-

Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

Pasangan yang mendirikan rumah tangga semestinya mengimpikan untuk menimang cahayamata. Teringin nak mengandung? Boleh amalkan tips mudah mengandung ini. Teringin nak anak kembar? Amalkan tips berikut.  Nak tahu bagaimana proses kehamilan berlaku?

bagaimana proses kehamilan  300x278 Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku?

1. Dalam tempoh subur, melalui proses ovulasi, ovari wanita akan melepaskan satu sel ovum matang (telur) yang kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Tiub Fallopio.

2. Dalam masa 24 jam, sel ovum ini tiba di Tiub Fallopia dan akan terus menunggu kedatangan pasangannya iaitu sel sperma. Di Tiub Fallopio juga lah akan berlaku proses persenyawaan.

3. Semasa proses ejakulasi, berjuta sel sperma akan dilepaskan ke dalam ruang rahim wanita melalui vagina dan sel sperma ini hanya mempunyai tempoh selama 72 jam untuk melakukan persenyawaan dengan sel ovum di Tiub Fallopio.

bagaimana proses kehamilan 1 300x226 Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

4. Sebaik memasuki ruang vagina, sekurang-kurangnya 50% sel sperma akan terus mati disebabkan persekitaran vagina yang terlalu berasid. 

5. Baki sel sperma yang sihat dan kuat akan melalui ruang rahim untuk menuju ke Tiub Fallopio. Semasa di ruang rahim, 50% dari baki sel sperma akan mati kerana persekitaran rahim yang terlalu mencabar dan penuh dengan perangkap. 

6. Baki sel sperma yang berjaya bertahan akan meneruskan perjalanan mereka ke Tiub Fallopio. Semasa melalui Tiub Fallopio sebahagian besar akan mati kerana kekurangan tenaga dan sebahagian besar lagi akan mati kerana terperangkap di celah-celah ‘cilia’ (bulu halus dalam Tiub Fallopio yang membantu pergerakan sel ovum tetapi boleh memerangkap sel sperma).

7. Baki sel sperma yang berjaya memasuki Tiub Fallopio akan menunggu kedatangan sel ovum. Sebaik sahaja sel ovum mengesan kehadiran sel sperma, ovum akan mengeluarkan hormon untuk menarik perhatian sel sperma.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

Ebook ini padat dengan tips untuk pasangan yang sedang berusaha untuk mengandung. Nak dapatkannya? Hubungi saya sekarang!

8. Sel sperma yang sedang berehat akan berenang menuju ke sel ovum untuk persenyawaan. Daripada berjuta sel sperma yang dilepas ketika ejakulasi, hanya puluhan sel sperma yang berjaya sampai ke sel ovum.

9. Baki sel sperma akan bertarung untuk memasuki sel ovum tetapi hanya SATU sel sperma yang betul-betul sempurna, kuat dan sihat yang akan berjaya memasuki sel ovum untuk meneruskan proses persenyawaan manakala yang lain akan mati.

10. Sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku, terbentuklah ‘embryo’ yang akan meneruskan perjalanan ke rahim dan akan terus membesar menjadi fetus dan kemudiannya lahir ke dunia sebagai seorang BAYI. 

bagaimana proses kehamilan 2 300x212 Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

Sekarang anda dah tahu bagaimana proses kehamilan berlaku. Bukan mudah untuk mengandung apatah lagi menjadi seorang ibu dan ayah. Proses kehamilan memerlukan 1 sel ovum yang sihat, 1 sel sperma yang sempurna, sihat dan kuat, masa yang sangat tepat dan dengan izin Allah. Jika tidak, kehamilan tidak akan terjadi. Itulah keajaiban ciptaan Allah. Peluang anda untuk mengandung akan semakin meningkat sekiranya mengamalkan Set Kesuburan Shaklee dan tips yang saya kongsikan dalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya tulis khas untuk pelanggan saya. Berminat nak cuba? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Macam-macam mitos  dalam penyusuan susu ibu yang kita biasa dengar. Payudara layut, payudara tak cantik, anak kurus, anak tak kenyang, anak tak cukup khasiat, dan macam-macam lagi. Kepercayaan pada mitos merupakan salah satu halangan bagi ibu yang menyusukan.
mitos penyusuan susu ibu 300x226 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos ini sebenarnya wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi & diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kita pun menerima mitos ni tanpa usul periksa dan percaya secara membabi-buta.  Berikut adalah beberapa mitos dalam penyusuan susu ibu yang sering kita dengar:
[✔] Air susu ibu pada hari pertama perlu dibuang.
Susu yang keluar pada hari pertama disebut kolostrum yang mengandungi kadar protein dan antibodi yang tinggi. Ianya berwarna kuning & pekat. Orang-orang tua selalu mengatakan bahawa susu tersebut perlu dibuang kerana ianya sudah basi. JANGAN!!!!! sayang kalau cecair emas itu dibuang kerana kolostrum kaya dengan antibodi.
[✔] Susu ibu sedikit semasa berpantang, jadi anak tidak kenyang. Perlu ditambah susu formula.
Semasa tempoh berpantang payudara akan menghasilkan susu yang sedikit kerana bayi hanya perlukan jumlah susu yang sedikit untuk perutnya yang cuma sebesar guli. Jadi, tiada isu bayi kekurangan susu. Kalau bayi anda masih menangis selepas disusukan, itu mungkin kerana bayi anda ingin dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu panas/ sejuk. Anda boleh membaca tentang susu sedikit semasa berpantang di sini. Anda boleh baca blog entry saya yang ini untuk mengetahui tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang.
saiz perut baby 300x235 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔] Sekiranya anda berjauhan dengan bayi & lama tidak mengosongkan payudara, susu yang lama didalam payudara harus dibuang kerana telah basi.
Selama susu ibu berada dalam payudara ibu tidak ada istilah susu ibu yang basi. Cairan susu ibu sama keadaannya seperti darah yang mengandungi mikroorganisma hidup. Susu tidak akan sesekali basi semasa berada didalam payudara ibu. Ia sentiasa segar & sedia untuk terus diminum oleh anak.
[✔] Banyak berehat boleh membanyakkan susu ibu
Tidak dinafikan susu akan bertambah banyak sekiranya ibu mendpat rehat yang mencukupi tapi itu tidak bermakna ibu yang aktif akan menghasilkan susu yang sedikit. Penghasilan susu ibu akan meningkat jika payudara kerap dikosongkan dan mengamalkan perkara asas penyusuan.  Semuanya bergantung kepada konsep supply & demand.
 
