-

Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

Alhamdulillah… kami baru sahaja pulang dari Bali pada 29 November yang lalu. Jutaan terima kasih kepada suami tersayang, Mohd Farid baharudin diatas birthday surprise yang sangat BEST! Kami ke Bali bersama dua anak kecil iaitu Nurul Balqis 5 tahun & Nurul Aina setahun. Di atas permintaan ramai, saya kongsikan tips bercuti ke Bali bersama anak kecil.

bali 2 300x212 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

bali 1 300x213 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

bali map 3 300x185 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

Kami bertolak ke LCCT pada pukul 6.30 pagi. Sampai sana terus check in, breakfast, dan pukul 9.30 pagi, kami bertolak dengan Air Asia. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar lebih kurang pukul 1 tengah hari. Waktu di sana sama seperti di Malaysia, cuma di sana matahari cepat naik. Pukul 6.00 pagi dah macam pukul 8.00. Kami memilih Gosyen Hotel yang terletak di Kuta.

Beberapa tips bercuti ke Bali bersama anak kecil untuk anda:

1. Anda akan mendapat hotel dengan harga yang jauh lebih murah sekiranya memilih pakej hotel & penerbangan Air Asia. Hotel yang kami pilih ni 3 bintang. Okeylah… sebab kita nak tidur malam je. Siang nak berjalan ^_^

2. Pilih hotel berdekatan dengan Kuta kerana kedudukannya yang strategik. Dekat dengan airport & Kuta Beach yang famous tu. Di samping itu, kedudukannya yang berada di tengah-tengah memudahkan perjalanan anda ke tempat tarikan pelancong yang berselerak di seluruh Bali iaitu di utara, selatan & timur Bali. Dari hotel kami ke Tanah Lot mengambil masa selama satu jam setengah. Untuk ke Utuwalu pun ambil masa selama sejam setengah. Memang strategik. Kalau anda menginap di utara Bali, untuk sampai ke Utuwalu saja dah ambil masa dekat 3 jam. Sangat memenatkan. Lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak.

3. Cuaca di Bali adalah sangat panas. Nasib kami baik kerana pergi waktu wet season iaitu November hingga Disember. Jadi, kalau anda plan nak ke sana seeloknya pergi semasa wet season. Kesian anak-anak kalau pergi waktu musim panas.

4. Elakkan pergi dalam bulan Disember kerana ia adalah peak season. Cuti sekolah di Indonesia baru bermula & pelancong dari Australia pun mula datang untuk christmas & new year. Jadi, elakkan bulan Disember. Bilik hotel akan penuh & jadi mahal. Bali juga akan menjadi sangat sesak. Nak ke Kuta Beach pun jalan di tutup. Tak best lah macam tu. Semasa kami di sana, orang tak ramai. We really enjoy our time. Anak-anak pun tak rimas.

5. Caj dari airport ke Kuta ialah dari 30,000 hingga 70,000 Rupiah sahaja. Kalau dorang mintak lebih daripada tu, maksudnya anda dah kena tipu. Mula-mula supir tu mintak 200,000 Rupiah dari kami. Nasib baik, saya dah study awal-awal pasal rate teksi kat Bali. Kalau tak, mesti kena tipu.

6. Jika mengambil teksi, pastikan ianya adalah BLUEBIRD, satu-satunya teksi bermeter yang boleh dipercayai di Indonesia.

7. Untuk perjalanan pendek, better ambik teksi bermeter. Lagi murah. Untuk perjalanan jauh, better ambik supir biasa, tak perlu pakai meter.

8. Tak payah penat-penat bawak stroller ke Bali. Sebab kat sana majoriti tempat menarik adalah outdoor. Stroller memang tak pakai.

Ok, itu saja tips bercuti ke Bali bersama anak kecil dai saya untuk kali ni. Kita jumpa lagi dalam entry Part 2. Saya akan bercerita tentang hotel kami & percutian kami di Bali pada hari pertama.. Enjoy the pictures & video.

bali 3 300x211 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

 

bali 4 300x213 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

bali 5 300x210 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

 Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

pixel Tips Bercuti Ke Bali Bersama Anak Kecil

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.