-

13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Rasa macam nak cabut kepala letak ke tepi setiap kali diserang migrain. Kalaulah kepala kita ni boleh dicabut & dipasang semula, kan? Nak bergantung kepada ubat & painkiller, tapi sampai bila? Jom amalkan 13 tips hilangkan migrain secara semulajadi tanpa ubat yang berikut:

tips hilangkan migrain 300x202 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

1. Sapukan dengan minyak panas atau minyak aromaterapi

Ini adalah di antara cara untuk hilangkan migrain yang paling berkesan. Sapukan minyak panas atau minyak aromaterapi di kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Lagi bagus kalau diurut. Insya Allah kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan migrain.

2. Urutan.

Urutan di kepala, tengkok, dan bahu sememangnya mampu menghilangkan migrain. Ia bukan sahaja membaiki perjalanan darah ke kepala, malah membantu mengurangkan stress. Ia juga merehatkan.

3. Duduk dalam suasana yang tenang.

Seeloknya berehat dalam bilik. Tutup pintu, tutup lampu atau turunkan langsir supaya menjadi gelap. Pasang kipas supaya sejuk, kalau ada aircond lagi bagus. Tinggalkan handphone di luar. Berehat sebentar dari sebarang gadget. Suasana tenang ini akan membantu menghilangkan migrain yang anda alami.

4. Basahkan kepala dengan air sejuk

Membasahkan kepala dengan air sejuk membantu membebaskan haba yang terperangkap di kepada & membantu merehatkan pembuluh darah di kepala yang mengembang & menguncup dengan terlalu cepat semasa migrain. Caranya, basahkan rambut & kemudian bungkus dalam towel yang lembab. Lagi bagus kalau terus mandi. Berehat dibawah shower atau berendam dalam bathtub sememangnya merelaxkan. Bila kita relax, migrain pun akan kurang.

5. Aromaterapi

Semas anda diserang migrain, elakkan sebarang bauan aromaterapi kerana bau-bauan adalah antara perkara yang menjadi punca migrain.

6. Guna pek ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Atau pun cool fever pun boleh, Cuma kalau guna cool fever, Cuma terhad di kawasan dahi. Kalau pakai ice pack boleh kita alih-alihkanke kawasan yang sakit. Kesejukan dari ice pack atau cool fever akan menarik keluar haba di kepala.

tips hilangkan migrain1 300x200 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

 7. Limau kasturi

Ini adalah petua orang lama. Perahkan sebiji limau kasturi ke atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, boleh picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala.

8. Jauhi MSG

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino yang dipanggil asid glutamik yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Makanan yang mengandungi MSG boleh mencetuskan migrain kerana MSG merangsang neuron.

9. Epal hijau atau cuka epal cider (apple cider vinegar)

Kedua-duanya membantu menghilangkan migrain. Bau epal hijau dapat mengurangkan migrain sementara satu sudu cuka epal boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja & dihidu semasa migrain. Bagi cuka epal, selain diminum satu sudu, boleh juga letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Kemudain basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan bungkus kepala.

 10. Minum air elektrolit

Minuman berelektrolit dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan migrain. Contoh minuman berelektrolik ialah 100 plus atau revive. Walau bagaimana pun, air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang sangat tinggi, jadi elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak & kerap. Sebagai alternative, boleh amalkan Performance Drink Shaklee yang tidak mengandungi kandungan gula & tenaga yang tinggi. Ianya selamat, menyihatkan dan membantu menghilangkan migrain yang anda alami.

tips hilangkan migrain2 300x300 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

11. Rendam kaki dalam bekas air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda akan rasa migraine berkurangan.

12. Rawatan akupuntur

Bagi mereka yang mengalami mirain teruk & berulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur  di mana jarum kecil akan dimasukkan ke bawah permukaan kulit untuk menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan. Kalau beranilah icon wink 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

13. Set Migrain Shaklee

Set Migrain Shaklee bukan sahaja membantu menghilangkan migrain malah berkesan untuk menghilangkan terus penyakit migrain yang berulang. Dengan pengambilan yang konsisten, anda akan merasai perubahan. Migrain semakin berkurangan & lama-kelamaan akan semakin jarang berlaku. Best kan?

punca migrain 300x246 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat
Itulah dia 13 tips hilangkan migrain secara semulajadi tanpa ubat. Dengan pengambilan Set Migrain Shaklee, anda pasti akan rasa lega bila tak dihantui masalah migrain lagi. Nak order? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 13 Tips Hilangkan Migrain Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Gout adalah penyakit yang berlaku akibat lebihan asid urik dalam badan. Ia akhirnya membentuk kristal dalam sendi-sendi seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pesakit akan rasa sakit seperti dicucuk jarum pada sendi tersebut setiap kali bergerak. Kali ini saya kongsikan punca penyakit gout yang sering dipandang ringan.

punca gout 300x159 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Berikut adalah di antara makanan yang menjadi punca penyakit gout:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu 3 liter.