[✔]  Susu ibu yang pekat lebih berkhasiat daripada susu ibu yang cair
Susu ibu yang cair, keruh dan kuning tidak bermaksud kualitinya tidak bagus. Apa sahaja yang dimakan oleh ibu mempengaruhi warna susu ibu. Anda boleh meningkatkan jumlah susu dengan mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk isu menyusukan.
[✔]  Susu ibu menyebabkan bayi obes
Biasanya bayi bersaiz besar terutama pada 6 bulan pertama jika bayi mendapat susu yang mencukupi jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula. Ia tidak bermaksud bayi itu mengalami kegemukan atau obesiti. Tiada istilah obesiti bagi bayi yang menyusu badan secara ekslusif. Badan mereka biasanya berisi dan padat.
[✔]  Susukan bayi dengan kedua-dua payudara secara bergilir-gilir setiap 15 minit
Biarkan bayi yang menentukan berapa lama dia ingin menyusu dan bukannya mengikut aturan waktu yang dipetapkan oleh ibu. Percaya kepada naluri keibuan anda. Bayi itu lebih tahu akan keperluannya dan akan berhenti menyusu bila dia sudah berasa kenyang. Batasan
masa menyusu akan mengganggu bekalan nutrisi sekali gus mengganggu pertumbuhan bayi anda.
 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔]  Susu ibu boleh menyebabkan bayi mengalami penyakit kulit
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang setersunya ialah susu ibu boleh menyebabkak bayi mengalami penyakit kulit. Memang ada satu penyakit kulit yang dipanggil milk dermatitis atau ruam susu. Ia biasanya menyerang daerah pipi bayi. Namun penyebabnya bukan susu ibu atau hasil interaksi kulit dengan cairan susu. Ianya disebabkan oleh kelainan pada kulit bayi. Kelainan kulit ini atau bahasa mudahnya kulit sensitif adalah disebabkan oleh genetik seperti  keluarga yang memiliki sejarah ekzema dan alahan di hidung yang tanda-tandanya ialah sering bersin.
[✔]   Bayi cirit-birit perlu diberikan teh atau air
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang ini adalah salah sama sekali! Bayi yang cirit-birit tidak memerlukan cairan tambahan seperti air gula dan teh kerana air susu ibu mengandungi 90 % air. Sekiranya bayi anda cirit-birit, tingkatkan kadar penyusuan. Ianya mampu mengelakkan bayi anda daripada mengalami dehydration.
 
[✔]   Apabila anda berhenti menyusukan anak, anak tidak akan boleh menyusukan kembali.
Ini juga salah. Anda boleh menyusukan anak semula (relactation) sekiranya anda mengambil ubat hormon & mengamalkan prinsip asas penyusuan. Pengambilan milk booster seperti breastfeeding set Shaklee juga sangat membantu anak. Prinsip yang sama boleh diguna pakai sekiranya anda mengambil anak angkat & ingin menyusukan.
bf+baby Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Amalkan tips penyusuan yang saya kongsikan & abaikan mitos penyusuan susu ibu yang mengarut di atas! Nak order Breastfeeding Set Shaklee dan dapatkan Ebook Rahsia Susu Melimpah Ruah secara percuma? Hubungi saya sekarang!
Cik Puan Nurul 2 300x170 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
pixel Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.