, untuk panduan anda suami isteri.

tanda nak bersalin1 300x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

9 Tanda Bersalin Yang Ibu Mengandung Wajib Tahu

Sepanjang tempoh kehamilan, semestinya anda telah mengamalkan amalan pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung & menjalani pemeriksaan prenatal di hospital setiap bulan. Setelah  berbulan-bulan menanti dengan penuh sabar, kini tiba masanya untuk anda berjumpa dengan permata hati. Anda boleh amalkan petua mudah bersalin yang saya kongsikan di sini. Berikut adalah beberapa tanda nak bersalin untuk panduan anda:

1. Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Apabila anda menekan perut dibahagian atas (bawah dada), anda akan terasa kosong kerana bayi sudah berada di bawah.  Anda juga akan terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana kepala bayi menekan bahagian tersebut.
  • Kerap membuang air kecil kerana bayi menekan pundi kencing.
  • Sakit perut & memulas.
  • Kerap buang air besar.
  • Kerap terkentut.

2. Berat badan turun

Berat badan anda akan turun sebelum melahirkan.

3. Nesting instinct atau naluri mengemas rumah

Secara tiba-tiba anda akan rasa rajin nak mengemas rumah. Habis satu rumah dikemas & disapu. Malah ada yang terlalu rajin sampai mengecat semula dinding rumah. Ini adalah antara tanda utama anda akan berjumpa sicomel dalam masa yang terdekat.

4. Mucus Plug keluar

Semakin dekat waktu bersalin, pintu rahim kita akan menjadi semakin nipis. Akhirnya ia menjadi terlalu nipis sehingga  lendir pekat seperti gam (mucus plug) yang menutup pintu rahim tercabut. Ia akan keluar dalam bentuk cecair putih & kadang-kadang sedikit berdarah. Tak semua ibu mengandung perasan mucus plug sudah keluar. Kadang-kadang ia keluar bersama air kencing.

tanda nak bersalin 300x238 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

5. Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir (Bloody show)

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami bloody show.

6. Sakit Belakang

Sakit belakang sememangnya biasa bagi ibu mengandung. Semakin dekat waktu bersalin, sakit belakang akan menjadi semakin kuat kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Anda boleh amalkan tips hilangkan sakit belakang yang saya kongsikan di sini.

7. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.  Kadang-kadang ada sedikit darah. Jika air ketuban anda pecah,  pergi ke hospital untuk pemeriksaan kerana selepas air ketuban pecah, jika dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

8. Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis

Apabila anda ke hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina bagi menentukan sama ada laluan telah terbuka atau tidak.  Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. Jika laluan masih belum dibuka, kebiasaanya anda akan dinasihatkan untuk balik ke rumah & berehat.

9. Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan

Kontraksi atau pengecutan otot rahim adalah tanda paling besar bahawa anda kana melahirkan. Semakin kuat & kerap kontraksi yang dialami, bermakna semakin dekat anda akan bersalin.

tanda nak bersalin2 234x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Untuk kekal bertenaga sepanjang proses melahirkan, anda boleh ambil Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang membekalkan tenaga supaya anda tidak lesu. ESP juga boleh terus diambil selepas anda melahirkan, agar anda bertenaga semula & membantu membanyakkan susu. Set berpantang Shaklee adalah set terbaik untuk ibu yang baru bersalin, dan ia adalah tanpa jamu yang selamat untuk bayi.