2. Selalu makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram

3. Selalu makan buah-buahan jeruk

4. Selalu makan mee segera

5. Kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

6. Kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Kerap minum teh kedai

8. Kerap makan coklat dan Milo.

9. kerap makan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yg banyak.

10. Kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu.

11. Kerap mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin.

punca gout1 300x198 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

12. Banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya

14. Terlalu kerap makan makan kari

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Stress yang tak terkawal.

17. Kerap mengambil ubat pain killer.

18. Kerap makan fastfood.

19. Penggambilan ubat supplement yang berlebihan.

20. Suka makan makanan laut.

Itulah dia 20 punca penyakit gout yang sering dipandang ringan oleh kita. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau anda dah terkena gout, boleh amalkan petua hilangkan gout ini. Pengambilan Set Gout Shaklee juga sangat membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

Bila sebut gout mesti terbayang kristal yang terbentuk pada sendi akibat asid urik yang berlebihan. Azabnya bila bergerak, macam dicucuk jarum. Kali ni saya nak kongsikan kompilasi petua hilangkan gout cara tradisional dan moden.

petua hilangkan gout1 300x203 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

1. Mandi air suam. Air suam mampu mengurangkan bengkak & mengurangkan pembentukan kristal pada sendi.

2. Berbekam. Berbekam secara tradisional atau pun menggunakan lintah juga boleh membantu pesakit gout melalui Hirudin (pencair darah ) yang ada dalam air liur lintah.

3. Kulit kentang. Rebus kulit kentang sehingga mendidih. Minum air rebusan itu.

4. Anak pokok durian.  Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Rebus bersama kaki ayam. Air rebusan itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

5. Kaktus. Ambil sekeping kaktus, kupas kulit & ambil isinya. Bungkus isi kaktus dengan daun pisang kemudian panaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

6. Jus Gout. Namanya jus gout sebab mampu membuang asid urik yang tinggi pada pesakit gout. Bahan-bahannya 1 biji timun, 2 batang saderi, Sebelah lemon, 1 inci halia muda. Caranya mudah je, blend semua bahan sampai hancur. Minum. Insya Allah berkesan.

7. Set Gout Shaklee.

petua hilangkan gout 300x215 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

Omega Guard merupakan anti radang yang berfungsi untuk melegakan radang sendi & mengelakkan sendi daripada bengkak. Ia mengawal ‘punca’ masalah, bukan hanya pelega yang dimanipulasikan oleh otak. Pengambilan secara konsisten membantu melegakan kesakitan akibat radang pada sendi.

Alfalfa Complex berfungsi untuk membuang toksik sekali gus membantu mengawal keseimbangan asid & alkali dalam badan. Ia juga menstabilkan paras asid urik. Ia juga membantu mengatasi bengkak & sakit sendi.

Performance Drink berfungsi untuk mengekalkan bendalir (air) didalam badan. Ia juga mengawal kehilangan bendalir & sebagai bonus,  menghilangkan lebihan asid urik dalam badan.

Insya Allah dengan pengambilan Set Gout Shaklee secara konsisten, anda akan melihat kesannya. Kalau anda dah tak tahan menanggung sakit & nak kan kesan yang lebih cepat, Vivix adalah pilihan anda. Walau pun harganya agak mahal tapi vitamin premium Shaklee ni sememangnya berkesan. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom baca penerangan saya di sini.

petua hilangkan gout3 300x225 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

8. Elakkan perkara yang menjadi punca gout. Anda boleh baca penerangan saya di sini.

9. Berpantang makanan berikut:

  • Kekacang seperti kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  • Buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dan sebagainya.
  • Buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
  • Mi segera.
  • Makanan ringan.
  • Mi kuning dan roti canai. Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei.
  • Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  • Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  • Teh di kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  • Coklat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  • Air minuman bergas.
  • Jambu batu atau jus jambu batu.
  • Durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan.
  • Tembikai dan tembikai susu.
  • Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  • Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  • Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  • Buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  • Organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  • Kari seperti kari ikan dan daging.
  • Sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  • Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  • Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang.

petua hilangkan gout2 300x196 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

  • Pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  • Jering, petai dan kerdas
  • Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  • Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer.
  • Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
  • Tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  • Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
  • Sayuran jeruk
  • Makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  • Telur masin
  • Cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  • Makanan segera
  • Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  • Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  • Kurangkan makanan bersantan
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
  • Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
  • Makanan beragi.
  • Makanan laut.

Semoga kompilasi petua hilangkan gout cara tradisional dan moden itu tadi bermanfaat untuk anda. Pengambilan Set Gout Shaklee sangat membantu pesakit gout yang sedang menderita. Insya Allah, duit yang anda keluarkan takkan rugi. Anda pasti menyesal sebab tak jumpa set ni dari awal. Nak order Set Gout Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Ramadhan tak bermakna kita jadi lembik dan tak bersemangat untuk bekerja. Jangan macam tu! Berpuasa bukan alasan untuk kita tak produktif. Jom saya kongsikan 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan. Mudah sahaja. Khas untuk anda.

kekal bertenaga sepanjang r2 300x227 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Di antara tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang boleh anda amalkan ialah:

1. Banyakkan minum air masak. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Dari waktu berbuka sehingga bersahur, minum air secara sedikit tetapi kerap. Pengambilan air yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan tidak dehydrated.

2. Jangan terlalu fokus dengan kerja. Jangan lakukan kerja secara berterusan tanpa rehat. Berhenti setiap setengah jam untuk meregangkan otot. Jika anda bekerja di hadapan komputer, alihkan pandangan dari komputer sekurang-kurangnya  selama 5 minit. Bangun dan berjalan-jalan juga akan membantu anda.

3. Buat senaman ringkas. Anda rasa mengantuk? Buat senaman ringkas. Berjalan-jalan pun dah kira ok. Naik turun tangga ke. Mudah je kan tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan?

kekal bertenaga sepanjang r1 300x171 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

4. Pewangi. Semburan perfume ke tubuh badan boleh mencergaskan badan yang lesu. Atau pun anda boleh gunakan pewangi bilik. Bau Lavender boleh memberikan efek ketenangan & bila anda tenang, insya Allah anda akan rasa bertenaga dan cergas.

5. Dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Jika anda bangun Qiamullail di tengah malam, anda boleh tidur sebentar di antara ibadah yang dijalankan.

6. Jangan tidur selepas Subuh. Elakkan tidur selepas Subuh kerana ia akan menyebabkan badan menjadi lesu & tidak bermaya.

7. Mandi air sejuk sebelum Subuh. Mandi air sejuk sebelum Subuh sememangnya memberikan kesegaran & membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari. Sekali gus meningkatkan kesihatan tubuh badan. Orang zaman dulu, waktu Subuh dah mandi air perigi. Sebab tu mereka sihat. Dah tua pun masih gagah.

8. Pengambilan makanan tambahan. Set Combo Ramadhan Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems adalah makanan tambahan yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti anda jatuh cinta.

Apakah fungsi vitamin-vitamin dalam set ini? Bagaimana ia membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa? Performance Drink membekalkan elektrolit & bendalir untuk mencegah dehydration. ESP Shaklee mengawal paras gula dalam darah supaya berada pada paras yang sihat sepanjang hari. Mealshakes kaya dengan nutrien dan membekalkan serat & protein untuk tubuh badan.

kekal bertenaga sepanjang r 300x278 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang RamadhanSemoga 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Combo Ramadhan dengan harga terbaik & aturan makan yang betul? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Percutian sememangnya menyeronokkan. Tapi memenatkan. Kali ni saya nak share rahsia kekal bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee. Nak tahu vitamin Shaklee mana yang kami bawa bersama semasa bercuti? Di antara vitamin yang kami bawa ialah: Mealshakes, Vivix, Performance drink, ESP, Cinch Shake, Nutriferon, Lecithin & Collagen Powder. Kalau anda suka bercuti & ingin kekal bertenaga sepanjang percutian, jom tonton video ini:

Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Anda boleh membaca pengalaman kami bercuti di Bali & tips bercuti ke Bali bersama anak kecil di sini. Insya Allah jika anda merancang untuk ke Bali, tips-tips yang saya kongsikan akan sangat membantu.

Kenapa perlu bawa vitamin semasa bercuti?

Semasa bercuti, terutamanya jika pergi ke luar negeri, kita akan memasuki tempat baru dengan cuaca yang baru. Perubahan cuaca boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, dengan pengambilan vitamin, ia akan meningkatkan imuniti supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee.

Anda ingin kekal bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga istimewa dan consultation terbaik. Percutian anda pasti akan lebih bermakna.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

pixel Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.