Semoga 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu itu tadi bermanfaat untuk anda & suami. Saya doakan semoga anda selamat bersalin & Insya Allah semua urusan akan dipermudahkan. Enjoy your pregnancy & selepas itu enjoy your motherhood journey. Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee atau set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Petua Mudah Bersalin

Alhamdulillah ramai pelanggan Set Subur Shaklee saya yang dah berjaya mengandung. Sekarang ni semua tengah bergembira dengan kehadiran bayi comel dalam kandungan & pastinya sedang sibuk menimba ilmu tentang tanda nak bersalin, berpantang & penjagaan bayi baru lahir. Kali ni saya nak share petua mudah bersalin untuk anda amalkan.

petua mudah bersalin 300x266 Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN

1. Amalkan membaca Al-Quran & Solat Hajat sepanjang tempoh kehamilan

Wanita hamil diberikan satu kelebihan iaitu mereka sentiasa suci dari darah haid, Oleh itu, mereka boleh sentiasa bersolat & membaca Al-Quran. Jadi, sepanjang tempoh kehamilan anda, banyakkan membaca Al-Quran & lakukan solat hajat supaya anda dapat bersalin dengan mudah. Membaca Al-Quran bukan sahaja merupakan satu petua mudah bersalin, malah membantu melahirkan bayi yang bijak & soleh.

Anda juga boleh mengamalkan doa-doa berikut:

petua mudah bersalin1 300x167 Petua Mudah Bersalin

Doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan yu.

petua mudah bersalin2 300x189 Petua Mudah Bersalin

petua mudah bersalin3 300x252 Petua Mudah Bersalin

petua mudah bersalin4 300x191 Petua Mudah Bersalin

2. Minum air sisa suami

Sepanjang kehamilan, amalkan meminum air sisa suami. Caranya mudah sahaja, suami minum seteguk kemudian anda minum dari cawan yang sama. Mudah sahaja petua mudah bersalin yang ini kan? Sebagai bonus anda akan mendapat pahala & merapatkan kasih sayang anda suami isteri. Kan romantik minum berkongsi satu gelas air.

3. Minum air rambut semasa mandi

Petua mudah bersalin yang ini meamng femes. Rasanya semua orang tahu. Semasa mandi, minum sedikit air dari hujung rambut anda & berniat minta supaya anda mudah bersalin. Untuk makluman anda petua mudah bersalin ini telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Jadi tak rugi kalau kita amalkan.

4. Elakkan duduk di anak tangga

Kata orang tua, kalau kita duduk di anak tangga, nanti waktu bersalin bayi kita lambat keluar, seumpama kita yang sedang duduk termanggu di anak tangga. Wallahu alam… tidak diketahui sejauh mana kebenarannya tapi apa salahnya kalau kita jauhkan. Lagi pun tak manis ibu mengandung duduk di anak tangga & ia juga boleh mendatangkan bahaya.

5. Elakkan duduk di muka pintu

Yang ini pun merupakan petua mudah bersalin yang diamalkan sejak turun temurun. Katanya kalau kita suka duduk di muka pintu, nanti waktu bersalin bayi akan duduk di muka pintu, tak mahu keluar. Sekali lagi saya nak ingatkan, ini adalah petua orang lama. terpulang untuk kita amalkan atau tidak.

6. Bunga akar fatimah

Ramai yang sibuk mencari bunga akar fatimah kerana katanya ia merupakan petua mudah bersalin yang diamalkan oleh orang arab sejak dulu. Menurut pembacaan saya, tak salah jika kita ingin berikhtiar dengan bunga akar fatimah TETAPI jangan sesekali meminum airnya jika pintu @ jalan belum terbuka kerana akan menyebabkan contraction yang kuat & tumpah darah. Waktu terbaik untuk minum air bunga akar fatimah ialah apabila jalan sudah terbuka & anda bersedia untuk melahirkan.

Semoga petua mudah bersalin yang saya kongsikan membawa manfaat kepada anda. Ibu yang sedang mengandung boleh mengambil Set Hamil Shaklee yang memberikan anda tenaga sepanjang tempoh hamil & membantu pembentukan janin yang sempurna. Jika anda masih tercari-cari set berpantang tanpa herba yang selamat untuk bayi tanpa perlu risau tentang masalah demam kuning atau jaundis, anda boleh mengambil Set Berpantang Shaklee. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Mudah Bersalin

pixel Petua Mudah Bersalin

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.